Anda di halaman 1dari 6

APAKAH SIMPANAN PENDIDIKAN TERBAIK

Apakah simpanan pendidikan terbaik untuk anak disenaraikan 10 simpanan pendidikan


untuk anak serta kelebihan dan kekurangan setiap tabung pendidikan anak untuk
meneruskan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, menyambung pelajaran ke universiti atau
tabung dana bekalan kecemasan.
Ibu bapa berperanan membentuk simpanan atau pelaburan untuk anak-anak dari kecil
sebagai aset atau hadiah tabung pendidikan untuk masa depan anak-anak yang boleh
digunakan untuk anak menyambung pelajaran di Universiti, melangsungkan perkahwinan,
duit deposit rumah pertama atau dana bekalan kecemasan.
Kos hidup dan dana pendidikan untuk anak semakin lama semakin tinggi seiring dengan
kenaikkan harga barang dan kejatuhan nilai wang dan perlu diketahui pinjaman ptptn untuk
pendidikan dikenakan bunga/interest sebanyak 4%, jadi pelaburan dan simpanan
pendidikan terbaik mestilah mengambil kira penurunan nilai wang dan kos pengajian
tersebut. Duit yang disimpan tetap dimakan inflasi setiap tahun di sebabkan
kejatuhan nilai wang yang menyebabkan kuasa beli jatuh setiap tahun.
Contohnya, pada zaman persekolahan saya iaitu tahun 80 an, duit belanja ke sekolah hanya
50 sen cukup untuk makan nasi, tapi kini perbelanjaan ke sekolah adalah RM5 sehari, iaitu
kosnya meningkat 10 kali ganda. Dengan kata lain, kuasa beli duit kertas telah menyusut
100% dalam tempoh 25 tahun. Ini bermakna kuasa beli atau penyusutan nilai wang menurun
purata 4% setahun. Pelaburan pendidikan terbaik untuk anak-anak adalah simpanan atau
pelaburan dari awal yang tidak terjejas oleh penurunan nilai wang dan peningkatan kos
pendidikan bagi mengelak dari hutang pinjaman pelajaran ptptn disamping sebagai bekalan
dana kecemasan.
Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA
adalah sebanyak RM6,000 setahun iaitu lebih kurang berjumlah RM30,000 untuk
pengajian selama 5 tahun. Selepas 10 tahun nilai yuran pengajian akan meningkat menjadi
RM40,000 setelah dikira penyusutan wang 4% dalam tempoh 10 tahun.
Apakah simpanan pendidikan terbaik agar dapat mengelak bebanan hutang
pendidikan PTPTN, mengelak dari penurunan nilai wang dan sebagai dana kecemasan.
Senarai simpanan pendidikan mengikut turutan cara pelaburan atau simpanan pendidikan
terbaik untuk anak-anak sebagai panduan untuk ibu bapa membuat pilihan seperti di bawah.
CARA SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK
Berikut adalah beberapa jenis pelaburan atau simpanan untuk pendidikan anak-anak sebagai
tabungan pendidikan masa depan. Setiap jenis simpanan pendidikan disertakan kelebihan
dan kekurangan simpanan pendidikan supaya ibu bapa dapat membuat pilihan yang terbaik.
1. SIMPANAN EMAS UNTUK PENDIDIKAN

Ramai yang telah mengetahui bahawa emas adalah aset bernilai yang nilainya pasti
meningkat, namun ramai yang belum tahu kewujudan simpanan emas fizikal modal kecil
untuk dana pendidikan anak-anak dari kecil. Simpanan pendidikan anak terbaik adalah
simpanan emas kerana nilainya sentiasa meningkat selari penurunan nilai wang dan
merupakan simpanan paling selamat yang kalis inflasi dan boleh dimanipulasi seperti di
pajak bila kecemasan. Nilai emas dijamin meningkat dalam tempoh panjang kerana bila nilai
wang menurun, harga emas akan meningkat hinggakan emas dikenali aset yang ‘kalis inflasi’.
