Anda di halaman 1dari 5

2/2/2020 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN - Balohpedia

Home About Contact

Balohpedia

 Home LAW BUSINESS ISLAMIKA RENCAM NOTA SPM RENCANA 

Home  BUSINESS  PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN SOCIAL WIDGET

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN    

 Kamaruddin Mahmood  2 years ago  BUSINESS 256k 700k 300k 200k


Followers Subscribes Followers Followers

18k
Likes

KONTAK

Name *

Email *

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN Message *

1. PENGENALAN Hantar
Apakah yang dimaksudkan dengan kewangan? Sebenarnya soalan ringkas ini sukar diberikan
jawapan yang benar-benar tepat kerana definisi kewangan itu sendiri adalah pelbagai. BLOG ARCHIVE
Ahli-ahli ekonomi menyatakan bahawa satu nilai aset berdasarkan aliran tunai pada masa depan
Oktober (10)
yang ia akan berikan dan akauntan akan menyediakan maklumat yang seakan-akan sama saiz
aliran tunai tersebut. Kewangan akan muncul ditengah-tengah dan diluar antara kedua-dua
bidang tersebut, jadi, mereka yang terlibat dalam bidang kewangan juga mesti mempunyai LANGGAN

pengetahuan dalam bidang ekonomi dan perakaunan. Catatan


Pada amnya kewangan meliputi tiga bidang utama iaitu:
Pengurusan kewangan atau kewangan korporat – focus kepada keputusan-keputusan berapa Ulasan
banyak dan jenis aset yang perlu dimiliki, bagaimana meningkatkan modal yang diperlukan untuk
membeli aset dan bagaimana menjalankan syarikat bagi memaksimakan keuntungan. RECENT POPULAR COMMENTS
Pasaran modal – berkait dengan pasaran dimana kadar faedah, harga saham dan bon
ditentukan. Ia juga berkait dengan institusi kewangan dan broker saham, bank dan bank peaburan
serta institusi yang berkait dengannya. FACEBOOK

Pelaburan – berkait dengan saham dan bon termasuk analisa sekuriti, teori portfolio dan analisa Like us at Facebook
pasaran.
FOLLOW BY EMAIL
2. KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN Enter your email address to subscribe to this blog and
Mengapa pengurusan kewangan itu penting? Ini adalah soalan asas yang perlu dijawab oleh receive noti cations of new posts by email.

setiap mereka yang belajar atau beramal sebagai pengurus kewangan. Tiada siapa yang akan Email address...
menafikan bahawa wang itu penting dan peranan wang dalam kehidupan seseorang adalah amat
berkesan. Submit
Secara peribadi apakah kegunaan wang kepada seseorang? Ia digunakan untuk membeli
keperluan, membayar pelbagai jenis bil utiliti, membayar pelbagai perkhidmatan yang dilanggani SSPN-I PLUS
oleh seseorang individu. Dari mana pula datangnya wang ini, sebahagian besar adalah dari gaji
atau upah pekerjaan ataupun dari keuntungan sesuatu perniagaan. Hanya jumlah yang kecil yang
memperolehi wang dari sumbangan seperti hadiah, bantuan atau pusaka. Pendapatan dan
perbelanjaan mestilah diuruskan dengan betul agar individu tersebut tidak terjerat dengan
masalah kewangan iaitu apabila perbelanjaan melebihi pendapatan. Selain perbelanjaan, 
sebahagian dari pendapatan juga digunakan untuk simpanan dan pelaburan. Itulah gambaran
asas pengurusan kewangan.

www.balohpedia.com/2017/10/pengenalan-kepada-pengurusan-kewangan.html 1/5
2/2/2020 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN - Balohpedia

