Anda di halaman 1dari 16

Perancangan Kewangan Dan Pengurusan Hutang:

Konsep kewangan Individu Dan


Folio PeRniagaan Di Malaysia

Disediakan Oleh:
Mohd FAZLIE BIN MOHAMAD IDRIS
Bagi Pihak:
BADRUL ASWADI BIN BAHADOR
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

KANDUNGAN

No. Tajuk Halaman


1.0 Ringkasan Eksekutif 2
1.1 Latar Belakang VIP 2
1.2 Permasalahan Di Kalangan Usahawan Mikro 2
1.3 Permasalahan Di Kalangan Peniaga IKS 3
2.0 Konsep Kewangan (Secara Am) Di Malaysia 4
2.1 Membina Asas Kekayaan 4
2.2 Penggunaan Optimum Kekayaan Terkumpul 7
2.3 Pemeliharaan Harta Kekayaan Terkumpul 7
2.4 Pengurusan Risiko 11
3.0 Cadangan Mengadakan Sesi Taklimat / Seminar 12
3.1 Cadangan Topik Sesi Taklimat / Seminar 12
3.2 Peneraju Sesi Taklimat /Seminar 13
3.3 Tarikh, Masa Dan Tempat Sesi Taklimat / Seminar 14
3.4 Kos Sesi Taklimat / Seminar 14
4.0 Manfaat Program 14
5.0 Wakil Perunding VIP 15

Halaman | 1
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

1.0 Ringkasan Eksekutif

Dokumen ini disediakan oleh Mohd Fazlie Bin Mohamad Idris, Islamic Financial Planner (IFP);
Certified Qualification In Islamic Finance - Wealth Management (CQIF-WM) bagi pihak Badrul
Aswadi Bin Bahador, Pengarah Agensi; Versetile Investment Partnership (VIP); sebagai sebuah
dokumen bagi menerangkan secara ringkas mengenai Konsep Kewangan Di Malaysia.
Dokumen ini ditulis berdasarkan fakta, perolehan data melalui peserta yang lepas, teori
kewangan am, serta melalui pengalaman para perunding kewangan dalam agensi kami.
Kesemua pengiraan dan nilai yang terdapat dalam dokumen ini tidak sepatutnya diambil
sebagai penanda aras bagi prestasi mendatang dan ia hanyalah sebuah data dari rekod yang
lepas dan digunakan bagi tujuan penerangan Konsep kewangan Di Malaysia.

1.1 Latar Belakang VIP


Versatile Investment Partnership (VIP) ialah sebuah agensi yang membantu dalam merancang
kewangan dan membuat pengurusan hutang sekaligus menyediakan pelan yang holistik dan
komprehensif bagi mencapai objektif dan misi yang dikehendaki oleh pelanggan dan peserta.
VIP mempunyai lebih dari 200 orang perunding yang berdaftar dengan pihak berwajib dan ada
diantaranya yang telah memiliki kelayakan profesional khususnya dalam bidang kewangan
islam. Dalam dokumen ini, dilampirkan sijil dan latar belakang wakil penceramah dari VIP bagi
tujuan rujukan dan pengetahuan lanjut pihak berkenaan.

1.2 Permasalahan Dikalangan Usahawan Mikro

Dari pemerhatian kami di VIP sejak tahun 2018 hingga 2021, terdapat beberapa perkara yang
menjadi amalan dan gerak kerja para usahawan mikro di Malaysia. Ini secara tidak langsung
telah menyebabkan beberapa permasalahan timbul dalam menjayakan operasi perniagaan
mereka. Dari pengamatan dan pemerhatian kami, terdapat empat permasalahan utama
dikalangan para peniaga mikro iaitu:

i. Kesukaran mendapatkan pinjaman/geran kewangan bagi tujuan perniagaan


ii. Kesukaran membuat pembiayaan bagi tujuan pemilikan asset dan hartanah
iii. Kesukaran mengembangkan perniagaan
iv. Kesukaran bertahan dalam keadaan gawat

Halaman | 2
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

Permasalahan ini kerap berlaku dikalangan para usahawan mikro oleh kerana kurangnya
pengetahuan dalam perancangan kewangan dan pengurusan perniagaan. Bukan itu sahaja,
ada juga dikalangan mereka yang tidak mengetahui berkenaan Konsep kewangan Di Malaysia.
Perkara ini sekaligus dapat merisikokan perniagaan mereka dan ia juga boleh mendatangklan
risiko kehilangan modal perniagaan, terutama bagi perniagaan yang mempunyai rakan kongsi.

1.3 Permasalahan Dikalangan Peniaga IKS

Perniagaan IKS pada kebiasaanya memerlukan modal yang lebih besar berbanding dari
peniaga mikro. Oleh yang demikian, ramai di antara pengusaha perniagaan IKS ini yang
mempunyai rakan kongsi dan mempunyai sistem perniagaan yang lebih baik. Namun begitu,
pada pengamatan dan pemerhatian kami di VIP, masih ada ruang penambah baikan yang
boleh dibuat, sekali gus membantu dalam memantapkan sistem pengurusan syarikat dan
secara tidak langsung dapat memberi manfaat yang lebih baik, terutamanya pada aliran
kewangan syarikat.

Sepertimana peniaga mikro, pengusaha perniagaan IKS juga berdepan dengan permasalahan
yang timbul dalam perniagaan dan diantaranya ialah:

i. Kesukaran mendapatkan pinjaman/geran kewangan bagi tujuan perniagaan


ii. Kesukaran mengembangkan perniagaan
iii. Kesukaran bertahan dalam keadaan gawat
iv. Berhadapan risiko kehilangan modal perniagaan akibat ketidak upayaan rakan
kongsi
v. Risiko kehilangan pekerja utama akibat berpindah ke syarikat lain atau meletakkan
jawatan

Mengikut pengalaman dari pihak kami, permasalahan yang disenaraikan ini, lazimnya dapat
diselesaikan dengan hanya membuat beberapa pelan tindakan mudah. Pelan tindakan ini
merangkumi gerak kerja perniagaan, dokumentasi dan perancangan kewangan syarikat.

Halaman | 3
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

2.0 Konsep Kewangan (Secara Am) Di Malaysia

Sebelum kita memahami konsep kewangan individu dan perniagaan, pertamanya kita perlu
mengetahui teori secara am mengenai konsep kewangan di Malaysia. Terdapat dua perkara
yang sangat mempengaruhi tahap kewangan seseorang itu tidak kira samada beliau
memperolehi pendapatan melalui bekerja makan gaji, menjadi seorang agent berkomisyen,
membuat ulasan di sosial media, mahupun usahawan kepada perniagaan. Dua perkara
tersebut ialah ‘Pendapatan’ dan ‘Usia’, yang mana ia boleh digambarkan seperti graf di bawah.
Yang mana pada lazimnya apabila pendapatan seseorang itu semakin meningkat, usia
seseorang itu juga akan semakin lanjut.

PENDAPATAN

USIA

2.1 Membina Asas Kekayaan

Secara lazimnya, kebanyakan dari rakyat Malaysia akan memulakan kerjaya pada usia purata
sekitar umur 25 tahun. Mereka akan bekerjaya sehingga mencapai usia persaraan ataupun
mencapai tahap kebebasan kewangan (mana yang terdahulu). Bagi hal ini, pihak kami
beranggapan bahawa usia persaraan ideal ialah pada sekitar umur 55 tahun berdasarkan
penanda aras dari Kumpulan Simpanan Kewangan Pekerja (KWSP). Dari usia 25 tahun hingga
55 tahun mereka sepatutnya memulakan beberapa simpanan dan pelaburan bagi persedia
mencapai tahap bebas keawangan mahupun fasa persaraan. Proses ini dipanggil ‘Membina
Asas Kekayaan’. Proses ini bukanlah sesuatu yang wajip diikut, namun ia sangat disarankan
agar rakyat Malaysia dapat mengekalkan gaya hidup terkini atau gaya hidup yang lebih baik.
Dalam fasa membina asas kekayaan ini, rakyat Malaysia adalah sangat disarankan untuk
melakukan hal berikut:
Halaman | 4
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

a. Dana Penggantian Pendapatan:


Dari pengalaman kami di VIP sepanjang menguruskan folio kewangan pelanggan kami,
ini adalah perkara yang sering rakyat Malaysia terlepas pandang atau mengambil
ringan akan perkara ini dalam merencanakan perancangan kewangan mereka. Dana
penggantian pendapatan ini sering dianggap beban buat rakyat Malaysia kerana
kurang kefahaman keatas keperluan, fungsi dan cara penggunaanya di masa
memerlukan kelak. Namun dalam asas membina kekayaan, perkara ini merupakan
tulang belakang utama yang perlu dititik beratkan kerana ia merupakan pelan
sandaran bagi keseluruhan folio kewangan mereka.

b. Dana Kecemasan:
Mengikut pandangan pakar kewangan bertauliah di Malaysia, rakyat Malaysia
memerlukan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan simpanan kecemasan daripada jumlah
pendapatan kasar bulanan mereka. Namun begitu, mengikut pengalaman kami, ia
sesuai diguna pakai hanya untuk penjawat awam. Bagi mereka yang bekerja di sektor
swasta, adalah sangat digalakkan untuk mempunyai dana kecemasan sebanyak enam
(6) bulan daripada jumlah pendapatan kasar bulanan mereka, manakal bagi individu
yang bekerja sendiri seperti usahawan mikro, peniaga IKS, agen berkomisyen dan
seumpanya, mereka adalah sangat digalakkan untuk mempunyai dana kecemasan
berjumlah dua belas (12) bulan daripada pendapatan kasar bulanan mereka. Perkara
ini jelas terguna pakai apabila ‘Pandemic Covid19’ melanda negara kita sejak tahun
2020 yang lalu.

c. Aset:
Bagi kategori aset, terdapat dua (2) kategori aset iaitu aset yang mempunyai
peningkatan nilai dan aset yang mempunyai penyusutan nilai. Walau bagaimanapun,
bagi aset yang mempunyai penyusutan nilai, ia tetap mempunyai nilai lantai atau juga
dikenali sebagai harga terendah. Kebanyakan daripada aset yang biasa dibeli dan
diperolehi telah pun menjadi suatu keperluan asas dan keperluan berkepentingan di
Malaysia ini. Ini termasuk hartanah, kenderaan, pakaian, alat komunikasi, dan
sebagainya.

Halaman | 5
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

d. Pelaburan Jangka Pendek/Sederhana:


Pada kebiasaannya bagi pelaburan jangka pendek akan mengambil masa kurang dari 3
tahun manakala bagi pelaburan jangka sederhana pada kebiasaannya akan mengambil
masa sekitar empat (4) tahun ke sembilan (9) tahun. Hasil pelaburan jangka pendek /
sederhana ini sangat sesuai digunakan untuk mencapai matlamat jangka pendek /
sederhana seperti digunakan untuk membuat wang pendahuluan dalam membeli
hartanah, digunakan untuk melangsungkan perkahwinan, pendahulan membeli
kenderaan dan sebagainya.

e. Pelaburan Jangka Panjang:


Bagi pelaburan jangka masa panjang pula, pada kebiasaannya ia akan mengambil masa
sekitar sepuluh (10) tahun dan ke atas. Pelaburan jangka masa panjang ini sangat
sesuai digunakan untuk membantu dalam menyediakan dana persaraan mahupun
dana Pendidikan anak-anak pada peringkat pengajian tinggi.

f. Pelaburan Aras Tinggi:


Pelaburan aras tinggi merupakan pelaburan yang mempunyai risiko yang paling tinggi
dan pada kebiasaanya bagi mereka yang baru bermula membuat perancangan
kewangan yang holistic, adalah tidak digalakkan memulakan pelaburan di platform ini.
Antara platform yang sering menjadi tumpuan dan diminati ialah perdagangan saham,
initial public offering (IPO), future crude palm oil (fcpo) dan seumpamanya.

PENDAPATAN

PEMBINAAN
ASAS KEKAYAAN

USIA
25 55

Halaman | 6
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

2.2 Penggunaan Optimum Kekayaan Terkumpul


Selepas mencapai kebebasan kewangan ataupun setelah mencapai usia persaraan, pada
kebiasaannya rakyat Malaysia akan melalui fasa penggunaan kekayaan terkumpul secara
optimum. Ini bermaksud, tiada lagi pendapatan utama yang akan masuk, dan hanya kekayaan
terkumpul yang akan digunakan hingga ke akhir hayat. Mengikut statistik perangkaan
Malaysia pada tahun 2017, majoriti rakyat Malaysia mempunyai jangka hayat sekitar umur 70
tahun bagi lelaki manakala 73 tahun bagi wanita. Namun permasalahan utama ialah kita tidak
akan mengetahui bila tarikh sebenar akhir hayat kita dan perkara ini adalah secara tidak
langsung dapat menjejaskan keupyaan kita berbelanja di masa akan datang. Terutamanya
apabila kekayaan terkumpul tersebut makin berkurangan. Apa yang dimahukan ialah, harta
kekayaan terkumpul tersebut kekal, atau yang paling diidamkan ialah harta kekayaan
terkumpul tersebut makin berkembang dan bertambah.

PENDAPATAN
PEMBINAAN PENGGUNAAN
ASAS KEKAYAAN KEKAYAAN TERKUMPUL

USIA
25 55 75

2.3 Pemeliharaan Harta Kekayaan Terkumpul


Fasa pemeliharaan harta kekayaan terkumpul ini perlu dibuat dan dijalankan serentak
bersama fasa penggunaan optimum kekayaan terkumpul. Ini dibuat sebagai persediaan jangka
panjang, kerana ketidak pastian jangka hayat seseorang itu. Dalam pengamatan kami, fasa ini
amat penting bagi mengelakkan seseorang itu kembali mencari pendapatan utama untuk
tujuan meneruskan hidup selepas memasuki alam persaraan. Terdapat dua (2) jenis
pemeliharaan harta kekayaan terkumpul iaitu:

Halaman | 7
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

i. Pemeliharaan Modal Asas


Proses pemeliharaan modal asas adalah proses terpenting dalam fasa pemeliharaan
harta kekayaan terkumpul. Ini bagi mengelakkan seseorang itu kembali bekerja bagi
mendapatkan pendapatan utama untuk kelansungan hidup. Terdapat pelbagai teknik
dan cara yang dapat diadaptasi bagi memastikan kelancaran proses ini. Salah satu cara
yang praktikal untuk digunakan ialah dengan menggunakan teknik Tony Robins. Teknik
ini mengesyorkan supaya jumlah keseluruhan kekayaan terkumpul diletakkan ke
platform simpanan yang memberikan pulangan dividen yang konsisten setiap tahun.
Mengikut platform yang ada di Malaysia, antara platform yang menjadi tumpuan ialah
ASB, Tabung Haji, KWSP dan seumpamanya yang mana rata-rata dari platform ini
dapat memberikan pulangan dividen kasar di antara 4% ke 7% setahun.

ii. Pemeliharaan Melalui Agihan


Pemeliharaan melalui agihan ialah proses di mana harta kekayaan terkumpul
seseorang itu di pindah milik ke generasi seterusnya atau individu yang lain. Antara
proses yang dapat dibuat melalui cara ini ialah, pindahan nama bagi asset yang telah
selesai hutang, dokumen harta sepencarian untuk pasangan, hibah Amanah, wakaf,
wasiat, faraid dan beberapa cara yang lain. Pelantikan wasi atau pentadbir harta
adalah sangat digalakkan bagi membantu melancarkan lagi segala urusan setelah kita
tiada lagi didunia ini.

Untuk melakukan samada pemeliharaan modal asas atau pemeliharaan melalui agihan,
seseorang itu perlulah mengetahui terlebih dahulu berapakah jumlah kekayaan yang perlu
dicari atau diperolehi semasa fasa pembinaan asas kekayaan. Untuk mengetahui jumlah
tersebut, kita perlu mengetahui atau menetapkan pendapatan yang selesa bagi sebulan dan
kita juga perlu mengambil kira kadar inflasi yang bakal berlaku di masa hadapan dengan
melihat pada rekod kadar inflasi yang lepas.

Halaman | 8
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

Sebagai contoh; Pada tahun 2022, seorang usahawan muda berusia 25 tahun memerlukan
pendapatan (juga boleh diklasifikasikan sebagai ‘Gaji’ hasil dari usaha perniagaan yang
dilakukan dan ia adalah berasingan dari keuntungan syarikat) selesa berjumlah RM3,500
sebulan. Manakala bagi faktor inflasi pula, kita beranggapan kadar inflasi secara purata untuk
tempoh 30 tahun akan datang ialah sekitar 4%. Dengan menggunakan TVM Calculator, kita
dapat mengira nilai pendapatan selesa pada nilai 30 tahun yang mendatang. Pengiraan ini
boleh dilihat seperti gambarajah dibawah:

Selepas mengetahui berapakah nilai setara pendapatan akan datang, seterusnya kita boleh
mengira berapakah nilai cadangan dana persaraan yang sepatutnya kita sediakan dengan
menggunakan 401k Calculator seperti gambarajah dibawah:

Masukkan dalam
jumlah bulan sebelum
persaraan bagi
mendapatkan nilai
cadangan bagi fasa
Pemeliharaan Kekayaan

Halaman | 9
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

Dari dua (2) data tersebut, maka kita kini boleh membuat Graf Konsep Kewangan seperti
gambarajah berikut:

PENDAPATAN PEMELIHARAAN
KEKAYAAN

PEMBINAAN PENGGUNAAN
ASAS KEKAYAAN KEKAYAAN TERKUMPUL

USIA
25 55 75

Pendapatan (Gaji) Selesa: Nilai Pendapatan Setelah Inflasi: RM11,600

RM3,500 Cadangan Dana Persaraan: RM2,320,000

Dengan melakukan kaedah konsep kewangan seperti ini, Ketika persaraan seseorang itu kelak,
beliau mampu untuk menjana pendapatan sekitar ±RM11,000 sebulan tanpa perlu
mengganggu simpanan kekayaan yang telah dicipta berjumlah sekitar ±RM2,000,000 dan ia
bersifat berterusan hingga ke akhir hayat tanpa lagi perlu risau untuk bekerja mencari
pendapatan menampung keperluan hidup mendatang.

Dan selepas itu melalui dokumentasi, segala urusan pencairan serta pengagihan harta samada
melibatkan proses pelangsaian hutang, hibah, harta sepencarian, wasiat, wakaf, derma atau
faraidh dapat dilakukan dengan lebih lancar dalam masa yang lebih singkat iaitu diantara 2
bulan ke 6 bulan tanpa melalui Amanahraya atau Pejabat Pusaka Kecil yang pada kebiasaannya
akan mengambil masa diantara 6 bulan ke 2 tahun atau lebih.

Halaman | 10
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

2.4 Pengurusan Risiko


Dalam membuat perancangan kewangan yang holistik, membuat perlindungan keatas
kekayaan terkumpul adalah sangat penting. Perancangan perlindungan kekayaan yang baik
dapat membantu seseorang itu menguruskan risiko kewangan apabila sesuatu yang tidak di
ingini terjadi. Secara metaforanya, perlindungan kewangan boleh di ibaratkan seperti bayang-
bayang kepada nilai ekonomi seseorang itu. Namun perlindingan kewangan ini sering
dianggap sebagai suatu beban, khususnya bagi rakyat Malaysia yang masih kurang kefahaman
dan pendedahan terhadap pengurasan risiko dalam konteks kewangan. Namun apa yang
mereka kurang sedar ialah perlindungan kewangan ini secara tidak langsung ialah suatu
penyambung kasih sayang kepada keluarga terutamanya apabila musibah yang tidak di ingini
berlaku. Sememangnya duit tidak mampu membeli segalanya, namun dalam era global ini,
segalanya memerlukan duit. Dalam graf perancangan kewangan, ia boleh digambarkan seperti
gambarajah berikut:

