Anda di halaman 1dari 21

Perancangan Kewangan Dan Pengurusan Hutang:

Konsep kewangan Individu Dan


Persediaan Rumah Tangga

Disediakan Oleh:
Mohd FAZLIE BIN MOHAMAD IDRIS
Bagi Pihak:
Ahmad Syafik hakimi Bin Abd Fatah
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

KANDUNGAN

No. Tajuk Halaman


1.0 Ringkasan Eksekutif 2
1.1 Latar Belakang Program 2
1.2 Permasalahan Di Kalangan Golongan Muda 2
1.3 Objektif Program 3
2.0 Konsep Kewangan (Secara Am) Di Malaysia 4
2.1 Membina Asas Kekayaan 4
2.2 Penggunaan Optimum Kekayaan Terkumpul 7
2.3 Pemeliharaan Harta Kekayaan Terkumpul 7
2.4 Pengurusan Risiko 11
3.0 ASB Sebagai Medium Pelaburan Jangka Masa pendek Dan Sederhana 12
3.1 ASB vs ASBF 12
3.2 Kelemahan ASBF 15
3.3 Penggunaan Teknik ASBF Secara Optimum 15
3.3.1 Rolling 15
3.3.2 Compounding 16
3.3.3 Hybrid 16
3.3.4 Pairing 17
3.4 Teknik ASBF Mengikut Folio Kewangan Peserta 18
4.0 Cadangan Mengadakan Sesi Taklimat / Seminar 18
4.1 Cadangan Topik Sesi Taklimat / Seminar 18
4.2 Peneraju Sesi Taklimat /Seminar 19
4.3 Tarikh, Masa Dan Tempat Sesi Taklimat / Seminar 20
4.4 Kos Sesi Taklimat / Seminar 20
5.0 Manfaat Program 20

Halaman | 1
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

1.0 Ringkasan Eksekutif

Dokumen ini disediakan oleh Mohd Fazlie Bin Mohamad Idris (Tel: 014 6990 796), Islamic
Financial Planner (IFP); Certified Qualification In Islamic Finance - Wealth Management (CQIF-
WM) bagi pihak Ahmad Syafik Hakimi Bin Abd Fatah (Tel: 011 6082 3806), Personal Banker;
AmBank (M) Berhad; sebagai sebuah dokumen bagi menerangkan secara ringkas mengenai
Konsep Kewangan Di Malaysia. Dokumen ini ditulis berdasarkan fakta, perolehan data melalui
peserta yang lepas, teori kewangan am, serta melalui pengalaman lepas. Kesemua pengiraan
dan nilai yang terdapat dalam dokumen ini tidak sepatutnya diambil sebagai penanda aras
bagi prestasi mendatang dan ia hanyalah sebuah data dari rekod yang lepas dan digunakan
bagi tujuan penerangan Konsep kewangan Di Malaysia.

1.1 Latar Belakang Program


Program ini dirangka bagi membantu golongan belia dalm mengahdapi cabaran kewangan di
Malaysia khususnya bagi mereka yang mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga.
Rangka program ini dibuat berdasarkan maklum balas sejak tahun 2015 dari
peserta/pelanggan kami yang mana mereka ini merupakan belia yang berusia diantara 23
tahun ke 30 tahun dan tidak mempunyai maklumat atau info yang mencukupi dalam perihal
kewangan. Melalui program ini, mereka lebih bersedia mengharungi cabaran rumah tangga
dari sudut ekonomi keluarga.

1.2 Permasalahan Dikalangan Golongan Muda

Dari pemerhatian kami di sejak tahun 2015 hingga 2021, terdapat beberapa perkara yang
menjadi amalan dan kekangan bagi golongan muda yang belum berumah tangga di Malaysia.
Ini secara tidak langsung telah menyebabkan beberapa permasalahan timbul sebelum atau
selepas mereka berkahwin. Dari pengamatan dan pemerhatian kami, terdapat empat
permasalahan utama iaitu:

i. Kurang persediaan dari segi ekonomi dalam menghadapi alam rumah tangga
ii. Kesukaran membuat perancangan kewangan yang baik dan teratur
iii. Tiada pendedahan dari aspek ekonomi rumah tangga
iv. Tidak tahu bagaimana cara membuat pelaburan yang efektif

Halaman | 2
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

Permasalahan ini kerap berlaku dikalangan golongan muda yang baru memasuki fasa
berkeluarga oleh kerana kurangnya pengetahuan dalam perancangan kewangan dan
pengurusan hutang. Bukan itu sahaja, ada juga dikalangan mereka yang tidak mengetahui
berkenaan Konsep kewangan Di Malaysia. Perkara ini sekaligus dapat merisikokan
perkahwinan mereka dan ia juga boleh mendatangkan risiko perceraian, terutama bagi
mereka yang terbeban dengan hutang hasil dari kesilapan yang lepas.

1.3 Objektif Program

Melalui program ini, pihak kami mensasarkan beberapa objektif yang boleh dicapai dari sudut
perancangan kewangan dan pengurusan hutang khasnya buat mereka yang akan
melangsungkan perkahwinan bagi persediaan mereka dalam menghadapi alam rumah tangga.
Objektif yang kami sasarkan ialah:

i. Pendedahan kepada konsep kewangan (secara am) di Malaysia


ii. Pendedahan kepada perancangan kewangan dan pengurusan hutang
iii. Mengetahui akan platform-platform pelaburan jangka masa pendek, sederhana
dan panjang
iv. Mempelajari beberapa teknik ASBF yang dapat membantu dalam penyediaan
modal dalam tempoh jangka masa pendek
v. Memberi bimbingan yang holistik dan komprehensif dalam merancang kewangan
vi. Mengetahui realiti alam perkahwinan dari sudut ekonomi keluarga

Semestinya objektif kami ini melalui program ini hanyalah sekadar pendedahan awal dalam
perancangan kewangan dan pengurusan hutang. Namun berdasarkan pengalaman kami
dengan pelanggan dan peserta-peserta yang lepas, Alhamdulillah majoriti daripada mereka
dapat mengetahui gambaran yang lebih baik dalam aspek ekonomi keluarga. Perkara ini kami
rasakan sangat memberi impak kepada pasangan yang baru berkahwin sekaligus secara tidak
langsung dapat mengurangkan kes perceraian yang di akibatkan oleh masalah kewangan yang
berpunca dari kurang pengetahuan dari segi perancangan kewangan dan pengurusan hutang.

Halaman | 3
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

2.0 Konsep Kewangan (Secara Am) Di Malaysia

Sebelum kita memahami konsep kewangan individu dan keluarga, pertamanya kita perlu
mengetahui teori secara am mengenai konsep kewangan di Malaysia. Terdapat dua perkara
yang sangat mempengaruhi tahap kewangan seseorang itu tidak kira samada beliau
memperolehi pendapatan melalui bekerja makan gaji, menjadi seorang agent berkomisyen,
membuat ulasan di sosial media, mahupun usahawan kepada perniagaan. Dua perkara
tersebut ialah ‘Pendapatan’ dan ‘Usia’, yang mana ia boleh digambarkan seperti graf di bawah.
Yang mana pada lazimnya apabila pendapatan seseorang itu semakin meningkat, usia
seseorang itu juga akan semakin lanjut.

PENDAPATAN

USIA

2.1 Membina Asas Kekayaan

Secara lazimnya, kebanyakan dari rakyat Malaysia akan memulakan kerjaya pada usia purata
sekitar umur 25 tahun. Mereka akan bekerjaya sehingga mencapai usia persaraan ataupun
mencapai tahap kebebasan kewangan (mana yang terdahulu). Bagi hal ini, pihak kami
beranggapan bahawa usia persaraan ideal ialah pada sekitar umur 55 tahun berdasarkan
penanda aras dari Kumpulan Simpanan Kewangan Pekerja (KWSP). Dari usia 25 tahun hingga
55 tahun mereka sepatutnya memulakan beberapa simpanan dan pelaburan bagi persedia
mencapai tahap bebas keawangan mahupun fasa persaraan. Proses ini dipanggil ‘Membina
Asas Kekayaan’. Proses ini bukanlah sesuatu yang wajip diikut, namun ia sangat disarankan
agar rakyat Malaysia dapat mengekalkan gaya hidup terkini atau gaya hidup yang lebih baik.
Dalam fasa membina asas kekayaan ini, rakyat Malaysia adalah sangat disarankan untuk
melakukan hal berikut:
Halaman | 4
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

a. Dana Penggantian Pendapatan:


Dari pengalaman kami di sepanjang menguruskan folio kewangan pelanggan kami, ini
adalah perkara yang sering rakyat Malaysia terlepas pandang atau mengambil ringan
akan perkara ini dalam merencanakan perancangan kewangan mereka. Dana
penggantian pendapatan ini sering dianggap beban buat rakyat Malaysia kerana
kurang kefahaman keatas keperluan, fungsi dan cara penggunaanya di masa
memerlukan kelak. Namun dalam asas membina kekayaan, perkara ini merupakan
tulang belakang utama yang perlu dititik beratkan kerana ia merupakan pelan
sandaran bagi keseluruhan folio kewangan mereka.

b. Dana Kecemasan:
Mengikut pandangan pakar kewangan bertauliah di Malaysia, rakyat Malaysia
memerlukan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan simpanan kecemasan daripada jumlah
pendapatan kasar bulanan mereka. Namun begitu, mengikut pengalaman kami, ia
sesuai diguna pakai hanya untuk penjawat awam. Bagi mereka yang bekerja di sektor
swasta, adalah sangat digalakkan untuk mempunyai dana kecemasan sebanyak enam
(6) bulan daripada jumlah pendapatan kasar bulanan mereka, manakala bagi individu
yang bekerja sendiri seperti usahawan mikro, peniaga IKS, agen berkomisyen dan
seumpanya, mereka adalah sangat digalakkan untuk mempunyai dana kecemasan
berjumlah dua belas (12) bulan daripada pendapatan kasar bulanan mereka. Perkara
ini jelas terguna pakai apabila ‘Pandemic Covid19’ melanda negara kita sejak tahun
2020 yang lalu.

c. Aset:
Bagi kategori aset, terdapat dua (2) kategori aset iaitu aset yang mempunyai
peningkatan nilai dan aset yang mempunyai penyusutan nilai. Walau bagaimanapun,
bagi aset yang mempunyai penyusutan nilai, ia tetap mempunyai nilai lantai atau juga
dikenali sebagai harga terendah. Kebanyakan daripada aset yang biasa dibeli dan
diperolehi telah pun menjadi suatu keperluan asas dan keperluan berkepentingan di
Malaysia ini. Ini termasuk hartanah, kenderaan, pakaian, alat komunikasi, dan
sebagainya.