Pengiraan kasar penyimpanan emas untuk pendidikan anak dalam tempoh 10
tahun :
Katakan ibubapa menyimpan emas 1 gram, RM170 sebulan untuk tempoh 10 tahun, iaitu
jumlah emas yang terkumpul ialah 1g X 12 X 10 iaitu berhasil mengumpul emas 120g.
Harga emas 1 gram 999.9 atau 24 Karat kini ialah RM170 segram dan harga emas selepas 10
tahun di anggarkan RM374 segram (andaian purata kenaikkan harga emas minima 12%
setahun, iaitu 120% selama 10 tahun).
Jumlah nilaian emas yang dikumpul selepas 10 tahun ialah 120 X RM374 iaitu RM44,880
iaitu CUKUP untuk perbelanjaan pendidikan anak. Maksubnya, 120 gram emas itu cukup
untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi atau
kejatuhan nilai ringgit malaysia dimana anak-anak tidak perlu ambil pinjaman PTPTN.
Cara terbaik untuk simpan emas 1 gram sebulan ialah melalui program GAP
(Gold Accumulation Program) Public Gold. Akaun emas GAP mudah dibeli, dijual
atau dipajak secara online atau dikeluarkan pelbagai jongkong emas fizikal bila-bila masa
dari akaun emas GAP di mana-mana 20 cawangan Public Gold. Emas GAP boleh disertai
oleh anak kecil melalui akaun bersama (joint account) ibu bapa. KLIK CARA BELI EMAS
1 GRAM GAP PUBLIC GOLD untuk panduan cara beli emas GAP minima RM100 atau 1
gram untuk kumpul jongkong emas pelaburan.
KELEBIHAN SIMPANAN EMAS : Modal = rendah, Keuntungan = Tinggi, Risiko = tiada
atau rendah, Dana kecemasan = amat mudah di pajak, Pelaburan = Patuh syariah dan
selamat. Kemudahan = Beli, pajak atau jual online atau offline, peluang berniaga emas
dengan menjadi agen Public Gold
KEKURANGAN SIMPANAN EMAS : Risiko harga emas turun namun tiada risiko kerana
emas boleh dipajak dan harga emas naik dalam tempoh panjang
2. SIMPANAN ASB AMANAH SAHAM BUMIPUTERA
Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah antara simpanan untuk anak yang paling popular
dan merupakan pelaburan jangka masa panjang yang selamat, dijamin kerajaan, berisiko
rendah dan mempunyai keuntungan yang stabil dan kompetitif dengan pasaran. Bagi tahun
2016, dividen yang diagihkan adalah 6.75% manakala bonus 0.50% iaitu lebih kurang 7 %
dividen yang diperolehi setiap tahun. Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah
memperkenalkan skim amanah saham terbaru yang membolehkan pelaburan dibuat untuk
bayi berusia 6 bulan ke atas, iaitu Akaun Remaja.
Pengiraan kasar penyimpanan ASB untuk pendidikan anak dalam tempoh 10
tahun :
Katakan ibubapa menyimpan wang dalam ASB sebanyak RM170 sebulan untuk tempoh 10
tahun, iaitu jumlah wang yang terkumpul ialah 170 X 12 X 10 iaitu berhasil mengumpul wang
RM20,400 dan dividen RM8090 seperti pengiraan di bawah.
Dividen ASB iaitu lebih kurang 7% setahun, selepas 10 tahun akan dapat dividen tahun
pertama RM170 x 12 x 7% iaitu RM172, tahun kedua RM170 x 24 x +RM172 x 7% iaitu
RM297, tahun ketiga dapat dividen RM449, tahun ke empat dapat dividen RM602, tahun ke
lima dapat dividen RM756, tahun ke enam dapat dividen RM909, tahun ke tujuh dapat
dividen RM1063, tahun ke lapan dapat dividen 1216, tahun ke sembilan dapat dividen
RM1370, tahun kesepuluh dapat dividen RM1428 iaitu jumlah dividen dalam tempoh 10
tahun ialah RM8090.
Jumlah wang dalam ASB yang dikumpul selepas 10 tahun ialah RM20,400 + RM8090 iaitu
RM 28,490 iaitu TIDAK CUKUP untuk perbelanjaan pendidikan anak. Maksubnya
penyimpanan wang dalam ASB sebanyak RM170 sebulan tidak cukup untuk tampung
pendidikan anak-anak.
KELEBIHAN SIMPANAN ASB : Modal = rendah, Keuntungan = Tinggi, Risiko = rendah
namun amat mudah wang dikeluarkan, Dana kecemasan = Ada namun perlu jual, Pelaburan
= selamat dan dijaminan kerajaan, Kemudahan = Beli online atau offline
KEKURANGAN SIMPANAN ASB : Dividen hanya lebih kurang 7% setahun dan tiada
kemungkinan untuk lebih tinggi dan terlalu mudah untuk mengambil wang
3. SIMPANAN PELABURAN HARTANAH UNTUK PENDIDIKAN
Simpanan dan pelaburan dalam bentuk tanah, rumah atau kedai sebagai bekalan pendidikan
anak-anak adalah satu simpanan yang menguntungkan kerana harga hartanah sentiasa
meningkat. Pelaburan hartanah fizikal melibatkan pembelian tanah, rumah atau kedai dan
jual atau sewakan atau usahakan sendiri. Pelaburan hartanah fizikal melibatkan pemilikan
hartanah yang wujud secara nyata yang boleh digunakan untuk pendidikan anak-anak.
Namun pemilikan hartanah perlukan modal yang besar, perlukan tenaga, perlukan usaha,
perlukan kos dan memakan masa yang lama.
Pengiraan kasar simpanan tanah untuk pendidikan anak dalam tempoh 10
tahun :
Katakan ibubapa menbeli tanah yang bernilai RM20,400 dengan pinjaman bank yang
dikenakan interest sebanyak 4% setahun dalam tempoh 10 tahun. Maka ibubapa perlu
membayar interest sebanyak 4% x 10 tahun iaitu RM8160.
Katakan kenaikkan harga tanah dalam tempoh 10 tahun ialah 150% iaitu harga tanah yang
boleh dijual dalam tempoh 10 tahun ialah RM51000 apabila naik 150%, maka setelah di tolak
interest bank iaitu RM8160 jumlah bersih ialah RM42,840.
Jumlah jualan tanah wang selepas 10 tahun ialah RM42,840 iaitu cukup untuk
perbelanjaan pendidikan anak. Maksubnya pelaburan hartanah cukup menampung
pendidikan anak-anak namun perlukan modal besar dan kos tambahan seperti kos jualan,
kos penyelengaraan, tidak boleh dipecahkan, susah dijual beli dan susah di cairkan bila
kecemasan wang.
KELEBIHAN PELABURAN HARTANAH : Keuntungan = Tinggi, Risiko = rendah
namun susah dapatkan wang segera, Dana kecemasan = Tiada kerana susah dijual waktu
kecemasan, Pelaburan = selamat,
KEKURANGAN PELABURAN HARTANAH: Modal = Tinggi, Dana Kecemasan = Tiada
kecuali jual semuanya, Kemudahan = Susah beli atau jual hartanah dan perlukan kos
4. SIMPANAN TABUNG HAJI
Tabung Haji adalah satu bentuk simpanan untuk anak yang boleh menjadi sebuah pelaburan
yang selamat. Purata dividen tabung haji yang diagihkan purata 4.25% manakala bonus Haji
1.5%. Apabila mendaftar akaun kanak-kanak boleh juga terus mendaftar haji untuk si kecil
supaya cepat dapat mengerjakan haji.
KELEBIHAN SIMPANAN TABUNG HAJI: Modal = Rendah, Risiko = rendah dan suci
kerana zakat telah dibayar, Dana kecemasan = Ada dan amat mudah keluarkan wang,
Pelaburan = Patuh syariah dan selamat, Kemudahan = Beli online dan pengecualian cukai
tafsiran
KEKURANGAN SIMPANAN TABUNG HAJI: Keuntungan = Sederhana dimana dividen
lebih kurang 6% setahun dan dan tiada kemungkinan untuk lebih tinggi dan terlalu mudah
untuk mengambil wang yang boleh menyebabkan kebocoran wang.
5. SIMPANAN PENDIDIKAN SSPN-i
Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau akaun SSPN-i untuk anak boleh dibuka bermula
usia anak 1 tahun. PTPTN telahpun mewajibkan peminjam supaya ada akaun SSPN untuk
membuat pinjaman ptptn.
KELEBIHAN SIMPANAN PENDIDIKAN SSPN: Modal = Rendah, Risiko = rendah,
Dana kecemasan = Ada dan amat mudah keluarkan wang, Pelaburan = Selamat dan dijamin
kerajaan, Kemudahan = Beli online dan pengecualian cukai taksiran
KEKURANGAN SIMPANAN PENDIDIKAN SSPN: Keuntungan = rendah dimana
dividen lebih kurang 5% setahun dan berpeluang tidak dapat menampung kejatuhan nilai
wang.
6. SIMPANAN DANA AMANAH UNIT TRUST
Dana amanah atau unit trust adalah sejenis pelaburan yang lebih berisiko berbanding
Tabung Haji atau ASB. Modal permulaan adalah RM1,000 dan berpeluang mendapat agihan
mengikut peratus keuntungan semasa. Dana amanah adalah pelaburan menguntungkan
dalam jangka masa sederhana atau panjang namun berisiko kerugian apabila tersilap
memilih unit trust atau kemelesetan ekonomi. Keuntungan dana amanah sebelum tiga tahun
rendah, namun selepas 3 tahun keuntungan antara 10%-15% setahun.
KELEBIHAN SIMPANAN DANA AMANAH: Keuntungan = Tinggi namun berisiko,
Dana kecemasan = Ada namun lambat iaitu dapat wang selepas 5 hari jual unit trust,
Pelaburan = Selamat namun berisiko
KEKURANGAN SIMPANAN DANA AMANAH: Modal = Sederhana, Risiko = Tinggi
7. SIMPANAN INSURANS TAKAFUL
Insuran takaful adalah pelaburan dan perlindungan untuk pendidikan anak. Plan
endownment hanya membenarkan membuat pengeluaran selepas tamat tempoh maturity.
Jika plan tempoh maturity adalah 10 tahun anda hanya boleh membuat pengeluaran selepas
10 tahun. Jumlah simpanan setiap bulan adalah tetap. Kelebihan endownment plan ialah
dilindungi perlindungan insuran atau takaful. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal,
premium bulanan tidak perlu dibayar dan anak masih boleh menikmati tabung pendidikan
tersebut selepas tarikh matang. Namun tabung pendidikan takaful lebih bersifat
perlindungan berbanding menyimpan wang iaitu hanya sebahagian wang yang di belanjakan
setiap bulan digunakan untuk simpanan atau pelaburan.
KELEBIHAN SIMPANAN INSURANS TAKAFUL : Modal = Rendah, Dana kecemasan
= Tiada kerana simpanan tetap, Risiko = Rendah dan ada perlindungan insuran,
Pengecualian Cukai Pendapatan
KEKURANGAN SIMPANAN INSURANS TAKAFUL : Keuntungan = Rendah,
Pelaburan = Rendah iaitu hanya sebahagian disimpan dari nilai yang di bayar setiap bulan,
Risiko jika tidak buat bayaran bulanan yang boleh menyebabkan nilai tiada nilai simpanan
walau telah membayar bertahun-tahun.
8. SIMPANAN SKIM PERSARAAN SWASTA
Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS) ialah satu skim pelaburan
sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu individu membuat simpanan bagi
persaraan. Setiap PRS mengandungi pelbagai dana persaraan yang boleh dipilih oleh
individu untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan mereka sendiri, matlamat dan
ketahanan risiko.
9. SMPANAN WANG HARIAN
Simpanan wang harian adalah membina disiplin menabung setiap hari dengan cara yang
menarik, mudah dan untung. Simpanan nilai wang seperti mengikut tarikh haribulan bagi
suami isteri secara bergilir-gilir akan mengeratkan hubungan dan dapat sejumlah tabungan
setiap bulan. Suami dan isteri hendaklan berjanji mesti memasukkan wang selang sehari
mengikut giliran kedalam tabung. Suami memasukkan wang RM1 pada 1hb dan esoknya, 2hb
isteri pula memasukkan RM2 dan seterusnya. Pada akhir bulan, jumlah tabung wang ialah
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+
28+29+30 = RM465.00
Bila sampai hujung bulan, duit simpanan dikeluarkan duit simpanan tersebut dan dilaburkan
di tempat yang betul untuk dana pendidikan anak seperti membeli emas, simpan dalam ASB
dan sebagainya.
