Anda di halaman 1dari 24

EDU 3109 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

DISEDIAKAN OLEH : ADIRA BINTI ABDULLAH MUNIRAH BINTI ILIAS DAYANA BINTI ZAINAL ABIDIN ILHAM HUSNA BINTI JAMALUDDIN

SOALAN TUGASAN

Pemimpin yang disanjungi dan ciri-ciri istimewa mereka.

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

TUN DR. MAHATHIR MENGGARISKAN 7 KUALITI UNTUK MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK, IAITU;
1) Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar. 2) Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin. 3) Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan. 4) Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.

5) Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain. 6) Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
7) Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

PENDETA ZABA

BIODATA
Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad. Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907.

Kemudian ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge.


Memperolehi keputusan yang cemerlang kerana beliau menjadi pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam Ilmu Hisab, karangan Bahasa Inggeris dan Geografi Fizikal.

KHIDMATNYA DALAM PENDIDIKAN


Menjadi Guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru.

Menjadi penulis Setiausaha Agung UMNO.


Menjadi penterjemah berita dan juruhebah untuk pemerintahan Inggeris di Radio Malaya Singapura. Menjadi penterjemah bahasa Melayu di Mahkamah Kuala Lumpur. Memikul tugas sebagai guru bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies, University of London pada tahun 1949/50. Menjadi pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London. Menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura.

CIRI-CIRI ISTIMEWANYA
Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Beliau menyumbang dengan lebih lanjut apabila beliau diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah. Menjadi penterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun, diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.

SUMBANGAN
Menghasilkan beberapa majalah berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu dan Pengasuh yang memperjuangkan nasib dan masa depan orang Melayu. Selain itu, beliau turut menghasilkan dua buah karya klasiknya tentang seni karangan dan tatabahasa Melayu, iaitu Ilmu Mengarang Melayu (1927) dan Pelita Bahasa(1934).

HASIL KARYA..
Pelita Bahasa Melayu II (Rumi) untuk memberi latihan mengarang bagi darjah rendah.

Pelita Bahasa Melayu III (Rumi) untuk bicara mengarang bagi darjah tinggi.
Ilmu mengarang Melayu (Jawi) untuk bicara mengarang bagi penuntutpenuntut di kolej. Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) : Daftar perkataan-perkataan Melayu dengan ejaan jawi dan rumi serta undang-undang ejaannya. Kata-kata yang Tidak Tetap dalam Tulisan Melayu Rumi dan Kitab Rahsia Ejaan Jawi (1930). Kaedah Karangan Bahasa Melayu terangkum dalam Kitab Pelita Mengarang (1931). Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (1958) Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangan (1954) Bahasa Melayu dengan Tulisannya (1958)

CONTOH KARYA

RUMUSAN
Digelar Bapa Tatabahasa Melayu Moden.
Pada tahun 1962, beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong.

Gelaran Pendeta Bahasa (Ilmuan bahasa yang ulung) dikurniakan ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956.
Meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.

PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ

BIODATA
Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid Berdarah diraja Johor. Dilahirkan pada 28 Januari 1922 di London, England. Mendapat pendidikan awal di Johor Bahru kemudian meneruskan pengajian di Raffles College (1940-1941) dan mengambil mata pelajaran Ekonomi, Sejarah dan bahasa Inggeris. Meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Waseda University, Tokyo dengan mendapat Ijazah Doktor Ekonomi pada tahun 1964.

CIRI-CIRI ISTIMEWANYA
Sering diundang untuk membentangkan pelbagai kertas kerja berkaitan pendidikan negara. Kebanyakkan ideanya dimasukkan dalam pelbagai dasar atau reformasi pendidikan. Antara ideanya yang cukup menarik adalah menyalahkan faktor pemakanan sebagai punca utama kegagalan pelajar Melayu memiliki otak yang bergeliga seperti kaum lain. Terbitlah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi skim minuman susu berkhasiat secara percuma kepada murid sekolah rendah. Tokoh ekonomi yang mengagumkan. Satu-satunya ilmuan menerima anugerah Profesor Diraja di Malaysia.

KHIDMATNYA DALAM PENDIDIKAN


Berkhidmat sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Malaya, Singapura. Menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Ekonomi. Menjadi Dekan Fakulti Sastera. Menjadi Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.

Seterusnya beliau dilantik sebagai naib canselor selama dua dekad bermula 1 Oktober 1968 hingga 22 Februari 1988 di Universiti Malaya.

SUMBANGAN
Penubuhan Akademi Islam iaitu Lembaga Pengajian tentang Nilam Puri dengan Ungku Aziz sebagai pengerusinya. Penubuhan Institut Pengajian Tinggi pada tahun 1979 dengan menekankan kepada projek HAWA, Projek Pengajian Tinggi dan Pekerjaan. Dan pengajaran Kursus Sarjana Falsafah : Falsafah Penyedlidikan. Seterusnya penubuhan Pusat Asasi Sains pada tahun 1977 atas kesedaran beliau akan kekurangan pelajar peribumi dalam fakulti sains di UM. Penubuhan Pusat Bahasa UM pada 3 Mac 1972 sebagai sebuah organisasi perkhidmatan bahasa dan bertanggunjawab dalam menjalankan kursus bahasa yang sesuai dengan kehendak fakulti dan pusat-pusat lain di UM.

RUMUSAN
Memperoleh anugerah tertinggi dari Maharaja Jepun iaitu Grand Cordon the Order of the Sacred Treasure First Class. Diberikan ijazah kehormat oleh beberapa universiti, antaranya Doctor of Humane Letters, University of Pittsburgh (1971). Doctor of Education, Chulalongkorn University, Bangkok (1977). Doctors of Laws, Waseda University, Tokyo(1982). Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UKM (1986); Doctor of Laws, University of Buckingham (1987). Professor Emeritus, UM (1988). Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UM. Beliau turut mendapat pengiktirafan oleh kerajaan seperti Ordre des Arts et Des Lettres oleh Kerajaan Perancis (1965).

RUMUSAN
Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (1978). Japan Foundation Award (1981).

Soka Education Award (1987).


International Academic Prize of the 4 Fukuoka Asian Cultural Prizes (1993). Anugerah Melayu Terbilang oleh Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (2005). Anugerah Tuanku Syed Putra (2007). Sentiasa terpilih menjadi Tokoh Maal Hijrah. Anaknya mengikuti jejak langkahnya menjadi tokoh ekonomi Malaysia, Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz dengan menjadi wanita pertama menyandang Gabenor Bank Negara.

AKHIR KATA..

KATA-KATA DARI PROFESOR UNGKU AZIZ..

SEKIAN, TERIMA KASIH..

RUJUKAN
Amaleen Aisyah, Sumbangan Tokoh Dalam Pendidikan. Pustaka Cahaya Intelek: Selangor Darul Ehsan.

Anda mungkin juga menyukai