Anda di halaman 1dari 6

Kepercayaan Orang Bajau Laut (Sea Gypsis)

Sistem kepercayaan tradisional masyarakat Bajau Laut sebenarnya adalah animisme


sejenis roh halus yang berinteraksi dengan manusia, baik secara positif mahupun negatif.
Masyarakat Bajau Laut juga mengekalkan kehidupan tradisi di laut dan menganuti
kepercayaan pagan.Orang bajau laut percaya bahawa di laut juga ada penghuni yang dikenali
sebagai mahluk halus atau roh-roh. Contoh amalan animisme masyarakat bajau laut dahulu
seperti orang-orang takut untuk keluar malam sendirian kerana kehadiran roh-roh orang mati
atau roh halus yang mencari bayi atau mayat orang yang baru sahaja mati untuk dimakan 1. Di
samping itu, Mereka selalu berhati-hati kalau hendak turun ke laut. Justeru itu, orang bajau
laut yakin bahawa hati manusia juga melambangkan batu karang yang terpendam di dasar
laut. Maksudnya, mereka tidak ke laut sekiranya hatinya berasa ragu dan bimbang. Mereka
juga mempercayai bahawa unsur angin, api, tanah, dan air. Keempat- empat unsur ini
merupakan cerminan unsur penting iaitu tubuh, hati, nyawa dan manusia. 2 Walau
bagaimanapun, kedatangan agama Islam telah membawa nilai-nilai Islam kepada orang
bajau. Nilai-nilai Islam telah diserap masuk ke dalam jiwa masyarakat bajau. Maka, keadaan
ini menwujudkan kumpulan etnik yang beragama Islam.

Kemasukan unsur-unsur agama Islam sedikit sebanyak telah mengubah kesesuaian


adat dan kepercayaan dalam kehidupan masyarakat Bajau di mana kini selaras dengan
syariat Islam. Misalnya, semasa majlis pengebumian, setelah mayat tersebut selesai
dimandikan, dikafankan,disembahyangkan dan mayat tersebut akan diletakkan di dalam
keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan. Namun begitu, sebelum mayat tersebut dibawa
ke tanah perkuburan, keluarga dan saudara mara si mati akan lalu di bawah kerandan tersebut
sebanyak tiga kali semasa keranda tersebut diangkat. Ia dipanggil sebagai Pesuk di kalangan
masyarakat bajau. Perilaku mereka bertujuan supaya keluarga dan saudara mara si mati tidak
meraa rindu kepada si mati.3

1
Ismail Ali. 2010. https://dokumen.tips/documents/suku-bajau-laut.html / 26 disember 2021.
2
file:///C:/Users/dell/Downloads/262305566-BAJAU%20(3).pdf/ 25 disember 2021.
3
file:///C:/Users/dell/Downloads/262305566-BAJAU%20(3).pdf/ 25 disember 2021.
Terdapat juga usaha penyampaian agama selain daripada Islam, contohnya Kristian.
Oleh itu, ada juga di antara mereka yang memeluk Islam dan tidak betul-betul mengamalkan
ajaran Islam malahan mengamalkan ajaran pagan.4 Apa yang menariknya, ada yang beberapa
kali memeluk Islam, akan tetapi tiada pendedahan cara kehidupan Islam. Akhirnya,mereka
mengamalkan cara hidup seperti sedia kala iaitu pagan.

Isu yang mereka hadap bukan sahaja daripada segi kemudahan dan keperluan asas,
malahan yang lebih utama adalah tujuan kehidupan dan keagamaan mereka. Mereka bukan
sahaja ketinggalan di era permodenan ini. Namun, mereka juga ketinggalan dalam
pendedahan kepercayaan dan keagamaan.

4
https://solidaritas.my/sekilas-tentang-bajau-laut/ / 26 disember 2021.
Adat Resam Dan Pantang Larang Orang Bajau Laut5

Adat merupakan peraturan yang harus dipatuhi dan sudah diamalkan sejak turun-
temurun dalam sesebuah masyarakat. Menurut Saidatul Nornis (2007), perkataan adat
berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan. Agama Islam telah mengubah
makna adat menjadi kebiasaan. Pada zaman pra-Islam, Melayu membawa konsep ini dengan
makna yang luas dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang
ditakrifkan sebagai kebudayaan, undang-undang, sistem masyarakat, upacara dan segala
macam kebiasaan termasuklah cara makan dan duduk. Oleh itu, konsep adat boleh dikatakan
sebagai keseluruhan corak kehidupan atau kebudayaan manusia dalam alam nyata dan juga
menghubungkan manusia dengan alam kosmik yang simbolik dan sejagat.

Adat menjadi ciri kehidupan, bukan sahaja manusia dalam lingkungan alam tabiinya,
bahkan dalam kalangan makhluk seperti haiwan dan tumbuhan. Oleh itu, boleh dikatakan
bahawa hukum alam ialah adat. Dalam konteks ini, adat merupakan perlakuan yang pada
mulanya diamalkan sebagai suatu kebiasaan, kemudian menjadi amalan daripada individu
kepada amalan masyarakat. Adat juga merupakan aturan cara hidup yang meliputi segala
bentuk ritual, adat resam dan hukuman. Adat diperlukan untuk membentuk masyarakat yang
teratur dan berdisiplin.

Saidatul Nornis (2007), turut menerangkan bahawa pantang larang merupakan satu
"disiplin lisan" yang diamalkan dan umumnya segala perlakuan serta tindak-tanduk yang
diamalkan itu meliputi undang-undang adat. Pantang larang ini juga suatu tradisi pendidikan
secara langsung atau tidak langsung dan untuk kesejahteraan masyarakat umumnya.

Adat Resam Dan Pantang Larang Kelahiran6

5
Abd. Naddin Hj. Shaiddin & Radik Taim. 2015. Adat Resam Dan Pantang Larang Suku Kaum Di Sabah. Dewan
dan Pustaka Kuala Lumpur Malaysia. Hlm 8-11
Terdapat beberapa adat resam dan pantang larang yang perlu dipatuhi oleh wanita hamil dan
ahli keluarganya. Antaranya termasuklah pantang larang ketika hamil dan selepas bersalin.
Selain itu, adat yang berkaitan kelahiran pula seperti menempah bidan, Iqamat atau Azan dan
berkhatan.

 Pantang Larang Ketika Mengandung

Dalam masyarakat Bajau Sama, wanita hamil harus mematuhi beberapa pantang larang.
Sekiranya pantang larang ini tidak dipatuhi, dikhuatiri mendatangkan masalah kepada si ibu
ataupun bayi dalam kandungan atau ketika bersalin kelak.

Menurut Puan Asrah Ibrahim yang berasal dari Kampung Lok Kawi Baru, Putatan (ditemui
penulis pada 27 April 2013), seseorang wanita yang sedang mengandung tidak boleh
melakukan kerja-kerja berat kerana bimbang akan terjatuh lalu menyebabkan kemudaratan
kepada kandungan seperti keguguran atau anak yang bakal dilahirkan itu dikhuatiri
mengalami kecacatan. Wanita hamil juga tidak boleh duduk di pintu kerana dipercayai sukar
melahirkan anak, atau mengalami sakit perut berpanjangan. Dia juga tidak boleh makan di
dalam besen kerana dikhuatiri mulut anak yang lahir menjadi besar menyerupai
besen.Seseorang yang lalu di belakang wanita hamil dilarang membawa unggun (petungut)
api kerana dikhuatiri keluar darah tidak berhenti apabila wanita tersebut bersalin nanti.
Wanita hamil juga tidak dibernarkan melangkah tali kerbau takut (pengen) tempoh
kandungan hingga 12 bulan. Suami pula tidak boleh menyangkut atau melilitkan tuala di
leher kerana ditakuti leher bayi terlilit tali pusat.

Selain itu, wanita yang mengandung harus menghindari memakan buah nanas. Hal ini
kerana boleh menyebabkan keguguran kerana dipercayai buah nanas mempunyai bisa.
Wanita yang mengandung tidak dibenarkan memarut kelapa dan menyentuh santan kerana
dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin. Seterusnya, mereka juga tidak boleh
mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana bimbang anak dalam kandungan menjadi
lemah dan terkena penyakit.

 Adat Menempah Bidan

6
Abd. Naddin Hj. Shaiddin & Radik Taim. 2015. Adat Resam Dan Pantang Larang Suku Kaum Di Sabah. Dewan
dan Pustaka Kuala Lumpur Malaysia. Hlm 10.
Terdapat juga adat resam yang diamalkan oleh masyarakat bajau sama berkaitan
kehamilan seperti menempah bidan. Menurut Fandey Hji Jaliun dari kota belud (ditemui
penulis pada 30 mei 2015), bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Bidan akan
dipanggil sekiranya wanita hamil telah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin dan
beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakala di bawah rumah tersebut, duri dan benda-
benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan
gangguan makhluk halus.

Dilarang menjemput bidan pada waktu malam kerana ditakuti terjadi gangguan makhluk
halus. Makhluk halus dipercayai boleh menyerupai bidan tersebut lalu menghisap darah
wanita hamil tersebut sehingga membawa kematian. Selain itu, bidan yang membantu semasa
kelahiran hendaklah diberi hadiah berupa minyak tanah, lilin, jarum, benang, kain sarung dan
juga duit. Pemberian ini sebagai "pekeras" atau pengeras agar mata si bidan tidak kabur
selepas menyambut bayi yang lahir.

 Kelahiran

Sebaik-baik sahaja bayi dilahirkan, bapa atau imam melaungkan azan di telinga anak
yang baru dilahirkan itu. Keluarga mengadakan majlis berjaga-jaga selama enam malam
berturut-turut. Pada hari ketujuh, diadakan majlis kenduri kesyukuran sebagai tanda
kelahiran. Pada hari itu juga anak akan diberi nama. Majlis kenduri dibuat bersama-sama
dengan upacara mencukur rambut, majlis ini dikenali sebagai "gunting umur" dan pitu
embangi. Sebelum itu, disediakan kelapa muda yang dipotong untuk dibuat penutup, kelapa
muda yang disediakan ini untuk menyimpan rambut bayi yang digunting dan ditanam
berdekatan dengan tembuni yang ditanam terlebih dahulu pada hari kelahiran bayi. Selepas
bersalin, ranting berduri perlu digantungkan di dalam rumah atau di bawah kolong untuk
menghalang gangguan makhluk halus. Namun, terdapat sesetengah masyarakat Bajau Sama
yang mengadakan kenduri mencukur rambut atau potong jambul pada hari lain. Misalnya,
selepas bayi dilahirkan pada hari yang ke-40, hari ke-100 atau pada ulang tahun kelahirannya.
 Iqamat atau Azan

Bagi masyarakat Islam, disunatkan mengazankan dan mengiqamatkan bayi yang baru
dilahirkan. Iqamat bukanlah suatu adat, tetapi upacara ritual. Setelah diikat pusatnya, bayi
akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan diiqamatkan
(bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan, bayi itu disuapkan sedikit garam dan
gula sebagai tanda bayi menempuh kehidupan alam dunia, dan selepas itu bayi akan
disusukan.

 Beberapa Pantang Larang Selepas Bersalin

Terdapat beberapa pantang larang untuk wanita selepas bersalin yang menjadi amalan
masyarakat Bajau. Antaranya, dilarang makan makanan sejuk kerana bimbang mendatangkan
uri, iaitu meroyan. Seterusnya, dilarang makan makanan yang berbisa seperti ikan belais,
makanan yang menyebabkan kegatalan seperti udang, sotong dan ketam kerana dikhuatiri
anak akan terkena penyakit gatal. Ibu juga tidak boleh memukul abang atau kakak kepada
bayi kerana dipercayai ibu akan meracau.

Menurut Puan Halimah Atus, 56 tahun yang berasal dari Kampung Pengalat Besar Papar,
masa berpantang selepas bersalin ialah selama 44 hari. Bidan akan mengambil alih tugas
memandikan ibu pada hari ketujuh hingga hari ke-44. Mandi ini dinamakan mandi nifas
selepas bersalin. Selepas bersalin, ibu dilarang mengangkat barang yang berat kerana
dikhuatiri peranakan akan turun.

Anda mungkin juga menyukai