Anda di halaman 1dari 4

Gigi berlubang risiko jangkitan mulut (utusan online)

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

SIAPA berus gigi sekali sahaja dalam sehari? Ramainya! Patutlah sembilan daripada 10
rakyat Malaysia giginya berlubang-lubang.

Data penggunaan pasaran Asia mendapati, rakyat Malaysia secara puratanya menggosok
gigi kurang sekali sehari berbanding saranan doktor gigi, sekurang-kurangnya dua kali
sehari menggunakan ubat gigi berflourida.

Doktor turut menyarankan berus gigi ditukar setiap tiga bulan atau empat kali setahun.
Tetapi, tahukah anda? Purata rakyat Malaysia hanya menukar berus gigi mereka setelah
masuk bulan ketujuh.

Tidak hairanlah sekiranya penggunaan regimen kebersihan mulut yang lengkap termasuk
flos/penyerat gigi dan kumuran di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara-
negara Asean lain.

‘‘Kesihatan mulut mempunyai kaitan yang rapat dengan penyakit seperti diabetes,
jantung dan bayi dilahirkan kurang berat badan bagi ibu bapa yang menghidap penyakit
gusi kronik. Pun begitu, ia sering diabaikan.

“Kebanyakannya hanya berjumpa doktor gigi setelah timbul masalah seperti kaviti dan
penyakit gusi. Ia sudah terlambat, banyak kerosakan yang telah terjadi,’’ kata Presiden
Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Wong Foot Meow.

Menurutnya, kaviti atau lubang pada gigi sangat dipengaruhi oleh gaya hidup,
pemakanan - makanan dan minuman yang manis dan cara mana kita menjaga kebersihan
gigi. Apabila bakteria dan gula bertindak balas di atas permukaan gigi dan kekal di situ,
kerosakan boleh berlaku.

“Kaviti merupakan salah satu daripada masalah kesihatan paling biasa di dunia.
Walaupun ia selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak namun orang dewasa dan bayi
tidak terkecuali.

“Jika tidak dirawat, lubang bertambah besar dan kereputan semakin teruk hingga
menyebabkan sakit gigi serius, jangkitan, gigi rongak dan lain-lain komplikasi,’’ ujarnya.

Simptom

Sakit gigi berdenyut-denyut hingga terjaga dari tidur – gigi sensitif – gigi berlubang –
kesakitan yang ringan hingga menusuk apabila makan atau minum sesuatu yang sejuk,
panas atau manis – bengkak muka dan kelenjar leher – demam – nanah sekeliling gigi.
Faktor risiko

* Jika anda tidak memberus gigi selepas makan atau minum, plak akan terbina dan
menghakis gigi anda
* Makanan dan minuman tertentu. Karbohidrat penapaian seperti gula dan kanji hampir
masak merupakan masalah terbesar. Contohnya, susu, madu, gula, soda, kismis, kek,
gula-gula keras, pudina pernafasan, buah-buahan kering, biskut, bijirin kering, roti dan
kerepek kentang.
Sebaliknya, sesetengah makanan yang dianggap penyebab utama kerosakan gigi
sebenarnya tidak. Misalnya gula-gula, jeli kacang dan karamel melekit dan manis seperti
gula senang disingkirkan oleh air liur berbanding kerepek kentang yang melekat pada
gigi.
* Kerap mengudap atau menghirup sesuatu seperti soda, memberikan asid lebih masa
untuk menyerang gigi. Ibu bapa tidak digalakkan memberi anak-anak mereka botol penuh
berisi susu, jus atau lain-lain cecair bergula pada waktu tidur, yang akan kekal pada gigi
selama beberapa jam lalu menyebabkan hakisan kereputan gigi botol bayi.
* Minum air botol atau air ditapis yang tidak mengandungi fluorida. Fluorida berlebihan
juga tidak baik untuk kanak-kanak dan bayi.
* Pertambahan usia dan faktor genetik
* Mulut kering. Air liur memainkan peranan penting untuk mencegah gigi mereput
kerana ia menyahkan makanan dan plak. Mineral di dalam air liur membantu
memperbaiki kereputan gigi yang baru bermula. Di samping meneutralkan asid, air liur
turut mengehadkan pertambahan bakteria yang melarutkan enamel gigi dan mendorong
jangkitan mulut.
* Tampalan gigi yang bertambah lemah selepas beberapa tahun mungkin tertanggal atau
menyebabkan sisinya menjadi kasar. Ini akan membentuk plak
* Gusi yang menyusut memberikan ruang kepada plak terbentuk pada akar gigi
* Gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia boleh mencetuskan kaviti dan
hakisan gigi ketara hasil asid perut daripada muntah
* Pedih ulu hati menyebabkan asid perut mengalir keluar memasuki mulut
* Rawatan kanser tertentu seperti radiasi kepala dan leher

Bila perlu berjumpa doktor

Sakit gigi/gigi sensitif terhadap makanan atau manis, panas atau sejuk – anda mengelak
daripada membersihkan bahagian gigi tertentu kerana sakit – gigi berlubang – gusi merah
dan bengkak – gusi berdarah semasa memberus gigi – gusi menyusut/terdedah di
sepanjang garis gusi/pangkal gigi-gusi, menjadikan gigi kelihatan lebih panjang – gigi
menjadi jarang, longgar – rasa tidak sedap di dalam mulut - nafas berbau – perubahan
pada cara gigi atas dan bawah bersentuh – nanah sekitar gusi dan gigi.
Komplikasi
Kesakitan – gigi bernanah – gigi tercabut – gigi patah – masalah mengunyah – jangkitan
serius. anda mungkin tidak ambil kisah jika gigi susu anak-anak berlubang kerana ia
biasa terjadi.
“Jangan ambil mudah kerana ia boleh menyebabkan komplikasi serius dan berpanjangan
sekalipun kanak-kanak belum tumbuh gigi kekal. Apabila kesakitan semakin teruk, ia
boleh menjejaskan kehidupan seharian seperti menghalang pesakit ke sekolah atau
bekerja,’’ jelas Dr. Wong.
Seterusnya, pesakit sukar untuk mengunyah atau makan, berat badan merosot dan
mengalami masalah pemakanan.
Gigi rongak boleh meninggalkan kesan terhadap harga diri seseorang. Dalam kes-kes
terpencil, nanah boleh mencetuskan jangkitan serius malah mengancam nyawa jika tidak
dirawat.

Rawatan

* Rawatan fluorida. Mineral dalam bentuk cecair, gel, busa, varnis atau tablet yang
diberus ke gigi atau ditempatkan di dalam bekas yang dimuatkan pada gigi ini berupaya
meningkatkan ketahanan gigi daripada menjadi reput.
* Tampalan. Mengisikan bahan yang tersedia khas ke dalam gigi berlubang yang telah
siap dikorek oleh doktor gigi. Ia merupakan pilihan rawatan utama apabila kereputan
telah berkembang melebihi proses penghakisan enamel awal.
* Korona/crown. Pemulihan pergigian yang menutup kebanyakan atau semua korona
semulajadi, bagi kes kereputan meluas.
* Saluran/kanal akar. Apabila kereputan sudah teruk dan sampai ke dalaman gigi, pulpa
gigi akan dikeluarkan dan digantikan dengan tampalan.
* Gigi yang reput teruk mungkin terpaksa dicabut keluar sepenuhnya.

Pencegahan

* Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari – selepas makan dan sebelum tidur atau
berkumurlah selepas makan minum. Gunakan serat gigi/floss untuk membersihkan
celahannya.
* Lakukan pemeriksaan dan pembersihan gigi profesional secara berkala – kanak-kanak
bermula usia dua tahun setelah semua gigi susunya tanggal manakala bagi orang dewasa,
purata sekurang-kurangnya setahun sekali
* Elakkan terlalu kerap mengudap dan menghirup sesuatu
* Hindari makanan yang boleh terperangkap di alur dan lubang gigi untuk jangka masa
panjang. Contohnya, kerepek, gula-gula atau biskut. Sebaliknya, makan makanan yang
mampu memberikan perlindungan kepada gigi seperti keju yang berdasarkan beberapa
kajian mendapati, ia membantu mencegah kaviti.
Begitu juga dengan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang meningkatkan aliran air liur
dan; kopi tanpa pemanis, teh serta gula-gula getah tanpa gula yang menyingkirkan
partikel makanan.
* Sesetengah orang sememangnya rentan terhadap kereputan gigi, misalnya disebabkan
oleh masalah perubatan tertentu
* Memakai bahan pengetat penutup rekahan pada permukaan gigi
Tip menguruskan sakit gigi
* Bersihkan semua bahagian gigi dan mulut anda, tidak ketinggalan kawasan yang sakit
* Gunakan air suam untuk memberus gigi
* Gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif
* Elakkan makanan atau minuman panas, sejuk atau manis yang boleh mencetuskan
kesakitan
* Dapatkan pelega kesakitan dari farmasi sebagaimana yang disarankan oleh doktor anda

_____________

- MDA dengan kerjasama Colgate-Palmolive baru-baru ini melancarkan Bulan Kesihatan


Mulut/Oral 2007 yang memasuki tahun keempat penganjurannya, kali ini dengan tema
Kaviti Sifar Senyuman Lebih Sihat.
Sebanyak 430 pengamal pergigian seluruh negara mengambil bahagian dengan
menawarkan pemeriksaan kepada orang ramai di klinik-klinik mereka, tanpa dikenakan
apa-apa bayaran.
Pameran bergerak turut diadakan di empat stesen pergigian utama di Kuala Lumpur; Kota
Bharu, Kelantan; Johor Bahru, Johor dan Pulau Pinang yang berjaya menarik lebih
100,000 penyertaan rakyat Malaysia.
Colgate turut berbesar hati mengagihagihkan sampel produk mereka secara percuma
kepada orang ramai yang ‘berani’ melakukan pemeriksaan sepanjang berlangsungnya
kempen tersebut.

Anda mungkin juga menyukai