Anda di halaman 1dari 6

KERTAS

CADANGAN
BENGKEL KERJA
PERANCANGAN
DAN TAKWIM
TAHUN 2024 bagi
PENGETUA / GURU
BESAR DAN
PENOLONG KANAN
DAN GURU KANAN
PENTADBIRAN
PEJABAT
PENDIDIKAN
DAERAH HULU
PERAK
KERTAS CADANGAN
BENGKEL KERJA PERANCANGAN DAN TAKWIM TAHUN 2024 bagi PENGETUA /
GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN DAN GURU KANAN PENTADBIRAN

1. 0 PENDAHULUAN

Kepimpinan sekolah perlu mempelbagaikan stail memimpin, melakukan


perubahan terhadap paradigma berfikir, perubahan sikap dan juga
melakukan intervensi terhadap diri mereka sendiri. Inilah yang dijelaskan oleh
Jainabee dan Jamil (2010) bahawa sesebuah sekolah yang berkesan dan
berjaya memerlukan pemimpin yang bijak melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya. Selain itu, kesanggupan dan kesediaan berubah adalah pra
syarat penting ke arah transformasi kepimpinan kepada amalan kepimpinan
yang lebih kontemporari.
Oleh itu, pengurus atau pemimpin sesebuah organisasi perlu memiliki
kebolehan untuk meneliti perubahan yang berlaku di luar, bijak mengurus
risiko dan membuat adaptasi untuk menyesuaikan organisasi dengan perubahan
demi mengekalkan kejayaan (Paunescu 2009). Ini akan menentukan
kelangsungan organisasi tersebut untuk kekal cemerlang dalam menghadapi
cabaran semasa dan cabaran masa depan. Justeru itu, peranan dan
tanggungjawab seseorang pemimpin adalah semakin berat, khususnya
dalam menghadapi era globalisasi dan meletakkan pendidikan Malaysia pada
taraf pendidikan berkelas dunia (Jainabee dan Jamil 2010).

2.0 MATLAMAT

2.1 Meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme Pengetua / Guru


Besar dan Penolong Kanan dan Guru Kanan Pentadbiran
2.2 Memastikan Pengetua / Guru Besar dan Penolong Kanan dan Guru
Kanan Pentadbiran melakukan tugas mengikut norma bidang tugas.
2.3 Membantu Pengetua / Guru Besar dan Penolong Kanan dan Guru Kanan
Pentadbiran dalam memantapkan pengurusan organisasi sekolah.
2.4 Memastikan kelangsungan program berjalan dengan baik serta tercapai
KPI yang digariskan.

1
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Semua Pengetua / Guru Besar dan Penolong Kanan dan Guru Kanan
Pentadbiran dapat mengenalpasti kelebihan dan kejayaan program yang
telah dilaksanakan
3.2 Semua Pengetua / Guru Besar dan Penolong Kanan dan Guru Kanan
Pentadbiran dapat menyelesaikan masalah yang menghalang
pelaksanaan semua program di sekolah.
3.3 Pengetua / Guru Besar dan Penolong Kanan dan Guru Kanan
Pentadbiran dapat membuat pengukuran pencapaian yang telah dicapai
sehingga suku tahun pertama.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pengetua / Guru Besar dan Penolong Kanan dan Guru Kanan Pentadbiran
di daerah Hulu Perak.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 05 Disember 2023


Hari : Selasa
Masa : 8.00-5.00 petang
Tempat : Dewan Seminar PPD, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat Pn Norizan Bt Md Hj Ali


Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak

Pengerusi Tn Hj Mohd Fadli b Hj Hasan


Kaunselor Organisasi Daerah

Naib Pengerusi Pn Noor Naimah bt Halim


Penolong PPD Menengah dan Tingkatan 6

Setiausaha En Mohd Najib bin Yahaya


Penolong PPD Menengah dan Tingkatan 6
2
Urusetia
Bahan / Modul
Cik Nor Azlinda bt Abdul Aziz
Penolong PPD Pemulihan

Persiapan Tempat
En Mohd Shahidan b Shaffie
Penolong PPD (Perancangan)

Aktiviti / Program
En Muhammad Zul Fadhli b Mohidin
Penolong PPD (Prasekolah & Rendah)

Pengacaraan
Pn Anis Suhaidalisa Bt Ahmad
Penolong PPD (Sumber Dan Teknologi)

7.0 Tentatif Program

Minum Pagi
8.00 - 8.30 pagi

Pembentangan Prgoram dan Aktiviti tahun 2023 yang


berimpak tinggi
8.30 - 10.30

Rehat
10.30 -11.00
Sesi Bengkel / LDK 1
11.00-1.00 petang

2.00-4.00 petang Perancangan Takwim 2024

4.00-4.30 petang Penutupan Bengkel oleh Pegawai Pendidikan Daerah

4.30-5.00 petang Minum Petang

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & JUSTIFIKASI PERBELANJAAN

3
Bil Keperluan Perbelanjaan Objek Jumlah

8.1

OS2900 Peruntukan Sedia Ada OS2900 RM 2508.00

RM 14.00 x 147 Peserta x 1 hari = RM


2508.00

Peruntukan DTP RM 2508.00

9.0 KONSEP / KAEDAH PERLAKSANAAN

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pengetua dan Guru Besarini adalah


bagi menyelaras kembali program sekolah yang telah disusun sepanjang tahun.
Pelarasan ini adalah bagi melihat keperluaan semasa di samping mengukur
tahap kejayaan program yang telah berjalan. Pelarasan juga dibuat melihat
kepada jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan serta keperluaan tuntutan
tambahan.

10.0 PENILAIAN PROGRAM

10.1 Borang penilaian program – diisi oleh peserta.

11.0 PENUTUP

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 menggariskan hala tuju


dasar jangka panjang bagi merealisasikan perubahan ini. Hal ini mampu
dilaksanakan melalui artikulasi yang jelas dan inisiatif mengikut bidang
keutamaan ke arah memastikan pulangan atas pelaburan yang optimum dalam
bentuk keberhasilan murid. Keutamaan dalam transformasi pendidikan ini adalah
memastikan wujud keselarasan antara penggubalan dasar dan pelaksanaan
program pendidikan merentas rantaian nilai pendidikan.
iDalam usaha menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
segala tenaga dan masa dicurahkan sepenuhnya. Ian tidak lain bagi memastikan
apa yang dirancangakan dapat berjalan dengan lancar, dan yang penting akan
membuahkan hasil yang diharapkan. Namun ianya perlulah sentiasa diberi

4
perhatian dan tumpuan. Kursus ini berfungsi sebagai check anda balance dalam
memastikan segala yang dirangka akan tercapai, terlaksana dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

--------------------------------- ----------------------------------------
(MOHD NAJIB BIN YAHAYA) (HJ MOHD FADLI BIN HJ
Setiausaha Bengkel Kerja HASAN)
Perancangan Dan Takwim Tahun Pengerusi Bengkel Kerja
2024 Bagi Pengetua / Guru Besar Perancangan Dan Takwim Tahun
Dan Penolong Kanan Dan Guru 2024 Bagi Pengetua / Guru Besar
Kanan Pentadbiran Dan Penolong Kanan Dan Guru
Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh,

...................................
(NORIZAN BINTI HJ MD ALI)
Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak

Anda mungkin juga menyukai