Anda di halaman 1dari 11

KURIKULUM MRSM

Kurikulum MRSM terdiri daripada tiga bidang utama yang memberi penumpuan kepada program-program
berikut:
1. Program Akademik
2. Program Perkembangan Sahsiah
3. Program Pembangunan Bakat

1.Program Akademik
Kurikulum ini berasaskan kepada kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kementerian Pendidikan dan
kurikulum yang dibentuk khas oleh MARA. Ia terdiri daripada subjek teras, subjek elektif dan subjek khas.
Subjek Menengah Rendah
Subjek Teras

Subjek Khas

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Islam/Moral
Geografi
Sejarah
Sains
Pendidikan Seni
Pendidikan
Jasmani
dan Kesihatan

Sains Komputer
Kemahiran
Berfikir
Kemahiran
Belajar
Bahasa Arab

Subjek Menengah Atas


Subjek Teras

Bahasa
Melayu
Bahasa
Inggeris
Sejarah
Pendidikan
Islam/Moral
Matematik
Pendidikan
Jasmani dan
Kesihatan
English For
Science
Technology

Subjek Elektif

Matematik
Tambahan
Kimia
Fizik
Biologi
Rekacipta
Prinsip
Akaun
Teknologi
Maklumat

Subjek Khas

Sains Komputer
Senireka
Keusahawanan
Perkembangan
Kerjaya
&
Kemahiran
Berkomunikasi
Kemahiran
Berfikir
Kemahiran
Belajar

MRSM juga mengadakan program-program penghayatan akademik untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar
terhadap subjek yang dipelajari. Program-program ini juga merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada
pelajar untuk menggunakan daya kreativiti mereka selain daripada mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah
dipelajari. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

2.

Sambutan Hari Maulidur


Rasul
Sambutan Israk Mikraj
Sambutan Hari
Kemerdekaan
Hari Alam Sekitar
Pertandingan Bahas
Pertandingan Biologi
Kem Cuti

Minggu Kerjaya
Pameran Seni Reka
Minggu Usahawan
Tunas Saintis
Olympiad Matematik
Pertandingan Hafaz AlQuran.

Program Perkembangan Sahsiah

Kurikulum ini dibentuk untuk menyokong pendidikan efektif yang menekankan pengenalan diri sebagai
sebahagian daripada individu masyarakat. Ia merangkumi program-program pembangunan diri, aktiviti-aktivii
keusahawanan, kokurikulum, persatuan/kelab,kem cuti, sukan dan permainan.

Contoh Aktiviti-Aktiviti Perkembangan Sahsiah :-

Program-Program
Pembangunan Diri

Aktiviti Keusahawanan

Persatuan dan Kelab

Badan Beruniform

Kursus Jayadiri
Program Penyesuaian Diri
Program Pembangunan Kecerdasan
Emosi
Perkembangan Kerjaya
Konsep Kendiri
Etiket
Latihan Temuduga

Aktiviti Koperasi
Penerbitan Majalah
Program Usahawan Muda

Persatuan
Sains
Kemasyarakatan
Persatuan Matematik
Persatuan Seni Kreatif
Kelab Pertukangan
Kelab Kembara
Kelab Fotografi

Kadet Bomba
Persatuan

Kadet

Sosial

Bersatu

3.

Malaysia (Darat & Laut)


Pandu Puteri
Kadet Polis
Pengakap
Seni Pertahanan Diri

Kem Cuti

Kem
Kem
Kem
Kem

Sukan Dan Permainan

Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab

Cuti Sains
Astronomi
Rekreasi Mendaki Gunung
Arkeologi Muda
Bola Sepak
Olahraga
Sepak Takraw
Catur
Senamrobik
Golf
Kayak

Program Pembangunan Bakat

Program Pembangunan Bakat MRSM adalah satu program pengayaaan yang diolah berdasarkan The Enrichment
Triad Model. Melalui program ini, potensi dan bakat pelajar dibangunkan dan diperkembangkan secara terancang
dan sistematik untuk seluruh sekolah . Program dilaksanakan dalam tiga aras pengayaan seperti berikut :
A. Pengayaan Type I
Pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiwa dan persekitaran yang biasanya
tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti ceramah, dialog, lawatan-lawatan, tayangan, pembacaan,
penerokaan melalui internet dan lain-lain. Pengalaman dan penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar
mengenalpasti minat dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Pengayaan Type III).
B. Pengayaan Type II
Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran dan emosi efektif . Semua pelajar diberikan
kemahiran generik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar, membuat penyelidikan, komunikasi dan
mendapatkan bahan. Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oleh pelajar
dalam penyelidikannya. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu
bidang atau topik.
C. Pengayaan Type III
Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian, pelajar menjalankan aktiviti penyiasatan dan menghasilan produk
atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audiens sebenar. Pelajar befikir dan bertindak sebagai
seorang penyelidik profesional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang
autentik. Melalui aktiviti pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi efektif yang
diterapkan melalui pengayaan Type II.

Kemudahan Pelajar di MRSM

MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:

Pusat Sumber
Pusat Media
Kedai Koperasi
Perkhidmatan Bas dan Van
Surau
Perkhidmatan Dobi
Rawatan Gigi
Kawalan Keselamatan
Kawasan Rekreasi
Bantuan Kewangan
Kemudahan Sukan dan Permainan

Ciri MRSM
1.

