Anda di halaman 1dari 8

3.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

Malaysia adalah sebuah negara membangun yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup dalam suasana harmoni. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum pastinya akan mewujudkan corak sosio budaya yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan yang wujud ini tidak harus dijadikan sempadan dalam sistem masyarakat demokrasi di negara kita. Namun begitu, kepelbagaian sosio-budaya ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Oleh yang demikian, sebagai seorang pendidik, kita seharusnya mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang dan bersepadu kepada semua murid yang berbeza dari segi kaum serta latar belakang. Dari aspek pendidikan, terdapat empat implikasi kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat di sekolah. Empat aspek tersebut ialah guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat.

3.1

Guru

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Dalam berhadapan dengan murid yang mempunyai kepelbagaian sosio-budaya, guru mestilah mengajar tanpa membezakan bangsa murid berkenaan. Guru mestilah bersikap adil dan saksama bagi memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing. Contohnya, guru menempatkan murid yang berlainan latar belakang dalam kumpulan yang sama. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri dengan lebih terbuka, di samping dapat mewujudkan cara pergaulan yang tidak berkelompok dalam kalangan murid pelbagai budaya. Selain itu, guru juga dapat mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan dan dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan.

Menurut

Rohand

Meighan

(1986)

dalam

buku

Budaya

Dan

Pembelajaran (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010), kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuati bangsa yang sama. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibeza-bezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah. Sebagai pendidik yang prihatin, guru perlulah mengajar murid tanpa membezakan kelas sosial mereka. Murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak harus diketepikan. Mereka harus dilayan sama rata dengan murid dari golongan atasan dan berkedudukan. Justeru itu, murid dari pelbagai golongan dapat bergaul dan berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya dan masyarakat lain. Melalui cara ini, suasana pembelajaran yang interaktif dan bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan. Oleh yang demikian, perbezaan kelas sosial ini perlu dititikberatkan oleh guru bagi memastikan tiada murid yang terpinggir semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan isi pelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah, strategi serta pendekatan pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu bagi mengelakkan murid-murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Dalam hal ini, murid yang lambat menerima pembelajaran tidak akan merasa tersisih dan diabaikan. Di samping itu juga, guru juga harus menghormati setiap kepercayaan yang dianuti oleh murid-muridnya. Contohnya, murid berbangsa Cina akan memakai pakaian yang serba hitam apabila keluarga terdekat mereka meninggal dunia. Sebagai seseorang yang menghormati budaya, guru tidak boleh memarahi murid dan memaksa murid tersebut untuk memakai uniform sekolah yang berwarna putih. Dalam hal ini, guru harus bertindak secara profesional dan menghormati hak asasi bagi kaum masing-masing. Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum juga hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada

penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka. Selain itu, aspek bahasa harus diberikan pertimbangan oleh guru. Guru mestilah menggunakan bahasa standard semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru yang versatil, guru perlu mengelakkan daripada menggunakan dialek ataupun longat daerah semasa menyampaikan isi pelajaran. Jika hal ini berlaku, ia akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan murid yang berbeza latar belakang, dan seterusnya akan menyebabkan mereka berputus asa untuk memahami isi pelajaran guru. Penggunaan bahasa standard ini mempunyai banyak kelebihannya.

Kelebihannya yang utama ialah ia akan memberi peluang yang sama kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru juga bertindak sebagai role model. Sebagai role model, guru perlu menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan murid-murid. Misalnya, guru datang awal ke bilik darjah, mementingkan kekemasan, sentiasa bersikap adil serta tegas dalam apa jua keadaan. Hal ini akan menambahkan rasa hormat murid terhadap guru dan seterusnya mereka dapat menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dan murid ini penting kerana hubungan yang erat dapat meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka. Guru yang dedikasi sentiasa merancang kaedah serta strategi pengajaran bagi mencapai matlamat pembelajaran dalam sesebuah bilik darjah. Selain merancang, guru juga perlu mengetahui dan memahami kerjayanya serta bijak dalam mengawal tingkah laku anak didiknya. Bagi memastikan perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat, guru mestilah sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran dan keupayaan diri bagi memastikan kejayaan tersebut.

3.2

Murid

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan mereka dengan adil dan saksama. Hal ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 12 iaitu hak berkenaan dengan pendidikan. Berlandaskan Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 12, guru seharusnya mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk merapatkan jurang kepelbagaian sosio-budaya di kalangan murid. Dalam hal ini, hati murid perlu dibersihkan melalui penerapan nilai-nilai murni agar mereka dapat bertingkah laku dengan baik. Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum perlu dielakkan. Selain itu, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai murid supaya tahap penguasaan bahasa mereka sentiasa

bercambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Selain itu, murid juga harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial sama ada dari golongan atasan atau bawahan. Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa harus dikelompokkan bersama semasa

melaksanakan sesi pembelajaran. Di samping itu, murid juga perlu membuang sikap prejudis terhadap kaum lain dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Di samping itu, murid juga tidak harus mempertikaikan kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh rakan-rakan mereka. Justeru, aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa

mengira

anutan

agama

hendaklah

dikembangkan

supaya

proses

pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung, semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran ke arah memacu pembangunan negara. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. Selain itu, peluang yang sama harus diberikan kepada setiap murid dalam meneroka aktiviti pembelajaran agar mereka dapat mengenali potensi diri. Murid mudah terpengaruh dengan tindakan guru yang menunjukkan keperibadian profesional. Guru sebagai role model kepada murid-murid perlu mempamerkan teladan yang baik di hadapan murid. Oleh itu, guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif. Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, di samping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif boleh menarik minat murid. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan

ketidakseimbangan dalam penyampaian isi pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu bagi menanamkan semangat kerjasama dan kecintaan terhadap kelas mereka. Di samping kewujudan jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas, ahli jawatankuasa keceriaan kelas juga perlu diwujudkan supaya kelas sentiasa bersih, kemas dan ceria. Dengan ini, setiap murid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

3.3

Sekolah

Institusi sekolah merupakan entiti utama dalam keseluruhan sistem sosial masyarakat. Institusi ini bukan sahaja menjadi sumber pendidikan kepada ahli masyarakat malah lebih penting lagi berfungsi sebagai penghubung kepada pelbagai budaya yang berkembang dalam masyarakat tersebut (Banks dan McGee,1997:23). Dengan mengetengahkan prinsip pendidikan pelbagai budaya yang memperlihatkan perspektif positif terhadap aspek kepelbagaian budaya di sekolah, adalah diyakini prinsip tersebut berjaya menggalakkan pemahaman dan komunikasi antara silang budaya dan penerimaan perubahan oleh setiap kaum (Stephen May,1962:37). Sementara itu, perlu ditegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untuk didedahkan kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan tempatan, jati diri dan identiti negara mereka (Ibrahim Saad, 1986:485). Bagi mencapai objektif pembelajaran kepelbagaian sosio-budaya, sistem pendidikan perlulah memberi peluang kepada setiap individu untuk belajar menghargai dan berkongsi nilai-nilai budaya kemasyarakatan termasuklah bahasa kebangsaan, di samping mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Kepelbagaian sosio-budaya juga telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJK (C), SJK (T). Pada peringkat menengah pula, terdapat Sekolah Berasrama Penuh, Sek. Men.Teknik, Sek. Men. Keb. Agama, Sekolah Model Khas dan Sek. Men. Keb. Harian. Pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas sosial

masyarakat. Penduduk di kawasan bandar dan luar bandar diberikan peluang pendidikan yang sama dan setaraf dengannya. Contohnya, murid di luar bandar menerima kemudahan yang sama dengan murid di luar bandar. Selain itu, murid juga harus diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar belakang sosio-budaya mereka. Dalam masa yang sama, sekolah perlulah memberikan sokongan sama ada berbentuk moral atau material bagi merapatkan jurang antara murid yang berlainan budaya.

Kementerian Pelajaran juga telah berusaha bagi mengatasi masalah kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Selain itu, Sekolah Wawasan telah ditubuhkan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi akan memudahkan integrasi yang wujud di kalangan murid, dan seterusnya dapat membantu mereka pada masa akan datang.

3.4

Kurikulum Tersirat

Dalam konteks pendidikan, implikasi kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari aspek guru, murid dan sekolah sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar iaitu kurikulum. Dalam usaha mencapai perpaduan kaum di negara ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka dan menyediakan suatu sistem pendidikan yang adil bagi semua pelajar dengan membudayakan pendidikan merentas kurikulum. Ini bermakna unsur kepelbagaian budaya dan ilmu kemasyarakatan boleh diterapkan dalam semua mata pelajaran di sekolah. Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu (Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986). Kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri. Di peringkat penilaian, pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat.

Melalui kurikulum tersirat, KPM berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan, khususnya aktiviti kokurikulum. Kurikulum tersirat juga boleh diaplikasikan melalui aktiviti persatuan, kegiatan panitia dan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kurikulum tersirat ini harus menggalakkan interaksi dalam kelas sosial. Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Selain itu, penerapan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum. Nilai-nilai murni ini penting bagi pembentukan sahsiah dan jati diri murid warganegara Malaysia yang berbilang bangsa serta budaya.

Anda mungkin juga menyukai