Anda di halaman 1dari 6

SK CONVENT JALAN PEEL

55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN


SUKANEKA KALI KE-63
2023

RASIONAL
Sukaneka yang diadakan dapat memberi peluang kepada semua pelajar untuk turut
serta dalam aktiviti besar-besaran sekolah. Sukanenka Tahun 2023 ini juga dapat
memupuk semangat kekitaan dan cinta akan sekolah dalam kalangan guru, pelajar
serta ibubapa. Di samping itu, melalui acara sukan yang dipertandingkan secara
tidak langsung dapat mencungkil bakat baru dalam kalangan bidang sukan
bersesuaian dengan dasar pendidikan negara yang mementingkan penglibatan
pelajar dalam bidang akademik.

KUMPULAN SASARAN
Melibatkan seramai 324 orang murid Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel yang
terdiri daripada tahap satu sahaja.

MATLAMAT
Kejohanan Sukaneka mempunyai matlamat utama untuk menyemai kesedaran dan
kepatuhan terhadap agama dan kesetiaan terhadap negara sebagaimana yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan mendukung dasar kerajaan dan
pendidikan negara iaitu dasar 1 Murid 1 Sukan. Seterusnya, membantu melahirkan
murid yang mempunyai perkembangan secara holistik, samada dari segi akademik
mahupun kokurikulum.
OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat masing-masing dalam
bidang sukan.
2. Mencungkil bakat sukan yang terpendam dalam kalangan pelajar.
3. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar yang berbilang
kaum sekaligus mengeratkan hubungan perpaduan kaum dari peringkat akar
umbi.
4. Menyeimbangkan perkembangan mental, jasmani, emosi, intelek, rohani dan
sosial pelajar.
5. Memberi pendedahan kejohanan sukan yang sebenar kepada para pelajar.
6. Memupuk sifat bersaing secara sihat serta membina semangat berpasukan.
7. Sebagai platform atau latihan kepada pelajar sebelum melibatkan diri dalam
lapangan sukan yang lebih tinggi.

HASIL PROGRAM “OUTPUT/OUTCOME”


Dapat menyediakan satu pasukan pilihan yang mantap bagi mewakili Kejohanan
Olahraga Luar Musim Kategori Perempuan Bawah 10 Tahun.

TARIKH
SukanTahunan : 14 Oktober 2023(Sabtu)
Tempat : Dataran Harmoni SK Convent Jalan Peel
Masa : 8.00 pagi – 12.30 Tengah hari

PENGURUSAN RISIKO
Perubahan masa pertandingan sekiranya hujan turun pada waktu yang ditetapkan
atau diubah bermain di dalam Dewan SK Convent Jalan Peel.
ANGGARAN PERBELANJAAN SUKANEKA
Lampiran 1 & 2
JAWANTANKUASA SUKANEKA
Lampiran 3
SENARAI BIDANG TUGAS
Lampiran 4
ATURCARA MAJLIS
Lampiran 5

PENUTUP
Adalah menjadi harapan besar Unit Kokurikulum (Sukaneka Tahunan 2023) agar
kertas kerja cadangan peruntukan ini mendapat perhatian pihak pentadbiran dan
pengurusan SK Convent Jalan Peel. Diharap, dengan kelulusan ini semua aktiviti
yang dirancangkan dapat dilaksanakan dan dijalankan dengan sempurna dan
jayanya.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………… …………………………
(MUHAMMAD ZULAFIQ BIN ZULKAFLI) (PN VASANTHI A/P REGUPATHIE)
Setiusaha Sukan GPK Kokurikulum
SK Convent Jalan Peel SK Convent Jalan Peel

Disahkan dan diluluskan oleh ;

………………………
(PN. SALINA BT OTHMAN)
Guru Besar
SK Convent Jalan Peel
Lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN SUKANEKA KALI KE- 62 2023

PERUNTUKAN SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN

1 Unit Kokurikulum (Sukan) RM 5100

A. UNIT KOKURIKULUM (SUKAN)

Bil Perkara Perbelanjaan


1. Perbelanjaan Hadiah RM 2288
2. Makanan murid ( 324 x RM 5.00) RM 1590
5. Hiasan rumah sukan (4 x RM100) RM 400
4. Banner RM 100
6. Gimik RM 100
7. Minuman Air Mineral 10 kotak RM 100
8. Makanan VIP dan Guru RM 300
JUMLAH RM 4878
Lampiran 2

HADIAH (MEDAL / PIALA/ PLAK)

Bil. Acara Tahun Emas Perak Gangsa Jumlah

Sukaneka
1 Tahun 1 – 1 13 13 26 52
Pusingan 1

Sukaneka
2 Tahun 1 – 1 13 13 26 52
Pusingan 2

Sukaneka
3 Tahun 2 – 2 16 16 32 64
Pusingan 1

Sukaneka
4 Tahun 2 – 2 16 16 32 64
Pusingan 2

Sukaneka
5 Tahun 3 – 3 15 15 30 60
Pusingan 1

Sukaneka
6 Tahun 3 – 3 15 15 30 60
Pusingan 2

JUMLAH 88 88 176 352 MEDAL


MEDAL MEDAL MEDAL

KOS PERBELANJAAN HADIAH

BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH

1 Medal RM 6.50 352 RM 2288

JUMLAH RM 2288
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT JALAN PEEL

55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA CADANGAN

MEMOHON PERUNTUKAN SUKANEKA

KALI KE-63

TAHUN 2023

Anda mungkin juga menyukai