Anda di halaman 1dari 4

Memaksimakan ASB

Sedia maklum bahawa had pelaburan seorang pelabur ASB ialah sebanyak RM200K. Sudah ramai pelabur yang sudah mencapai had pelaburan maksima dan masih ramai juga yang belum. Bagi mereka yang sudah mendapai had pelaburan maksima akan menerima dividen RM14,000 setiap awal tahun. Jumlah ini dengan andaian dividen 7% setahun. Bagi mereka yang sudah melabur lebih dari 10 tahun sudah tentu lebih dari itu kerana mereka dibayar dividen + bonus. Dengan simpanan/pelaburan sebanyak RM200 sebulan, sudah tentu memerlukan masa yang agak lama untuk mencapai jumlah pelaburan RM200K. Perkiraan saya ia memerlukan tempuh 28 tahun jika sekiranya dividen tidak diusik/dikeluarkan. Saya akan tunjukkan bagaimana tempuh 28 tahun itu boleh dipendekkan.

Maybank menawarkan pinjaman ASB dengan tempuh bayaran balik sehingga 25 tahun. Dengan tempuh bayaran balik panjang, bermakna bayaran ansuran bulan menjadi rendah. Kita ambil pinjaman ASB RM40K sebagai contoh. Pinjaman RM40K, tempuh bayaran balik 25 tahun, ansuran bulanan RM214 (tidak termasuk insuran) - bayaran balik bulanan RM214 x 12 = RM2568 setahun - dividen @ 7% x RM40K = RM2800 Dividen RM2800 mencukupi untuk bayaran balik pinjaman untuk tahun berikutnya. - dividen ASB RM2800 - RM2568(pinjaman) = RM232(lebihan dividen) Ini bermakna dengan menggunakan dividen bagi menjelaskan bayaran bulan tahun berikutnya, gaji anda tidak terjejas - kembali normal. Buat pinjaman baru RM40K, setiap tahun x 5 tahun. Sebelum membuat pinjaman ke-5, keluarkan jumlah ASB dari

buku ASB, tinggalkan RM10 sahaja, ini untuk membolehkan had pelaburan tidak melebihi dan pinjaman RM40K dapat diluluskan. Disarankan setiap pinjaman dibuat pada bulan November/Disember, menganggarkan bayaran ansuran pertama pada bulan Januari. - tahun 1, pinjaman RM40K, tahun pertama bayar dengan gaji, tahun berikutnya dengan dividen - tahun 2, pinjaman RM40K, tahun pertama bayar dengan gaji, tahun berikutnya dengan dividen - tahun 3, pinjaman RM40K, tahun pertama bayar dengan gaji, tahun berikutnya dengan dividen - tahun 4, pinjaman RM40K, tahun pertama bayar dengan gaji, tahun berikutnya dengan dividen - tahun 5, pinjaman RM40K, tahun pertama bayar dengan gaji, tahun berikutnya dengan dividen Bayaran ansuran bulanan RM214 selama 5 tahun dibuat dari gaji anda. Jumlah ansuran selama 5 tahun x RM214 x 12 = RM12,840.

Jumlah ASB anda ditahun ke-5 RM200K. Dividen yang bakal anda terima diawal tahun ke-6 sebanyak RM14K. Ditahun ke-6, gaji anda kembali normal, anda boleh meneruskan simpanan/pelaburan dalam ASW pula. Dividen ASW +-6% setahun. Kesimpulannya, dengan simpanan RM214 sebulan, anda mampu untuk memaksimakan ASB anda dalam tempuh 5 tahun. Cuma bayaran bulanan tahun pertama untuk setiap pinjaman dibuat dengan wang gaji/sendiri, ansuran tahun-tahun berikutnya dibuat dengan dividen. Semoga dapat memanfaatkan pengunjung blog ini.
Posted by cdanhash at 5:15 AM Labels: ASB, ASB Loan, ASW, DIVIDEN, Maybank

Anda mungkin juga menyukai