Anda di halaman 1dari 5

MAKSUD PEWATANIAHAN

Sekiranya

pertengahan

dekad

1980-an

merupakan

era

kemunculan

globalisasi, pada masa yang sama di Malaysian muncul Bank Islam,


Universiti Antarabangsa, Penggubalan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam,
Penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum pendidikan negara, bertambah
pesatnya pusat-pusat rawatan Islam dan pusat-pusat pendidikan Islam dan
sebagainya. Dan kecenderungan kearah melahirkan generasi Islam yang
begitu amat tinggi, misalnya menurut rekod Kementerian Pendidikan
Malaysia

(1986) sejak

awal dekad 1980-an, 80% ibu

bapa

Melayu

menghantar anak mereka untuk pendidikan pra-sekolah ke pusat-pusat


pendidikan Islam seperti Taski, Pasti dan beratus-ratus pusat sedemikian
yang dianjurkan oleh pihak-pihak swasta dan pensedirian setiap tahun.
Senario empiris ini membayangkan semasa berlakunya globalisasi itu,
berlaku juga kegiatan dalaman yang aktif di peringkat lokal/negara di
Malaysia. Secara lebih tuntas, proses globalisasi itu berkembang bersama
(co-presence) dengan proses Islamisasi. Dengan darjah-darjah tertentu,
bolehlah dikatakan bahawa berlaku juga proses glokalisasi atau dochakuka di
negara ini. Dalam konteks bangsa Melayu proses tersebut dapat dinamakan
sebgai pewataniahan.
Istilah pewataniahan adalah kata terbitan dari perkataan watan (bahasa
arab) yang bermaksud tanah air atau tanah tumpah darah. Pengertian
pewataniahan lebih berkait dengan konsep wataniah" (( iaitu kata sifat
bagi watan itu. Dalam beberapa kamus yang ditulis oleh Cowan (1976) dan
Hava (1982) dijelaskan bahawa: WATANI (( home, native, indigenous,
domestic, patriotic, national, nationalistic, patriot, domestic product, product
of the country. WATANI (( , nationalism, national sentiment, patriotism.
Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa konsep wataniah mengandungi
elemen-elemen seperti berikut: tanah air(home), anak watan, penegluaran
domestic, dan pengeluaran negara. Sehubunngan itu, konsep penwataniahan

merujuk kepada sentiment menyintai tanah air, anak watan, pengeluaran


domestik, dan pengeluaran negara. Sekiranya diperhatikan konsep ini mirip
konsep dochakuka di Jepun atau glokalisasi yang digagaskan oleh Robertson.
Sentimen dalam konsep penwataniahan itu adalah berkait rapat
dengan semangat patriotisme atau nasionalisme. Ia dimanifestasikan dalam
bentuk proses yakni melalui gerakan, pemupukan kesedaran dan semangat
serta tindakan untuk mempertahankan, memberi nilai, menghayati, memberi
tempat, dan fungsi, terhadap segala unsur wataniah itu. Dalam pada itu,
harus

ditekankan

bahawa

konsep

patriotisme

dan

nasionalisme

dan

hubungannya dengan pengertian pewataniahan Melayu itu agak berbeza


daripada konsep patriotisme dan nasionalisme Barat. Ia juga berbeza
daripada apa yang sering diungkapkan dalam perbicaraan konvensional atau
siaran media massa arus perdana Malaysia.
Perhubungan antara bangsa Melayu dan Islam dapat dilihat dalam tiga
peringkat. Pertama di peringkat individu, keluarga dan komuniti di mana
Islam di dakap kejap(embrace) sebagai satu agama. Sekiranya sejarah
telah membuktikan begitu ramai manusia telah mengadaikan nyawa demi
mempertahankan fahaman, ideologi(seperti Komunisme, Konfusiusme, dan
Demokrasi) atau tanah air maka demikianlah juga anak watan Melayu dalam
mempertahankan agamanya iaitu Islam.
Kedua, di peringkat negara yang di mana Islam didakap sebagai penanda
jati diri, untuk membezakan kami dari orang lain (us from other).
Sekiranya Islam dicabut dari roh dan jasad Melayu, dan sekiranyanya unsurunsur luar (seperti fahaman, bahasa, dan kebudayaan asing) diambil sebagai
asas pembangunan Melayu maka dengan semdirinya bangsa Melayu akan
hilang di muka bumi ini. Sekiranya ini berlaku mungkin akan wujud hanya
puak-puak peribumi Melayu dalam kelompok-kelompok etnik(ethnies) atau
wilayah-wilayah mikroskopik tertentu.

Ketiga, di peringkat di mana Islam didakap oleh anak watan Melayu


sebagai asas pembentukan komuniti global atau ummah sejagat. Ini kerana
Islamlah kuasa yang telah mengangkat Melayu ke permukaan pentas dunia
sebagai suatu bangsa. Pada masa lalu proses ini berlaku setelah anak watan
Melayu diterima sebagai ahli dan diberi saluran (access) untuk melakukan
perhubungan dengan pusat-pusat tamadun dunia seperti di Tanah Arab,
Mesir, Turki, dan India. Pada masa ini anak watan Melayu telah menjadi ahli
komuniti global berasaskan kesatuan keagamaan merentasi etnik, puak dan
nasionaliti.
KENAPA GLOBALISASI DAN PENWATANIAHAN INI MUNCUL?
Glokalisasi dan pewataniahan merupakan dua konsep penting untuk
dijadikan kerangka analitikal atau alat analisis mengenai dinamika pada
era globalisasi itu. Ia wujud bersama (pro-presence) dengan proses
globalisasi tu sendiri. Oleh itu, secara praktisnya ketiadaan konsep-konsep ini
mungkin menyebabkan sesuatu bangsa itu tidak mempunyai konsep
memandu (guidance concept) untuk melaksanakan penbangunan mapan,
komprenhensif dan substantif berasaskan acuan sendiri pada era ini.
Maka inilah tujuan untuk mengenengahkan konsep penwataniahan
supaya menjadi urusan semua orang. Sebenarnya konsep ini telah wujud
dalam minda orang Melayu tetapi selama ini ia berupa suatu konsep yang
tidak bernama. Pengungkapan dan penghayatan konsep ini harus dijadikan
agenda besar dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan bangsa
Melayu khususnya dan negara ini amnya. Ia bukanlah suatu mitos, tetapi
suatu yang wujud secara konkrit dan sangat bersifat mandatory untuk
membolehkan bangsa Melayu melangsungkan dinamikanya pada landasan
yang mapan(sustainable). Konsep ini boleh dicerakin dalam medan diskusi
yang luas tetapi makalah ini hanya mengaitkan dengan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) sebagai latar empiris. Ini kerana terdapat tanda-tanda Dasar ini

berupa

blue-print

yang

sudah

wujud

untuk

melaksanakan

proses

penwataniahan ini.

KESIMPULAN
Sekiranya difahami pengertian yang sebenar, di sebalik proses globalisasi itu
tersirat kegiatan dalaman yang begitu aktif di peringkat lokal atau negara.
Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan diatas adalah satu
kesilapan yang feundamental untuk beranggapan semasa berlakunya proses
globalisasi itu pihak-pihak dalaman itu begitu pasif, hanya menerima sahaja
tekanan dari luar. Senario empiris menunjukkan entiti dalaman turut
memainkan peranan sama dalam proses tersebut. Ini kerana globalisasi
memberi ruang, peluang dan potensi kepada pihak-pihak dalaman untuk
terlibat dalam kegiatan tersebut. Oleh itu, dalam penyelidikan tentang
globalisasi tidak bermakna penelitian terhadap apa yang berlakudi peringkat
lokal dan situasi sesuatu bangsa tidak relevan.
Berdasarkan senario empiris ini juga dapatlah dihujahkan bahawa
penelitian

mengenai

globalisasi

menunutut

kerangka

analitikal

iaitu

penggabungan aspek-aspek kebudayaan bersama-sama dengan aspek


ekonomi dan politik. Ketiga-tiga aspek ini harus digabung secara persepadu
dan harmonis. Ini kerana globalisasi dan order dunia tidaklah berkembang

dari asas ekonomi dan politik semata-mata. Malah, seperti terbukti di Jepun
dan di Malaysia kebudayaan telah memainkan peranan untuk menentukan
ciri-ciri ekonomi dan politik di peringkat global dan peringkat lokal. Jelaslah
permandangan yang meletakkan faktor-faktor ekonomi dan politik sematamata sebagai angkubah akan gagal. Dalam pada itu, pemandangan yang
hanya meletakkan kebudayaan semata-mata sebagai angkubah juga akan
gagal untuk menangani reality masa kini.
Harus di tegaskan bahawa proses pembangunan, dinamika dan
kemajuan watan melayu harus bermula dari seorang pemimpin politik yang
menyintai unsur-unsur wataniah Melayu. Unsur-unsur wataniah Melayu yang
asasi ialah Islam, diikuti bahasa Melayu dan warisan serantau yang telah
diterima sebagai kebudayaan Melayu. Hanya will power dan political will
yang berisikan unsur-unsur wataniah inilah yang akan memungkinkan watan
Melayu menunggah arus perubahan zaman, yang kini dinamakan era
globalisasi dengan beracuan sendiri.

RUJUKAN
1. Anuwar Ali, Nor Aini Hj. Idris dan Hasanah Ali, 1998, Pensejagatan dan
Pembangunan Industri di Malaysia, Bangi, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
2. Anuwar Ali, 1995, Globalisasi Pembangunan Industri dan Peranan
Pemerintah di Malaysia, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai