Anda di halaman 1dari 63

GURU

PEKERJA KILANG

KILANG KEROPOK KEPING


KILANG BUDU
BAB 3:
PENGURUSAN
SUMBER
MANUSIA
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:


a)Memahami Definisi Pengurusan Sumber Manusia
b)Memahami kepentingan Pengurusan Sumber
Manusia
c)Mengaplikasi Fungsi Pengurusan Sumber Manusia
DEFINISI
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA
Program pembangunan dan
pentadbiran sumber manusia untuk
meningkatkan prestasi dan kualiti di
samping memenuhi keperluan dan
kepuasan mereka.
3.1 PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA

a) Takrifan

Program pembangunan dan pelaksanaan sistem di


dalam organisasi yang direkabentuk untuk
menarik dan mengambil pekerja, melatih dan
mengekalkan tenaga kerja yang berprestasi
tinggi supaya dapat mencapai objektif
organisasi.

(Maimunah Aminuddin, Human Resource


Management: Principles and Practices (3rd
Edition), Oxford University Press, ms 3).
KEPENTINGAN PSM
3.1 PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA
b) Kepentingan

i. Menarik calon yang layak untuk memohon pekerjaan


Calon akan menghantar permohonan apabila merasakan
bahawa iklan jawatan kosong tersebut menepati
spesifikasi yang diperlukan pada calon.

ii. Membangunkan tahap kebolehan dan kepakaran


pekerja bagi mendapatkan tingkat prestasi yang
tinggi
Menghantar pekerja untuk mendapatkan latihan yang
diperlukan bagi menjadikan mereka pekerja yang
mahir
dalam bidang mereka.
3.1 PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA
b) Kepentingan

iii. Mengekalkan kakitangan/sumber manusia yang


berkualiti dan beroperasi
Pekerja yang baik dan berprestasi akan ditawarkan
ganjaran yang mana menarik mereka untuk terus
bekerja dengan organisasi.
Proses Pengurusan Sumber Manusia
PERANCANGAN
PENGREKRUTAN
PEMILIHAN
ORIENTASI
LATIHAN & PEMBANGUNAN
PENILAIAN PRESTASI
GANJARAN & FAEDAH
KESELAMATAN & KESIHATAN
PEKERJA
PROSES PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PERANCANGAN
SUMBER PENGREKRUTAN(2) PEMILIHAN(3)
MANUSIA(1)

LATIHAN & ORIENTASI(4)


PEMBANGUNAN(5)

Beri Latihan

GANJARAN & FAEDAH (7)


PENILAIAN
PRESTASI(6)
KESELAMATAN
&KESIHATAN(8)
PROSES PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Perancangan Pengrekrutan(2) Pemilihan(3)


Sumber
Manusia( 1)

Latihan dan(5) Orientasi(4)


pembangunan

Beri latihan lagi

GANJARAN & FAEDAH(7)


Penilaian
KESELAMATAN
prestasi(6) &KESIHATAN PEKERJA(8)
a. PERANCANGAN
• Satu aktiviti menilai keperluan sumber
manusia bagi memastikan organisasi dapat
kumpulan tenaga kerja yang cekap dan
berkemahiran pada masa akan datang.
1. PERANCANGAN
SUMBER MANUSIA
• Melibatkan penganalisaan situasi pekerjaan
sekarang dan masa depan serta membentuk
strategi untuk memenuhi keperluan sumber
manusia bagi organisasi.
• Melibatkan :
i. Ramalan sumber manusia
ii. Analisis kerja
i. Ramalan Sumber Manusia

