Anda di halaman 1dari 4

1.Perancangan untuk Kepelbagaian Pelajar dalam RPH guru adalah wajar.

Bincangkan
Saya setuju dengan perancangan untuk kepelbagaian pelajar dalam RPH guru adalah wajar. Hal ini
kerana, RPH membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan
terancang dan teratur. Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan
keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar, disamping mengurangkan masalah-
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. guru perlu merancang dengan teliti setiap setiap
komponen pengajaran iaitu objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan atau bahan
bantu mengajar yang diperlukan , isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yang berkesan,
aktiviti guru-murid, penilaian, penutup. Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematik
membolehkan guru untuk menentukan objektif pelajaran supaya dapat mengelakkan sebarang
kesilapan.

Selain itu, RPH ini juga penting untuk guru memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup
untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan dan menjimatkan masa, kerana segala aktiviti
dapat dijalankan apabila segalanya telah dirancang terlebih dahulu. Guru hendaklah sedaya upaya
untuk mengunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang tersusun dan bersistem. Ini
supaya guru tidak mengambil masa yang terlalu lama melebihi had masa yang telah diperuntukkan
ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Respon 1. NAMA : NUR AQILAH BINTI ABD HADI NO MATRIK : L20222013709 SUBJEK :
KPD 4033 Saya setuju dengan pendapat Cikgu Hamidi. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
memainkan peranan penting dalam membantu guru menentukan isi pelajaran yang cukup untuk
disampaikan dalam masa yang diperuntukkan. Dengan merancang secara terperinci dalam RPH, guru
dapat membuat keputusan yang bijak tentang apa yang perlu disampaikan dalam sesi pengajaran
tertentu dan berapa banyak masa yang harus diperuntukkan untuk setiap bahagian pelajaran. Dengan
merancang dengan teliti, guru dapat menjimatkan masa dan menjalankan aktiviti pengajaran dengan
lebih efisien. Mereka dapat mengelakkan situasi di mana mereka kekurangan masa untuk
menyampaikan topik yang penting atau terpaksa bergegas tanpa memberikan peluang yang
mencukupi kepada pelajar untuk memahami konsep-konsep penting. RPH juga membantu guru
menilai sama ada mereka telah mencapai matlamat pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka
masa yang telah ditetapkan. Jadi, RPH adalah alat yang berharga dalam membantu guru merancang
dan melaksanakan pengajaran secara berkesan dan efisien.
2. Huraikan 1 aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk murid yang mempunyai konsep kendiri
yang rendah.

Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia
menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Setiap individu mempunyai
gambaran atau persepsi tentang diri sendiri. Persepsi inilah yang disebut sebagai konsep kendiri.
Sebagai contoh gambaran tentang rupa paras, fizikal, kebolehan, kelemahan, kesihatan dan tingkah
laku seseorang itu disebut sebagai konsep kendiri.

Guru mestilah mengambil perhatian tentang perbezaan yang terdapat pada murid kerana
setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Kesilapan guru ialah selalu mengandaikan
murid-muridnya dalam sebuah kelas adalah sama. Hal ini akan membawa kepada pembentukan
konsep kendiri yang salah. Oleh yang demikian, guru perlu memperbetulkan tanggapan yang salah ini
serta guru mestilah memainkan peranan penting untuk membantukanak-kanak dalam membentuk
konsep kendiri yang positif. Dalam hal ini, guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap murid.
Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan dan
minat mereka. Dengan cara ini, guru boleh menggunakan kebolehan yang terdapat dalam diri murid
untuk meningkatkan konsep kendiri yang positif dalam diri kanak-kanak tersebut

Aktiviti luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulim juga dapat menanamkan sikap yang
positif dalam diri murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid-murid bekerja dalam
kumpulan, menyelesaikan masalah, berdikari,berdisiplin, tolong-menolong dan menonjolkan sifat
kepimpinan akan membantu murid membina konsep kendiri yang positif. Oleh itu, guru perlu
memberi sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak serta membimbing dan menasihati mereka
supaya kanak-kanak merasakan diri merekaberkebolehan dan berkeyakinan. Justeru, hal ini akan
membantu membina watak kanak-kanakyang sihat dalam semua perkembangan
3.Jelaskan 3 jenis analisis yang diperlukan dilakukan oleh guru semasa merancang

pembelajaran terbeza. (Differenciated Learning)

Pembelajaran Terbeza bermaksud murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi murid.
Pembelajaran Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta kemampuan
pembelajaran. Dalam sesuatu PDPC adalah perlu untuk pembelajaran terbeza ini berlaku supaya
murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran Terbeza mengambil kira 3 aspek iaitu
melalui kandungan, proses dan hasil. Ia dizahirkan melalui RPH sehinggalah kepada PdPc.

konsep tersebut pengajaran guru boleh dibezakan melalui tiga aspek, iaitu kandungan, proses
dan hasil. Komunikasi dan arahan yang berbeza melalui tiga aspek ini dilaksanakan dalam usaha
untuk menangani semua keperluan pembelajaran murid dengan berkesan. Perbezan arahan ditentukan
sebagai satu proses pendekatan PdP murid yang mempunyai kebolehan belajar yang berbeza di dalam
bilik darjah yang sama. Tujuan pengajaran berbeza ini adalah untuk memaksimumkan pertumbuhan
setiap murid dengan kejayaan individu dalam satu kelompok di mana murid tidak perlu mengubah
suai diri mereka untuk kurikulum namun kurikulum berubah mengikut tahap keupayaan murid.
Arahan pengajaran yang dibezakan dapat mendorong murid belajar dengan pelbagai kebolehan diri
daripada murid yang berbakat dan murid yang mempunyai kecacatan ringan atau berat bagi menerima
pendidikan yang sesuai di dalam bilik darjah yang inklusif. Amalan pengajaran berbebeza perlu
mengambil kira prosedur pengurusan bilik darjah yang berkesan selain mempromosikan penglibatan
dan motivasi murid, menilai kesediaan murid dan mengamati gaya pembelajaran murid.

Pengajaran berbeza meliputi tiga aspek, iaitu kandungan, proses dan hasil perlulah bertepatan
dengan kemampuan murid agar tujuan pengajaran berbeza ini dapat dipenuhi (Tomlinson 1999).
Sebagai contoh dari aspek kandungan, murid berbakat atau pandai diberikan isi pembelajaran yang
lebih banyak dan mencabar berbanding murid lemah yang diberi tugasan yang sama tetapi tahap
kesukaran yang rendah. Dari aspek proses pula murid pandai dan berbakat membuat satu tugasan
yang lebih kompleks berkaitan kandungan pembelajaran manakala murid lemah pula membuat
tugasan yang sama, tetapi dipermudahkan dengan bahan bantu yang berbeza. Dari aspek hasil pula
memerlukan murid dengan kecerdasan berbeza menghasilkan hasil yang berbeza, sebagai contoh
dalam pengajaran Bahasa Melayu, murid pandai menghasilkan sebuah karangan berdasarkan gambar,
manakala murid lemah menghasilkan ayat berdasarkan gambar. Perbezaan-perbezaan pembelajaran
inilah yang menjadikan pengajaran berbeza lebih adil dalam menilai tahap pencapaian murid
berdasarkan perbezaan tahap mereka kerana seperti yang kita maklum dimana setiap murid
mempunyai cara dan gaya belajar yang berbeza dan tahap pembelajaran yang berbeza namun peranan
guru adalah untuk mendidik mereka dalam suasana bilik darjah yang sama dengan peluang belajar
yang serupa.

Anda mungkin juga menyukai