Anda di halaman 1dari 3

SJK(T) LADANG SOON LEE

34300 BAGAN SERAI,


PERAK.
Email:abd3069@moe.edu.my
No. Tel.: 05-7216559 / No. Faks:05-7216559
Kod Sekolah : ABD3069

No.Ruj.Kami :
Tarikh : 12 September 2023
Tuan Pengurus Ladang,
Ladang Soon Lee,
34300 Bagan Serai,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI BAGI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SJKT LADANG


SOON LEE KALI KE-42

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan kejohanan sukan tahunan sekolah kali yang ke-42 / 2023
akan diadakan adalah seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 24 September 2023


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Ladang Soon Lee

3. Sehubungan itu, pihak sekolah serta PIBG dengan berbesar hati dan penuh
takzimnya menjemput tuan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
kejohanan sukan tahunan sekolah SJKT Ladang Soon Lee.

4. Kesudian dan jasa baik tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran
tuan ke majlis tersebut dapat memeriahkan lagi kejohanan sukan tahunan sekolah SJKT
Ladang Soon Lee.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

----------------------------------------
(EN.SOMSUNDRAM A/L PERUMAL)
Guru Besar,
SJKT Ladang Soon Lee
SJK(T) LADANG SOON LEE
34300 BAGAN SERAI,
PERAK.
Email:abd3069@moe.gov.my
No. Tel.: 05-7216559 / No. Faks:05-7216559
Kod Sekolah : ABD3069

No.Ruj.Kami :
Tarikh : 12 September 2023
______________________________________
______________________________________
______________________________________

Tuan,

Memohon Sumbangan Bagi Sukan Tahunan Sekolah Yang Ke-42 / 2023

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara yang di atas,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan Sukan Tahunan Sekolah


kali Yang Ke-42 / 2023 adalah seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 24 September 2023


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Ladang Soon Lee

3. Dengan ini, pihak sekolah memohon sumbangan ikhlas daripada tuan untuk
menjayakan program tersebut. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak Tuan dapat
menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan sukan tersebut. Sumbangan
boleh diserahkan seperti berikut :

Nama Bank : Public Bank


Nama : PIBG SJKT LADANG SOON LEE
No. Akaun : 6423813823

4. Semoga sumbangan dan kerjasama Tuan saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

----------------------------------------
( EN.SOMSUNDRAM A/L PERUMAL )
Guru Besar,
SJKT Ladang Soon Lee

Anda mungkin juga menyukai