Anda di halaman 1dari 1

SK LKTP BUKIT BESAR

JALAN PENDITA,
81450 KULAI, JOHOR

Telefon / Faks : 07-8978772


Ruj.Kami : JBA3071/100-19/9/3 (2)
Tarikh : 23 JANUARI 2022

Kepada :
KETUA BALAI
Balai Polis Felda Bukit Besar,
81450 Kulai, Johor

Tuan,

MEMOHON JURUIRING POLIS BAGI TUJUAN PENGELUARAN WANG TUNAI DARI


BANK KE SK MURNI JAYA SELARAS DENGAN ARAHAN PERBENDAHARAAN
(AP 137)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengeluarkan wang tunai dari
cawangan CIMB Kulai bagi tujuan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) seperti ketetapan
berikut:

Tarikh : 26 Januari 2022


Hari : Rabu
Masa : bertolak dari sekolah jam 8.30 pagi

3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan untuk mengarahkan anggota bagi
mengiringi perjalanan kami membawa wang dari bank ke sekolah. Ini bertujuan untuk mematuhi
langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan.

4 Sebarang pertanyaan sila hubungi cikgu Mohd Soleh bin Mesron, GPK-HEM di talian
011-10882275. Segala Kerjasama dan perhatian tuan berikan amat kami hargai

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai