Anda di halaman 1dari 4

JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH

IRSYAD AL-HUKMI
Edisi 1/2019

ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL &


TRANSGENDER (LGBT)
LATAR BELAKANG

Golongan LGBT adalah golongan yang menghadapi kekeliruan identiti.


Kebanyakan golongan transeksual menganggap diri mereka terperangkap
dalam fizikal jantina yang berlawanan dengan minda dan perasaan
mereka.

Keyakinan tersebut mendorong segelintir daripada komuniti ini nekad


melakukan pembedahan menukar jantina akibat terbelenggu dengan
konflik diri untuk menerima jantina sendiri.

LGBT juga boleh dikategorikan sebagai penyakit psikitari atas faktor


kecelaruan pemikiran yang dihadapi. Penyakit ini juga tidak terhad kepada
gender semata-mata tetapi turut merangkumi beberapa aspek lain seperti
warna kulit, usia dan lain-lain.

ISU DAN MASALAH

Di Malaysia, isu transeksual dianggap sebagai fenomena yang


kompleks kerana melibatkan pelbagai faktor termasuk isu biologi,
psikologi, persekitaran dan sosial mereka yang terlibat.

Secara umumnya, gambaran masyarakat terhadap kelompok


transeksual ini menjurus kepada lelaki yang bersifat keperempuanan
atau perempuan yang bersifat kelelakian dan sering dikaitkan dengan
homoseksualiti (lesbian / gay).

Kajian ke atas kelompok golongan LGBT mendapati 65% daripada


transgender menjadikan aktiviti pelacuran sebagai salah satu mata
pencarian. 25% daripada mereka terlibat dengan kelab malam dan lain-
lain manakala sekitar 10% sahaja yang tidak melibatkan diri dengan
aktiviti seumpamanya (sektor perniagaan dan lain-lain).

Golongan yang terlibat dengan LGBT terbahagi kepada dua kelompok


utama iaitu pesakit yang memerlukan rawatan daripada pakar psikatari
dan golongan yang berjuang menuntut hak asasi manusia untuk
membela golongan tersebut.

Justeru, golongan ini dilabel sebagai menyimpang dari norma


masyarakat dan sering dipinggirkan. Atas faktor tersebut mereka
berjuang menuntut supaya masyarakat menerima dan mengiktiraf
kehadiran mereka seterusnya
HUJJAH DAN DALIL

Pembedahan untuk menukar jantina samada daripada lelaki kepada


perempuan atau sebaliknya jelas bercanggah dengan hukum syarak.
Perbuatan ini adalah haram kerana ia semata-mata mengikut hawa nafsu,
terpedaya dengan godaan syaitan, tidak mensyukuri nikmat kejadian diri
dan termasuk dalam kategori mengubah kejadian Allah SWT, seperti
firmannya;

Maksudnya; “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka


(dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan
mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan
menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka
membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka
mengubah ciptaan Allah”
(an Nisa’ : 119)

Selain melaknat hubungan sesama jantina, Islam juga melarang keras


lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya. Lelaki berlagak perempuan
dan perempuan berlagak lelaki adalah bibit-bibit yang boleh mengundang
perbuatan maksiat. Sabda Nabi SWT
‫ ﻗﺎل ﻟﻌﻦ رﺳﻮل اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ‬:‫ﻋﻦ اﺑﻦ ﻋﺒﺎس رﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ‬
. ‫وﺳﻠﻢ اﻟﻤﺘﺸﺒﻬﻴﻦ ﻣﻦ اﻟﺮﺟﺎل ﺑﺎﻟﻨﺴﺎء واﻟﻤﺘﺸﺒﻬﺎت ﻣﻦ اﻟﻨﺴﺎء ﺑﺎﻟﺮﺟﺎل‬
Maksudnya; “Daripada Ibn Abbas R.A berkata bahawa sesungguhnya
Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai perempuan
dan golongan perempuan yang menyerupai lelaki”
(Riwayat al Bukhari)
CADANGAN PENYELESAIAN

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 telah


memperuntukan hukuman bagi setiap kesalahan Syariah yang melibatkan
isu LGBT seperti pelacuran, orang lelaki berlagak seperti perempuan,
menggalakkan maksiat dan sebagainya. Bagaimanapun, mahkamah akan
menjatuhi hukuman kepada golongan LGBT yang melakukan kesalahan
jenayah berkenaan setelah dikemukakan bukti keterangan lengkap.

Pelan Tindakan Menyantuni Golongan LGBT;

1. Merangka modul menggunakan pendekatan agama berteraskan kepada


al-Quran dan al-Hadith untuk memberi kesedaran dan pengetahuan
kepada peserta untuk terlibat dalam usaha bimbingan dan panduan
serta penyantunan kepada golongan LGBT.
2. Menyelaras program dakwah sepadu dalam usaha menyantuni
golongan tersebut melibatkan kerjasama agensi Kerajaan dan NGO.
3. Bahagian Dakwah dan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Kedah perlu bergerak secara bersepadu dan terancang
dalam usaha membimbing dan mengembalikan golongan ini kepada
kehidupan fitrah dan kembali menjalani kehidupan yang lebih sejahtera
selari dengan tuntutan syariat.
4. Mendekati kumpulan LGBT yang telah insaf dan ingin kembali ke
pangkal jalan.
PENUTUP

Jalan dakwah ialah jalan Baginda Nabi SAW, seorang Nabi yang membawa
rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’,
ayat 107 maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Walaupun secara prinsipnya perlakuan LGBT tidak dapat diterima


berdasarkan panduan daripada al-Quran dan al-Hadis, undang-undang
serta norma budaya masyarakat Malaysia, namun ia tidak menafikan hak
golongan ini untuk dibimbing dan dinasihati.

Pendekatan ini adalah selaras dengan prinsip dakwah dalam Islam agar
memberi peluang kepada mereka yang melakukan dosa dan maksiat untuk
memperbaiki diri dan mendapatkan pengampunan Allah.

Oleh itu, disarankan pihak Kerajaan Negeri Kedah bertindak secara proaktif
menangani isu ini melalui jalinan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan
yang terlibat seperti JHEAIK, KEMAS, Jabatan Mufti serta NGO-NGO yang
berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai