Anda di halaman 1dari 3

SCE3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Topik dan Hasil Pembelajaran Kursus



Topik Hasil Pembelajaran

M1
1. Pengenalan
Pengenalan umum kepada kursus
Isu-isu berkaitan sains, teknologi dan
masyarakat


1.1 menerangkan hubungan di antara sains, teknologi dan masyarakat (1.1)
1.2 menerangkan isu berkenaan sains, teknologi dan masyarakat (1.1)

M2

2. Isu I: Reka bentuk inovasi dan reka cipta
Kestabilan struktur
Mereka bentuk struktur yang stabil dan dapat
menahan keadaan bumi yang mencabar
Perbincangan tentang kestabilan struktur dalam
kurikulum sains sekolah rendah

2.1 mengenalpasti bentuk objek yang stabil (1.1)
2.2 mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan dan kekuatan sesuatu
objek seperti ketinggian, keluasan tapak dan jenis bahan yang digunakan seperti yang
dibincangkan dalam kurikulum sains rendah (1.1)
2.3 menerang dan membina struktur stabil yang inovatif dan kreatif serta boleh bertahan
dalam keadaan yang bumi yang mencabar 1.1)
M3
3. Isu II: Pemuliharaan
Pemuliharaan air
Pemuliharaan tanah
Pemuliharaan hutan
Pemuliharaan hidupan liar

3.1 membincangkan isu mengenai pemeliharaan air, tanah, hutan dan hidupan liar(1.1)
3.2 menerangkan beberapa cara yang terlibat dalam pemeliharaan air, tanah, hutan dan
hidupan liar (1.1)
M4
4. Isu III:Tenaga dalam biosfera
Aliran tenaga
Rantai makanan dan siratan makanan

4.1 mengenalpasti pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan (1.1)
4.2 membina rantai makanan dan siratan makanan dalam ekosistem yang berbeza
(6.1),(6.3)
4.3 menerangkan tentang perkaitan di antara siratan makanan dan aliran tenaga sesuatu
ekosistem dalam biosfera (1.1)
4.4 melukis model siratan makanan atau piramid aliran tenaga untuk menunjukkan
bagaimana tenaga kimia dalam makanan teralir melalui pelbagai aras trofik (6.1),
(6.3)
4.5 meramal kesan perubahan dalam populasi dalam sesuatu spesies dalam siratan
makanan (1.1)
M5
5. Isu IV: Kemapanan sumber
Tenaga yang boleh diperbaharui
Tenaga yang tidak boleh diperbaharui

5.1 membezakan jenis-jenis tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak
boleh diperbaharui (1.1)
5.2 menerangkan kelebihan dan kekurangan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga
yang tidak boleh diperbaharui (1.1)
5.3 menerangkan cara memperbaiki keberkesanan tenaga yang boleh diperbaharui dan
tenaga yang tidak boleh diperbaharui (1.1)
M6
6. Isu V: Bahan tambah dalam makanan
Bahan tambah semulajadi dan kesannya
terhadap kesihatan manusia
Bahan tambah kimia dan kesannya terhadap
kesihatan manusia

6.1 mengenalpasti jenis-jenis bahan tambah makanan semulajadi dan buatan(1.1)
6.2 menerangkan kesan bahan tambah makanan semulajadi dan buatan terhadap
kesihatan manusia (1.1)

M7
7. Isu VI: Pencemaran dan kesannya
terhadap bumi
Pencemaran udara
Pencemaran air
Pencemaran bunyi
Radiasi

7.1. menerangkan fenomena pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan
pencemaran radiasi (1.1)
7.2. membincangkan kesan setiap fenomena terhadap alam sekeliling (dunia dan benda
hidup) (1.1)

M8
8. Pembelajaran berasaskan projek untuk
rekabentuk, inovasi dan reka cipta.
Mengumpul maklumat tentang kestabilan
struktur
Membina prototaip struktur

8.1 mengumpul maklumat mengenai struktur yang akan dibina (1.1),(6.1)
8.2 bincang mengenai kestabilan dan kekuatan struktur tersebut (1.1)
8.3 bina protaip struktur di atas (6.1),(6.2),(6.3)
8.4 uji kestabilan dan kekuatan struktur yang dibina (6.1)
M9
9. Pembelajaran berasaskan projek untuk
rekabentuk, inovasi dan reka cipta.
Mengenalpasti teknologi terkini untuk
pemuliharaan
Menjalankan kajian untuk pemuliharaan air
dalam keadaan yang mencabar

9.1 kumpul maklumat dan kenalpasti teknologi terkini untuk pemeliharaan air (1.1),(6.1)
9.2 jalankan satu kajian mengenai pemeliharaan air di kawasan anda (6.1),(6.3)
M10
10. Pembelajaran berasaskan projek untuk
Mengumpul maklumat tentang aliran tenaga
dalam biosfera
Membuat kajian untuk mengetahui aliran tenaga
dalam komuniti biologi tertentu

10.1 kumpul maklumat mengenai aliran tenaga dalam biosfera (1.1),(6.1)
10.2 lukiskan gambarajah aliran tenaga dalam komuniti biologi yang berbeza (6.1)


M11
11. Pembelajaran berasaskan projek untuk
Membuat kajian untuk mencari pelbagai sumber
penghasilan tenaga
Mencipta alatan mudah untuk menghasilkan
tenaga


11.1 kumpul maklumat berkenaan penghasilan punca tenaga yang berbeza (1.1),(6.1)
11.2 cipta satu alat mudah yang boleh menghasilkan tenaga (6.1),(6.3),(6.5)



M12
12. Pembelajaran berasaskan projek untuk
bahan tambah dalam makanan
Mengkategori bahan tambah makanan
berasaskan sistem tertentu
Mengekstrak bahan tambah makanan dalam
sampel makanan
Mengenal pasti kesan bahan tambah makanan
terhadap benda hidup melalui eksperimen

12.1 kategori dan klasifikasikan jenis- jenis bahan tambah makanan berdasarkan sesuatu
sistem (1.1)
12.2 ekstrak bahan tambah makanan yang terdapat dalam sampel makanan (6.1),(6.5)
12.3 kenalpasti kesan bahan tambah makanan terhadap benda hidup(1,1)

M13
13. Pembelajaran berasaskan projek untuk
pencemaran dan kesannya terhadap
kesihatan manusia
Mengumpul maklumat untuk mengenal pasti
pencemar udara yang utama
Melaksanakan ujikaji lapangan tentang
pencemaran dan mengenal pasti kaedah-
kaedah rawatan

13.1 kenalpasti dan terangkan punca pencemaran udara yang utama (1.1)
13.2 tulis satu laporan penyiasatan yang telah dijalankan (6.1),(6.2),(6.3)


M14
14. Pembentangan I: Isu I hingga III
Membentangkan hasil kajian melalui
pembelajaran berasaskan projek


M15
15. Pembentangan II: Isu IV hingga VI
Membentangkan hasil kajian melalui
pembelajaran berasaskan projek

Anda mungkin juga menyukai