Anda di halaman 1dari 3

Bahasa merupakan alat untuk berkomunakasi yang digunakan oleh setiap individu di segenap

penjuru dunia. Tanpa bahasa maka sukarlah untuk kita melakukan pekerjaan seharian kerana
bahasa merupakan medium utama yang digunakan untuk kita berinteraksi sesama manusia.
Setiap insan di dunia ini telah dilahirkan dengan bahasa masing-masing. Namun bahasa tersebut
tidaklah lahir tanpa di ajar oleh seseorang.

Pada pendapat saya, cara untuk memantapkan penguasaan sistem bahasa pada pelajar di sekolah
ialah dengan melaksanakan minggu bahasa melayu, dimana segala aktiviti yang berkaitan
dengan bahasa haruslah menggunakan bahasa melayu kerana ianya memberi impak positif
kepada pemantapan penguasaan sistem bahasa melayu terhadap pelajar. Hal ini kerana
kebanyakan pelajar lebih gemar menggunakan bahasa pasar berbanding bahasa rasmi dan bahasa
basahan kerana bahasa pasar lebih mudah dituturkan. Selain iru, sebagai seorang guru yang
mengajar subjek sains dan math harus menggunakan bahasa melayu semasa mengajar supaya
pelajar terbiasa dengan penggunaan bahasa melayu serta mereka dapat memantapkan lagi
penguasaan bahasa.

Antara kepentingan menggunakan ragam bahasa rasmi dan bahasa basahan ialah sesorang itu
dapat menunjukan kekayan dari segi tatasusila bahasa dan kelembutan bicara kerana jika seorang
pelajar itu menggunakan bahasa pasar semasa berada di dalam progrem rasmi, pelajar tersebut
akan kelihatan tidak sopan dan dianggap sebagai perosak suasana kerana penggunaan bahasa
pasar mengandungi unsur-unsur ayat campuran daripada pelbagai bahasa yang membuat bahasa
tersebut agak kasar untuk digunakan. Selain itu, kepentingan menguasai ragam bahasa rasmi dan
bahasa basahan adalah supaya ragam bahasa tersebut tidak ditelan zaman serta tidak dicemari
oleh unsur-unsur bahasa lain. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar haruslah menguasai ragam bahasa
agar bahasa rasmi dan bahasa basahan tidak tercemar.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan pelaksanaan pemantapan sistem
bahasa melayu di sekolah, maka dengan itu terpeliharalah ragam bahasa rasmi dan bahasa
basahan kita daripada ancaman bahasa lain.

Anda mungkin juga menyukai