Anda di halaman 1dari 8

SITI KHADIJAH BINTI ALIAS KITHANJALI A/P A.

RAMESH VANITHA A/P SHUNMUGAM THARANI A/P KANNAN

Adat melenggang perut ini juga dipanggil: Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia
Di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.

Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.

Untuk meletakkan kedudukan bayi di

dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin.

Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

Tujuh helai kain yang berlainan warna. Satu gantang beras. Sebiji buah kelapa. Beberapa urat benang. Satu batang damar. Sedikit minyak kelapa atau minyak urut. Beberapa batang lilin. Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya. Pengeras wang sebanyak RM 1.25 di dalam tepak itu.

Pada mulanya,bidan akan membacakan jampi serapah

dan mengandam wanita hamil itu. Tepung tawar dicalitkan ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung

dilakukan. Sebiji telur di selitkan di bawah kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil di bawa bersama. Wanita itu di dudukan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu diatambat seekaor ayam.
Kemudian air buyung di jiruskan padanya manakala telur

tadi di lepaskan atauu di jatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita itu bersalin.

Setelah membersihkan badan wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir itu nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah selesai acara itu, bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helia kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil itu di baringkan di atas lapisan kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perutterus ke hujung kakinya sebanyak 7 kali.

Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan sekira sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain di bawah sekali diberikan kepada bidan berserta peralatan upacara tadi.

Lazimnya pada hari tersebut kenduri doa selamat akan di adakan dan ibu yang menjalani upacara ini akan dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya hindu.

Anda mungkin juga menyukai