Anda di halaman 1dari 6

Nota Falsafah : Pembentukan dan

Pelaksanaan Kurikulum ::.


PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM

Definisi Kurikulum
- Berasal daripada bahasa Latin , currere : berlari.
- Pelbagai definisi oleh tokoh dalam bidang kurikulum namun masih belum ada
keputusan muktamad.
- Definisi daripada tokoh2 adalah seperti berikut :
- Franklin Bobbit (1918) , ‘bapa kurikulum’ melihat kurikulum daru dua perspektif :

o Pengalaman yang terarah atau tidak yang mana memberi foku kepada perkembangan
individu secara menyeluruh.
o Pengalaman yang disediakan oleh pihak sekolah secara sedar terhadap murid.
- John Dewey (1916),
o Menggariskan peranan kurikulum adalah sebagai USAHA yang memperrjuangkan
pembentukan semula masyarakat.
- Tanner (1980),
o Merangkumi segala pengalama terancang yang di timba oleh murid.
o Hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh guru dan murid.
- Schubert (1987),
o Terdiri daripada aspek tertentu untuk membentuk semula masyarakat.
o Ini termasuklah kandungan matapelajaran, konsep dan tugas pembelaaran, aktiviti yang
terancang, pengalaman dan hasil pembelajaran dan budaya tempatan.
- Kerr (dalam Kelly, 1983:199),
o Semua pembelajaran yang dirancang oleh institusi pendidikan.
o Dilaksanakan sama ada secara kelompol/individu, luar/dalam bilik darjah.

Asas Teoretikal Kurikulum


- Ianya dibentuk berdasarkan hasil penemuan tokoh-tokoh pendidik serta ahli
psikologi.
- Antara tokoh2 berikut :

(1900 – 1940)
- Alferd Binet,
o Mengutarakan satu prosedur yang sistematik bagi menilai aptitud terhadap
pembelajaran.
- Jean Piaget,
o Mengkaji mengenai perkembangan kognitif kanak2.
- Lev Vygotsky,
o Menekankan unsur interaksi dengan persekitaran.
- Ivan Pavlov,
o Daripada konsep pelazimannya ( menggunakan anjing, serbuk makanan dan lonceng).
(1940-1960)
- Abraham Pavlov,
o Teori motivasi yang berkait rapat dengan hiraki keperluan manusia.
- Benjamin Bloom,
o Hasil kaijan Taxnomi Bloom yang mana mengandungi objektif2 pembelajaran yang
disusun mengikut 6 aras kognitif.
- Raplh Tyler,
o Telah menggariskan format panduan kurikulum, buku teks edisi guru, rancangan
mengajar dan alat2 penilaian.

(1960-1980)
- Erik Erikson,
o Mengkaji perkembangan psikososial.
- Lawrence Kolberg,
o Mengkategorikan perkembangan moral manusia.
- Albert Bandura,
o Teori pembelajaran sosial yang menerangkan manusia belajar daripada peniruan
tingkahlaku orang lain.

Model-model Kurikulum
- Terdapat 3 model NAMUN 2 kategori.
- Nama model :
o Model Tyler,
o Model Taba
o Model Stenhouse
- Nama jenis model :
o Model Objektif ( Tyler & taba)
o Model Proses ( Stenhouse )

- Model Tyler :
o 4 kompenen,
 Objektif : matlamat pendidikan yang harus dicapai
 Kandungan : isi pelajaran yang berdasarkan objektif
 Pengurusan : methodologi yang digunakan bagi melaksanakan kurikulum berdasarkan
objektifnya
 Penilaian : bagi mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

komponen perincian
Objektif Tujuan
(apa tujuan) pendidikan :
- merujuk
kepada
objektif/hasil
pembelajaran
- berdasarkan
keperluan
murid
Kandungan (apa Pengalaman
jenispengalaman<aktiviti> pendidikan
tuk capai tujuan seharusnya :
pendidikan) - spesifik
- eksplisit
- boleh diukur
- berlandaskan
FPK & FPG
- berdasarkan
pengetahuan
sedia ada murid
Pengurusan (bagaimana Pemilihan isi
pengalaman boleh diurus kandungan dan
dengan berkesan?) aktiviti yang
seiring dengan
tujuan
pendidikan
Penilaian Pertimbangan
(bagaimana pencapaian dari segi :
obj dpt ditentukan) - bentuk
(formatif/
sumatif)
- model
penilaian yang
digunakan
- jenis
instrumen utk
mengutip data
(tmubual,
pemerhatian,
ujian)

o model Tyler adalah “ends-means model” kerana pengajaran( ends) perlu ditentukan
terlebih dahulu sebelum kaedah pengajaran (means).
o Model ini juga berfokuskan kepada tujuan pendidikan(hasil) sahaja.

- Model Taba,
o 7 komponen langkah-langkah pelaksanaan model :

Komponen Langkah Pelaksanaan


Diagnos apa yang murid perlu
keperluan
( kemahiran
penyelesaian masalah
matematik, kemahiran
generik, kemahiran
proses sains)
Pembentukan ringkasan objektif
Objektif selaras dengan
keperluan murid.
Pemilihan harus berpadanan
kandungan dengan obj, relevan &
signifikan.
Pengurusan organisasi kandungan
kandungan yang dipilih.
Pertimbangan diberi
kepada :

- urutan, dari senang


ke kompleks dan
konkrit ke abstark)

- tahap kematangan
murid,

- minat murid,
kebolehan murid,

- tahap pencapaian
murid
pemilihan : seeloknya bersesuaian
pengalaman dengan kandungan
pendidikan yang disampaikan
SERTA melibatkan
murid secara
menyeluruh.

Pengurusan rancang dgn teliti,


pengalaman relevan dgn kandungan
yang diajar,
bersesuaian dgn murid.

Penilaian : perhatian diberi


kepada,
 Tujuan (pemulihan,
pengayaan, streaming,
pensijilan)
 Bentuk ( formatif,
sumatif)
 Jenis ( ujian bertulis,
lisan, pemerhatian)

- Kekuatan model Objektif ini ialah :


o Pertama : Ianya bersifat sistematik kerana adanya komponen dan langkah.
o Kedua : Objektif pengajaran yang ingin dicapai digariskan dengan jelas.
- Isu @ masalah yang timbul :
1. Kurikulum yang berpusatkan tujuan pendidikan ni ditentukan oleh penggubal
kurikulum. Jadi, bagaimana guru dan murid ingin mengesyorkan kandungan yang
hendak dipelajari DAN bagaimana hendak mempelajarinya.
2. Obj pengajaran yang berbentuk eksplisit membawa implikasi perubahan tingkahlaku
semata-mata bersifat obj dan boleh diukur. Namun, secara praktikal, sukar utk
mengenalpasti impak satu pengalaman ke atas murid dalam masa yang singkat.
3. Pengukuran obj yang mana perlu dipecahkan kepada unit kecil agar dapat menilai
yang melibatkan penilaian ilmu n kemahiran secara menyeluruh.
a. Oleh itu, ianya memerlukan masa yang lama.
4. Tujuan pendidikan yang ditentukan sebelum proses pengajaran akan
menyebabkan pengabaian pembelajaran. Ini kerana akan berlaku interaksi antara
murid wit guru, murid wit murid, murid wit bahan.
a. Pengabaian yang dimaksudkan ialah akibat daripada terikatnya dan terkokong
dengan tujuan pendidikan yang telah ditetapkan.

- Model Stenhouse,
o Kurikulum adalah sebagai satu proses yang mempunyai :
 ciri-ciri
 aktif,
 dinamik,
 bukan sesuatu yang berbentuk fizikal
 adanya interaksi
 dan prinsip-prinsip
 Pemilihan kandungan (apa yang diajar, apa yang diperlajari)
 Pemilihan strategi mengajar (bagaimana diajar, bagaimana mempelajari
sesuatu)
 Membuat keputusan mengenai urutan kandungan yang akan diajar
 Pelaksaan kurikulum (dalam konteks sekolah, murid dan persekitaran
YANGBERBEZA)

(sambung ayat diatas….) yang menekankan interkasi antara guru wit murid, murid wit
murid, murid & guru wit bahan.

o Dalam model ini sebenarnya cuba menyampaikan ‘hasil pembelajaran’ dan ‘kaedah’
hanya akan terjelma sendiri apabila berlakunya INTERAKSI antara guru wit student wit
bahan.
o Ini kerana murid bukan pasif yang hnya menrima namun juga boleh menyatakan
pandangan.

Anda mungkin juga menyukai