Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Antropologi
Antropologi berasal dari perkataan Yunani iaitu anthropos yang bermaksud manusia
atau orang dan logos yang membawa maksud wacana atau ilmu. Walaupun ramai ilmuan
dalam bidang antropologi seperti Ruth Benedict, Ariyono Suyono dan Willian A. Havilland
mempunyai definisi masing-masing terhadap antropologi, namun setiap definisi tersebut
dapat disimpulkan bahawa antropologi merupakan sebuah ilmu yang mempelajari tentang
segala aspek manusia yang terdiri dari aspek fizikal, kebudayaan, politik dan berbagai
pengetahuan tentang corak kehidupan manusia lainnya yang bermanfaat. Antropologi
terbahagi kepada antropologi fizik dan antropologi budaya. Antropologi fizik mengkaji
manusia dari segi biologi seperti bentuk tubuh, warna rambut dan kulit. Manakala antropologi
budaya pula mengkaji manusia dari segi kebudayaan seperti kesenian, norma dan tingkahlaku
dalam masyarakat.
Sosiologi
Sosiologi berasal dari bahasa Latin iaitu socius yang bermaksud kawan atau teman
sedangkan logos bererti ilmu.

Walaupun

banyak pengertian

atau

definisi

mengenai

sosiologi yang dikeluarkan oleh tokoh sosiologi namun secara tuntasnya sosiologi bermaksud
mempelajari masyarakat, perilaku masyarakat, dan perilaku sosial manusia dengan
mengamati perilaku kelompok masyarakat yang dikaji. Sosiologi juga boleh menunjukkan
bagaimana manusia bertingkahlaku dan bertindak akibat dipengaruhi masyarakat sekeliling.
Antara tokoh sosiologi yang mengeluarkan definisi-definisi sosiologi mereka adalah Karl
Marx, Emile Durkheim, Pitirin Sorokin dan Max Weber. Masyarakat yang dimaksudkan
dalam teori sosiologi merupakan sekelompok individu yang mempunyai hubungan, memiliki
kepentingan, dan memiliki budaya yang dikongsi bersama.

Perbezaan Diantara Antropologi dan Sosiologi


Manakala dalam bidang atau ilmu antropologi pula mempunyai kaedah tersendiri
dalam melihat sesuatu perkara secara perbandingan dan secara relatif, diterima akal dalam
konteks sosial dan budaya yang mereka punyai atau dengan kata lain cara kita melihat dunia
kini dipanggil imaginasi antropologi. Dalam bidang sosiologi menerangkan bahawa apabila
kajian terhadap manusia dan tingkahlakunya dijalankan, ahli sosiologi akan memberi fokus
terhadap pengaruh manusia dan masyarakat kepada manusia yang lain.
Selain itu perbezaan diantara antropologi dan sosiologi ini ialah sebagai contohnya
dalam bidang antropologi mentafsirkan bahawa antropologi merupakan ilmu yang
mempelajari manusia dari sudut bentuk fizikalnya, keunikan etnik budayanya secara
keseluruhan sebagai makhluk sosial. Manakala sosiologi adalah ilmu yang mempelajari
manusia secara bemasyarakat, berkumpulan mahupon berkelompok yang hidup dalam satu
masyarakat sebagai makhluk sosial yang berinteraksi sesame masyarakat yang lain.
Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunapakai untuk menyelidik
sesuatu peristiwa berdasarkan imaginasi antropologi. Terdapat pengkaji yang berminat untuk
memahami mengapa dan bagaimana orang Azande di Afrika Tengah percaya dengan tukang
sihir? Bagaimana penduduk di Mauritius menghindari daripada berlakunya rusuhan etnik?
Apakah yang terjadi sebenarnya kepada gaya hidup cara lama orang Eskimo Inuit semenjak
beberapa tahun kebelakangan ini? Hakikatnya telah ada ahli antropologi yang melakukan
penyelidikan serta telah menulis tentang masalah tersebut. Terdapat juga penyelidik yang
berminat meneliti agama, cara membesarkan anak, kuasa politik, kehidupan ekonomi, atau
hubungan antara lelaki dengan wanita terhadap permasalahan yang dinyatakan sebentar tadi.

Disiplin antropologi juga berminat untuk menyusuri hubungkait antara pelbagai aspek
kehidupan bermasyarakat.
Manakala dari sudut sosiologi pula C. Wright Mills menyatakan bahawa sekiranya
seseorang individu ingin memahami sosiologi, individu tersebut perlu mengetahui dan
memahami terlebih dahulu masyarakat sekelilingnya kerana tindakan individu itu
mencerminkan struktur masyarakat sekelilingnya. Beliau menamakan pernyataan atau kaedah
tersebut sebagai imaginasi sosial. Maka imaginasi sosial memberi peluang untuk mengaitkan
tingkahlaku atau pengalaman individu dengan masyarakat. Menurut Mills lagi, masalah
peribadi dan isu masyarakat saling bertindih dalam membentuk sebuah struktur sosial.

Persamaan Antropologi dan Sosiologi


Pada dasarnya kedua ilmu ini tidak terlepas dari objektif yang sama. Namun diantara
kesamaan tersebut pasti ada perbezaan yang sangat disignifikasikan dan dilihat dengan jelas
dari dari sudut ilmu dan penelitian walaupon objektifnya sama. Persamaan antara ilmu
Antropologi dan Sosiologi ini adalah kedua ilmu tersebut mempelajari objektif penelitian
yang sama iaitu mempelajari manusia dan kebudayaan.

Kesimpulan
Pada dasarnya kedua-dua ilmu ini tidak lepas dari objektif yang
sama

iaitu

meneliti

dan

mengkaji

tingkahlaku

individu.

Walau

bagaimanapun masih wujud perbezaan yang signifikan dapat dilihat dari


kaedah dan penelitian kajian walaupun mempunyai objektif yang sama.
Imaginasi sosiologi merupakan kaedah yang lebih menitik beratkan pada masyarakat dan

kehidupan sosialnya manakala imaginasi antropologi merupakan kaedah kajian yang


berfokus kepada penduduk yang merupakan masyarakat tunggal

Anda mungkin juga menyukai