PENDAPATAN PEMELIHARAAN
KEKAYAAN

PEMBINAAN PENGGUNAAN
ASAS KEKAYAAN KEKAYAAN TERKUMPUL
PERLINDUNGAN
KEKAYAAN

USIA
25 55 75

Pendapatan (Gaji) Selesa: Nilai Pendapatan Setelah Inflasi: RM11,600

RM3,500 Cadangan Dana Persaraan: RM2,320,000

Halaman | 11
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

3.0 Cadangan Mengadakan Sesi Taklimat / Seminar


Melalui dokumen Konsep Kewangan Individu Dan Folio Perniagaan Di Malaysia ini, adalah
dicadangkan supaya satu sesi taklimat perbincangan (bagi individu) mahupun seminar (bagi
kelab, organisasi atau persatuan) di adakan bagi memberi lebih info dan penerangan
mengenai perihal kewangan khususnya bagi para peniaga yang banyak mengalami masalah
seperti yang disebutkan pada perenggan 1.2 dan 1.3 dalam dokumen ini.

3.1 Cadangan Topik Bagi Sesi Taklimat / Seminar


Bagi sesi taklimat perbincangan (bagi individu) mahupun seminar (bagi kelab, organisasi atau
persatuan) ini, terdapat pengkhususan topik kewangan yang akan di ketengahkan, namun ia
juga tertakluk kepada masa yang ada kerana ada topik yang memerlukan masa yang panjang
untuk diterangkan dan dibincangkan. Antara topik yang dicadangkan ialah:

i. Konsep Kewangan Di Malaysia


ii. Bertahan Dalam Keadaan Gawat Dari Perspektif Kewangan
iii. Penyediaan Modal Bagi Peniaga Mikro
iv. Mengembangkan Syarikat Dan Perniagaan Dari Perspektif Kewangan
v. Perancangan Kewangan Syarikat Enterprise
vi. Pengurusan Kewangan Syarikat Enterprise
vii. Menaikkan Peluang Kelulusan Pinjaman (Kenderaan, Hartanah, Perniagaan)
viii. Pengurusan Risiko Dari Perspektif Kewangan
ix. Bijak Cukai Bagi Peniaga Mikro
x. Duit Buat Duit
xi. Hutang: Antara Jahat vs Baik
xii. Teknik Melangsaikan Hutang
xiii. Perancangan Harta Pusaka Islam
xiv. Kewangan Sebagai Simbolik Penyambung Kasih Sayang Dan Tanggung Jawab
xv. Asset Akhirat

Halaman | 12
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

3.2 Peneraju Sesi Taklimat / Seminar


Berikut ialah latar belakang ringkas penceramah yang akan menerajui sesi taklimat
perbincangan (bagi individu) mahupun seminar (bagi kelab, organisasi atau persatuan) ini:

Fazlie Idris Badrul Aswadi


Kelayakan: Kelayakan:
i. Islamic Financial Planner (IFP) i. Islamic Financial Planner (IFP)
ii. Certified Qualification in Islamic ii. Unit Trust Consultant
Finance – Wealth Management iii. Private Retirement Scheme
(CQIF-WM) Consultant
iii. Unit Trust Consultant iv. Takaful Planner
iv. Private Retirement Scheme v. Islamic Estate Planner
Consultant
v. Takaful Planner
vi. Islamic Estate Planner

Penampilan Media Massa: Penampilan Media Massa:


