Anda di halaman 1dari 5

[No Ruj: SKBP.

600-5/1/20(2)]

KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN GURU BESAR


SK BUKIT PANAU
_________________________________________________________________________
CADANGAN MENGADAKAN:
PROGRAM CAKNA PDPR
_________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Pandemik COVID-19 telah merubah lanskap pendidikan secara total di mana semua
sekolah ditutup dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) digunakan
sebagai alternatif untuk murid-murid dan guru-guru. Pelam Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) menggariskan bahawa setiap murid mendapat akses kepada
pendidikan untuk mencapai potensi diri bago menghadapi kehidupan masa hadapan. Justeru,
semua murid berhak untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran walaupun tidak
dapat hadir ke sekolah.
Dalam melaksanakan PdPR di SK Bukit Panau, pihak sekolah mendapati terdapat
banyak kekangan yang perlu diatasi bagi membolehkan murid mendapat akses kepada aktiviti
PdPR. Antaranya, masalah perkongsian gajet dengan ahli keluarga, rangkaian internet yang
tidak stabil, tiada ibubapa/penjaga di rumah untuk memantau murid serta disiplin dan
pengurusan masa murid yang sukar bangun awal untuk mengikuti kelas secara atas talian.
Justeru, program ini dirangka bagi membantu dan meningkatkan motivasi murid-murid
untuk terus melibatkan diri serta mengaktifkan diri dalam sesi PdPR. Antara pengisian yang
penting dalam program ini adalah pembinaan modul PdPR di mana murid-murid dapat
membuat latihan secara offline. Selain itu, hadiah galakan turut disediakan untuk murid-murid
yang aktif dan mencapai tahap tertentu dalam proses PdPR yang berlangsung.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memastikan semua murid SK Bukit
Panau mendapat akses kepada pendidikan walaupun tiada sesi PdPC secara bersemuka.
Oleh itu, modul PdPR dibina sebagai panduan dan latihan kepada murid-murid yang
menghadapi masalah akses kepada rangkaian internet serta murid yang tiada gajet atau
peralatan komputer . Bagi mengatasi masalah disiplin serta pengurusan masa murid, program
ini diharapkan dapat memberi galakan dan motivasi secara ekstrinsik agar mereka dapat lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
[No Ruj: SKBP.600-5/1/20(2)]

3.0 KUMPULAN SASAR

Program ini mensasarkan semua murid SK Bukit Panau.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

Ogos – November

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Semua guru diminta untuk mengenalpasti murid-murid yang menghadapi masalah


serta mengemukakan nama-nama murid kepada PK Pentadbiran. Guru-guru membuat
pembinaan modul mengikut matapelajaran dan kelas. Modul dicetak dan diletak didalam kotak
mengikut kelas. Ibubapa/penjaga/waris diminta hadir ke sekolah dengan mengamalkan SOP
yang ketat untuk mengambil modul tersebut untuk kegunaan murid. Hadiah galakan juag akan
diberikan kepada murid yang telah mencapai Tahap Penguasaan yang baik pada sesi kutipan
data Fasa 1 yang lalu. Hadiah galakan ini diharapkan dapat membuatkan murid-murid lebih
bersemangat untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdPR.

Berikut adalah carta alir proses serta tarikh pelaksanaan program ini:

Guru – guru mengenalpasti murid-murid


yang menghadapi kekangan

Pembinaan Modul

Ibubapa/penjaga/waris mengambil modul di


sekolah dengan mematuhi SOP yang ketat

Murid mengikuti PdPR di rumah


[No Ruj: SKBP.600-5/1/20(2)]

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi: MOHD ZU BIN TALIB (GURU BESAR)


Naib Pengerusi 1: MOHD EZANI BIN MOHAMED (PK PENTADBIRAN)
Naib Pengerusi 2: MOHD YUSOFF BIN MOHD YUNUS (PK HEM)
Naib Pengerusi 3: SITI HAWA BT IBRAHIM (PK KOKURIKULUM)
Naib Pengerusi 4: CHE KAMAHRUDIN BIN CHE SOH (PK PENDIDIKAN KHAS)
Setiausaha : IZYAN BINTI ISMAIL (SU KURIKULUM/SU TS25)
Ahli Jawatankuasa: 1. ROZIANI BT MAHMUD (SU PENGURUSAN)
2. SUHAIZA BT YUSOFF (SU PPKI)
3. RAHAYU BT AHMAD (SU PBD)
4. ZURAIMA BT HUSSIN (KP BAHASA MELAYU)
5. NIK PUAN NURAZIZAM BT NIK PA (KP BAHASA INGGERIS)
6. NORASIKIN BT HUSIN (KP MATEMATIK)
7. MD. FAROD BIN MOHD NOR (KP SAINS)
8. WAN MAZNAH BT WAN OMAR (KP PEND ISLAM, MORAL & BA)
9. FAUZIYAH BT ABDUL RAHMAN (KP PSV)
10. MOHAMED LAZIM BIN YUSOFF (KP PJ&PK)
11. OTHMAN BIN MAT JALI (KP SEJARAH)
12. NIK MANSOR BIN NIK MAHMOOD (KP PEND. MUZIK)
13. AB. HAMID BIN ISA (KP RBT & TMK)
14. Semua Guru Mata Pelajaran

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Sumber Kewangan


6.1.1 Peruntukan TS25

6.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan

Harga
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
Seunit
1 Kertas A4 30 rim RM 12.00 RM 360.00

2 Hadiah Galakan (Alat Tulis) 60 unit RM 3.00 RM 180.00

JUMLAH BESAR RM 540.00


[No Ruj: SKBP.600-5/1/20(2)]

7.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam sesi PdPR serta
mengurangkan masalah murid cicir PdPR. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama penuh
serta penglibatan murid 100% dalam sesi PdPR untuk memastikan tiada murid yang
ketinggalan. Semoga usaha yang dijalankan ini membuahkan hasil sepertimana yang
disasarkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) agar kesemua
murid tidak kira apa jua latar belakang mendapat akses pendidikan yang baik untuk kehidupan
mereka pada masa hadapan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Izyan binti Ismail Mohd Ezani bin Mohamed


Setiausaha Kurikulum/TS25 Penolong Kanan Pentadbiran
SK Bukit Panau SK Bukit Panau
[No Ruj: SKBP.600-5/1/20(2)]

_________________________________________________________________________
KERTAS CADANGAN:
PROGRAM CAKNA PdPR
_________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan “”Program Cakna PdPR”

ULASAN:
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

____________________
MOHD ZU BIN TALIB
Guru Besar
SK Bukit Panau

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai