Anda di halaman 1dari 4

Garis Panduan Mengikuti Program MARA Assessment Centre (MAC)

1.

PENGENALAN Garis panduan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan MARA ASSESSMENT CENTRE (MAC) yang dilaksanakan untuk urusan pemilihan dan pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DC41, Skim Perkhidmatan Pendidikan secara kontrak ke dalam perkhidmatan MARA.

2.

OBJEKTIF PROGRAM 2.1 2.2 2.3 Menggalakkan penggunaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan tugas. Memantapkan organisasi pembelajaran selaras dengan matlamat melahirkan pekerja berpengetahuan; dan Melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi.

3.

TEMPAT DAN TARIKH PROGRAM 3.1 Sila rujuk lampiran A. Senarai Nama PPPS untuk mengetahui tarikh, masa dan no. ID peserta MAC.

4.

PENDEKATAN & KAEDAH PENILAIAN PROGRAM 4.1 Setiap calon dikehendaki melalui tiga (3) sesi Penilaian Program MAC dan akan dinilai melalui beberapa komponen iaitu:ITEM A. B. C. SESI MAC Ujian Psychometric & Keutuhan Keguruan Persembahan Individu ( Micro Teaching) Temu Duga & Aktiviti Berkumpulan TEMPAT Lab Komputer Bilik Panel Mico Teaching Bilik Panel Temu Duga TEMPOH 1 jam 30 minit 10 -15 minit Tiada had masa

4.2 Kegagalan peserta mengikuti semua atau salah satu penilaian dalam komponen di atas akan menyebabkan peserta tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan ke jawatan yang dipohon. 4.3 Bakat, kemahiran dan kebolehan calon dinilai dari segi personaliti, suara, kreativiti dan kebolehan (bakat/kemahiran). Kelebihan berbahasa inggeris akan diberi perhatian. 4.4 Maklumat ringkas mengenai penilaian MAC adalah meliputi aspek aspek seperti berikut :ITEM KAEDAH MAC INFORMASI A. Ujian - Pengetahuan Am - Aneka Pilihan - Psychometric - 60 soalan - Keutuhan Keguruan B. Persembahan Individu - Pra Amali Mengajar - Micro Teaching (10 minit) - Kreativiti & Kepimpinan C. Temu Duga - Personaliti - Keperibadian & Sahsiah - Mengenai MARA

Garis Panduan Mengikuti Program MARA Assessment Centre (MAC)

4.5 Informasi persiapan dan persediaan untuk :TUGASAN INDIVIDU ( MICRO TEACHING/AMALI PRA- MENGAJAR) Pemilihan tajuk pengajaran adalah bebas mengikut Subjek yang bakal diajar. Silibus pengajaran adalah berdasarkan peringkat pembelajaran peringkat Sekolah Menengah Atas/ Menengah Rendah (MRSM). Penyampaian bahasa mengajar dalam Bahasa Inggeris diwajibkan kepada subjek Business Studies, Accounting, Mathematic, Physic, Chemistry & Biology. Subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan sila hadir lengkap berpakaian sukan. Subjek Bimbingan dan Kaunseling tidak perlu menyediakan set induksi dan micro teaching, tetapi calon akan dinilai melalui sesi Kauseling Kelompok (Mini Lab) Subjek Business Studies/Accounting adalah berdasarkan silibus peringkat Diploma (Kolej Profesional MARA) . Tempoh masa persembahan pra mengajar yang diperuntukan adalah 10 minit sahaja. Sediakan satu salinan set induksi perancangan mengajar. Calon dikehendaki mempraktikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, dan kemudahan papan putih & marker sahaja yang disediakan. Kelebihan dan kemampuan bahasa penyampaian dalam Bahasa Inggeris dalam pengajaran mana mana subjek adalah menjadi keutamaan pemilihan. Calon dinilai dari segi personaliti, suara, kreativiti dan kebolehan (bakat mengajar).

4.6

Syarat Asas Pertimbangan Permohonan Calon Pendidik Mara Warganegara Malaysia , sihat fizikal dan mental serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan bebas dari tindakan disiplin atau salah laku jenayah Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi ( memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon); Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (innovasi), kemahiran bahasa asing dan lain lain.

4.7

Kriteria Pemilihan Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai seorang guru yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar serta mendidik, menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik. o Personaliti dan Sikap :- Mempunyai personaliti yang sesuai dan tepat sebagai seorang guru termasuk perwatakan dan penampilan yang menepati keperluan profesion keguruan. Minat Kerjaya; Menjurus ke arah mengenal pasti calon yang benar benar meminati bidang kerjaya guru dan bukan sekadar menyertainya sebagai pilihan terakhir kerana masalah pengangguran

Garis Panduan Mengikuti Program MARA Assessment Centre (MAC)

Nilai Integriti ; iaitu melakasanakan amanah dan kuasa yang diberi untuk kepentingan umum. Tidak salah guna kepentingan diri. Beri keutamaan kepada kepentingan awam bila berlaku konflik. Ini adalah penting untuk menjadi seorang guru berwibawa yang mampu menjana kecemerlangan pelajar Kecerdasan Emosi : calon guru harus seorang yang berfikiran terbuka dan ceria, bukanlah seorang yang garang atau pemarah atau mudah terpengaruh dengan emosi peribadi sehingga boleh mejejaskan profesionalisme.

PENTING: * CALON MESTI MEMILIKI KELULUSAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG BERKAITAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN DARIPADA INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN ATAU KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF SETARAF DENGANNYA OLEH KERAJAAN. SILA BUAT SEMAKAN PENGIKTIRAFAN IJAZAH MELALUI LAMAN WEB JPA IAITU: www.interactive.jpa.my * PEMOHON YANG MEMPUNYAI KELAYAKAN SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH DARI INSTITUSI LUAR NEGARA DAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS) JUGA HENDAKLAH MEMBUAT SEMAKAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN MELALUI LAMAN WEB JPA IAITU : www.interactive.jpa.my DAN HENDAKLAH MENGEMUKAKAN SALINAN PENGIKTIRAFAN TERSEBUT SEMASA TEMUDUGA NANTI. 5. PENYELARASAN PROGRAM 5.1 PENGINAPAN, PERJALANAN DAN MAKAN MINUM 5.1.1 Kos - kos perjalanan, makan minum dan penginapan peserta bagi mengikuti program ini adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri. Pihak MARA TIDAK akan menanggung segala kos berkaitan dengan program ini. Perjalanan program boleh berlangsung sehingga malam. Mohon kerjasama tuan/puan merancang penginapan dan atur perjalanan pulang selepas program berakhir.

5.1.2

6.

PERKARA AM 6.1 Kehadiran 6.1.1 6.1.2 Peserta diwajibkan menghadiri dan mengikuti semua aktiviti dalam program ini. Jika berlaku sesuatu kecemasan atau atas sebab yang munasabah yang menyebabkan peserta tidak dapat menghadiri program ini, peserta dikehendaki memaklumkan kepada Urusetia dengan segera melalui telefon, emel atau faks dan disusuli dengan surat rasmi. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan peserta tidak akan dipertimbangkan untuk dipilih ke jawatan yang dipohon.

6.1.3

Garis Panduan Mengikuti Program MARA Assessment Centre (MAC)

6.2

Pakaian 6.2.1 6.2.2 6.3 Peserta dikehendaki berpakaian kemas dan sopan pada sepanjang tempoh program. Seluar jeans dan selipar tidak dibenarkan semasa sesi aktiviti berlangsung.

Ketepatan Masa Peserta diminta menjaga ketetapan masa dalam mengikuti aturcara sepanjang perjalanan program.

6.4

Telefon Bimbit Telefon bimbit hendaklah ditutup atau berada dalam keadaan silent-mode semasa sesi program berlangsung.

7.

MAKLUMAT URUSETIA Sebarang urusan berkenaan kursus ini boleh dirujuk kepada:Urusetia : Unit Pengambilan & Penempatan Bahagian Sumber Manusia Tingkat 18, Medan MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur : 03 - 2613 4426 : 03 2691 3075 : Cik Sinarsinari bt Mohd Hussain : 03 2613 4425 / 012 6801082 : sinarsinari@mara.gov.my : Pn. Rohaya bt Mohamed Tahir : 03 2613 4742 : bsmupp@gmail.com

Talian Telefon Talian Faks 7.1 Nama Pegawai Talian Telefon Emel Nama Pegawai Talian Telefon Emel

7.2

Anda mungkin juga menyukai