Berdasarkan asas pengurusan kewangan tersebut adalah jelas bahawa kepentingan pengurusan
kewangan bukan terhad ke atas pengurus kewangan sahaja, malah setiap individu dan dalam
konteks perniagaan ia adalah tanggungjawab setiap jabatan atau fungsi pengurusan. Sebagai
contoh bahagian operasi teknikal perlu mengetahui pengurusan kewangan bagi menguruskan
keperluan kewangan pembelian alat kelengkapan, bahan mentah dan sumber manusia dengan
mengambil kira jangkaan pendapatan yang akan diperolehi. Bagi para pelajar, tidak kira mereka
belajar dalam bidang pengajian yang mana, tetapi mereka juga perlu mengetahui pengurusan
kewangan untuk melengkapkan kemahiran mereka .
Secara amnya terdapat lima sebab mengapa seseorang itu perlu belajar pengurusan kewangan,
iaitu:
Menguruskan sumber pendapatan
Berurusan dengan dunia perniagaan
Memperolehi pekerjaan yang menarik
Memberi kuasa pemilihan kepada masyarakat
Mengembangkan daya pemikiran
Pengetahuan pengurusan kewangan bertujuan untuk membantu individu atau organisasi
membuat keputusan pelaburan, keputusan pembiayaan dan pengurusan aset.

LABELS

BUSINESS (35) LAW (129)

MyPay2U (4) Nota SPM (6)

RENCAM (6) Syariah (30)

FLICKR WIDGET

3. KLASIFIKASI KEPUTUSAN PENGURUSAN KEWANGAN


Pengurus kewangan mempunyai tanggunjawab dalam tiga bidang yang penting iaitu: keputusan
pelaburan, keputusan pembiayaan dan keputusan dividen.
Keputusan Pelaburan
Keputusan pelaburan berkait rapat dengan aset (aset semasa dan aset tetap) dalam penyata
kunci kira-kira. Antara keputusan yang terlibat ialah sama ada syarikat perlu melabur di dalam
inventori, akaun belum terima atau sekuriti boleh pasar (aset semasa) bagi memastikan tidak
berlakunya pembaziran dana. Pelaburan dalam aset tetap juga perlu diberi pertimbangan bagi
memastikan aset tetap tidak terbiar.
Keputusan Pembiayaan
Keputusan pembiayaan pula melibatkan bahagian akaun liability dan ekuiti dalam penyata kira-
kira. Apa yang perlu diputuskan ialah dri mana sumber kewangan boleh diperolehi. Ia akan
melibatkan penerbitan saham yang kan dilanggan oleh pemegang-pemegang saham atau
mendapatkan pinjaman. Penerbitan saham akan menambah pemegang-pemegang saham dalam
syarikat dan perlu bijak mengendalikan mereka supaya matlamat syarikat tidak terjejas.
Contohnya pemegang saham akan membuat undi yang bertentangan dengan kehendak
pengurusan juga perlu mengendalikan bayaran dividen yang setimpal dengan pelaburan mereka.
Manakala Pinjaman akan mengurangkan keuntungan dan meningkatkan belanja faedah.
Keputusan yang tepat adalah penting bagi mengelakan syarikat terjerumus ke dalam kancah krisis
kewangan.
Keputusan Dividen
Dividen ialah keuntungan yang dibayar kepada pemegang saham dalam syarikat. Keputusan ini
penting kerana ia akan memberi impak kepada pemegang saham dan akan mempengaruhi harga
saham. Keputusan yang dibuat adalah untuk menentukan jumlah atau nisbah dividen kepada
pemegang saham. Ia juga berkait dengan peraturan pembayaran dividen yang telah ditetapkan
oleh syarikat. Isu akanmenjadi lebih rumit jika terdapat lebih dari satu kelas pemegang saham.

4. MATLAMAT SYARIKAT
Matlamat sesuatu organisasi perniagaan adalah untuk memaksimumkan keuntungan,
mengurangkan perbelanjaan dan memaksimumkan pasaran saham mereka.

www.balohpedia.com/2017/10/pengenalan-kepada-pengurusan-kewangan.html 2/5
2/2/2020 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN - Balohpedia

Memaksimumkan keuntungan adalah matlamat utama syarikat dengan membuat lebih banyak
wang dan mengekalkannya. Keuntungan diukur dari nisbah margin keuntungan yang diperolehi
oleh syarikat setelah mendapat jumlah hasil jualan. Ada tiga jenis margin yang digunakan iaitu:
margin untung kasar, margin operasi dan margin untung bersih.
Syarikat menggunakan kawalan kos bagi mengurangkan perbelanjaan mereka dengan mengenal
pasti dan menilai semula perbelanjaan yang samada kos tersebut adalah munsabah dan mampu
memberi keuntungan. Untuk mendapat keuntungan yang maksimum, syarikat bukan sahaja
memerlukan pendapatan yang banyak tetapi juga mengurangkan kos dengan membuat kawalan.

Bagi sebuah syarikat awam berhad memaksimumkan kekayaan pemegang saham adalah
matlamat utama kerana pemegang saham adalah pemilik syarikat tersebut. Pihak pengurusan
syarikat hendaklah memastikan pemegang saham akan dibayar dividen yang tinggi bagi setiap
saham yang mereka langgani dalam syarikat tersebut.
Salah satu cara bagi memastikan kekayaan pemegang saham ialah dengan memaksimumkan
harga saham syarikat tersebut. Ia diukur melalui pendapatan sesaham atau earning per share
(EPS). Harga saham syarikat boleh dijadikan sebagai indeks prestasi atau kemajuan syarikat. Ia
bergantung kepada beberapa faktor:
Pendapatan dijangka sesaham – pendapatan yang dijangka oleh para pelabur apabila membuat
pembelian saham
Masa aliran perolehan – iaitu tempoh masa yang diambil oleh peminjam untuk mendapatkan
keuntungan
Risiko pendapatan dijangka – keberangkalian menerima keuntungan atau kerugian dalam
pelaburan tersebut
Kegunaan pinjaman – tujuan pinjaman dibuat
Polisi dividen – polisi yang dilaksankan oleh syarikat dalam pengagihan dividen saham syarikat

5. ISU AGENSI
Ada pelbagai entity perniagaan: milikan tunggal, perkongsian, perkongsian lianiliti terhad dan juga
syarikat. Klasifikasi syarikat dibahagikan kepada samada ia adalah sebuah syarikat persendirian
atau awam. Semua entiti yang disebutkan termasuk syarikat persendirian biasanya diurus dan
dikawal oleh pemilik atau pemegang saham, tetapi awam adalah mustahil kerana jumlah
anggotanya adalah ramai (sekurang-kurangnya 50 orang hingga infiniti). Maka, pengurusan
diserahkan kepada sekumpulan pihak pengurusan yang lain.
Isu agensi wujud apabila syarikat melantik pihak pengurusan (agen) untuk menentukan keputusan
kewangan syarikat. Pemilik syarikat adalah pemegang-pemegang saham dan agen adalah pihak
yang melakukan pengurusan dan menentukan keputusan-keputusan syarikat.
Dalam agensi wujud dua hubungan iaitu:
Hubungan principal dan agen dimana agen memperolehi kuasa yang diberikan oleh principal untuk
bertindak bagi pihak dan kepada principal
Hubungan antara principal dan pihak ketiga melalui keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh
agen.
Isu ini wujud apabila keputusan yang diambil boleh mengurangkan kekayaan pemegang saham
sedangkan kuasa yang diberi kepada mereka bertujuan memaksimumkan keuntungan pemegang
saham.
Hubungan Principal dan Agen
Hubungan ini lebih tepat dinamakan sebagai hubungan pemegang saham dengan pihak
pengurusan. Pihak pengurusan akan lebih mengutamakan kekayaan diri, jaminan kerjaya dan
mengurangkan risiko dan beban kerja. Contohnya pihak pengurusan akan meningkatkan
pertumbuhan syarikat bagi mengelakkan berlaku pengambil-alihan syarikat oleh pihak lain.
Pengambilihan akan berkemungkinan pengurus akan disingkirkan. Bagi pemegang saham,
pengambilalihan akan memberi keuntungan yang maksimum. Di sini akan wujud satu ‘konflik’
kepentingan antara pengurusan dan pemegang saham.
Hubungan Principal dan Pihak Ketiga
Hubungan yang lebih tepat ialah antara pemegang saham dan pihak pemberi hutang dimana
pemberi hutang akan memberi pinjaman kepada syarikat berdasarkan risiko yang akan
ditanggung, struktur modal syarikat dan struktur modal pada masa kan dating. Ini akan memberi
kesan kepada aliran tunai syarikat yang mana faktor utama pemebri hutang akan membuat
penilaian. Pemegang saham mempunyai kawalan untuk membuat keputusan melalu pengurus
yang dilantik. Oleh keran, pemegang saham akan membuat keputusan tas kepentingan mereka,
maka akan timbul isu agensi antara pemberi hutang dan pemegang saham. Sebagai contoh pihak

