Anda di halaman 1dari 2

NAMA-HAMIDI BIN PUNGGAWA

NO MATRIK-L20222013734
KUMPULAN L
5. Menggunakan Kon Pengalaman Pembelajaran Dale, cadangkan bahan pengajaran yang
sesuai dibangunkan seperti berikut :
1) Kenalpasti topik :

TINGKATAN 3 Bab 1 :FAKTOR-FAKTOR PENJAJAHAN KUASA BARAT, pergertian Kedatangan


kuasa Eropah ke Alam Melayu amnya dan Tanah Melayu khususnya adalah disebabkan oleh faktor
ekonomi, politik dan agama. Mereka ingin memboloti pemiagaan rempah-ratus, dan juga kerana
semangat kebangsaan, iaitu mahu menaikkan nama negara masing-masing Begitu juga dengan sikap
pcrmusuhan Eropah kepada agama Islam, khususnya di Semenanjung Iberia sebenarnya menjadi
punca utama Portugis dan Sepanyol menuju ke Timur Jauh. la kemudiannya diikuti oleh kuasa Eropah
yang lain seperti British, Prancis, Amerika Syarikat dan sebagainya

2) Pilih media yang bersesuaian bagi pengajaran pembelajaran yang dilaksanakan.

Media yang berperanan sebagai ‘perantaraan ini boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu
bahan bercetak dan bahan bukan bercetak Abdullah et al.(2009). Untuk pengajaran dan pembelajaran
ini, media yang digunakan oleh guru adalah media grafik, media paparan dan media gambar. Pertama
sekali, menggunakan kaedah media grafik yang terdiri daripada lukisan, kartun dan poster. Mula-
mula, guru akan menampal poster faktor-faktor pennjajahan kuasa Barat di papan putih. Dalam
poster itu mengandungi tulisan kuasa Eropah ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh faktor
ekonomi, politik dan agama beserta huraian yang ringkas. Guru akan memulakan pengajaran dan
pembelajaran dengan menyebut setiap satu faktor itu beserta maknanya kepada pelajar sebagai contoh
faktor ekonomi ialah kekayaan hasil bumi dan sumber alam. Proses ini akan ditunjukkan pada
peringkat permulaan unntuk pembelajaran guru terhadap murid. Dengan penyediaan poster tersebut,
dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Kemudian, langkah seterusnya guru menggunakan media
paparan yang terdiri daripada papan cerita dan papan tulis. Guru akan menulis faktor penjajahan
tersebut itu semula di papan tulis secara perlahan-lahan dan pelajar mennyebutnya satu persatu untuk
memastikan pelajar dapat mengingati semula apa yang mereka lihat di poster tadi. Pelajar akan
menyebut faktor penjajahan tersebut itu bersama-sama dengan guru. Pemilihan media dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah dengan bantuan seperti projektor untuk memaparkan slide video
untuk memberikan gambaran berkaitan faktor penjajahan kuasa barat. Penggunaan ini akan lebih
menjelaskan dengan bantuan paparan animasi dan gambar- gambar visual bagi memberikan
kefahaman kepada para pelajar di dalam bilik darjah.. Hal ini bertujuan menguji tahap pemerhatian
dan daya ingatan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sebentar tadi. Kaedah ini berlaku
secara berulang kali bagi memastikan pelajar cekap dan dapat mengingatinya dengan baik. Yang
terakhirnya, Pemilihan media paparan animasi serta gambar-gambar visual adalah untuk memberikan
gambaran yang lebih jelas kepada murid dan hasil daripada paparan ini juga guru akan terus
membimbing para murid dengan memberikan penerangan terhadap faktor penjajahan barat secara
tidak langsung kepada para pelajar.

3) Nyatakan kenapa anda memilih media tersebut.

Pemilihan media-media pengajaran ini bertujuan untuk pengajaran itu lebih terancang.Proses
pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan media kos yang murah, senang digunakan termasuk dari
segi mudah dibawa, dimanipulasikan dan difahami pelajar. Media yang dibekalkan dan boleh
menambah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan kaedah yang
dilakukan itu tadi dapat menguatkan dan mengekalkan daya ingatan pelajar. Selain itu, membantu
pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas. Pemilihan media pengajaran ini mestilah
bersesuaian dengan tahap kecerdasan kepelbagaian pelajar. Hal ini supaya pelajar dapat kefahaman
dan penerimaan pembelajaran dengan baik. Contohnya di awal permulaan P&P, guru menggunakan
kaedah media grafik yang mana guru menarik perhatian dan minat pembelajaran pelajar dengan
penyediaan poster. Demikian ini, pelajar akan tertumpu kepada objek tersebut dan tertanya-tanya
apakah yang ingin disampaikan oleh guru. Kecenderungan media ini adalah lebih ke arah kaedah
visual yang mana melibatkan gambar. Seterusnya guru menggunakan media paparan, guru juga
menyelitkan kaedah media ini agar tidak terfokus pada media yang lain sahaja. Pelajar perlu mengenal
apa yang dituliskan oleh guru agar dapat diingat semula. Dan yang terakhir, menggunakan media
visual gambar yang mampu mengimbas kembali apa yang pelajar pelajari. Dengan kaedah ini dapat
menguatkan daya ingatan pelajar dengan lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai