Anda di halaman 1dari 2

Why kita kena melabur:

Sebab pertama: Untuk tangani kenaikan inflasi


Tahukah anda apakah itu inflasi? Inflasi merujuk kepada nilai duit yang semakin berkurangan
tahun demi tahun.

Sebagai contoh, nilai sebuah produk, seperti makanan yang dijual 10 tahun lepas tidak sama
dengan sekarang. Disebabkan inflasi, nilai duit yang kita pegang akan menjadi semakin
mengecil setiap tahun.

Bayangkan, jika ada mempunyai simpanan berjumlah RM10,000 dan anda simpan di dalam
tabung di rumah. Dalam 10 tahun, simpanan tersebut adalah masih RM10,000 dan tidak akan
naik. Tetapi hakikatnya tanpa anda sedari nilai RM10,000 itu semakin mengecil setelah 10
tahun.

Sebaliknya jika anda melabur simpanan anda dalam instrumen pelaburan yang memberikan
pulangan tahunan sebanyak 10%, setelah 10 tahun duit anda akan berkembang kepada
RM25,937.00.

Sebab kedua: Beri Kadar Pulangan Yang Lebih Baik


Jika simpan di akaun bank biasa, anda tak berpeluang untuk menggandakan wang. Kalau
simpan dalam instrumen Simpanan Tetap ataupun Fixed Deposit pula, ia hanya memberikan
pulangan purata pada sekitar 4% setahun.

Melalui pelaburan, walaupun ia mempunyai risiko tersendiri dan tidak menjamin pulangan
yang tetap ia dapat memberikan kadar pulangan yang lebih baik. Biasa dengar kan “Higher risk
equals higher return”?

Jangan jadikan risiko sebagai penghalang untuk anda mula melabur. “Risk comes from not
knowing what you’re doing”.

Jadi untuk mengurangkan risiko dari rugi dalam pelaburan, tuntutlah ilmu terlebih dahulu. Bila
dah ada simpanan dan ilmu yang cukup, barulah mula melabur supaya wang anda tak
melebur.

Sebab ketiga: Sebagai Sumber Pendapatan


Selama ini anda bekerja untuk dapatkan wang. Kalau tak kerja, tak dapat gaji, tak ada
pendapatan. Pendapatan yang jenis ‘anda buat dipanggil sebagai pendapatan aktif.
Dengan adanya pelaburan, anda dapat tambahkan side-income anda melalui pendapatan pasif.
Sebagai contoh, kalau anda ada RM50,000 dan laburkan duit itu dalam instrumen pelaburan
yang dapat memberikan pulangan 10% setahun, anda dengan mudah dapat RM5,000 setahun
tanpa perlu melakukan sebarang kerja. Simpan dan lupa.

Jika anda merasakan yang gaji tak naik-naik walaupun dah lama bekerja di tempat sedia ada,
daripada merungut lebih baik anda mula melabur untuk menambahkan pendapatan. Kadang-
kadang tak semua orang minat berniaga atau ada masa untuk buat 2-3 kerja memandangkan
sudah berkeluarga.

Sebab keempat: Satu lagi ialah faktor compounding interest


Dikenali sebagai faedah berganda di dalam Bahasa Malaysia, ianya diperolehi apabila anda
melaburkan semula keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan asal. Ini akan menjadikan
pelaburan anda menjana pulangan yang lebih tinggi untuk tempoh seterusnya.

Dalam kes ini, anda sebenarnya menggunakan elemen ‘masa’ sebagai penggerak utama yang
bekerja untuk anda bagi menghasilkan pulangan yang lumayan.

Sebagai contoh, jika anda bermula dengan simpanan RM10,000 di dalam suatu pelaburan baru
dengan pulangan 7% setahun, anda akan mendapat RM700 pulangan keuntungan selepas dua
belas bulan pertama. Ramai mungkin akan memilih untuk membelanjakan keuntungan ini,
tetapi jika anda laburkan semula pulangan ini (tidak mengeluarkan atau membelanjakannya);
ini bermakna pada akhir tahun tahun kedua anda akan memperolehi pulangan RM749, lebih
tinggi daripada pulangan tahun pertama.

Sebab kelima: Mengawal perbelanjaan harian


Akhir sekali, tabiat perbelanjaan anda akan bertambah baik jika anda mula melabur pada usia
muda. Melabur lebih awal membolehkan anda memupuk tabiat perbelanjaan yang berdisiplin
dengan menumpukan pada anggaran dan mengurangkan perbelanjaan apabila diperlukan.
Tujuannya di sini adalah untuk menjana wang menerusi pelaburan.

Ini mustahil dilakukan dengan tabiat perbelanjaan yang tidak terkawal dan kehidupan yang
penuh dengan dorongan membeli. Kalau kita mula melabur dari usia yang awal, kita dapat
belajar kesalahan kita pada peringkat awal, terutamanya apabila anda mempunyai lebih
banyak modal menerusi pekerjaan anda.

Anda mungkin juga menyukai