Anda di halaman 1dari 5

SMK AIR MERAH

09000 KULIM KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA

Anugerah Keceriaan Kelas dan Penampilan Diri


Murid

ANJURAN

UNIT HAL EHWAL MURID

Disediakan oleh:

Setiausaha HEM

1
1.0 TAJUK

Anugerah Keceriaan Kelas dan Penampilan Diri Murid

2.0 PENDAHULUAN

Sahsiah murid yang baik mencerminkan kejayaan guru dan ibu bapa mendidik mereka menjadi insan
yang baik. Kecemerlangan akademik berkait rapat dengan sikap dan sahsiah seseorang individu. Murid
yang berjaya kebanyakan berlatarbelakangkan sahsiah yang terpuji. Penampilan murid yang kemas dan
bersih menjadikan murid selesa untuk belajar dan menuntut ilmu. Keceriaan dan kebersihan kelas akan
menjadikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.Keselesaan ini akan meningkatkan
minat dan kesungguhan murid untuk menuntut ilmu.

3.0 RASIONAL
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan disiplin murid melalui pelaksanaan program
yang sistematik dan berterusan. Sahsiah murid yang tinggi di sekolah akan membantu guru-guru
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan kerana semua bersungguh-sungguh
menuntut ilmu dan bersahsiah tinggi. Kebersihan dan keceriaan kelas akan meningkatkan minat murid
untuk belajar dan bersasa seronok berada di sekolah.

4.0 OBJEKTIF
I. Melahir dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan
peraturan dan undang-undang sekolah.
II. Membentuk keperibadian mulia dan penampilan diri murid yang kemas dan beretika semasa
berada di sekolah.
III. Melahirkan generasi murid yang mementingkan kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya
bilik darjah.

5.0 TARIKH CADANGAN

Dilaksanakan sepanjang tahun dan kelas yang terpilih akan diberikan penghargaan dan hadiah.

6.0 SASARAN

Program-program di bawah unit HEM ini mensasarkan keseluruhan murid SMK Air Merah.

2
7.0 PELAKSANAAN
Penilaian markah keceriaan dan kebersihan kelas dilaksanakan oleh guru bertugas mingguan manakalan
murid yang berketerampilan dipilih daripada cadangan guru-guru disiplin dan guru yang lain.
1. Program ini akan dihebahkan kepada semua murid dari semasa ke semasa di dataran
perhimpunan sekolah.
2. Murid yang bersahsiah dan berakhlak mulia akan dicadangkan oleh mguru-guru.Murid yang
terpilih itu akan dipamerkan gambar/ senarai nama mereka di papan kenyataan HEM sebagai
motivasi kepada murid lain.

8.0 PERBELANJAAN

(Rujuk Lampiran)

9.0 AHLI JAWATANKUASA

(Rujuk Lampiran)

10.0 PENUTUP

Dengan pelancaran dan pelaksanaan Anugerah Keceriaan Kelas dan Penampilan Diri Murid ini dapat
meningkatkan minat murid ke sekolah dan mengurangkan peratus disiplin di kalangan murid SMK Air
Merah. Semoga program ini mendapat impak yang sewajarnya demi untuk melihat kecemerlangan
murid-murid di SMK Air Merah terus berkembang dan mencapai kemuncak disiplin, penampilan dan
sahsiah seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

Disediakan oleh,

…………………………………….

Pn Siti Rosidah Binti Ismail

Setiausaha HEM

3
Disemak oleh,

..........................................

Puan Zuriati Binti Osman

Penolong Kanan HEM

SMK Air Merah

Disahkan oleh,

............................................

Tuan Haji Mas’od Bin Jailani

Tuan Pengetua

SMK Air Merah

4
Lampiran

PERUNTUKAN= BANTUAN KOKURIKULUM (BKK)

PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Hadiah Anugerah Keceriaan Kelas
Piala penghargaan
(a) Piala Program Keceriaan Kelas
(5 tingkatan X RM 60.00) RM 300.00
(b) Piala pusingan Keceriaan Kelas RM 150.00
( 1 piala)
(c) Penghargaan Badge Penampilan Diri Murid RM 500.00
RM 2.00 X 250 pelajar(Angggaran)
(d) Sijil Penghargaan untuk Anugerah Keceriaan Kelas RM 100.00
(5 Guru X 10 Bulan X RM2.00)
JUMLAH RM 1050.00

JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

PENGERUSI : Tn Hj. Mas’od Bin Jailani (Pengetua)

TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Zuriati Binti Osman (PK HEM)

NAIB PENGERUSI 1 : En. Amir Bin Ramli (PK 1)

NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Faizah Binti Ariffin (PKK)

SETIAUSAHA 1 : Pn. Siti Rosidah bt Ismail (SU HEM)

AJK :

1. Pn Khalijah bt Yusoff
2. Pn Souhaila bt Ahmad
3. En. Rizal Bin Tajudin
4. Semua penyelia dan guru tingkatan

Anda mungkin juga menyukai