Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA

“PROGRAM TEROKA ILMU”

TARIKH:

5 DISEMBER 2021 HINGGA 9 DISEMBER 2021

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI PEMBELAJARAN (PPKIP)
SK AYER HITAM

“SKAH - EXCELLENT, FIGHT FOR SUCCESS, MORE Q’S”


1.0 Tajuk Kertas kerja

Kertas kerja “Program Teroka Ilmu” anjuran Program Pendidikan Khas Integrasi
Pembelajaran (PPKIP) SK Ayer Hitam.

2.0 Pengenalan

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang


seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan
Khas juga turut digubal bagi melahirkan Murid Bekeperluan Khas (MBK) yang
mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat
tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi MBK ini, pelbagai program
telah disusun atur sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas. Penglibatan
MBK sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah
merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan
kepada semua MBK. Sehubungan dengan itu, Program Teroka Ilmu ini telah
dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan
MBK yang berupaya berdikari, mampu merancang, meningkatkan kemahiran
sedia ada dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam
menguruskan kehidupan seharian.

3.0 Matlamat

Matlamat “Program Teroka Ilmu” ini adalah untuk memberi pendekatan kepada
MBK berkaitan kepimpinan, disiplin dan kemahiran pengurusan serta amalan
nilai murni yang perlu ada dalam diri mereka. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri, ketajaman mental dan ketahanan fizikal serta adab setiap murid .
Aktiviti yang dirancang di dalam program ini adalah bertujuan untuk
menonjolkan bakat dan kemahiran semua MBK dalam menempuh cabaran
globalisasi yang bakal mendatang.
4.0 Objektif Program

Diharapkan pada akhir aktiviti yang dilaksanakan, murid dapat:

4.1. Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan
mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan
bertanggungjawab.

4.2. Memberi peluang kepada MBK untuk belajar dan melaksanakan aktiviti
secara praktikal mengikut keupayaan diri sendiri.

4.3. Melaksana dan menilai perkembangan psikomotor yang bersesuaian untuk


membantu MBK untuk terus meningkatkan tahap perkembangan mereka.

4.4. Merangsang MBK untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu
kemahiran yang dirancang.

5.0 Tarikh Aktiviti

05 Disember 2021 hingga 9 Disember 2021

6.0 Masa Aktiviti

Pelan rancangan aktiviti adalah seperti di dalam Lampiran A.

7.0 Tempat Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dirancang melibatkan aktiviti dalaman sahaja. Tempat


aktiviti dijalankan adalah seperti di dalam Lampiran A.
8.0 Senarai Jawatankuasa Kerja

Pengerusi : Cikgu Haji Zahid bin Ibrahim

Guru Besar, SK Ayer Hitam

Naib Pengerusi : Cikgu Erni Jora binti Rahim

GPK Pendidikan Khas, SK Ayer Hitam

Penyelaras Program : Cikgu Salina binti Salim

Setiausaha : Cikgu Nurul Shahreen bin Abdul Razak

Ahli Jawatankuasa : Ustaz Hernisham bin Samsudin

Cikgu Nurul Husna binti Ab. Rahman

Cikgu Hajah Siti Mardiah binti Haji Yusop

Cikgu Haji Mohd Arifudin bin Ateh

Puan Laily binti Mohd Radin

Puan Nor Ashikin binti Ramli

Puan Anisah binti Mat Kamis

9.0 Penyertaan

Semua MBK, Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran, SK Ayer Hitam


terlibat dengan program ini. Aktiviti yang dirancang mengikut kelas adalah
seperti yang disenaraikan di dalam Lampiran A.
10.0 Anggaran Perbelanjaan

JUMLAH KOS
BIL BUTIRAN KUANTITI HARGA (RM)
(RM)

PERTANDINGAN KOLAJ
ISLAMIK ANAK ISTIMEWA
1 ( 4 KELAS )

PERTAMA 4 10.00 RM 40.00

KEDUA 4 8.00 RM 32.00

KETIGA 4 7.00 RM 28.00

PERTANDINGAN
MASTERCHEF JUNIOR /
2 IDOLA KECIL ( 4 KELAS )

PERTAMA 4 10.00 RM 40.00

KEDUA 4 8.00 RM 32.00

KETIGA 4 7.00 RM 28.00

PERTANDINGAN JEMARI
SENI HALUS / JEMARI
3 KREATIF ( 4 KELAS )

PERTAMA 4 10.00 RM 40.00

KEDUA 4 8.00 RM 32.00

KETIGA 4 7.00 RM 28.00

4. PERTANDINGAN CHEF
CILIK ( 4 KELAS )

PERTAMA
4 10.00 RM 40.00
KEDUA
4 8.00 RM 32.00
KETIGA
4 7.00 RM 28.00

Jumlah RM400.00

11.0 Sumber Kewangan

11. 1 Peruntukan Yuran Khas Sekolah RM 400.00


12.0 Penutup

Aktiviti “Program Teroka Ilmu” ini merupakan program yang dirancang agar dapat
memberikan pengalaman yang bermakna, memberikan persediaan dari segi ketahanan
fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran, membantu mengembangkan aspek-aspek
intelek, jasmani, emosi dan rohani murid-murid pendidikan khas. Adalah diharapkan
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu ini akan memberi kesan positif serta
meningkatkan keyakinan diri mereka apabila berada bersama masyarakat di luar sana.

Disediakan oleh :

................................

(SALINA BINTI SALIM)


PENYELARAS PROGRAM TEROKA ILMU,
PPKI, SK AYER HITAM

Disemak oleh :

....................................

(ERNI JORA BINTI RAHIM)


GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS,
SK AYER HITAM

Disahkan oleh :

.............................................

(HAJI ZAHID BIN IBRAHIM)


GURU BESAR,
SK AYER HITAM
LAMPIRAN A

PELAN RANCANGAN AKTIVITI “PROGRAM TEROKA ILMU”

TATACARA
TARIKH & MASA SASARAN GURU YANG
BIL AKTIVITI TEMPAT PELAKSANAAN /
CADANGAN PENYERTAAN TERLIBAT
CATATAN
1 Kolaj Islamik Anak Istimewa 05 Disember / Ahad Semua MBK PPKI Kelas : Tahap 1 : Rujuk Lampiran B
Tahun 1 Hanafi 7.30 am - 12.00 pm (Tahap 1) SK Ayer Hitam Tahun 1 Hanafi Cikgu Nurul Shahreen
Tahun 2 Maliki 7.30 am - 12.30 pm (Tahap 2) Tahun 2 Maliki Cikgu Erni Jora
Tahun 4 Hambali Tahun 4 Hambali Cikgu Siti Mardiah
Tahun 6 Syafie Tahun 6 Syafie Tahap 2 :
Cikgu Nurul Husna
Cikgu Salina
Ustaz Hernisham
Cikgu Mohd Arifudin
2 Masterchef Junior / Idola Kecil 06 Disember / Isnin Semua MBK PPKI Kelas : Tahap 1 :
Tahun 1 Hanafi 7.30 am - 12.00 pm (Tahap 1) SK Ayer Hitam Tahun 1 Hanafi Cikgu Nurul Shahreen
Tahun 2 Maliki 7.30 am - 12.30 pm (Tahap 2) Tahun 2 Maliki Cikgu Erni Jora
Tahun 4 Hambali Tahun 4 Hambali Cikgu Siti Mardiah
Tahun 6 Syafie Tahun 6 Syafie Tahap 2 :
Cikgu Nurul Husna
Cikgu Salina
Ustaz Hernisham
Cikgu Mohd Arifudin
3 Jemari Seni Halus /Jemari 07 Disember / Selasa Semua MBK PPKI Kelas : Tahap 1 :
Kreatif 7.30 am - 12.00 pm (Tahap 1) SK Ayer Hitam Tahun 1 Hanafi Cikgu Nurul Shahreen
Tahun 1 Hanafi 7.30 am - 12.30 pm (Tahap 2) Tahun 2 Maliki Cikgu Nurul Husna
Tahun 2 Maliki Tahun 4 Hambali Cikgu Siti Mardiah
Tahun 4 Hambali Tahun 6 Syafie Tahap 2 :
Tahun 6 Syafie Cikgu Erni Jora
Cikgu Salina
Cikgu Mohd Arifudin
Ustaz Hernisham

4 Chef Cilik 08 Disember / Rabu Semua MBK PPKI Kelas : Tahap 1 :


Tahun 1 Hanafi 7.30 am - 12.00 pm (Tahap 1) SK Ayer Hitam Tahun 1 Hanafi Cikgu Nurul Shahreen
Tahun 2 Maliki 7.30 am - 12.30 pm (Tahap 2) Tahun 2 Maliki Cikgu Nurul Husna
Tahun 4 Hambali Tahun 4 Hambali Ustaz Hernisham
Tahun 6 Syafie Tahun 6 Syafie Tahap 2 :
Cikgu Siti Mardiah
Cikgu Erni Jora
Cikgu Salina
Cikgu Mohd Arifudin

5 Majlis Penutupan dan 09 Disember / Khamis Semua MBK PPKI Anjung Hikmah Semua guru PPKI
Penyampaian Hadiah 08.00 am - 09.00 am SK Ayer Hitam
Persembahan Nyanyian/ 10.15 am - 11.30 am
Pameran hasil kerja murid
LAMPIRAN B

AKTIVITI : KOLAJ ISLAMIK ANAK ISTIMEWA

PERALATAN : KERTAS KRAF LEMBUT / GAM POLISTERIN /


GAMBAR MASJID DAN KALIMAH ALLAH

MASA : 7.45 - 12.00 ( TAHAP 1 )

7.45 - 12.30 ( TAHAP 2 )

HARI : AHAD / 5 DISEMBER 2021

PELAKSANAAN :

TAHAP 1

1. Guru memberi penerangan kepada semua murid tahap 1 tentang maksud kalimah
Allah dan kebesaranNya.

2. Murid dibimbing untuk merenyuk dan menggentel kertas kraf dalam saiz yang
kecil.

3. Murid menampal gumpalan kertas pada kalimah Allah mengikut kreativiti. Hasil
kerja murid akan dipamer untuk penilaian guru.