pengurusan membuat pinjaman untuk memberi keuntungan kepada pemegang saham tetapi ia
akan menghadapi kekurangan aliran tunai, pihak pemberi pinjaman tentunya akan lebih berhati-
hati dengan situasi ini.

www.balohpedia.com/2017/10/pengenalan-kepada-pengurusan-kewangan.html 3/5
2/2/2020 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN - Balohpedia

Cara mengatasi isu agensi


Pemegang saham boleh melakukan beberapa tindakan berikut:
Sistem pampasan yang wajar dan berkesan
Campurtangan langsung oleh pemegang saham dalam pengurusan
Ancaman pembuangan kerja

Ancaman pengambilalihan syarikat

Share This:  Facebook  Twitter  Google+  Pinterest  Linkedin

MEMAHAMI SEGMENTASI WHAT IS PRODUCTION MESTI TAHU


PASARAN AND OPERATIONS PERSEKITARAN
MANAGEMENT PERNIAGAAN

Previous Next
SIAPA SAKSI NIKAH RECRUITMENT

Post Comment BLOGGER DISQUS FACEBOOK

Tiada Ulasan:

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai: adila25784@g Log keluar

Terbitkan Pratonton Beritahu saya

POPULAR POSTS RANDOM POSTS MOST RECENT

PERANAN PENGURUS DALAM JENAYAH HIRABAH DIBAWAH mostrecents


ORGANISASI HUKUM HUDUD
 PERANAN PENGURUS Pengurus  Unknown  Feb 16, 2018
merupakan individu yang
bertanggungjawab merancang, mengorganisasi,
memimpin dan mengawal sumber-sumber... WHAT IS PRODUCTION AND
OPERATIONS MANAGEMENT
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN  Unknown  Jan 03, 2018 
SUMBER MANUSIA
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
PENGENALAN Latihan merupakan JENAYAH MENCURI SEBAGAI
HUKUM HUDUD

www.balohpedia.com/2017/10/pengenalan-kepada-pengurusan-kewangan.html 4/5
2/2/2020 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN - Balohpedia
satu program yang dibentuk untuk meningkatkan  Unknown  Dec 30, 2017
kemahiran, pengetahuan dan ...

JENAYAH MINUM ARAK


PENGURUSAN SUMBER
SEBAGAI HUKUM HUDUD
MANUSIA TU APA YE?
PENGENALAN PENGURUSAN  Unknown  Dec 30, 2017
SUMBER MANUSIA 1.DEFINISI
Pengurusan sumber manusia merujuk kepada
falsafah, polisi, prosedur dan amala...

APAKAH CABARAN
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA?
(sambungan) 4. CABARAN
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 1.    
Perkembangan Teknologi Pekerja perlu
didedahkan kepada perkembangan te...

Created By Sora Templates & Blogger Templates    

www.balohpedia.com/2017/10/pengenalan-kepada-pengurusan-kewangan.html 5/5

Anda mungkin juga menyukai