▪ Menganggar bilangan dan jenis


tenaga buruh yang diperlukan
oleh organisasi pada masa akan
datang

▪ Mengenalpasti keperluan sumber


manusia di masa depan berdasarkan
perancangan perniagaan organisasi.
ii. Analisis Kerja
• Merupakan satu teknik yang digunakan untuk
mengumpul dan menganalisis maklumat
berkenaan kerja, tugas dan tanggungjawab
serta kemahiran, pengetahuan dan
keupayaan yang diperlukan untuk melaksanakan
sesuatu kerja, tugas dan tanggungjawab.
• Analisis kerja terbahagi kepada 2:
i. Huraian kerja (Job Description)
ii. Spesifikasi kerja (Job Specification)
i)Huraian Kerja
• Dokumen formal yang menerangkan
tentang kerja, tugas dan
tanggungjawab yang perlu Branch Managers (Based in
dilaksanakan oleh seseorang branches throughout the country)
penjawat.
• Ia mengandungi maklumat seperti Responsibilities
tajuk kerja, ringkasan kerja, Plan, execute and oversee the
tanggungjawab kerja dan hubungan overall management of the Branch
autoriti including developing and
• Digunakan sebagai sumber rujukan maintaining clientele relationship
semasa proses merancang dan Develop and implement sales &
mengambil pekerja, menjalankan marketing strategies, identify and
induksi untuk pekerja baru dan secure potential business
menentukan faedah, ganjaran dan opportunities as well as identify
pampasan. market niche opportunities for the
Bank's numerous products and
services
ii) Spesifikasi Kerja
• Dokumen formal yang
menerangkan tentang
kelayakan yang perlu dimiliki
oleh seseorang individu
untuk melakukan sesuatu
kerja dengan berkesan Branch Managers (Based in
• Mengandungi maklumat branches throughout the
berkenaan identifikasi kerja, country)
kelulusan, pengalaman,
kemahiran dan ciri-ciri peribadi Requirements
yang perlu dimiliki oleh pekerja. Proven track record with
minimum 3 years experience in
• Dokumen ini perlu disimpan bagi
a similar capacity
tujuan pengambilan, induksi,
Tertiary qualification would be
pemberian latihan dan
an advantage
pembangunan serta pemberian
Committed, self-motivated,
faedah, ganjaran dan pampasan.
resourceful and result-oriented
Excellent interpersonal and
leadership qualities
b. PENGREKRUTAN

• Satu proses mengenal pasti dan menarik


minat calon yang berkelayakan untuk
mengisi jawatan kosong dalam organisasi.

• Calon yang sesuai boleh diperoleh melalui


sumber:
⮚ Dalaman (kaedah tertutup dan terbuka)
⮚ Luaran (pengiklanan, agensi pekerjaan,
kampus)
2. PENGREKRUTAN

• Proses mengenalpasti dan menarik minat calon


yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong
dalam organisasi.
• Calon yang sesuai boleh diperolehi melalui
sumber:
i. Dalaman ( kaedah tertutup dan terbuka)
ii.Luaran ( pengiklanan, agensi pekerjaan,
kampus)
i. Sumber Dalaman
• Tawaran pekerjaan disasarkan kepada pekerja sedia
ada di dalam organisasi itu sendiri.
• Pemilihan calon akan dijalankan dengan merujuk
kepada maklumat pekerja yang disimpan oleh jabatan
sumber manusia
• Terdapat dua kaedah:
i. Kaedah tertutup: pengurus akan memutuskan
pekerja mana yang perlu dinaikkan pangkat setelah
mengambil kira pandangan dari penyelia yang
berkaitan

ii. Kaedah terbuka: maklumat tentang jawatan


kosong di hebahkan melalui papan buletin atau surat
pekeliling / memo organisasi.
ii. Sumber Luaran
⦿Tawaran pekerjaan disasarkan kepada pihak dari luar
organisasi.
⦿Antara kaedah yang boleh digunakan:
- Pengiklanan: mengiklan dalam media massa dan
media sosial
- Agensi pekerjaan: mendapatkan khidmat
daripada agensi pekerjaan swasta dan awam
- Kampus: menghubungi pihak
universti, kolej untuk mendapatkan
maklumat mengenai penuntut yang akan
menamatkan pengajian.
3. PEMILIHAN
• Proses mengambil pekerja yang terbaik daripada
sejumlah calon–calon yang memohon sesuatu
pekerjaan.
• Pekerja yang dipilih mestilah mempunyai
kelayakan yang diperlukan berdasarkan
spesifikasi kerja.
• Antara kaedah lazim yang digunakan dalam
melakukan pemilihan kakitangan:
i. Borang permohonan
ii. Saringan
iii. Semakan rujukan
iv. Temuduga
v. Ujian Pemilihan
vi. Ujian Kesihatan
i. Borang Permohonan
• Calon yang berminat akan mengisi borang
permohonan kerja.
• Calon perlu menyertakan maklumat
peribadi seperti nama, alamat, tahap
pendidikan, pengalaman kerja dan
disertakan dengan salinan sijil-sijil yang
disahkan.
ii. Saringan
• Tapisan awal ke atas borang
permohonan bagi memilih calon yang
memenuhi syarat untuk di pilih ke
proses seterusnya.
• Ia menyenaraipendekkan calon-calon
berkelayakan dan mengenepikan calon
yang tidak layak
iii. Semakan rujukan

• Semakan rujukan akan dibuat ke atas permohonan.


Ia bertujuan mengesahkan kebenaran segala
maklumat yang diberi serta mendapatkan maklumat
tambahan mengenai calon.

• Mereka yang dinamakan mestilah mengenali calon


dan dapat memberi maklumat tentang sikap,
personaliti dan pengalaman kerja lalu.

• Sumber rujukan adalah dari majikan terdahulu atau


tenaga pengajar di mana calon belajar.
Temuduga
• Calon yang sesuai dan memenuhi syarat akan
dipanggil untuk temu duga.
• Ia adalah proses pertukaran maklumat antara pihak
organisasi yang menjalankan pengambilan dengan
calon yang layak.
• Ia adalah untuk mendapatkan maklumat yang
terperinci daripada calon berhubung dengan
kelayakan, pengalaman, kemahiran, sikap terhadap
pekerjaan, komunikasi, idea dan sebagainya.
• Calon akan diberitahu tentang tugas-tugasnya,
sekiranya ditawarkan tempat untuk berkhidmat,
polisi syarikat, gaji yang ditawarkan dan aspek lain
yang berkait rapat dengan organisasi.
Kepentingan Temuduga

1. Dapat meneliti maklumat yg diisi dalam borang permohonan


sama ada betul atau salah.
2. Mendapat maklumat tambahan jika calon tidak menyatakan
dalam borang permohonan.
3. Memberi maklumat tentang organisasi kepada calon yang
memohon.
4. Membuat tapisn dan singkirkan calon yang tidak layak.
v. Ujian Pemilihan

• Ujian pemilihan digunakan untuk menilai


kelayakan yang ada pada seseorang
pemohon.

• Dapat membantu pengurus mengenal pasti


potensi pemohon sebagai bakal pekerja.

• Contoh: ujian personaliti atau sikap, ujian


kecekapan dan kemahiran.
vi. Ujian kesihatan
• Merujuk kepada ujian yang dijalankan
ke atas tubuh badan calon.

• Bertujuan untuk memastikan calon


tersebut sihat dan bebas daripada
penyakit merbahaya.

• Contoh: ujian dadah.


4. ORIENTASI
• Proses memperkenalkan, menyesuaikan dan
membudayakan pekerja baru dengan suasana
pekerjaan dalam organisasi.

• Orientasi akan dijalankan kepada calon-calon yang


berjaya.

• Pihak pengurusan akan menerangkan polisi dan


peraturan organisasi, tanggungjawab pekerja
sebagai penyandang jawatan dan ahli organisasi
serta memperkenalkan pekerja lain kepada pekerja
baru.
Tujuan Orientasi

i. Memperkenalkan pekerja baru


kepada oganisasi
Ia adalah proses percubaan untuk memupuk sikap
dan standard pekerja baru, mengikut
persekitaran organisasi dengan membantu pekerja
membiasakan diri dengan persekitaran organisasi.

ii. Membantu pekerja baru mengatasi perasaan


bimbang, cemas dan malu
Ia bagi mengurangkan perasaan cemas dan
memupuk sikap yakin dalam diri sendiri semasa
melakukan kerja.
Tujuan Orientasi
iii. Meningkatkan penerimaan pekerja
baru terhadap organisasi
Ia memberi peluang kepada pekerja baru untuk
memahami dan seterusnya menerima nilai
norma, kepercayaan, dan pola tingkah laku ahli
lain dalam organisasi.

iv. Meningkatkan komitmen pekerja baru


Tekanan akan dapat di kurangkan dan pekerja
dapat melakukan tugasan mereka dengan cekap dan
berkesan.
5. LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
LATIHAN

Usaha organisasi untuk meningkatkan


kemahiran dan pengetahuan pekerja serta
membina sikap positif terhadap kerja selaras
dengan perkembangan semasa dalam bidang
pekerjaan tertentu.
Terdiri daripada:
i. Latihan semasa kerja (On the job training)
ii. Latihan di luar waktu kerja (Off the job
training)
PEMBANGUNAN
• Program ini dijalankan bagi
meningkatkan kemahiran
konseptual, analitikal dan
penyelesaian masalah di
kalangan pekerja
khususnya kakitangan
pengurusan.

• Contohnya : Memberi latihan


kepimpinan kepada pengurus
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

1. LATIHAN SEMASA KERJA

PROGRAM PROGRAM PUSINGAN


PERANTISAN MENTOR KERJA

2 . LATIHAN DI LUAR KERJA

SEMINAR,BENGKEL
ATAU KURSUS
‘BUSINESS SIMULASI
GAME’
Latihan Semasa Kerja
(On The Job Training)
• Merupakan latihan dijalankan semasa pekerja
sedang bekerja.

• Jenis latihan yang biasa diamalkan ialah:


i. Program Perantisan
ii. Program Mentor
iii. Pusingan Kerja
PROGRAM PERANTISAN
- Program yang perlu dilalui oleh calon dalam masa yang telah
ditetapkan dengan mempelajari dan melakukan tugas-tugas
yang telah ditentukan sebelum diterima sebagai pekerja
bertaraf.

MENTOR
- Pekerja baru dibimbing oleh pekerja lama dalam waktu
bekerja dengan berkongsi pendapat, kemahiran dan
kepakaran di antara mereka.

PUSINGAN KERJA
- Latihan kepada pekerja melalui pemindahan secara
sistematik dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Pekerja
dapat memperolehi pelbagai kemahiran dan pengetahuan.
Latihan Di luar Kerja
(Off The Job Training)

Latihan yang dijalankan di luar waktu


dan tempat bertugas pekerja.
• Terdapat jurulatih yang memberi
petunjuk/penerangan kepada pekerja
terlibat.
• Pekerja akan dihantar mengikuti kursus
• Ia bertujuan untuk mewujudkan
persekitaran latihan yang terkawal dan
pembelajaran berfokus tanpa gangguan.
Kepentingan latihan & Pembangunan

1. Meningkatkan produktiviti pekerja dan


membaiki kualiti pengeluaran produk.
2. Meningkatkan kemahiran pekerja dalam
bidang tertentu.
3. Meningkatkan motivasi dan komitmen
pekerja terhadap organisasi.
4. Mengurangkan kos kemalangan semasa
bekerja.
5. Mengurangkan kos penyelenggaran
peralatan.
6. PENILAIAN PRESTASI
• Merupakan satu proses yang sistematik bagi menilai
pencapaian pekerja dalam melakukan kerjanya.
Tujuan:
i. Memberi maklumbalas berkaitan dengan tahap pencapaian
pekerja.
ii. Menyediakan langkah-langkah tertentu untuk
meningkatkan prestasi mereka.
iii. Memberi asas kepada pihak pengurusan dalam
menentukan ganjaran kepada pekerja.
iv. Memberikan maklumat berhubung dengan keberkesanan
aktiviti-aktiviti pemilihan, latihan dan pembangunan
pekerja.
v. Memberikan maklumat kepada pengurus tentang kualiti
dan kekuatan sumber manusia yang terdapat dalam
organisasi.
PENILAIAN PRESTASI
SKALA
PERKADA
RAN

KAEDAH PERNILAIAN
PRESTASI

PERBANDINGA
N
KERJA
Kaedah Penilaian Prestasi
Skala Perkadaran
• Melibatkan pembentukan satu skala untuk menilai prestasi
pekerja

• Nilai skala yang rendah menggambarkan prestasi yang lemah


manakala, nilai skala yang tinggi menggambarkan prestasi
yang tinggi. Contohnya 1 (sangat tidak memuaskan) 5
(sangat memuaskan).

• Biasanya menggunakan borang yang diformatkan.


• Pekerja dinilai dari segi kualiti atau ciri-ciri lain seperti sikap,
tabiat kerja dan kualiti kerja.
Perbandingan Pekerja

• Melibatkan perbandingan prestasi antara seorang pekerja


dengan pekerja yang lain.

• Pemeringkatan(ranking) akan dibuat daripada pekerja


yang menunjukkan prestasi paling baik kepada pekerja
yang menunjukkan prestasi paling lemah.

• Kaedah ini sesuai digunakan apabila bilangan pekerja


dalam organisasi adalah sedikit dan untuk memberi
ganjaran kepada pekerja yang layak.
g. GANJARAN DAN FAEDAH

Ganjaran
• Bayaran yang diterima oleh pekerja dalam
sesebuah organisasi dalam bentuk kewangan.
• Bayaran asas iaitu gaji/upah merupakan
bayaran berbentuk kewangan.
• Bayaran kewangan merujuk kepada bayaran
yang dibuat terus kepada pekerja oleh
organisasi selepas tempoh waktu tertentu.
• Lazimnya bayaran ini dibuat pada hujung
bulan.
g. GANJARAN DAN FAEDAH

Faedah
• Diberikan sama ada dalam bentuk wang atau bukan
dalam bentuk wang.
• Terdapat faedah yang wajib diberikan seperti
termaktub dalam undang-undang dan ada pula
faedah yang berbentuk opsyenal/pilihan.
• Faedah yang mesti diberikan kepada pekerja oleh
majikan seperti KWSP dan PERKESO (SOCSO)
serta faedah-faedah lain yang termaktub dalam Akta
Pekerjaan 1955
• Faedah turut diberikan kepada pekerja-pekerja yang
bersara atau dibersarakan.
g. GANJARAN DAN FAEDAH

Tujuan ganjaran dan faedah:


• Memberikan penghargaan kepada pekerja yang telah
memberi sumbangan kepada organisasi.

