Anda di halaman 1dari 4

No. Ruj : SKTM2.

600-3/6/3(2)

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM / AKTIVITI : MENAMBAH KELENGKAPAN PAKAIAN PASUKAN


SILAT SK TANJUNG MINYAK 2.

Yang Berusaha,
Guru Besar SK Tanjung Minyak 2

TAJUK PROGRAM : MENAMBAH KELENGKAPAN PAKAIAN PASUKAN


SILAT SK TANJUNG MINYAK 2.

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Kelab Silat SK Tanjung Minyak 2 dibuat bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran murid-murid dalam menguasai teknik-teknik seni silat disamping menjana minat
mereka terhadap aktiviti ini.
Bagi meningkatkan minat murid terhadap salah satu cabang sukan tersebut, Unit Kokurikulum
SK Tanjung Minyak 2 ingin menjalankan latihan silat. Penganjuran program ini bukan sahaja
sebagai cabaran kepada warga SKTM2 namun murid dapat belajar untuk mengurus dan
menjayakan sesuatu program secara berpasukan.

3. OBJEKTIF PROGRAM

 Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam menguasai teknik-


teknik seni silat.

 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang situasi perlawanan seni silat yang
diadakan di luar peringkat sekolah.

 Memilih murid-murid yang layak mewakili sekolah dalam pertandingan seni silat
peringkat negeri dan sebagainya pada masa akan datang.

4. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 yang berkemahiran dalam seni silat.
5. BUTIRAN PERLAKSANAAN LATIHAN KELAB
Hari : Sabtu (3.00 ptg – 5 ptg),
Ahad (1.30 ptg – 3.30 ptg, 4.00 ptg – 6.00 ptg
Tempat : Dewan SKTM2

6. JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA INDUK
PASUKAN SILAT SK TANJUNG MINYAK 2, TAHUN 2022

PENASIHAT : PENGURUS PASUKAN:


PN NOR AZAH BINTI HARUN ALIAS EN MOHD NIZAM BIN MOHTAR
(Guru Besar SKTM2) (Guru Penyelaras Silat SKTM2)

PENGERUSI : PENOLONG PENGURUS PASUKAN:


EN MOORSYIDEE BIN MOKHTARUDDIN PN ZURINAH BINTI ISMAIL
(PK Kokurikulum) (Guru Pengiring Pasukan Silat SKTM2)

TIMB. PENGERUSI I :
EN. SALLEH BIN ASRAN
(PK Pentadbiran)

7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 SUMBER KEWANGAN :- BPL (BSS)

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


(RM)
0.1 Tengkolok – kain dibeli 10 unit x RM20 200.00
dan dihantar jahit.

JUMLAH PERBELANJAAN 200.00

7.3 Lampikan kelulusan pindah peruntukan – sekiranya ada


8. ULASAN JPN/PPD (sekiranya perlu)
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

9. PENUTUP
Adalah diharapkan agar Pasukan Silat SKTM2 dapat dilengkapi dengan pakaian yang sesuai
untuk pertandingan dan persembahan. Pakaian dan kelengkapan ini hanya dapat ditambah dari
masa ke masa berdasarkan peruntukan dan sumbangan yang diperolehi. Semoga pasukan ini
mendapat sokongan dan kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat demi
memastikan matlamat dan objektif Pasukan Silat SK Tanjung Minyak 2 ini tercapai.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


MOHD NIZAM BIN MOHTAR SALLEH BIN ASRAN

Guru Pengurus Pasukan Silat GPK PENTADBIRAN


SK Tanjung Minyak 2 SK Tanjung Minyak 2
Tarikh : Tarikh :
No. Ruj : SKTM2.600-3/6/3(2)

KERTAS CADANGAN NAMA PROGRAM / AKTIVITI MENAMBAH KELENGKAPAN


PAKAIAN PASUKAN

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan


MENAMBAH KELENGKAPAN PAKAIAN PASUKAN SILAT SK
TANJUNG MINYAK 2.

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan


MENAMBAH KELENGKAPAN PAKAIAN SILAT SK TANJUNG
MINYAK 2.

Ulasan:

…………………………………………
(PN NOR AZAH BINTI HARUN ALIAS)
Guru Besar
SK Tanjung Minyak 2,
Melaka.
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai