Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

________________________________________________________________________
HBPE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
SEMESTER MEI 2014
________________________________________________________________________


Pada tahun 2014 ini, pelaksanaan KSSR Pendidikan Jasmani telah dilaksanakan bagi Tahun 4.
Untuk memantapkan penglibatan dan sokongan antara sekolah dan ibu bapa, Program Pendidikan
Jasmani KSSR ini perlu dimaklumkan kepada semua pihak.
Selaku Ketua Panitia Pendidikan Jasmani, anda telah diminta oleh Guru Besar untuk menyediakan
satu Buku Panduan Pendidikan Jasmani Sekolah bagi panduan ibu bapa.


NAMA : ASRUL ANWAR BIN MOHD ALI
NO MATRIK : 811222015419001
NO KAD PENGENALAN : 811222-01-5419
NOMBOR TELEPON : 018-9789759
E-MAIL : asrul30@oum.edu.my
NAMA PENSYARAH : MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH
PUSAT LATIHAN : BATU PAHAT LEARING CENTRE






Page | 2

KANDUNGAN



PERKARA MUKA SURAT

Kandungan 2
Contoh Buku Teks Sekolah Rendah 3
Pengenalan. Apa Itu Pendidikan Jasmani? 4
Mengapa Pendidikan Jasmnai Itu penting 5
Apakah Faedah-faedah yang Diperoleh dari Pendidikan Jasmani 6
Penilaian Pendidikan Jasmani 6
Contoh Pakaian Pendidkan Jasmani Sekolah 7
Ketidakhadiran Murid 8
Masalah Kesihatan Murid Sekolah 9
Aktiviti Pendidikan Jasmani Berkonsepkan Teaching Games 10
for Understanding (TGfU)
Jaring dan Dinding (Net & Wall) 10-11
Memadang (Batting & Fielding) 12-13
Serangan (invasion) 14
Mencari Perkataan Tersembunyi 15
Teka Silang Kata pendidikan Jasmani 16
Rujukkan 17

















Page | 3



















































Contoh Buku Teks Pendidkan Jasmani Sekolah Rendah
Page | 4

PENGENALAN


APA ITU PENDIDIKAN JASMANI?

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi
manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan
kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan
optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap
positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961). Tokoh Williams (1964) berpendapat bahawa
Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya
mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah (KSSR) digubal
berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan
capai. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran merupakan penetapan kriteria
atau indikator pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah juga digubal dengan
mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan
Jasmani dan menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk
Murid Sekolah oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-
Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Kandungan kurikulum ini juga masih
mengekalkan tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.









Page | 5


MENGAPAKAH PENDIDIKAN JASMANI PENTING?

Pendidkan jasmani dan kesihatan diajar di setiap sekolah di negara ini adalah
bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Ini menyediakan murid
ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.
Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan 60.1%
rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko
penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, diabetes, dan tekanan
darah tinggi (Noncommunicable Disease Section - Disease Control Division, 2006).
Justeru, tahap kecergasan murid ditingkatkan melalui amalan dan pengetahuan
Pendidikan Jasmani sejak awal lagi.
Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah pula bertujuan membina murid
menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan
mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.
Ini adalah antara sebab pendidkan jasmani itu merupakan mata pelajaran yang penting
pada masa kini. Antara objektif bermatlamat KSSR bagi mata pelajaran pendidikan
jasmani tahun 4 ialah; Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum
Standard Pendidikan Jasmani Tahun Empat berkebolehan untuk;-

1. Mengaplikasi konsep pergerakan semasa melakukan kemahiran asas pergerakan
dengan lakuan yang betul;
2. Menguasai kemahiran asas permainan mengikut kategori serangan, jaring dan
memadang dengan lakuan yang betul;
3. Mengaplikasi kemahiran asas pergerakan dan komponen kecergasan semasa
melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan;
4. Melakukan senaman yang dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal;
5. Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan;
6. Mengenal pasti aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal;
7. Memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
8. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan
aktiviti fizikal;
9. Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;
10. Berinteraksi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal;
Page | 6

APAKAH FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEHI DARIPADA
PENDIDIKAN JASMANI?
Antara faedah-faedah yang dapat kita perolehi daripada pendidikan ini ialah:
1. Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang
kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara total melalui
pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang telah dirancang.
2. Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran asas yang penting di mana otak
dan badan berfungsi
3. serentak. Pendidikan psikomotor,akhlak dan intelektual dianggap sebagai
pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani .Clark W. Hetherington.
Badan sihat otak cergas.
4. Kecergasan Fizikal kanak-kanak akan dapat dipertingkat dan dimajukan melalui
aktiviti Pendidikan Jasmani
5. Kecergasan Fizikal yang menyeluruh kerana kanak-kanak hanya akan berfungsi
dikemuncak keupayaan mereka apabila badan mereka sihat,bertenaga dan kuat.

PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI
Dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah (KSSR),seseorang
murid dinilai berdasarkan penilaian guru di akhir setiap pelajaran yang telah diajar dengan
memberikan TAFSIRAN PENGUASAAN UMUM seperti dibawah:













Page | 7

CONTOH PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH



















Page | 8

KETIDAKHADIRAN MURID

Ketidakhadiran murid dalam sesuatu kegitan kokurikulum atau kegitan pendidikan
jasmani sekolah adalah merujuk kepada dasar pendidikan negara seperti berikut:

PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM
ADALAH WAJIB

Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang
pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam
salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu
kegiatan sukan atau permainan. {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil
1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai
kegiatan kokurikulum yang mereka minati. {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru
Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah
seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}

Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum
hendaklah direkod dan diberi penilaian. {Hal ini ditegaskan dalam Perkara
8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 2/1986)}

Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah
mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang
menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika
disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau
ponteng kelas. {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang
dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa
mereka}


Page | 9

MASALAH KESIHATAN MURID

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah antara satu perkhidmatan yang diberikan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Keutamaan diberikan kepada murid-
murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan kesihatan telah
dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan kesihatan
sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah rendah dan sekolah
menengah di Malaysia.

Antara masalah-masalah kesihatan yang dikesan di kalangan murid sekolah adalah:
Obesiti
Ketajaman penglihatan
Rabun warna
Tulang rangka yang tidak normal
Jangkitan cacing
Kudis buta
Kurang pendengaran
Kutu





















BUKU KESIHATAN MURID
Page | 10

Aktiviti Pendidikan Jasmani berkonsepkan Teaching Games for Understanding (TGFU)

Pengenalan TGFU

Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan
pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di
Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk
kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar
bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan khususnya bagi mata pelajaran pendidikan
jasmani dan kesihatan.

Jaring dan Dinding (Net & Wall)

Permainan ini asasnya dimainkan dengan menggunakan jaring atau atas dinding.
Kedua-dua pihak bermain dengan suatu alat seperti bola dan raket. Permainan ini
menggunakan sistem kiraan mata yang terkumpul. Pemain perlu mehantar objek melalui
servis ke gelanggang pihak lawan. Jika objek tersebut tidak dapat dikembalikan, mata
akan diperolehi. Tamat permainan setelah jumlah mata telah tamat seperti yang
ditetapkan. Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan pingpong. Dalam
pendidikan jasmani di sekolah, terdapat beberapa cadangan permaian kecil yang
menggunakan konsep ini seperti dibawah.

Pington (gabungan antara permaianan ping pong dan badminton):

Syarat dan cara permainan:
i. Setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang pemain dan setiap pemain
haruslah mempunyai raket ping pong.
ii. Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain berada di kawasan
servis dan melakukan servis aras bawah.
iii. Pasukan lawan haruslah menyambut bola ping pong dengan menggunakan
raket dan perlu menimbang bola tidak melebihi 3 kali, sebelum menghantar
kembali kepada pihak lawan.
iv. Mata diberikan apabila bola ping pong jatuh di atas gelanggang lawan atau
pemain melakukan kesilapan sewaktu servis, melebihi jumlah timbangan
atau menggukan anggota selain tangan.
Page | 11

v. Pertukaran servis berlaku apabila pihak lawan berjaya mematikan bola.
vi. Pemain bebas bergerak dan menentukan strategi permainan kumpulan
masing-masing.
vii. Permaian tamat setelah satu pihak telah mencapai mata kemenangan yang
telah ditetapkan.









































Kawasan Gelangang dan Peralatan Permainan
Page | 12

Memadang (Batting & Fielding)

Perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan memukul (batting) dan
pasukan memadang (fielding) Pasukan memukul akan bermain untuk mendapat
markah manakala pasukan memadang akan cuba sedaya upaya untuk menghalang
pasukan memukul mendapat markah atau mata. Mata dikumpul menerusi larian yang
telah dilakukan dengan sempurna , dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.
Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan criket. Contoh aktiviti bagi
konsep ini ialah;
Hit The Balls
Syarat dan cara permainan
i. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil iaitu kumpulan pemukul dan
kumpulan pemadang. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli (1
pembaling dan 4 pelari)
ii. Pada pusingan pertama, semua ahli kumpulan pemukul dan pemadang perlu
berada di dalam kawasan yang telah ditetapkan seperti rajah 1 dibawah. Ahli
kumpulan pemukul yang berada di posisi membaling akan membaling bola
kepada ahli yang berada di posisi memukul.
iii. Pemukul akan cuba memukul bola sejauh yang boleh dan berlari membawa
pundi kacang kepada pemain ke-2, seterusnya pemain ke-2 berlari membawa
pundi kacang kepada pemain ke-3 dan seterusnya sehingga pemain ke-4
berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul yang disediakan.
iv. Ahli kumpulan pemadang pula cuba menangkap bola kertas yang telah dipukul
dan membawanya atau dengan cara membaling bola itu kepada ahli
kumpulannya sehingga bola berjaya dimasukkan ke dalam kotak beracun
secepat mungkin bagi meMATIkan 1 pusingan kumpulan pemukul.
v. Pusingan permainan tamat selepas 10 pukulan bola kertas yang berjaya bagi
satu pusingan.
vi. Pemenang pemainan ditentukan setelah tamat 2 pusingan permaian dan
berdasarkan jumlah terbanyak pundi kacang yang berjaya dikumpul setelah
tamat 10 pukulan.
Page | 13





























Rajah 1
Peralatan permaianan
Page | 14

Serangan (invasion)
Permainan secara berpasukan dalam masa yang tertentu, pemain perlu masuk ke dalam
kawasan pihak lawan untuk menjaringkan gol bagi mengumpulkan mata. Contoh permainan
seperti bola sepak, bola jaring, hoki, dan bola baling.
Robbers Goal
Syarat dan cara permainan
1. Murid-murid dibahagi kepada dua pasukan. Satu pasukan mempunyai enam orang ahli,
dimana seorang ahli akan menjadi penjaga gol dan ahli yang lain akan menjadi
pemain.
2. Salah satu pasukan akan diminta untuk memakai lilitan kain berwarna dilengan untuk
membezakan ahli pasukannya.
3. Setiap murid yang bertanding (termasuk penjaga gol) akan diberi sebatang pemukul
hoki yang diperbuat daripada surat khabar.
4. Permainan akan dimulakan di tengah gelanggang dengan rebutan bola kecil yang juga
diperbuat daripada kertas.
5. Pemain akan cuba menghantar bola kertas kepada ahli pasukannya atau merampas bola
dari lawannya dengan mengguna pemukul hoki kertas dengan kedua-dua belah tangan
pada aras bawah.
6. Pasukan yang berjaya menjaring gol akan mendapat satu markah
7. Sekiranya salah satu pasukan berjaya menjaringkan gol, permainan akan dimulakan
semula oleh pihak lawan ditengah gelanggang
8. Permainan ini diadakan selama 8 minit dan jumlah jaringan terbanyak dikira sebagai
pemenang.



Gelanggang permainan
Page | 15

Mencari perkataan pendidikan jasmani
Contoh soalan:
Bulatkan perkataan yang tersembunyi di bawah.














1. Roda pedati
2. Polka
3. Servis
4. Trek ritma
5. Kuak












6. Olahraga
7. Anjal
8. Lentur
9. Kendur
10. Nadi

R D N Q A D N T R T
A O A Y K E N D U R
G K D E L K A M T E
A E I A O H I L N K
R V Q T P I F A E R
H W W O B E N J L I
A K U A K L D N J T
L K D I L K E A I M
O A S P S L H R T A
S I V R E S C D O I
Page | 16


CONTOH TEKA SILANG KATA PENDIDIKAN JASMANI



Melintang
1. Aktiviti sukan yang memerlukan tahap kelunturan badan yang baik
2. Memulakan sesuatu permainan
4 Kadar denyutan ____
5 Baju uniform pasukan permaianan
7 Perkhemahan

Ke bawah
1. Sejenis permainan tradisional
3 Gerak ________________
4 Pukulan sisi dalam permaianan badminton
5 Organ dalaman yang terpenting.
6. Kuak ______________ ialah berenang secar meniarap


1 3

2 6 4

4
5


7



Page | 17


RUJUKAN

Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian. (2003).
Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan
Buku Teks. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Cheah, Boey Kooi. (2014). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan tahun
3.Kuala Lumpur: Odonata Publishing Sdn. Bhd.
Chong, Seo Hong. (2005). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tahun 4.
Kuala Lumpur: Pan Malayan Publishing Co. Sdn Bhd, 2005.
Kumpulan Remaja Klasik (PPG-PJK). (n.d). Konsep dan definasi pendidikan jasmani.
Diperolehi daripada http://ppgpjk-krk.blogspot.com/p/konsep-dan-definisi-
pendidikan-jasmani.html
Mat King.(n.d). Nota pelajar PISM. Deperolehi daripada
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/pengenalan-tgfu-perkembangan-
tgfu.html
Mohd Yazid Dermawan. (2013 MAC). Ujian pengukuran dan penilaian pendidikan
jasmani. Diperolehi daripada
http://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/2013/03/ujian-pengukuran-
penilaian-dalam.html011/11/pengenalan-definisi-dan-konsep.html
Samsuddin.(2014). Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 4 KSSR.
Diperolehi daripada http://cikgushamsudin.blogspot.com/2014/01/panduan-
pengajaran-pendidikan-jasmani.html

Anda mungkin juga menyukai