• Membekalkan saran hidup kepada pekerja selepas


persaraan.

• Menggalakkan pekerja untuk terus berkhidmat dengan


organisasi.

• Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada


pekerja semasa bekerja.
ii. Bentuk-bentuk Ganjaran

• Gaji : suatu bayaran sejumlah wang atau pampasan


tetap diberikan majikan kepada pekerja berdasarkan
kontrak pekerjaan sebagai pertukaran kepada
tugasan atau kerja yang dilakukan.

• Upah : diberikan berdasarkan jumlah hari @ jam


bekerja

• Elaun : ganjaran tambahan kepada pekerja


berdasarkan jawatan (elaun sara hidup (COLA),
elaun perkhidmatan awam, elaun perumahan dll)
iii. Bentuk-bentuk faedah

• Berbentuk wang (bonus, komisen, pencen, gratuiti


dll)

⮚ Bonus : Bayaran tambahan selain gaji sebagai sagu


hati kepada pekerja-pekerja.

⮚ Komisen : wang upah yang dibayar kepada wakil


atau ejen kerana menjual barang-barang.
iii. Bentuk-bentuk faedah

⮚Pencen : Bayaran tetap bulanan yang dibuat oleh


kerajaan atau kajikan kepada bekas pekerjanya yang
telah bersara.

⮚Gratuiti : Ganjaran wang yang diberikan oleh majikan


kepada pekerja yang berhenti atau bersara sebagai
penghargaan kepada perkhidmatan yang telah
diberikan.
Berbentuk bukan wang

• Insurans pekerja : Ditawarkan oleh majikan untuk


melindungi pekerja apabila mengalami risiko yang
diinsuranskan berlaku.
• Caruman KWSP : memberikan perlindungan
kewangan kepada pekerja.
• Kemudahan kesihatan : Pekerja boleh dapat rawatan
percuma atau bayaran yang minimum di klinik
swasta.
• Kemudahan pinjaman : syarikat yang kukuh
menawarkan kemudahan pinjaman kepada pekerja
(pinjaman perumahan/pinjaman kenderaan).
Bentuk-bentuk faedah

Faedah bukan kewangan


Faedah bentuk wang:
- Insurans pekerja
- Bonus
- Caruman KWSP
- Komisen
- Pencen - Kemudahan kesihatan
- Gratuiti - Kemudahan pinjaman
- Bantuan pendidikan
(pinjaman, biasiswa)
FAEDAH
FAEDAH BENTUK PENCEN
WANG

FAEDAH

FAEDAH BUKAN
KEWANGAN GRATUITI
h. Keselamatan dan kesihatan pekerja

• Maksud keselamatan : suatu keadaan terpelihara


atau terhindar daripada bahaya, bencana atau
gangguan yang boleh menyebabkan kemalangan.
⮚ Melindungi kakitangan organisasi daripada
kecederaan atau kemalangan berkaitan dengan
kerja.
⮚ Bertujuan mewujudkan tahap kepuasan serta
motivasi yang tinggi di kalangan pekerja.

• Maksud kesihatan : WHO – adalah sesuatu yang


sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial.
⮚ Melindungi pekerja daripada gangguan emosi dan
penyakit fizikal yang disebabkan oleh kerja.
h. Keselamatan dan kesihatan pekerja

• Keselamatan dan kesihatan adalah satu


perkara/peraturan bagi memastikan setiap pekerja
bekerja di dalam keadaan selamat dan sihat bagi
jangka masa pendek ataupun panjang.
• Kepentingan :
i. Menggalakkan majikan dan pekerja untuk
mengurangkan hazard di tempat kerja.
ii. Program keselamatan dan kesihatan yang terkini
dapat dilaksanakan.
iii. Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerja

AKTIVITI KESELAMATAN AKTIVITI KESIHATAN


PEKERJA PEKERJA

• Memberi latihan
keselamatan dan kecemasan • Kempen menjaga
kepada pekerja kesihatan dan ceramah
• Menyediakan alat kesihatan
keselamatan • Pemeriksaan kesihatan
• Menubuhkan jawatankuasa
keselamatan • Larangan merokok,
minuman keras
• Kempen keselamatan
• Panel perubatan percuma
CONTOH KESELAMATAN
CONTOH LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN
CONTOH KESIHATAN DITEMPAT KERJA
CONTOH KEMPEN KESIHATAN DI TEMPAT
KERJA
TAMAT BAB PSM

Anda mungkin juga menyukai