Anda di halaman 1dari 1

Kebanyakan ibu bapa mempunyai masa terhad dengan keluarga kerana mereka sibuk bekerja

untuk mengejar kemewahan. Oleh itu, tidak hairan rata-rata ibu bapa terlalu memanjakan anak-
anak dengan wang ringgit yang terlampau banyak.Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
menganggap bahawa aturcara ini sebagai tanda kasih sayang.Namun begitu, tindakan ini lama-
kelamaan menyebabkan golongan remaja lupa diri.Orang muda akan bersikap boros dan tidak
mengendahkan kepentingan menabung. Amalan menabung perlu dibudayakan kerana membawa
seribu satu jenis kemaslahatan. Namun, terdapat sesetengah orang yang berlanja secara
berlebihan tanpa berfikir panjang akan masa hadapannya. Hakikatnya,wang yang ditabung boleh
digunakan untuk sesuatu keperluan kelak.Persoalannya,apakah kepentingan menabung?

Sebagai pembuka kata yang pertama sekali, wang simpanan merupakan manfaat utama
untuk melanjutkan pelajaran.Generasi muda dapat menggunakan wang untuk
membiayai pelajaran di peringkat lebih tinggi kelak.Golongan remaja dapat berdikari
menguruskan diri dan tidak bergantung pada ibu bapa untuk mendapat wang.Siswazah juga tidak
perlu mengharapkan biasiswa atau pinjaman daripada kerajaan atau swasta.Kos belajar di
institusi pengajian tinggi agak mahal dan menelan kos yang semakin tinggi.Oleh itu, remaja
perlu menyediakan sejumlah wang sepanjang tempoh pengajian untuk membiayai pelajaran
sehingga ke menara gading.Tabiat menabung wang juga mengurangkan beban hutang
pendidikan yang terpaksa ditanggung selepas tamat pengajian.Setiap orang perlu menabung
sejak kecil mematuhi peribahasa Melayu yang berbunyi "melentur buluh biarlah dari
rebungnya".

Anda mungkin juga menyukai