TAHAP 2

1. Guru memberi penerangan kepada semua murid tahap 2 tentang maksud masjid,
kegunaan serta cara menjaga adab di dalam masjid.

2. Murid dibimbing untuk merenyuk dan menggentel kertas kraf dalam saiz yang
kecil.

3. Murid menampal gumpalan kertas pada gambar masjid yang telah disediakan.
Hasil kerja murid akan dipamer untuk penilaian guru.
AKTIVITI : MASTERCHEF JUNIOR / IDOLA KECIL

PERALATAN : BUAH TEMBIKAI / KERTAS PUZZLES / PA SISTEM

MASA : 7.45 - 12.00 ( TAHAP 1 )

7.45 - 12.30 ( TAHAP 2 )

HARI : ISNIN / 6 DISEMBER 2021

PELAKSANAAN :

TAHAP 1

1. Guru memberi penerangan kepada semua murid tahap 1, mengenai buah


tembikai, bentuk, warna , rasa dan kelebihan makan buah tembikai.

2. Murid dibimbing untuk membuat cantuman puzzle gambar buah tembikai yang
diberi.

3. Murid menampal puzzle gambar buah tembikai pada kotak yang disediakan.
Hasil kerja murid akan dipamer untuk penilaian guru.

TAHAP 2

1. Guru memberi penerangan kepada semua murid tahap 2 tentang kelebihan


memakan buah tembikai, cara menghidang buah tembikai dan kegunaan buah
tembikai sebagai bahan minuman.

2. Murid diberi penerangan dan bimbing cara untuk menyediakan jus tembikai
mengikut langkah-langkah yang diberi.

3. Murid mempamerkan hidangan jus tembikai untuk penilaian guru.


AKTIVITI : JEMARI SENI HALUS / JEMARI KREATIF

PERALATAN : KERTAS WARNA / BARANGAN KRAF

MASA : 7.45 - 12.00 ( TAHAP 1 )

7.45 - 12.30 ( TAHAP 2 )

HARI : SELASA / 7 DISEMBER 2021

PELAKSANAAN :

TAHAP 1

1. Guru memberi penerangan kepada semua murid tahap 1, mengenai jenis-jenis


aiskrim yang boleh dimakan.

2. Murid diberi penerangan dan dibimbing untuk membuat aiskrim gulung / kolaj
aiskrim.

3. Murid membuat kraf aiskrim menggunakan bahan yang disediakan. Hasil kerja
murid dipamer untuk penilaian guru.

TAHAP 2

1. Guru memberi penerangan kepada semua murid tahap 2 tentang penggunaan


bahan terbuang yang boleh dijadikan kraf.

2. Murid diberi penerangan dan bimbing cara untuk membuat kraf menggunkan
bahan sedia ada mengikut langkah-langkah yang diberi.

3. Murid mempamerkan hasil kraf yang dibuat untuk penilaian guru..


AKTIVITI : CHEF CILIK

PERALATAN : BAHAN MASAKAN MINUMAN PETANG


/ ALATAN MASAKAN

MASA : 7.45 - 12.00 ( TAHAP 1 )

7.45 - 12.30 ( TAHAP 2 )

HARI : RABU / 8 DISEMBER 2021

PELAKSANAAN :

TAHAP 1

1. Guru memberi penerangan kepada semua murid tahap 1, mengenai jenis makan
yang sesuai dijadikan hidangan minum petang.

2. Murid diberi penerangan cara penyediaan hidangan benjo dan dibimbing untuk
menyediakan hidangan menggunakan bahan masakan yang diberi.

3. Murid mempammer hasil hidangan untuk penilaian guru.

TAHAP 2

1. Guru memberi penerangan kepada semua murid tahap 2 tentang hidangan minum
petang dan jenis makan yang sesuai disediakan.

2. Murid diberi penerangan penyediaan minuman petang merujuk kepada resepi


hidangan dan dibimbing cara untuk menyediakan hidangan mengikut langkah-
langkah yang diberi.

3. Murid mempamerkan hidangan minuman petang yang telah dibuat untuk


penilaian guru.

Anda mungkin juga menyukai