Anda di halaman 1dari 1

Rakyat bijak belanja, Negara makmur sejahtera. Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Terima kasih saudara/saudari


pimpinan majlis, kombinasi kehakiman yang ahli lagi bijaksana, penjaga masa serta hadirin hadirat warga intelek
sekalian. Saya pohon agar para hadirin pinjamkan tujuh minit selanjutnya, kita fokus sepenuh konsentrasi kepada
naskhah wacana ilmiah yang saya bawakan pada hari ini iaitu PENGGUNA BIJAK MEMAKMURKAN NEGARA.

Hadirin yang dimuliakan,

Sebaik tirai wahana ilmu dibuka, izinkan saya untuk mengungkap definisi yang mendasari pidato saya terlebih
dahulu. Dari aspek literal, menurut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat, pengguna ditakrifkan sebagai orang yang
menggunakan manakala bijak merujuk perihal pandai, cerdik, pintar, sesuai, betul dan mendatangkan kebaikan.
Sementara itu, konotasi ekonomi merujuk kepada sistem pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang
dan perhkidmatan, pengendalian sumber kewangan sesebuah Negara.

Akhir sekali, Negara dapat didefiniskan sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan
diperintah oleh sebuah kerajaan. Dalam lingkungan konteks pidato saya pada hari ini, setelah dirangkum menjadi
satu, tuntasnya, naskhah pidato saya secara konsepsualnya, membawa maksud bahawa dengan pengamalan
ilmu kepenggunaan, perbelanjaan yang hemat dan bijak serta pengurusan kewangan yang betul, pengguna
mampu menjadi nadi penggerak, tunjang kerancakan ekonomi Negara.

Hadirin yang dikasihi sekalian, hujah saya yg pertama

Kita sedia maklum bahawa kita sedang berdepan dengan kebimbangan defisit yang semakin tidak terkawal,
didorong pula oleh ketidaktentuan iklim ekonomi global. Pun begitu, aspirasi pidato saya pada hari ini ingin
menerangkan bahawa dengan peranan pengguna bijak, ekonomi Negara mampu terus mandiri di tengah-tengah
krisis ekonomi dunia.

Untuk itu, tiga indikator sumbangan pengguna bijak terhadap kemakmuran ekonomi Negara akan saya tunjukkan
agar dapat diperlihat peri pentingnya ilmu kepenggunaan bagi menyiagakan ekonomi untuk mendepani cabaran
tersebut iaitu: pertama, amalan perbelanjaan berhemat; kedua, pengutamaan produk tempatan dan ketiga,
aktiviti menabung. Saya yakin dan percaya, sekiranya ketiga-tiga indikator pengguna bijak ini disematkan dalam
minda kita, nescaya sekalipun ekonomi Negara diasak dengan berencam risiko, kita akan dapat memperteguh
ekonomi untuk terus memecut laju, menggapai aspirasi Negara maju berpendapatan tinggi.

Hadirin hadirat sekalian,

Saya mulakan pembuktian perkaitan pengguna bijak dan impak positifnya terhadap ekonomi Negara dengan
hujahan amalan perbelanjaan berhemah. Amalan perbelanjaan berhemah menuntut warga pengguna untuk
menyiagakan

Anda mungkin juga menyukai