Anda di halaman 1dari 5

CARA MENANGANI MASALAH LGBT/HOMOSEKSUAL

Sebagai golongan minoriti yang mempunyai orientasi seksual berbeza daripada fitrah, iaitu
bukan heteroseksual, mereka sering kali melaungkan supaya kumpulan mereka tidak
didiskriminasi dan mendakwa sering ditindas serta dizalimi oleh kebanyakan negara di dunia
khususnya negara Islam yang menyifatkan orientasi seksual mereka jauh tersasar daripada sifat
semula jadi manusia. Meskipun begitu, golongan LGBT melalui gerakan sosial yang bergerak
atas nama pertubuhan dan persatuan hari ini dilihat tidak putus asa malah ghairah menjalankan
pelbagai kempen bagi mengiktiraf LGBT, baik di dalam mahupun di luar negara yang
kebanyakannya adalah gerakan yang berjuang di atas nama hak kebebasan manusia. sikap
masyarakat hari ini turut memberikan kesan terhadap perkembangan budaya songsang LGBT
apabila kehadiran mereka seolah-olah dirai malah setiap perbuatan dilakukan oleh golongan ini
menjadi perhatian malah ada secara terang-terangan menyatakan sokongan sedangkan ia bukan
norma masyarakat . Tindakan itu juga dilihat menjadi antara penyebab golongan LGBT tidak
segan-silu mengetengahkan kehidupan mereka, malah berbangga mempunyai hubungan
terlarang dengan kaum sejenis, bangga mempunyai bentuk badan menggiurkan meskipun palsu
dan tidak semula jadi serta berbangga berkongsi cerita tidak sepatutnya kepada umum. Sebagai
seorang masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu memberikan perhatian untuk sama-sama
menangani isu ini, sekali gus memberikan pemahaman akan kesan dan pengaruhnya kepada
semua pihak dengan sebaiknya.

Golongan LGBT sebenarnya boleh dipulihkan jika mendapat sokongan masyarakat,


selain melalui pendekatan bersesuaian dalam berdamping dan menyelami mengapa mereka
memilih cara hidup sedemikian. Terdapat pelbagai cara bagi menangani isu LGBT ini terus
diamalkan di negara kita terutamanya di Malaysia. Pertama adalah pendekatan kaunseling
psikologi bersesuaian dalam memberikan kaedah pencegahan dan mengatasi persoalan
homoseksual, isu ini haruslah dilaksanakan melalui sesi-sesi kaunseling serta dianjurkan
program-program kaunseling psikologi yang bersesuaian dengan diri mereka. Kesemua ini
bertujuan untuk memulihkan mereka supaya mengenali hakikat orientasi seksual dan siapakah
diri mereka yang sebenar. Pendekatan kaunseling dan program yang bersesuaian wajar
dilaksanakan dalam membantu golongan homoseksual ini untuk kembali ke pangkal jalan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan bahawa satu program telah dirangka
dalam membantu golongan homoseksual berbalik kepada diri mereka sendiri. Bimbingan
kaunseling diberikan kepada golongan berkenaan dalam usaha membantu mereka dipulihkan
senormal yang mungkin.

Seterusnya, American Psychologist Association (2000) mencadangkan agar dijalankan


sesi konsultasi (kaunseling dan psikologi) oleh ahli psikologi melalui latihan-latihan tertentu
untuk membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan. Sama juga dapatan kajian ini dengan
Bockting, et al. (1999) yang melaksanakan program intervensi (bengkel) terhadap golongan
kecelaruan seksualiti ini dengan memberikan pendedahan tentang bahayanya HIV jika
mengamalkan hubungan songsang dari segi seksualiti. Mereka juga menjalankan sesi
perbincangan bersama secara terbuka dalam kumpulan itu untuk membantu mereka kembali ke
jalan yang sepatutnya. Pendekatan ini tertakluk kepada kesedaran sama ada mereka wajar untuk
berubah atau sebaliknya. Begitu juga dengan pendekatan kemahiran mendengar dan rasionalisasi
yang merupakan kemahiran kaunseling asas yang harus dijalankan terhadap mereka, sesuai
dengan konteks permasalahan ini. Tindakan menghukum dan tidak mendengar dengan baik akan
menyebabkan golongan ini terus hanyut dengan dunia mereka. Justeru, sesi kaunseling secara
berterusan dan cuba memahami daripada sudut diri mereka akan membantu perubahan dalam diri
mereka secara perlahan-lahan.

Sebagai contoh, Meriam (2003) melaksanakan sesi kaunseling kepada seorang klien
selama setahun dalam membantu memulihkan golongan ini agar tidak terlibat lagi dengan
budaya songsang dan akhirnya berjaya membawa perubahan yang positif. Isu sebegini wajar
dijalankan sesi kaunseling melalui pendekatan REBT (Rational Emotive Behavior Therapy)
untuk menegakkan pemikiran yang rasional dan jelas orientasi seksual mereka berasaskan gender
hakiki (Mohd Izwan, 2011). Selain itu, masyarakat dan keluarga sekeliling juga amat penting
untuk mendengar luahan perasaan remaja yang terlibat dengan gejala ini dan membantu
merasionalkan mereka mengikut keupayaan ilmu yang ada (Syarifah Rohaniah, 2011). Kesemua
ini saling berkait rapat untuk meneroka permasalahan dalaman golongan ini agar menyedari
dirinya yang sebenar sebagaimana kejadian asal seseorang manusia. Oleh itu, gejala
homoseksual masa kini memerlukan rawatan alternatif yang profesional dan berkesan untuk
membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan.
Selain tu, cara kedua menangani masalah LGBT ini adalah terletak pada individu itu
sendiri. Dimana mereka perlulah kembali kepada pegangan agama. Kembali kepada ajaran
agama adalah salah satu rawatan yang baik. Beribadat, berkahwin dengan berlainan jantina,
bantuan orang-orang agama terhadap mereka ini dan pendidikan agama dihayati sepenuhnya
dalam menentukan kehidupan berada pada landasan yang normal. Kebanyakan ajaran agama di
Malaysia terutamanya menolak budaya ini serta mengajak mereka kembali ke pangkal jalan
dengan mengamalkan kehidupan yang baik. Kaedah-kaedah penghayatan terhadap agama
masing-masing adalah mengikut tatacara tertentu yang dapat membantu membetulkan golongan
homoseksual ini daripada berada pada jalan yang songsang. Sebagai contoh bersolat, bertaubat,
berdoa, mendekatkan diri dengan Tuhan, meminta bantuan alim ulama agama masing masing,
menghayati pengamalan ajaran agama dan melaksanakannya dengan penuh khusyuk dan rendah
diri. Walau bagaimanapun, perkahwinan yang normal iaitu berlainan jantina dikatakan boleh
membantu rawatan kembali ke pangkal jalan kerana saluran inilah antara saluran yang terbaik
untuk menentukan seseorang itu normal secara biologinya.

Seterusnya, bagi menangani masalah LGBT ini adalah tanggungjawab serta tindakan dari
pihak kerajaan. Pihak kerajaan perlulah mewujudkan garis panduan penguatkuasaan dan
pendakwaan yang standard dan mudah diikuti agar segenap langkah dan tindakan
penguatkuasaan dan juga pendakwaan dilihat sebagai sesuatu yang teratur. Dalam pada itu,
kerajaan juga perlu mengambil tindakan menyekat segala kegiatan dan aktiviti yang mempunyai
unsur unsur LGBT atau mempromosikan LGBT perlu dilaksanakan secara menyeluruh.
Sekiranya program berkaitan dengan aktiviti ataupun bertujuan mempromosikan LGBT berlaku,
kerajaan perlulah membuat sekatan dengan tidak membenarkan apa jua perlakuan peserta
mahupun kandungan program atas faktor sensitiviti budaya dan agama. Segala maklumat
berkenaan himpunan termasuk penganjur, penceramah dan objektif perhimpunan diadakan wajib
dideklarasikan. Dari sudut yang lain, sekiranya sesuatu program LGBT dianjurkan di premis-
premis persendirian selain di tempat-tempat awam perlulah diambil tindakan. Namun, sekiranya
program tersebut melibatkan orang Islam serta terdapat unsur-unsur yang tidak bermoral dan
menyalahi perundangan syariah seperti pertandingan ratu cantik maknyah dan sebagainya, pihak
berkuasa agama dengan kerjasama polis dan pihak berkuasa tempatan perlu melakukan serbuan
dan tangkapan untuk pendakwaan di mahkamah syariah berdasarkan peruntukan seksyen 29
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Seksyen 35 akta yang
sama juga terpakai ke atas mana-mana individu yang menganjurkan, mendorong atau
menggalakkan orang lain untuk melakukan maksiat. Sekiranya disabitkan bersalah, pelaku boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya.

Kesimpulannya, masalah LGBT atau Homoseksual telah menjadi satu perkara dan
masalah yang hebat ke atas pembudayaan cara hidup masyarakat. Oleh itu, terdapat pelbagai cara
dan alternatif yang bersesuaian digunakan untuk mengatasi permasalahan LGBT yang melanda
masyarakat di Malaysia terutamanya. Hal ini telah menunjukkan bahawa kebanyakan daripada
mereka bertindak atas dasar kepuasan nafsu sendiri dan juga pemikiran tidak rasional yang
mampu membinasakan kehidupan mereka daripada kehidupan yang lebih baik. Perubahan ke
arah kebaikan dalam diri mereka adalah perlu terutama berlandaskan satu pemikiran yang
rasional dan tidak hanya mementingkan kepuasan kendiri yang boleh menghancurkan dirinya ke
arah yang tidak sepatutnya. Keadaan ini bagi menentukan pembangunan insaniah dalam diri
mereka berdasarkan tuntutan naluri yang sebenarnya sebagai seorang manusia. Berjaya atau
tidak, cara dan alternatif ini bukanlah satu ukuran yang besar tetapi apa yang perlu ditekankan
adalah tanggungjawab oleh semua pihak perlu dijalankan dengan baik agar negara dapat
melahirkan golongan masyarakat yang baik pada masa akan datang.
Rujukan

Akhbar Atas Talian

1. MUHAMMAD AMINNURALIFF. (11 Mac 2019). Kurang penghayatan agama antara


punca LGBT: JAIS. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/17450/EDISI/Selangor-KL/Kurang-penghayatan-agama-
antara-punca-LGBT-JAIS (6 September 2020)

2. NURUL HUDA HUSAIN. (10 Mac 2019). Isu LGBT: Kerajaan kena ambil tanggungjawab.
Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/17293/BERITA/Nasional/Isu-LGBT-
Kerajaan-kena-ambil-tanggungjawab (6 September 2020)

Anda mungkin juga menyukai