Anda di halaman 1dari 1

Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Murid perlu
fahami akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan sebenar sebelum mereka menerapkan nilai-
nilai murni tersebut dalam diri. Apabila murid dapat menghayati erti nilai yang sebenar, maka proses
penerapannilai dalam diri dan kehidupan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya dapat
membentukinsan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai negara yang
rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, keperluan untuk memupuk nilai ini adalah penting bagi
menjamin keharmonian negara. Penghayatan kepada nilai ini membolehkan murid menghasilkan
tingkah laku sivik seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan bangsa,
agama dan etnik, amanah dan berintegrasi. Apabila mereka ini mula meninggalkan alam
persekolahan, merekamampu menjadi warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan
memiliki identitinasional yang utuh.

Saranan seterusnya adalah melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti
sukan, kelaba tau persatuan, dan badan beruniform. Dalam Anjakan Ketiga ini dinyatakan –
memperkembangkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam
satu Sukan, satu Kelab dan satu Badan Beruniform. Dalam erti kata lain, setiap murid perlu
menganggotai satu acara sukan, satu aktiviti kelab dan satu badan beruniform.Kokurikulum juga
memainkan peranan penting dalam system pendidikan di negara ini. Penglibatan murid dalam
kokurikulum mampu memupuk sahsiah dan pembentukan perpaduan dalam kalangan murid sekolah.
Penyertaan murid dalam kokurikulum dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan, integrasi
nasional serta nilai-nilai murni. Secara tidak langsung pendedahan murid melalui interaksi dalam
aktiviti kokurikulum bersama rakan lain tanpa mengira bangsa dan kedudukan ini akan memberi
pendedahan untuk melatih murid ke arah pemupukan ciri positif dalam kehidupan masyarakat.

Langkah seterusnya adalah mengukuhkan dan memperluas program Rancangan Integrasi


Murid UntukPerpaduan (RIMUP) bagi memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik
dan sosioekonomi.RIMUP merupakan satu program bagi tujuan mengalakkan pemuafakatan pintar
antara masyarakat atau komuniti setempat, para guru dan murid dalam aktiviti khas yang dirancang
oleh pihak sekolah melalui perkongsian bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran.Matlamat RIMUP antara lain bertujuan melahirkan generasi berilmu pengetahuan,
memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran
secara kolektif dan bersepadu. Perkongsian pintar ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada
sekolah terlibat,tetapi juga dapat membantu murid mengenali nilai dan budaya sekolah yang berbeza

Anda mungkin juga menyukai