Anda di halaman 1dari 2

Kesan Kesan Ponteng Sekolah

Oleh : Dominic anak Anding (5B)

Selaras dengan pasca permodenan Malaysia yang kian mendaki ke arah kejayaan,
pembangunan modal insan juga harus digiataktifkan demi meneruskan lagi kecemerlangan
taraf ekonomi negara. Namun, tidak dapat dinafikan gejala sosial para remaja sedikit
sebanyak telah meniti ke arah gaung kerisauan para masyarakat. Antara gejala sosial remaja
yang semenjana parah adalah masalah ponteng sekolah. Terdapat pelbagai kesan-kesan
ponteng sekolah yang mampu memberikan dampak negatif kepada pelbagai pihak ammnya
pelajar itu sendiri,masyarakat mahupun guru.

Bermula dari peringkat pencapaian sekolah, pelajar-pelajar yang ponteng sekolah


dapat mencenderungkan pemunduran pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah.
Dipetik sebuah contoh nan teguh, pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan dalam
proses pembelajaran dan pengajaran yang digiatkan oleh guru di sekolah. Hal ini akan
menyebabkan pelajar itu tidak faham mengenai setiap titik penting di dalam pelajaran sejajar
dengan alasan tidak hadir ke sekolah. Akhirnya pelajar itu tidak dapat menjawab soalan
peperiksaan dengan baik. Impaknya, pencapaian akademik pelajar itu akan merosot dan
akhirnya menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik sekolah. Bak kata pepatah,
kerana nila setitik, susu rosak sebelanga. Kerana kesilapan pelajar itu sendiri, tompok hitam
tercalit ke atas kertas putih pencapaian akademik sekolah.

Tambahan pula, tabiat remaja yang sering ponteng sekolah ini secara eksplisitnya telah
menggangu sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru disekolah. Para
guru akan merasa kerugian kerana tidak dapat mencurahkan ilmu yang setaraf dengan pelajar
lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan
terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan pula, pelajar yang
ponteng sekolah akan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa
untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar yang
ponteng sekolah. Walhal, pelajar itu sendiri telah dicoplabelkan sebagai modal insan negara
semenjak hari pertama memasuki zaman persekolahan, namun mereka sendiri yang telah
meleburkan masa depan mereka dan negara. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah tidak
memberikan keuntangan mana-mana pihak.

Seterusnya, tabiat ponteng sekolah dikalangan pelajar dapat menyumbang kepada


peningkatan statistik jenayah di Malaysia. Sememangnya kita sudah sedia maklum, darah
muda remaja yang kian membuak-buak yang semedang ingin mencuba sesuatu yang baru.
Ketiadaan pemikiran kritis-(satu bentuk pemikiran yang tidak dengan begitu saja menerima
atau mempersetujui sesuatu) di kalangan pelajar telah menjerumuskan mereka ke lurah
kesesatan yang juga memberikan impak yang amat teruk terhadap pelbagai pihak. Pelajar
yang sering mengamalkan tabiat ponteng sekolah sering melakukan tabiat yang negatif.
Contohnya, melepak, seks bebas, menagih dadah, menjadi pelesit kota, lumba haram serta
mencemarkan alam sekitar. Tambahan pula, siasatan yang dilakukan oleh krew-krew
rancangan 999, ramai pelajar yang ponteng sekolah membuang masa yang begitu berharga di
pusat membeli belah pada waktu sekolah semata-mata untuk melepak. Sikap remaja masa
kini diibaratkan seperti kera mendapat bunga.

Seterusnya, menyelusuri fakta yang bertunjangkan akar nan sahih, gejala ponteng
sekolah memberikan impak negatif terhadap imej negara. Elemen ini dapat dibuktikan
kesahihannya apabila para pelajar yang bermuka tembok mempelesitkan diri di ceruk kota
dan memampangkan diri mereka dihadapan para pelancong. Kecuaian ini secara implisitnya
memberikan perspektif yang negatif terhadap para pelancong yang ingin melihat keunikan
Malaysia. Namun, hakikatnya para pelajar yang sepatutnya menuntut ilmu di sekolah telah
menunjukkan taring hitam mereka dihadapan para pelancong. Kesannya, para pelancong akan
merasa terganggu dan sudah terang lagi bersuluh, mereka pasti beranggapan modal insan
negara telah hilang budaya ketimuran. Tambahan lagi, menurut kenyataan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang
senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah, dan
terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata
kesat daripada golongan pelajar yangponteng sekolah. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah ini
telah mengguris nama baik Malaysia.

Kesimpulannya, berdiri di atas landasan kebenaran, gejala ponteng sekolah


sememangnya membawa kesan negatif terhadap pelbagai pihak. Rentetan itu, kerjasama
pelbagai pihak amat diperlukan demi mensifarkan gejala ponteng sekolah yang acapkali
meruncingkan keadaan. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Oleh itu, tenaga
pelbagai pihak haruslah disumbangkan demi melahirkan modal insan yang mampu
mencerahkan masa depan negara ke arah wawasan 2020

Anda mungkin juga menyukai