Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOHN (2) JALAN BUKIT NANAS, 50250 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN

TEMA: WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

TARIKH: 7 Februari 2013/ 26 Rabiulawal 1434H

1.0 Pengenalan: Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sk St John 2, berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program bagi mengingati dan memuliakan junjungan besar Rasulullah saw .Sambutan maulidur Rasul di peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw.Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda,Sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-Quran: Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia. ( al-Qalam:4 ) Majlis Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di peringkat sekolah.Pada tahun ini,beberapa aktiviti telah dirancang, yang akan melibatkan semua guru dan pelajar sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu . Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping menghayati sirah hidup baginda.Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw.Di samping itu perasaan cinta dan kasih akan timbul terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.

2,0 Matlamat program Matlamat program ini ialah, menimbulkan rasa kasih dan sayang warga Muslim SK St John 2 ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta mencontohi akhlak baginda di dalam kehidupan seharian.

3.0 Objektif 3.1 Memupuk rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. 3.2 Berusaha meneladani akhlak baginda 3.3 Membina ukhuwah yang mantap sesama rakan, guru-guru dan staf dan masyarakat setempat.

4.0 Sasaran
Terdiri daripada pelajar, guru dan warga sekolah yang beragama Islam.

5.0 Tempat Dewan Tun Dr Ismail dan Padang Sekolah

6.0 Tarikh : 7 Februari 2013 7.0 Aktiviti : 7.1 Pertandingan membuat sepanduk 7.2 Ceramah perdana 7.3 Perarakan selawat 7.4 Persembahan nasyid atau berzanji

Tentatif Program : Rujuk Lampiran A Jawatankuasa kerja: Rujuk lampiran B

Anggaran kewangan dan perbelanjaan: Rujuk lampiran C

Penutup: Kerjasama semua pihak amat diharap untuk merialisasikan pelaksanaan aktiviti yang dirancang. Semoga program ini akan memperkukuhkan lagi penghayatan sambutan Maulidur Rasul di kalangan warga sekolah. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: .. HAIZUN HASNI BINTI MOHAMAD AZMI Setiausaha, Sambutan Maulidur Rasul 2013/1434 Disemak oleh: . EN. CHE LAMIN BIN CHE DIN GPK Tadbir dan Kurikulum SK St. John 2, Kuala Lumpur

CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM SAMBUTAN 2013/1434H INI DILULUS / TIDAK DILULUSKAN *

MAULIDUR

RASUL

EN AZWA BIN HJ MANSOR Guru Besar SK St. John 2, Kuala Lumpur

Lampiran B

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H / 2013M PENASIHAT PENGERUSI PENYELARAS SETIAUSAHA BENDAHARI : : En Azwa bin Hj Mansor : En. Che Lamin bin Che Din : En. Abd. Somad b. Din : Cik Haizun hasni bt Mohamad Azmi Cik Siti Mariam bt M. Ayob AHLIJAWATANKUASA KERJA PERSIAPAN TEMPAT En. Ali Nordin b. Ahmad En. Fahmi b. Aripin En. Saiful Asrul b. Abdullah En Shamsul Kamal b.Saidin HADIAH/CENDERAMATA Pn Akmarizan Bt Ahmad Cik Suhaila bt. Khairuzaman Cik Nurfadhilah bt. Mohd. Haniff Cik Nor Huraizah bt Che Harun

SIARAYA / LCD En. Mohd. Halim b. tahamit En. Abd. Somad b. Din En Ahmad Izham Yatim PENGACARA MAJLIS Pn Norafidah bt Basarudin BUKU PROGRAM Pn Madihah Naqhiah bt Mohd Sarif DISIPLIN/KESELAMATAN/KEBERSIHAN En. Muhd. Juhalmi b. Abd. Halim En. Mohd. Dasuki b. Nazir En. Wan Mohd Aidil Azhar HAKIM Pn. Zanida bt. Abd. Aziz Pn. Zahida bt. Zakaria

MAKANAN Pn. Norfazlindah bt. Abu Pn. Azrinawati bt. Mohamed Pn. Siti Husna bt. Mohd. Yusuff BACAAN DOA En. Abd. Somad b Din FOTOGRAFI Pn Fazniza bt Mat Taib DOKUMENTASI Pn. Norazizah bt. Mohammad

DISIPLIN Semua guru yang beragama islam

Lampiran C

Sumber Kewangan 1. Peruntukan Panitia Agama Islam 2. Sumbangan PIBG

Anggaran Perbelanjaan

Bil. 1. 2.

Perkara Penceramah Hamper pertandingan sepanduk terbaik Makanan VIP

Unit 1xRM100.00 1=1xRM50.00 2=1xRM40.00 3=1xRM30.00 3X RM 5.00


Jumlah besar

Jumlah RM100.00 RM 120.00

3.

RM 15.00
RM 235.00

Lampiran A

ATURCARA MAJLIS :
( 7 Februari 2013 )

7.50 Pagi : 8.00 Pagi : 8.30 Pagi :

Murid berkumpul mengikut kelas masing-masing Perarakan dan berselawat Majlis Perasmian bermula: Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ceramah Perdana Persembahan Bacaan Berzanji Persembahan Nasyid

10.30 Pagi : 11.00 Pagi :

Majlis Perasmian Penutup : Bersurai

Anda mungkin juga menyukai