Badan Wakil Pelajar (BWP)

Terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih oleh para pelajar melalui proses pilihanraya. Antara peranan
BWP ialah:

Memajukan kebajikan pelajar melalui kerjasama dengan pentadbiran Maktab.


Menjadi badan perantaraan untuk pihak pelajar dan pentadbiran.
Menganjur aktiviti pelajar
Membantu pelaksanaan aktiviti Maktab.

2.

Lembaga Displin Pelajar

Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) adalah satu daripada cabang kegiatan kokurikulum pelajar yang membantu
pihak
maktab
menguatkuasakan
peraturan-peraturan
maktab.
Lembaga Disiplin Pelajar LDP ditubuhkan bertujuan:

Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dalam kehidupan di MRSM dengan pelajar-pelajar
yang berdisipllin dan berakhlak mulia.

Membentuk satu generasi pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.

Pelajar yang layak dan mampu memimpin akan dicadangkan namanya dan satu temuduga dilakukan

untuk sesi pemilihan.

3.

Homeroom

Setiap pelajar MRSM diletakkan dalam satu kumpulan seramai tidak lebih 15 orang yang diketuai oleh
seorang guru sebagai penasihat
Kumpulan ini yang dipanggil homeroom bertujuan untuk :

Mewujudkan perasaan kekeluargaan di kalangan pelajar.

Mewujudkan semangat persaudaraan dan kerjasama

Membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana seperti
di rumah. Penasihat homeroom bertindak sebagai ibubapa dan ahli-ahli sebagai saudara sendiri.

4. Unit Perkhidmatan Kaunseling (UPK)

Berperanan membimbing pelajar ke arah pembentukan keperibadian yang sihat, bertanggungjawab,


berupaya menghadapi kehidupan dan menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan.

Memberi bimbingan individu kepada pelajar-pelajar yang menghadapi ketidakselesaan hidup supaya
mereka mampu mengatasi keadaan mereka.

Menyediakan berbagai program untuk kebaikan pelajar dari aspek personaliti, pembelajaran, kerjaya
dan disiplin.

5. Cara-cara UPK memberikan Perkhidmatan

Kaunseling individu
Kaunseling kelompok
Pengajaran kelas/ ceramah
Risalah-risalah
Konsultasi
Program Pembangunan Pelajar

SENATAI MRSM

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) Sekolah berasrama penuh


atau SBP
1.

Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1)

melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my


2.

Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.

3.

Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-

masing.
4.

Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan

murid.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1.

Warganegara Malaysia

2.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK).

3.

Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata

pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.


4.

Aktif dalam kokurikulum.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP


1.

Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan

UPSR diumumkan.
2.

Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:

Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my

Kaunter BPSBPSK

Talian hotline BPSBPSK

Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.


Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas
3.

daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.

4. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang
ditetapkan.

5. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh
yang berkaitan.

Kelas rancangan khas


Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada
murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam
akademik serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh
(SBP).
Ini memandangkan tempat di SBP adalah amat terhad dan tidak dapat menampung kesemua murid yang
mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Melalui Kelas Rancangan Khas @ KRK ini adalah
diharapkan kecemerlangan murid-murid ini akan dapat diteruskan serta dapat membawa iklim yang
positif kepada warga sekolah demi menjayakan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan berminda
kelas pertama.
Permohonan
Permohonan dibuka mulai pada hari keputusan UPSR diumumkan.
Borang Permohonan Masuk ke TIngkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Tahun 2012 boleh diperolehi
di sekolah asal murid atau dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran
Daerah.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.
Sertakan salinan Sijil Kelahiran, Keputusan UPSR serta salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon
yang telah disahkan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) diwujudkan dengan usaha yang
terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana
pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar berilmu pegetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak
mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan
yang bermanfaat kepada agama, diri ummah dan negara.

Ini adalah satu lagi pilihan untuk pelajar yang cemerlang dalam UPSR selain memasuki Sekolah Berasrama Penuh
(SBP), Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Kelas Aliran Agama (KAA)


Kelas Aliran Agama (KAA) adalah kelas khas yang diwujudkan di Sekolah Menengah Harian untuk memberi peluang
kepada pelajar Islam mempelajari mata pelajaran seperti yang ditawarkan di SMKA.

Program Pendidikan SMKA


PMR (Tingkatan 1-3)
Mata pelajaran yang akan dipelajari adalah Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni dan Kemahiran
Hidup.

Syarat Permohonan ke Tingkatan Satu SMKA / KAA


1.

Permohonan hanya dibuka kepada murid yang menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan
kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.

Pemohon dan ibu bapa hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

3.

Mendapat 5A dan lulus PAFA dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 bagi kemasukan ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

4.

Mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dan lulus PAFA dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011
bagi kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA).

5.

Cemerlang di dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) untuk mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab ATAU Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA) kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri
pemohon.

Permohonan

Permohonan dibuka mulai pada hari keputusan UPSR diumumkan.

Borang Permohonan Masuk ke TIngkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Tahun 2012 boleh diperolehi
di sekolah asal murid atau dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran
Daerah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.

Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen berikut yang telah disahkan;

Sijil Kelahiran pemohon

Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon

Keputusan UPSR

Keputusan PKSR

Keputusan PSRA (Jika ada)

Sijil Kokurikulum atau yang berkaitan

Anda mungkin juga menyukai