Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

1.1KONSEP

1.1.1Konsep Moral
Prinsip Moral atau moral (dari Bahasa Latin : moralitas ) membawa pengertian ajaran
atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan ( kelakuan, kewajipan, dll ),
sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu
akhlak. Ia merujuk kepada konsep etika kemanusiaan yang digunakan dalam tiga konteks
iaitu yang pertama hati Nurani individu, kedua sistem-sistem prinsip dan pertimbangan yang
dikongsi dalam sesuatu komuniti kebudayaan , keagamaan, kesekularan atau kefalsafahan
dan ketiga tatalaku atau prinsip moral tingkah laku. Moral peribadi mentakrifkan dan
membezakan niat, motivasi atau tindakan yang betul dan yang salah, sebagaimana yang
dibelajar, dilahirkan, atau dikembangkan di dalam setiap orang perseorangan.

1.1.2Konsep Cerita Binatang


Menurut Zalila Sharif dan Jamilah Haji Ahmad dalam buku yang bertajuk
Kesusasteraan Melayu Tradisional, cerita binatang adalah satu genre yang popular dalam
kalangan masyarakat Melayu. Setiap budaya masing-masing mempunyai tokoh binatang yang
tersendiri yang memegang watak utama dalam cerita-ceritanya. Cerita binatang yang paling
dikenali dalam masyarakat Melayu ialah cerita-cerita sang kancil. Cerita-cerita kancil yang
cerdik itu tersebar luas sehingga binatang ini dikaitkan dengan sifat cerdik dan licik pada
manusia – dikatakan ‘seperti akal kancil’ umpamanya. Banyak sarjana telah membuat kajian
tentang cerita-cerita sang kancil ini. Sarjana-sarjana Belanda seperti Branders, Humme,
Palmer dan H.Kern telah meneliti dongeng kancil dalam masyarakat Jawa. (Danandjaja 1986:
88). Menurut R.O. Winstedt yang mengkaji asal-usul cerita-cerita kancil dalam masyarakat
Melayu, cerita-cerita itu berasal dari India. Persamaan antara dongeng-dongeng itu di
kawasan-kawasan Asia Tenggara adalah akibat difusi (Winstedt 1969: 6-7).

1.1.3Kesimpulan
Kesimpulannya, cerita binatang ini merupakan cerita yang banyak memberikan
pengajaran dan tauladan kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya kepada pembaca
dalam golongan kanak-kanak. Hal ini kerana, cerita binatang mampu memberikan contoh dan
ajaran yang baik kepada manusia . Melalui cerita binatang ini juga, manusia dapat mengambil
iktibar supaya lebih bersikap merendah diri, dapat berfikir dengan cerdik dan bijak dalam
menyelesaikan masalah. Cerita-cerita binatang yang penuh dengan nilai-nilai murni juga
mampu merangsang pemikiran pembaca terutama golongan kanak-kanak menjadi lebih
matang dan berfikiran jauh dalam menyelesaikan sesuatu masalah .
1.2 Fungsi Kajian
Kajian ini dijalankan bagi memenuhi syarat kerja kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif
(922/4) pada tahun 2019. Selain itu, dapat menyerlahkan unsur moral cerita binatang.

1.3 Batasan Kajian


Batasan kajian ini adalah terhad kepada karya-karya yang memaparkan kisah dan cerita-cerita
binatang.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan lima nilai unsur moral yang terdapat dalam
cerita binatang.

3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 Jenis Kajian

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah


keperpustakaan. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat melihat dan menerokai
pelbagai maklumat yang berkaitan dengan cerita binatang di perpustakaan awam.
Selain itu, maklumat yang berkaitan dengan kajian ini juga diambil dari laman
sesawang ataupun di internet untuk mendapatkan maklumat tentang cerita
binatang.

3.2 Kesesuaian Kajian

Pengkaji menggunakan kaedah ke perpustakaan awam ini kerana pengkaji


mudah mencari dan mendapatkan maklumat yang pelbagai berkaitan dengan
kajian ini. Di samping itu, bahan atau maklumat yang didapati di perpustakaan
amat bersesuaian dengan kajian ini.

3.3 Proses Kajian

Pengkaji mengunjungi perpustakaan awam untuk mencari bahan-bahan


rujukan dan melayari pelbagai laman sesawang untuk mencari bahan tentang nilai-
nilai yang berunsurkan cerita binatang. Selain itu, pengkaji menganalisis unsur-
unsur moral dan mula menulis kajian yang berkaitan dengan objektif kajian.

Anda mungkin juga menyukai