10. SIMPANAN WANG DI BANK
Simpanan wang di bank adalah simpanan wang asas yang dilakukan di bank. Keuntungan
atau faedah yang diperolehi dalam simpanan bank biasa adalah sangat sedikit, iaitu sekitar 1-
3% sahaja. Bagi tabung pendidikan untuk anak, boleh juga manfaatkan peluang jangka masa
panjang untuk pelaburan yang lebih menguntungkan iaitu simpanan tetap atau dikenali
sebagai “FD” (fixed deposit). Simpanan tetap adalah sejenis simpanan di bank atau akaun
pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap dimana pelabur bersetuju
untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan. Faedah simpanan
tetap tinggi sedikit dari akaun simpanan biasa antara 3% hingga 4% setahun. Simpanan
wang di bank mendapat pulangan yang rendah dan kalah inflasi atau kejatuhan
nilai wang.
Pengiraan kasar penyimpanan wang untuk pendidikan anak dalam tempoh 10
tahun :
Katakan ibubapa menyimpan wang di bank RM170 sebulan untuk tempoh 10 tahun, iaitu
jumlah wang yang terkumpul ialah RM170 X 12 X 10 iaitu berhasil mengumpul wang
RM20,400 dengan faedah 3% setahun pastinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan
pendidikan anak kerana kejatuhan nilai wang atau inflasi adalah 4% setahun.
Kini, hampir 90 peratus graduan di Malaysia dibelenggu hutang pinjaman pendidikan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebaik sahaja tamat pengajian.
Anak muda kini menanggung beban hutang yang banyak walaupun belum memperolehi
kerja tetap atau kediaman sendiri. Jadi ibu bapa seharusnya memulakan simpanan
pendidikan anak dengan memilih simpanan atau pelaburan yang terbaik bagi mengelak dari
pinjaman ptptn, tabung pendidikan, pelaburan dan dana bekalan kecemasan. Klik RAHSIA
TERSEMBUNYI KELEBIHAN SIMPANAN EMAS untuk maklumat keistimewaan
apabila menyimpan emas.
PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD satu-satunya syarikat emas fizikal yang memberi
peluang menyimpan emas modal rendah dan peluang berniaga emas dengan menjadi dealer
Public Gold untuk menjana pendapatan aktif dan pasif. Jadi mula beli emas minima RM100
untuk mula mengumpul emas Public Gold sedikit demi sedikit sebagai tabung pendidikan
untuk anak-anak sambil berniaga emas sebagai pelindung kejatuhan wang, dana kecemasan,
aset harta yang boleh diwarisi, pelaburan untuk membeli tanah dan pengelak kebocoran
wang dengan whatsapp MOHD ZAIDI BIN JUNUS, Founder Master Dealer Public Gold
berpengalaman sejak 2010 dengan KLIK whatsapp 0199185593 untuk sebarang
pertanyaan.

simpanan, simpanan pendidikan, simpanan pendidikan terbaik, simpanan pendidikan anak


terbaik, cara simpanan, pendidikan anak, cara simpanan pendidikan, cara simpanan wang,
senarai simpanan pendidikan, pelaburan, pelaburan pendidikan, pelaburan pelajaran anak,
dana pendidikan, dana pendidikan anak, tabung simpanan pendidikan, pelan simpanan,
pendidikan universiti, pusat pengajian tinggi, tabung pendidikan, tabung simpanan
kecemasan, simpanan emas, simpanan emas untuk pendidikan, simpanan asb, pelaburan
hartanah, simpanan tabung haji, simpanan pendidikan sspni, simpanan dana amanah,
insuran takaful, simpanan wang

https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-
bar-1-gram-program-gap-public-gold/
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/rahsia-tersembunyi-keistimewaan-
pelaburan-emas-public-gold/
http://www.wasap.my/60199185593

Anda mungkin juga menyukai