Halaman | 5
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

d. Pelaburan Jangka Pendek/Sederhana:


Pada kebiasaannya bagi pelaburan jangka pendek akan mengambil masa kurang dari 3
tahun manakala bagi pelaburan jangka sederhana pada kebiasaannya akan mengambil
masa sekitar empat (4) tahun ke sembilan (9) tahun. Hasil pelaburan jangka pendek /
sederhana ini sangat sesuai digunakan untuk mencapai matlamat jangka pendek /
sederhana seperti digunakan untuk membuat wang pendahuluan dalam membeli
hartanah, digunakan untuk melangsungkan perkahwinan, pendahulan membeli
kenderaan dan sebagainya.

e. Pelaburan Jangka Panjang:


Bagi pelaburan jangka masa panjang pula, pada kebiasaannya ia akan mengambil masa
sekitar sepuluh (10) tahun dan ke atas. Pelaburan jangka masa panjang ini sangat
sesuai digunakan untuk membantu dalam menyediakan dana persaraan mahupun
dana Pendidikan anak-anak pada peringkat pengajian tinggi.

f. Pelaburan Aras Tinggi:


Pelaburan aras tinggi merupakan pelaburan yang mempunyai risiko yang paling tinggi
dan pada kebiasaanya bagi mereka yang baru bermula membuat perancangan
kewangan yang holistic, adalah tidak digalakkan memulakan pelaburan di platform ini.
Antara platform yang sering menjadi tumpuan dan diminati ialah perdagangan saham,
initial public offering (IPO), future crude palm oil (fcpo) dan seumpamanya.

PENDAPATAN

PEMBINAAN
ASAS KEKAYAAN

USIA
25 55

Halaman | 6
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

2.2 Penggunaan Optimum Kekayaan Terkumpul


Selepas mencapai kebebasan kewangan ataupun setelah mencapai usia persaraan, pada
kebiasaannya rakyat Malaysia akan melalui fasa penggunaan kekayaan terkumpul secara
optimum. Ini bermaksud, tiada lagi pendapatan utama yang akan masuk, dan hanya kekayaan
terkumpul yang akan digunakan hingga ke akhir hayat. Mengikut statistik perangkaan
Malaysia pada tahun 2017, majoriti rakyat Malaysia mempunyai jangka hayat sekitar umur 70
tahun bagi lelaki manakala 73 tahun bagi wanita. Namun permasalahan utama ialah kita tidak
akan mengetahui bila tarikh sebenar akhir hayat kita dan perkara ini adalah secara tidak
langsung dapat menjejaskan keupyaan kita berbelanja di masa akan datang. Terutamanya
apabila kekayaan terkumpul tersebut makin berkurangan. Apa yang dimahukan ialah, harta
kekayaan terkumpul tersebut kekal, atau yang paling diidamkan ialah harta kekayaan
terkumpul tersebut makin berkembang dan bertambah.

PENDAPATAN
PEMBINAAN PENGGUNAAN
ASAS KEKAYAAN KEKAYAAN TERKUMPUL

USIA
25 55 75

2.3 Pemeliharaan Harta Kekayaan Terkumpul


Fasa pemeliharaan harta kekayaan terkumpul ini perlu dibuat dan dijalankan serentak
bersama fasa penggunaan optimum kekayaan terkumpul. Ini dibuat sebagai persediaan jangka
panjang, kerana ketidak pastian jangka hayat seseorang itu. Dalam pengamatan kami, fasa ini
amat penting bagi mengelakkan seseorang itu kembali mencari pendapatan utama untuk
tujuan meneruskan hidup selepas memasuki alam persaraan. Terdapat dua (2) jenis
pemeliharaan harta kekayaan terkumpul iaitu:

Halaman | 7
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

i. Pemeliharaan Modal Asas


Proses pemeliharaan modal asas adalah proses terpenting dalam fasa pemeliharaan
harta kekayaan terkumpul. Ini bagi mengelakkan seseorang itu kembali bekerja bagi
mendapatkan pendapatan utama untuk kelansungan hidup. Terdapat pelbagai teknik
dan cara yang dapat diadaptasi bagi memastikan kelancaran proses ini. Salah satu cara
yang praktikal untuk digunakan ialah dengan menggunakan teknik Tony Robins. Teknik
ini mengesyorkan supaya jumlah keseluruhan kekayaan terkumpul diletakkan ke
platform simpanan yang memberikan pulangan dividen yang konsisten setiap tahun.
Mengikut platform yang ada di Malaysia, antara platform yang menjadi tumpuan ialah
ASB, Tabung Haji, KWSP dan seumpamanya yang mana rata-rata dari platform ini
dapat memberikan pulangan dividen kasar di antara 4% ke 7% setahun.

