Anda di halaman 1dari 2

SMK AGAMA BANDAR PENAWAR

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA DAN


MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR.

1.0 Pendahuluan

Usaha melahirkan modal insan yang cemerlang mestilah dilakukan secara menyeluruh dan
berterusan. Hakikat bahawa pencapaian akademik yang cemerlang sebagai asas kehidupan yang
sempurna tidak dapat dinafikan. Namun demikian, kejayaan cemerlang dalam bidang akademik tidak
menjadi bermakna jika tidak disokong dengan kecemerlangan dalam aspek lain terutama dari segi rohani,
jasmani dan emosi. Oleh itu, program ini diharap dapat memantapkan lagi pelajar dalam berkaitan selain
sebagai persediaan yang lebih mantap ke arah pembelajaran yang lebih berkesan.

2.0 Matlamat

Melahirkan pelajar yang mantap dari segi persediaan fizikal, emosi, rohani dan intelektual dalam
menghadapi peperiksaan.

3.0 Objektif

1. Meningkatkan motivasi diri supaya menggandakan usaha untuk lebih cemerlang.


2. Memohon pertolongan Allah SWT dalam menghadapi peperiksaan agar diberi taufik dan hidayah
untuk memudahkan proses menjawab soalan peperiksaan.
3. Memantapkan jati diri dan daya saing dalam persekitaran yang kompetitif

4.0 Sasaran
Semua calon PT3 (136 orang) , SPM (90 orang) dan PRA-U ATAS (26 orang) Guru dan Ibu Bapa

5.0 Tarikh Cadangan


02 OKTOBER 2014 (Khamis)

6.0 Tempat Cadangan


Surau Al-Falah, SMK Agama Bandar Penawar.

7.0 Tentatif Program


8.00 pagi : Pendaftaran
8.30 pagi :
Bacaan Surah Yassin
Solat Dhuha
Solat Hajat
Ucapan Pengetua
Pembahagian alat tulis kepada calon-calon peperiksaan
(Wakil 1 orang setiap tingkatan)

Berselawat dan bersalam-salaman mohon doa restu dari guru-guru dan ibu bapa.

9.30 pagi : Bersurai


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA :


Pengerusi : Pn Hjh Che Selamah binti Che Nik (Pengetua)
Naib Pengerusi I : Tn. Hj Ishak Mahpoz (GPK Pentadbiran dan Kurikulum)
Naib Pengerusi II : Pn. Rukimah bt Ahmad (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi III : Pn. Mariah bt Manap (GPK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi IV : En Idris Bin Kamaruddin
Penyelaras : Pn Noriah binti Ilias (SMA)
Pn Rohaidah binti Salman (SMR)
Setiausaha : Pn. Siti Khadijah binti Mohmad Halid
Pen Setiausaha : En Mohd Arifin bin Zainal

Bil Ahli Jawatankuasa Nama Perincian Tugas


1 Pengacara Majlis En. Mohd Arifin bin Zainal -Mengacara majlis hingga akhir.
2 Imam Solat En Muhammad Hisham bin Abd Rahim -Memimpin solat
3 Pengurusan Kismis Air Cik Nor Ashikin binti Mohamad Rejab -Menguruskan pembelian dan penyerahan kismis
Mineral dan Pn Siti Zainab binti Zumrah dan air mineral.
Alat Tulis (Pen, Pensil, Cik Nurul Atiqah binti Daud -menyerahkan kismin dan air mineral kepada pelajar
Pemadam, Pembaris) sebelum majlis (yassin & solat hajat)
-Menguruskan pembelian, pembungkusan dan
penyerahan alat tulis.
-Menyediakan wakil pelajar.

9.0 ANGGARAN KOS


Sumber : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pelajar (Alat tulis) = RM1209.60
Asrama (Kismis dan Air mineral) = RM3276.00

Kos dan Perbelanjaan

1) Pensil RM 0.80 X 2 X 252 orang = RM 403.20


2) Pen RM 1.00 X 2 X 252 orang = RM 504.00
3) Pemadam RM 0.50 X 252 = RM 126.00
4) Pembaris RM 0.70 X 252 = RM 176.40
5) Air mineral RM 1.00 X 252 = RM 252.00
6) Kismis RM 12 X 252 = RM 3024.00

Jumlah Keseluruhan = RM4485.60

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh :

………………………….......... ........................................................
(SITI KHADIJAH BT MOHMAD HALID) (HJH CHE SELAMAH BT CHE NIK)
Setiausaha Pengetua
Program Solat Hajat Perdana SMK Agama Bandar Penawar
& Majlis Restu Ilmu Pelajar

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA DAN MAJLIS RESTU ILMU

Anda mungkin juga menyukai