Bernama Radio: - Bernama Radio: -
i. 19 Januari 2021 – Garis Panduan i. 23 November 2020 – Pemilikan
Pembiayaan Perumahan Secara Islam Hartanah Di Usia Muda
ii. 26 Januari 2021 – Cabaran Kewangan ii. 9 Februari 2021 – Platform
Islam Di Malaysia Pelaburan Patuh Syariah Di Malaysia
iii. 2 Februari 2021 – Takaful & Insurans; iii. 9 Mac 2021 – Keutamaan Dalam
Perbezaaan, Ciri-ciri Dan Aplikasinya Pemilihan Pelan Perlindungan
Dari Perspektif Islam Di Malaysia iv. 13 April 2021 – Kepentingan
iv. 2 Mac 2021 – Dilemma Anak Muda Pengurusan Harta Pusaka Di Usia
Dalam Pemilikan Hartanah Muda
v. 16 Mac 2021 – MRTT & MLTT; Apa
Yang Anda Perlu Tahu?
vi. 25 May 2021 – Sumbangan Ke
Palestin

Halaman | 13
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

3.3 Tarikh, Masa Dan Tempat Sesi Taklimat / Seminar


Bagi tarikh, masa dan tempat untuk sesi taklimat / seminar ini adalah bergantung pada
individu / pihak penganjur. Namun ia juga adalah tertakluk pada jadual panel penceramah dan
perbincangan lanjut bagi mengelakkan kekangan-kekangan utama yang boleh berlaku. Pihak
kami di VIP terbuka pada perbincangan lanjut mengenai tarikh, masa dan tempat untuk sesi
taklimat / seminar bagi menjayakan program ini. Pihak Tuan/Puan boleh berhubung dengan
wakil perunding kewangan kami bagi maklumat dan perbincangan lanjut mengenai hal ini.

3.4 Kos Sesi Taklimat / Seminar


Buat masa ini, tiada sebarang kos yang perlu di bayar kepada pihak kami di VIP kerana ini
adalah sebahagian dari program khidmat komuniti yang dirangka bagi penduduk tempatan
khususnya bagi para peniaga dan usahawan. Namun bagi kos-kos berbangkit seperti sewaan
tempat taklimat / seminar, peralatan audio visual, makanan dan minuman, cenderahati,
alatan tulis dan seumpanya yang berkaitan dengan sesi taklimat / seminar ini adalah tertakluk
pada pihak penganjur.

4.0 Manfaat Program


Melalui perkongsian ilmu kewangan pada sesi taklimat / seminar ini, adalah diharapkan agar
para peserta dapat merungkai permasalahan perniagaan khususnya dari perspektif kewangan
termasuk:

i. Pendedahan terhadap konsep kewangan di Malaysia yang lebih holistik dan


komprehensif.
ii. Tahu untuk membuat penilaian berapakah simpanan yang diperlukan untuk
bersara / bebas kewangan.
iii. Mendapat idea bagaimana menyediakan modal bagi jangka pendek dan
sederhana bagi tujuan mengembangkan perniagaan.
iv. Persediaan untuk membuat pembiayaan (kenderaan, hartanah, perniagaan)
v. Mengetahui sekurang-kurangnya diperingkat permukaan mengenai pengurusan
risiko dari perspektif kewangan.

Halaman | 14
Konsep Kewangan Individu dan Folio Perniagaan Di Malaysia

Para peserta dari program ini juga akan layak untuk mendapat temu janji dengan perunding
kewangan pihak kami di Versetile Investment Partnership (VIP) secara percuma bagi
membincangkan secara lanjut serta membuat perancangan kewangan dan pengurusan
hutang mengikut kehendak dan keperluan peserta tersebut. Tiada apa-apa yuran yang akan
dikenakan dari pihak Versetile Investment Partnership (VIP) bagi para peserta program.

5.0 Wakil Perunding VIP


Dokumen ini akan dibawa dan dibentangkan oleh wakil berdaftar kami di Versetile Investment
Partnership (VIP). Untuk mengetahui info lebih lanjut, perbincangan dan pelan tindakan
selanjutnya, pihak tuan boleh berhubung terus dengan wakil pihak kami di Versetile
Investment Partnership (VIP) melalui maklumat yang diberikan seperti yang tertera pada kad
nama yang dilampirkan:

Halaman | 15

Anda mungkin juga menyukai