ii. Pemeliharaan Melalui Agihan


Pemeliharaan melalui agihan ialah proses di mana harta kekayaan terkumpul
seseorang itu di pindah milik ke generasi seterusnya atau individu yang lain. Antara
proses yang dapat dibuat melalui cara ini ialah, pindahan nama bagi asset yang telah
selesai hutang, dokumen harta sepencarian untuk pasangan, hibah Amanah, wakaf,
wasiat, faraid dan beberapa cara yang lain. Pelantikan wasi atau pentadbir harta
adalah sangat digalakkan bagi membantu melancarkan lagi segala urusan setelah kita
tiada lagi didunia ini.

Untuk melakukan samada pemeliharaan modal asas atau pemeliharaan melalui agihan,
seseorang itu perlulah mengetahui terlebih dahulu berapakah jumlah kekayaan yang perlu
dicari atau diperolehi semasa fasa pembinaan asas kekayaan. Untuk mengetahui jumlah
tersebut, kita perlu mengetahui atau menetapkan pendapatan yang selesa bagi sebulan dan
kita juga perlu mengambil kira kadar inflasi yang bakal berlaku di masa hadapan dengan
melihat pada rekod kadar inflasi yang lepas.

Halaman | 8
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

Sebagai contoh; Pada tahun 2022, seorang individu muda berusia 25 tahun memerlukan
pendapatan selesa berjumlah RM3,500 sebulan. Manakala bagi faktor inflasi pula, kita
beranggapan kadar inflasi secara purata untuk tempoh 30 tahun akan datang ialah sekitar 4%.
Dengan menggunakan TVM Calculator, kita dapat mengira nilai pendapatan selesa pada nilai
30 tahun yang mendatang. Pengiraan ini boleh dilihat seperti gambarajah dibawah:

Selepas mengetahui berapakah nilai setara pendapatan akan datang, seterusnya kita boleh
mengira berapakah nilai cadangan dana persaraan yang sepatutnya kita sediakan dengan
menggunakan 401k Calculator seperti gambarajah dibawah:

Masukkan dalam
jumlah bulan sebelum
persaraan bagi
mendapatkan nilai
cadangan bagi fasa
Pemeliharaan Kekayaan

Halaman | 9
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

Dari dua (2) data tersebut, maka kita kini boleh membuat Graf Konsep Kewangan seperti
gambarajah berikut:

PENDAPATAN PEMELIHARAAN
KEKAYAAN

PEMBINAAN PENGGUNAAN
ASAS KEKAYAAN KEKAYAAN TERKUMPUL

USIA
25 55 75

Pendapatan (Gaji) Selesa: Nilai Pendapatan Setelah Inflasi: RM11,600

RM3,500 Cadangan Dana Persaraan: RM2,320,000

Dengan melakukan kaedah konsep kewangan seperti ini, Ketika persaraan seseorang itu kelak,
beliau mampu untuk menjana pendapatan sekitar ±RM11,000 sebulan tanpa perlu
mengganggu simpanan kekayaan yang telah dicipta berjumlah sekitar ±RM2,000,000 dan ia
bersifat berterusan hingga ke akhir hayat tanpa lagi perlu risau untuk bekerja mencari
pendapatan menampung keperluan hidup mendatang.

Dan selepas itu melalui dokumentasi, segala urusan pencairan serta pengagihan harta samada
melibatkan proses pelangsaian hutang, hibah, harta sepencarian, wasiat, wakaf, derma atau
faraidh dapat dilakukan dengan lebih lancar dalam masa yang lebih singkat iaitu diantara 2
bulan ke 6 bulan tanpa melalui Amanahraya atau Pejabat Pusaka Kecil yang pada kebiasaannya
akan mengambil masa diantara 6 bulan ke 2 tahun atau lebih.

Halaman | 10
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

2.4 Pengurusan Risiko


Dalam membuat perancangan kewangan yang holistik, membuat perlindungan keatas
kekayaan terkumpul adalah sangat penting. Perancangan perlindungan kekayaan yang baik
dapat membantu seseorang itu menguruskan risiko kewangan apabila sesuatu yang tidak di
ingini terjadi. Secara metaforanya, perlindungan kewangan boleh di ibaratkan seperti bayang-
bayang kepada nilai ekonomi seseorang itu. Namun perlindingan kewangan ini sering
dianggap sebagai suatu beban, khususnya bagi rakyat Malaysia yang masih kurang kefahaman
dan pendedahan terhadap pengurasan risiko dalam konteks kewangan. Namun apa yang
mereka kurang sedar ialah perlindungan kewangan ini secara tidak langsung ialah suatu
penyambung kasih sayang kepada keluarga terutamanya apabila musibah yang tidak di ingini
berlaku. Sememangnya duit tidak mampu membeli segalanya, namun dalam era global ini,
segalanya memerlukan duit. Dalam graf perancangan kewangan, ia boleh digambarkan seperti
gambarajah berikut:

PENDAPATAN PEMELIHARAAN
KEKAYAAN

PEMBINAAN PENGGUNAAN
ASAS KEKAYAAN KEKAYAAN TERKUMPUL
PERLINDUNGAN
KEKAYAAN

USIA
25 55 75

Pendapatan (Gaji) Selesa: Nilai Pendapatan Setelah Inflasi: RM11,600

RM3,500 Cadangan Dana Persaraan: RM2,320,000

Halaman | 11
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

3.0 ASB Sebagai Medium Pelaburan Jangka Masa Pendek Dan Sederhana
ASB sepertimana diketahui umum ialah sebuah platform simpanan pelaburan yang khusus
buat warga bumiputera dan umat islam di Malaysia. ASBF pula merupakan suatu instrumen
pembiayaan yang juga boleh diumpakan sebagai ‘Simpanan Paksa’. Pada awal 90an, majoriti
mereka yang mengambil pinjaman ASB (pada ketika itu belum ada pembiayaan islam bagi skim
ASB) dan mereka hanya mengikuti tempoh bayaran yang ditetapkan. Pada fikiran mereka pada
ketika itu, mereka hanya akan menikmati dividen yang diberi setiap tahun dan sejurus selepas
tamat tempoh pinjaman, mereka akan mendapat jumlah keseluruhan pinjaman asal.

Namun sejak tahun 2013 dan keatas, generasi terkemudian telah menjumpai cara untuk
memaksimakan simpanan pelaburan mereka. Ini berlaku sejurus perbankan islam telah
diperkasa sejak tahun 2013 dan berlaku beberapa perubahan besar dalam peraturan pinjaman
yang kemudian dikenali dengan pembiayaan islam Tawaruq yang secara tidask langsung
memberi manfaat yang lebih baik kepada para pelabur.

Sejak itu pelbagai teknik ASBF telah diperkenal dan sejak tahun 2016, lebih ramai dikalangan
rakyat Malaysia yang mula faham akan teknik pelaburan ASBF yang sesuai dangan mereka
sekaligus memberi impak positif yang sangat memberansangkan dalam mencapai objektif
kewangan yang mereka kehendaki.

3.1 ASB vs. ASBF


Bagi mudah memahami perbezaan diantara keduanya, kitab oleh membuat perbandingan
seperti berikut:

ASB ASBF
Permohonan pembiayaan
Saiz Minima Pelaburan Pelaburan minia ialah RM10
minima ialah RM10,000
Terhad kepada kemampuan Terhad kepada kelayakan
Saiz Minima Pelaburan simpanan di tangan dan pembiayaan peserta dan
kuota ASB peserta kuota ASB peserta
Pulangan Rendah dari ASBF Tinggi dari ASB
Kos Tambahan Tidak Yuran Dokumentasi
Bergantung kepada
Risiko Interest tidak
pergerakan OPR oleh BNM

Halaman | 12
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

Dividen ASB dikira secara pro-rata bagi setiap bulan mengikut amaun terendah bagi setiap
bulan yang didepositkan kedalam dana ASB peserta. Formula pengiraan dividen adalah seperti
berikut:

(Amaun terendah bulanan dalam akaun ASB x Kadar Dividen) x 1/12 = Dividen Bulanan.

Oleh yang demikian, ia boleh diterjemah dalam bentuk jadual seperti dibawah. Dengan
beranggapan bahawa kadar dividen ialah pada paras 5% dan kadar deposit yang dimasukkan
ke dalam akaun ASB adalah sama dengan amaun pembayaran pembiayaan bulanan ASBF bagi
jumlah RM200,000, maka jadual yang terbentuk adalah seperti berikut:

ASBF (Monthly Payment RM880 per


ASB (Regular Saving of RM880 per month)
month)
Amount Dividend Amount Dividend
Month Month
(RM) (5%) (RM) (5%)
January 880 RM4.40 January 200,000 RM1,000
February 1,760 RM8.80 February 200,000 RM 1,000
March 2,640 RM13.20 March 200,000 RM 1,000
April 3,520 RM17.60 April 200,000 RM 1,000
May 4,400 RM22.00 May 200,000 RM 1,000
June 5,280 RM26.40 June 200,000 RM 1,000
July 6,160 RM30.80 July 200,000 RM 1,000
August 7,040 RM35.20 August 200,000 RM 1,000
September 7,920 RM39.60 September 200,000 RM 1,000
October 8,800 RM44.00 October 200,000 RM 1,000
November 9,680 RM48.40 November 200,000 RM 1,000
December 10,560 RM52.80 December 200,000 RM 1,000

Total Total
RM343.20 RM12,000
Dividend Dividend

RM12,000 +
Grand Total RM10,903.20 Grand total Surrender
Value

Halaman | 13
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

Jadual kedua dibawah pula menunjukkan contoh sekiranya peserta/pelanggan memasukkan


deposit ke dalam akaun ASB secara sekaligus (Lump Sum). Dengan beranggapan bahawa kadar
dividen ialah pada paras 5% dan kadar deposit yang dimasukkan ke dalam akaun ASB adalah
sama dengan amaun pembayaran pembiayaan tahunan ASBF bagi jumlah RM200,000, maka
jadual yang terbentuk adalah seperti berikut:

ASB (Lump Sum deposit of RM10,560 per ASBF (Annual Payment RM10,560 per
year) year)

Amount Dividend Amount Dividend


Month Month
(RM) (5%) (RM) (5%)

January 10,560 RM52.80 January 200,000 RM1,000

February 10,560 RM52.80 February 200,000 RM 1,000

March 10,560 RM52.80 March 200,000 RM 1,000

April 10,560 RM52.80 April 200,000 RM 1,000

May 10,560 RM52.80 May 200,000 RM 1,000

June 10,560 RM52.80 June 200,000 RM 1,000

July 10,560 RM52.80 July 200,000 RM 1,000

August 10,560 RM52.80 August 200,000 RM 1,000

September 10,560 RM52.80 September 200,000 RM 1,000

October 10,560 RM52.80 October 200,000 RM 1,000

November 10,560 RM52.80 November 200,000 RM 1,000

December 10,560 RM52.80 December 200,000 RM 1,000

Total Total
RM633.60 RM12,000
Dividend Dividend

RM12,000 +
Grand Total RM11,193.60 Grand Total Surrender
Value

Halaman | 14
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

3.2 Kelemahan ASBF


Sungguhpun ASBF mempunyai banyak manfaat dan kelebihan bagi pelaburan jangka massa
pendek dan sederhana, namun ia masih mempunyai kelemahan. Terdapat 4 kelemahan utama
yang dikenal pasti iaitu:

i. Bakal pelanggan/peserta yang tiada bukti pendapatan rasmi tidak boleh memohon
ASBF
ii. ASBF yang usianya bawah dari 12bulan kebiasaannya akan mempengaruhi
permohonan pembiayaan baru (lain) yang hendak dibuat
iii. Ada kemungkinan rekod CCRIS pelanggan/peserta akan jadi tidak baik sekiranya
berlaku tunggakan bayaran dan ‘Penamatan Paksa’ dari pihak Bank
iv. Sekiranya pelanggan/peserta menggunakan teknik ‘Rolling’, tetapi bayaran dividen
yang diperolehi adalah lebih rendah dari bayaran bulanan ASBF, maka
pelanggan/peserta perlu membuat penambahan bayaran bulanan

Namun begitu, kesemua kelemahan ini ada jalan penyelesainnya yang tersendiri. Perkara ini
akan dirungkai dalam sesi seminar/taklimat program ini kelak oleh pihak kami.

3.3 Penggunaan Teknik ASBF Secara Optimum


Terdapat pelbagai teknik yang boleh diadaptasikan dalam ASBF. Ada pihak yang mengatakan
bahawa ia adalah suatu teknik manipulasi terhadap system ASBF itu sendiri. Namun pada
pengamatan kami, setiap teknik itu mampu memberi manfaat pada pulangan keuntungan
secara total yang lebih baik. Mengikut kepada Tuan Khairul Ezwan Yusof penulis buku ASB
Genius, terdapat 17 teknik yang boleh diadaptasikan pada ASBF. Namun begitu mengikut
pengalaman kami hanya 4 ke 6 teknik sahaja yang sering diguna pakai dan ia bergantung pada
folio kewangan seseorang itu.

3.3.1 Rolling
Ini merupakan teknik yang paling kerap diguna pakai. Secara dasarnya teknik ini akan
mengguna pakai dividen yang diperolehi untuk bayaran ASBF pada tahun berikutnya.
Peserta/pelanggan hanya akan mengambil keuntungan dividen pada tahun terakhir beserta
dengan nilai serahan yang bakal diperolehi pada akhir ‘gameplan’.
Halaman | 15
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

Terdapat satu lagi teknik yang dipanggil ‘Teknik Ubahan’ yang mana konsep dan prinsip
‘gameplan’ teknik tersebut sama dengan teknik Rolling ini. Perbezaan Teknik Ubahan dengan
Teknik Rolling ialah pada penggunaan kewangan peserta/pelanggan dimana Teknik Ubahan
akan menggunakan simpanan peserta/pelanggan sedia ada berbanding teknik Rolling yang
akan mengguna pakai duit dari perbelanjaan / simpanan bulanan peserta/pelanggan.

3.3.2 Compounding
Teknik ini digunakan secara meluas bagi mereka yang mapu membuat simpanan secara
konsisten setiap bulan tanpa culas. Secara asasnya, teknik ini memerlukan peserta/pelanggan
untuk tidak menggunakan dividen yang diperolehi setiap tahun sekurang-kurangnya bagi
tempoh dua tahun atau lebih dan sebaiknya sehingga tamat ‘gameplan’. Ini berikutan dividen
tersebut akan terkompaun dan dividen yang lebih tinggi bakal diperolehi bagi tahun
mendatang. Setelah tamat ‘gameplan’, peserta/pelanggan akan memperolehi keseluruhan
dividen terkumpul yang telah terkompaun dan juga nilai serahan sijil.

3.3.3 Hybrid
Teknik ini juga dikenali sebagai Teknik Ulangan. Secara asasnya, teknik ini merupakan
gabungan Teknik Rolling dan Teknik Compounding. Konsep teknik ini ialah untuk menambah
sijil ASB melalui ASBF bagi setiap tahun sehingga ia mencapai kuota maksima ASB. Lazimnya
peserta/pelanggan akan memulakan ASBF dengan nilai sijil RM50,000 atau apa sahaja amaun
yang dirasakan sesuai dengan folio kewangan mereka. Kemudian pada tahun berikutnya,
mereka akan menambah sijil ASB melalaui ASBF pada kadar yang sama dan ia akan berulang
sehingga mencapai tahap kuota maksima ASB. Sungguhpun berlaku penambahan sijil ASB
melalui ASBF, namun ia tidak akan menambah komitmen bulanan peserta/pelanggan secara
teknikal dan komitmen bulanan mereka akan kekal sama. Ini disebabkan bagi sijil yang
seterusnya, bayaran secara sekaligus (Lump Sum) akan dibuat menggunakan hasil dividen
dividen yang diperolehi dari sijil pertama.

Teknik ini telah terbukti dapat mengurangkan tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai
hasil akhir yang dikehendaki. Sebagai contoh andaikan seorang peserta/pelanggan itu

Halaman | 16
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

mengimpikan simpanan akhir bernilai RM30,000; dan mereka hanya mampu menyimpan
RM500 sebulan, ia akan mengambil masa sekitar 60 bulan sekiranya menyimpan tanpa culas
di bank atau 52 bulan sekiranya menyimpan di ASB secara terus. Namun melalui ASBF ia hanya
memerlukan tempoh 36 bulan sahaja bagi mencapai impian simpanan tersebut.

3.3.4 Pairing
Ini merupakan teknik yang paling diminati peserta/pelanggan yang ingin memendekkan
tempoh pembiayaan mereka yang lain. Konsep teknik ini ialah dengan menyamakan bayaran
bulanan komitmen sedia ada dengan bayaran bulanan ASBF.

Sebagai contoh; seorang peserta/pelanggan itu mahu membuat pembiayaan kenderaan yang
mana bayaran bulanan yang bakal dibayar ialah pada kadar RM1,000 sebulan. Maka sebelum
peserta/pelanggan tersebut membuat pembiayaan kenderaan tersebut, peserta/pelanggan
itu akan terlebih dahulu membuat pembiayaan ASBF yang sama nilai bayaran bulanannya
dengan bayaran bulanan kenderaan itu. Setelah 12 bulan, dan mendapat dividen pertama dari
ASB, barulah peserta tersebut akan membuat pembiayaan kenderaan yang mana bayarn
bulanan kenderaan tersebut akan dibayar secara sekaligus (Lump Sum) menggunakan hasil
dividen yang diperolehi. Secara tidak langsung, peserta/pelanggan tersebut hanya perlu
membayar komitmen ASBF sahaja berikutan komitmen bulanan bagi kenderaan itu telah
dibayar secara sekaligus untu tempoh setahun dengan menggunakan hasil dividen yang
diperolehi. Selepas 5 atau 6 tahun, peserta/pelanggan tersebut boleh membuat penyerahan
semula sijil ASB dan menamatkan ASBF beliau dan hasil dividen akhir serta nilai serahan yang
bakal diperolehi akan digunakan untuk membuat bayaran penyelesaian bagi kenderaan itu.

Atau peserta/pelanggan itu boleh juga menunggu sehingga tamat tempoh pembiayaan
kenderaan tersebut dan kemudian barulah membuat penyerahan sijil ASB semula dan
penamatan ASBF. Dalam hal ini, selepas tamat tempoh pembiayaan kenderaan,
peserta/pelanggan tersebut akan memperolehi hasil dividein akhir beserta nilai serahan sijil
yang dianggarkan sekitar RM16,000 ke RM30,000.

Halaman | 17
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

3.4 Teknik ASBF Mengikut Folio Kewangan Peserta


Terdapat banyak lagi teknik ASBF yang boleh diguna pakai dan ia sangat bergantung pada folio
kewangan peserta/pelanggan tersebut. Seperti contoh Teknik Pintasan dan Teknik Proxy yang
hanya sesuai bagi sesetangah peserta/pelanggan yang disebabkan oleh faktor umur,
pekerjaan dan tahap kesihatan kewangan peserta/pelanggan tersebut. Ini semua akan
dijelaskan dalam sisi taklimat / seminar kelak.

4.0 Cadangan Mengadakan Sesi Taklimat / Seminar


Melalui dokumen Konsep Kewangan Individu Dan Persediaan Rumah Tangga ini, adalah
dicadangkan supaya satu sesi taklimat perbincangan (bagi individu) mahupun seminar (bagi
kelab, organisasi atau persatuan) di adakan bagi memberi lebih info dan penerangan
mengenai perihal kewangan khususnya bagi mereka yang banyak mengalami masalah seperti
yang disebutkan pada perenggan 1.2 dalam dokumen ini.

4.1 Cadangan Topik Bagi Sesi Taklimat / Seminar


Bagi sesi taklimat perbincangan (bagi individu) mahupun seminar (bagi kelab, organisasi atau
persatuan) ini, terdapat pengkhususan topik kewangan yang akan di ketengahkan, namun ia
juga tertakluk kepada masa yang ada kerana ada topik yang memerlukan masa yang panjang
untuk diterangkan dan dibincangkan. Antara topik yang dicadangkan ialah:

i. Konsep Kewangan Di Malaysia


ii. Bertahan Dalam Keadaan Gawat Dari Perspektif Kewangan
iii. Penyediaan Modal dan Folio Kewangan Bagi Membeli Rumah Pertama
iv. Pengurusan Risiko Dari Perspektif Kewangan
v. Duit Buat Duit
vi. Hutang: Antara Jahat vs Baik
vii. Teknik Melangsaikan Hutang
viii. Perancangan Harta Pusaka Islam
ix. Kewangan Sebagai Simbolik Penyambung Kasih Sayang Dan Tanggung Jawab
x. Asset Akhirat

Halaman | 18
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

4.2 Peneraju Sesi Taklimat / Seminar


Berikut ialah latar belakang ringkas penceramah yang akan menerajui sesi taklimat
perbincangan (bagi individu) mahupun seminar (bagi kelab, organisasi atau persatuan) ini:

Fazlie Idris Badrul Aswadi


Kelayakan: Kelayakan:
i. Islamic Financial Planner (IFP) i. Islamic Financial Planner (IFP)
ii. Certified Qualification in Islamic ii. Unit Trust Consultant
Finance – Wealth Management iii. Private Retirement Scheme
(CQIF-WM) Consultant
iii. Unit Trust Consultant iv. Takaful Planner
iv. Private Retirement Scheme v. Islamic Estate Planner
Consultant
v. Takaful Planner
vi. Islamic Estate Planner

Penampilan Media Massa: Penampilan Media Massa:


Bernama Radio: - Bernama Radio: -
i. 19 Januari 2021 – Garis Panduan i. 23 November 2020 – Pemilikan
Pembiayaan Perumahan Secara Islam Hartanah Di Usia Muda
ii. 26 Januari 2021 – Cabaran Kewangan ii. 9 Februari 2021 – Platform
Islam Di Malaysia Pelaburan Patuh Syariah Di Malaysia
iii. 2 Februari 2021 – Takaful & Insurans; iii. 9 Mac 2021 – Keutamaan Dalam
Perbezaaan, Ciri-ciri Dan Aplikasinya Pemilihan Pelan Perlindungan
Dari Perspektif Islam Di Malaysia iv. 13 April 2021 – Kepentingan
iv. 2 Mac 2021 – Dilemma Anak Muda Pengurusan Harta Pusaka Di Usia
Dalam Pemilikan Hartanah Muda
v. 16 Mac 2021 – MRTT & MLTT; Apa
Yang Anda Perlu Tahu?
vi. 25 May 2021 – Sumbangan Ke
Palestin

Halaman | 19
Konsep Kewangan Individu dan Persediaan Rumah Tangga

4.3 Tarikh, Masa Dan Tempat Sesi Taklimat / Seminar


Bagi tarikh, masa dan tempat untuk sesi taklimat / seminar ini adalah bergantung pada
individu / pihak penganjur. Namun ia juga adalah tertakluk pada jadual panel penceramah dan
perbincangan lanjut bagi mengelakkan kekangan-kekangan utama yang boleh berlaku. Pihak
kami di VIP terbuka pada perbincangan lanjut mengenai tarikh, masa dan tempat untuk sesi
taklimat / seminar bagi menjayakan program ini. Pihak Tuan/Puan boleh berhubung dengan
wakil perunding kewangan kami bagi maklumat dan perbincangan lanjut mengenai hal ini.

3.4 Kos Sesi Taklimat / Seminar


Buat masa ini, tiada sebarang kos yang perlu di bayar kepada pihak kami kerana ini adalah
sebahagian dari program khidmat komuniti yang dirangka bagi penduduk tempatan
khususnya bagi para belia. Namun bagi kos-kos berbangkit seperti sewaan tempat taklimat /
seminar, peralatan audio visual, makanan dan minuman, cenderahati, alatan tulis dan
seumpanya yang berkaitan dengan sesi taklimat / seminar ini adalah tertakluk pada pihak
penganjur.

5.0 Manfaat Program


Melalui perkongsian ilmu kewangan pada sesi taklimat / seminar ini, adalah diharapkan agar
para peserta dapat merungkai permasalahan perniagaan khususnya dari perspektif kewangan
termasuk:

i. Pendedahan terhadap konsep kewangan di Malaysia yang lebih holistik dan


komprehensif.
ii. Tahu untuk membuat penilaian berapakah simpanan yang diperlukan untuk
bersara / bebas kewangan.
iii. Mendapat idea bagaimana menyediakan modal bagi jangka pendek dan
sederhana bagi tujuan pemilikan asset.
iv. Persediaan untuk membuat pembiayaan (kenderaan, hartanah, perniagaan)
v. Mengetahui sekurang-kurangnya diperingkat permukaan mengenai pengurusan
risiko dari perspektif kewangan.

Halaman | 20

Anda mungkin juga menyukai