Anda di halaman 1dari 4

SK DESA PANDAN

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
KEJOHANAN BOLA SEPAK
BAWAH 12 TAHUN JEMPUTAN 4
PENJURU KUALA LUMPUR
RAISURI ACADEMY (KLRA)

ANJURAN:

KUALA LUMPUR RAISURI ACADEMY


(KLRA)

Tarikh : 12 April 2019


Tempat : Kuala Lumpur Football Academy
(KLFA), Taman Melawati, Kuala
Lumpur.
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Sekolah Kebangsaan Desa Pandan
Jalan 4/76 Desa Pandan, KL

1. PENDAHULUAN

Bola sepak merupakan sejenis permainan yang paling diminati di seluruh


dunia terutama murid-murid di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan. Ramai murid
yang telah mula menunjukkan minat terhadap permainan ini dan ada di antaranya
yang sangat berkebolehan bermain bola sepak. Buktinya, pasukan bola sepak SK
Desa Pandan telah mendapat tempat keempat Pertandingan Bola Sepak MSSWPKL
peringkat negeri dan mendapat johan pertandingan MSSWPKL Zon Pudu 2017.
Kebolehan dan minat yang dimiliki murid ini harus terus digilap dengan
khidmat nasihat untuk memantapkan lagi kemahiran mereka. Oleh itu, bantuan
jurulatih yang dapat membantu mereka dalam memperbaiki teknik dan mutu
permainan amatlah diperlukan. Diharapkan murid-murid ini dapat mengharumkan
nama sekolah dengan memenangi pertandingan catur pada masa akan datang.

2. TUJUAN

Mendapatkan kelulusan Dana Kokurikulum Yayasan Amir, Sekolah Amanah untuk


mendapat peruntukan bagi menjalankan aktiviti pembangunan bola sepak dan juga
dari segi peruntukan kewangan untuk membeli peralatan dan kelengkapan pasukan
bola sepak bagi Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Desa Pandan.

3. MATLAMAT

Membantu murid-murid yang akan menyertai pertandingan di dalam bebearapa


kejohanan untuk mendapat latihan intensif berkaitan teknik dan kemahiran yang
sewajarnya dalam permainan bola sepak serta mempunyai kelengkapan bola sepak
yang lengkap.

2
Sekolah Kebangsaan Desa Pandan
Jalan 4/76 Desa Pandan, KL

4. OBJEKTIF

2.1 Memberi bimbingan dan panduan dalam persediaan menghadapi kejohanan


bola sepak peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan Mei 2019.
2.2 Membantu murid-murid mendapat latihan yang terbaik untuk meningkatkan
kemahiran dan teknik dalam permainan bola sepak.
2.3 Menyediakan kemudahan kepada murid-murid yang menyertai Pasukan Bola
Sepak untuk mendapat peralatan yang cukup ketika bermain bola sepak.

5. KUMPULAN SASARAN

18 orang murid SK Desa Pandan yang akan ke kejohanan bola sepak Bawah 12
Tahun Jemputan 4 Penjuru Kuala Lumpur Raisuri Academy (KLRA)

6. PELAKSANAAN

Tarikh : 12 April 2019


Tempat : KLFA Taman Melawati.
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bi
Perkara Harga Jumlah
l

1 Yuran Penyertaan RM 200.00 RM 200.00

Makanan dan minuman


2 23 orang x RM 15.00 RM 345.00
murid

Set jersi murid 18 set x RM 90.00 RM 1620.00


3

3
Sekolah Kebangsaan Desa Pandan
Jalan 4/76 Desa Pandan, KL

4 Bola Sepak (Match Ball) 10 Biji x RM100.00 RM 1000.00

Pengangkutan (semasa
5 RM 150.00 RM 150.00
hari pertandingan)

Jumlah RM 3315.00

8. PENUTUP
Adalah menjadi harapan besar agar kertas kerja yang dikemukakan oleh
Pasukan Bola Sepak SK Desa Pandan ini dipertimbangkan dan diluluskan oleh
pihak pengurusan Dana Kokurikulum Yayasan Amir, Sekolah Amanah. Dengan ini,
segala peruntukan dan khidmat jurulatih yang disalurkan akan digunakan dengan
sebaik-baiknya untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Bola Sepak sekaligus
mengharumkan nama sekolah.

Disediakan oleh : Disemak Oleh :

----------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------
(RAJA MOHD SIDQI B RAJ LOPE AHMAD) (CIK SITI ARPAH BT MD. SAID)
Pengurus Pasukan Bola Sepak Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Desa Pandan SK Desa Pandan

Disahkan oleh :

------------------------------------------
(PN MAHERAN BT ABD HALIM)
Guru Besar
SK Desa Pandan

Anda mungkin juga menyukai