Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu
hadir ke pusat peperiksaan tertentu.
2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan.
3. Calon dibenarkan mendaftar masuk 60 minit sebelum peperiksaan bermula.
4. Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan disenaraihitamkan.
5. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab.
6. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui maklumat terkini mengenai
peperiksaan.

SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN


DIPLOMATIK GRED M41

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Dalam seksyen ini calon akan diuji secara umum berkaitan pengurusan sumber manusia dan
organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan
wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, hubungan
antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan
negara serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang
berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik


(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik


Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data


Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik


Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur
kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

Anda mungkin juga menyukai