Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR MERAH

05250 ALOR SETAR, KEDAH.

KERTAS KERJA

HARI KUALITI 2022/2023

ALOR MERAH GOT TALENT


TEMA : SHINE BRIGHT LIKE A DIAMOND

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM SMKAM
Dengan Kerjasama
UNIT KELAB DAN PERSATUAN

TARIKH: 1 FEBRUARI 2023

TEMPAT:
SMK ALOR MERAH
1 Pendahuluan

Kokurikulum: Gerak kerja yang perlu dilaksanakan kerana ia sebahagian daripada


kurikulum sekolah, yang dilaksanakan secara berkumpulan, sama ada di dalam atau luar
kelas. Gerak kerja ini meliputi gerak kerja badan beruniform, kelab dan persatuan serta
sukan dan permainan. Semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan adalah menuju
matlamat bina insan ke arah melahirkan individu yang berketrampilan dan seimbang selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2 Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid tingkatan 1 hingga 4
yang bergiat aktif dalam gerak kerja kokurikulum dapat melonjakkan bakat yang dimiliki di
peringkat sekolah bagi aktiviti Kelab dan Persatuan.

3 Rasional Program

Alor Merah Got Talent dapat melahirkan murid-murid yang memiliki kualiti
kepimpinan dan jati diri cemerlang serta memberi ruang, peluang dan pimpinan berkualiti
kepada setiap individu murid dalam usaha menjana gagasan bina insan yang cemerlang
dan berdaya saing untuk diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

4 Objektif

4.1 Mencungkil bakat-bakat yang terpendam yang dimiliki oleh murid.

4.2 Mencari pelapis kepada sekolah dalam pelbagai pertandingan yang akan
diadakan pada masa hadapan.

4.3 Melatih murid supaya memiliki sikap bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin


dan mengasah / menggarap potensi atau bakat kepimpinan yang sedia ada
dalam diri murid.

4.4 Memberi peluang kepada individu murid untuk memperoleh kemahiran serta
meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang yang mereka gemari.

4.5 Mewujudkan persekitaran yang sihat di sekolah untuk membantu


pertumbuhan jasmani dan rohani yang seimbang dalam diri murid.
5 Sasaran

Semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 4 yang bersekolah di SMK Alor Merah.

6 Jangka Masa

Tarikh : 1 Februari 2023

Hari : Rabu

Masa : 7.45 pagi hingga 1.30 tengahari

7 Syarat-syarat Penyertaan

7.1 Terbuka kepada murid tingkatan 1 hingga tingkatan 4.

7.2 Setiap peserta boleh menunjukkan apa sahaja bakat yang dimiliki dalam
tempoh 5 minit. Sebagai contoh;

7.2.1 Mata Pelajaran Bahasa Melayu - Bercerita, bersyair, berpidato,


pengacaraan, lakonan, bicara berirama, nyanyian solo /
berduet dan sebagainya.

7.2.2 Mata Pelajaran Bahasa Inggeris - Public Speaking, Poem,


Singing dan so on.

7.2.3 Persatuan Agama Islam - Berzanji, Nasyid, Hafazan dan


sebagainya.

7.2.4 Kelab sukan dan permainan - Free Style Skill, Koreografi


Senamrobik / Zumba, Tarian Tradisional / Kebudayaan dan
lain- lain.

7.3 Segala peralatan yang hendak digunakan semasa persembahan perlu


disediakan oleh peserta sendiri.

7.4 Pendaftaran boleh dilakukan melalui guru penasihat kelab dan persatuan
ataupun melalui atas talian (online). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26
Januari 2023.

7.5 Keputusan juri adalah muktamad.


8 Sumber Kewangan

Unit Kokurikulum SMK Alor Merah.

9 Ahli Jawatan Kuasa Program

(Rujuk Lampiran A)

10 Tentatif Program

(Rujuk Lampiran B)

11 Kos Perbelanjaan

11.1 Kategori A-STAR (Akademik)

11.2 Kategori I-STAR (Islamik)

11.3 Kategori POP-STAR

11.4 Kategori OUTDOOR STAR

BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH(RM) CATATAN


(RM) KELULUSAN
A Sumber pendapatan
1. (Kokurikulum Tambahan: 5816.72
Pertandingan antara
persatuan)
B Cadangan Pembelanjaan
1. Hadiah Tempat Pertama 4 X 50.00 200.00
(hamper)
2. Hadiah Tempat Kedua 4X 40.00 160.00
(hamper)
3. Hadiah Tempat Ketiga 3X 30.00 90.00
(hamper)
4. Hadiah Saguhati 18x 25.00 450.00
(t-shirt Koperasi)
5. Banner 1 x 173.00 173.00
6. Lamyard peserta 40 x 3.00 120.00

JUMLAH BESAR 1193.00


PEMBELANJAA
N
BAKI 4623.72
12 Penutup

Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan demi mencungkil bakat-bakat
yang terpendam dalam kalangan murid SMKAM sekaligus dapat mengharumkan nama
baik sekolah pada masa akan datang. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan
ribuan terima kasih. Selain itu, diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu
dalam kalangan semua jawatankuasa serta guru penasihat kokurikulum yang terlibat
ini dapat mencapai objektif yang dicitakan.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

……………………………… …………………………………..
(Cik Noor Afzan Binti Shafie) (Pn. Suhana Binti Mat Daud)
Setiausaha, Guru Kanan Sains dan
Matematik
Unit Kokurikulum SMK Alor Merah
SMK Alor Merah

Diluluskan oleh,

…………………………….
(Pn. Shafina Binti Abdul Samat)
Pengetua SMK Alor Merah
LAMPIRAN B

ALOR MERAH GOT TALENT

1 FEBRUARI 2023 l RABU

07.40 pagi : Perhimpunan di dataran perhimpunan sekolah

08.10 pagi : Pelajar bergerak ke lokasi pertandingan

08.20 pagi : Pertandingan Alor Merah Got Talent dimulakan

10.20 pagi : Rehat

10.50 pagi : Majlis Penutupan

- Ucapan Pengetua

- Penyampaian Sijil / Hadiah

- Persembahan para pemenang bagi kategori A-STAR,

I-STAR, POP-STAR dan OUTDOOR STAR

01.30 tgh : Bersurai

Anda mungkin juga menyukai