Anda di halaman 1dari 3

Soal selidik 1) Latar belakang peribadi 2) Pengalaman dalam bidang perniagaan 3) Latar belakang pendidikan 4) Mengapa memilih perniagaan

yang sedang dijalankan 5) Bagaimana mendapat modal sebelum menjalankan perniagaan 6) Siapakah orang yang mencetuskan idea untuk melibatkan diri dalam perniagaan i ni 7) Apakah kejayaan-kejayaan yang sudah dicapai sepanjang menceburi bidang pernia gaan 8) Adakah Tuan/Puan mengikuti sebarang latihan selepas memulakan perniagaan 9) Apakah pandangan pihak Tuan/Puan mengenai saranan kerajaan agar pelajar-pelaj ar menceburi bidang perniagaan 10) Apakah pandangan pihak Tuan/Puan tentang system pendidikan yang kita miliki sekarang agar pihak sekolah dapat memupuk minat menjadi usahawan di kalangan pe lajar 11) Rancangan tentang masa depan perniagaan 12) Pandangan tentang graduan mengganggur 13) Halangan dan cabaran menjadi usahawan

Pendahuluan Alhamdulillah segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah s.w.t memberik an saya ruang dan waktu untuk menemui seorang usahawan gigih yang diperkenalkan oleh ibu dan ayah saya sewaktu pulang ke kampong halaman tercinta di Kluang, Joh or. Pada permulaannya saya membuat temujanji untuk bertemu dengan Wak Tunot sendiri. Walaubagaimanpun pada hari berkenaan

Profil diri Nama Nama panggilan : taat Tahun kelahiran : Asal Nama suami Anak Alamat : Email Blog : Hjh. Tulos binti Hj. Joyo Tunot (dalam bahasa jawa bermaksud taat). Diberi gelaran ini kerana Wak Tunot merupakan seorang anak yang kepada orang tuanya 1952 : Kg. Tengah, Kluang, Johor. : Mihat bin Haji Tahir : 3 orang No. 185 Kg. Tengah, Batu 3, Jalan Mersing, 86000 Kluang, : : Johor Darul Takzim. saiful2note@yahoo.com http://waktunotenterprise.blogspot.com/

Wak Tunot Enterprise diwujudkan berikutan minat Puan Hajjah Tulos Binti Ha ji Joyo kepada dunia perniagaan. Berteraskan pengalaman dan minat yang mendalam dalam bidang industri makanan tradisional maka beliau menceburi bidang ini denga n membuka bengkel kecil-kecilan dengan diberi nama Wak Tunot Enterprise. Wak Tunot Enterprise telah memulakan perniagaan pada tahun 2003. Wak Tunot memulakan perniagaan dengan memasarkan produk-produk makanan ringan seperti rem peyek, biskut, pelbagai jenis kek dan bahulu kepada penduduk sekitar kampung ten gah dan kawasan-kawasan yang berdekatan bandar Kluang melalui kedai makannya yan g sedia ada. Dengan perkembangan pesat dan permintaan yang bertambah dari masa ke semas a Wak Tunot Enterprise telah meluaskan perniagaan sehingga dapat membanggakan Pu an Hajjah Tulos sehingga ke hari ini. Selain itu perkembangan syarikat Wak Tunot Enterprise adalah disebabkan bantuan dan nasihat dari pihak kerajaan seperti JA BATAN PERTANIAN, FAMA, RISDA, MARA dan MARDI. Wak Tunot Enterprise melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan produk-produk yang berkualiti dan terjamin bagi memenuhi kehendak pelanggan yang biasanya dar i pihak kerajaan (JABATAN PERTANIAN, FAMA, RISDA, MARA dan MARDI), pengedar-peng edar dan individu-individu yang memerlukan produk tradisional bagi tujuan kerama ian ataupun ekspo-ekspo yang dijalankan diseluruh negeri. BERSIH, BERMUTU, BERKUALITI DAN IDENTITI adalah menjadi moto kekuatan Syarik at Wak Tunot Enterprise dalam dunia industri makanan tradisional. Selain itu jar ingan dan hubungan yang baik di antara Puan Hajjah Tulos dengan setiap pelanggan ya tanpa mengira umur, pangkat ataupun bangsa telah membuatkan beliau dikenali o leh setiap pelangganya. Puan Hjh.Tulos juga lebih senang dikenali sebagai Kak Tu not. Dalam pembuatan makanan tradisional, Wak Tunot Enterprise telah menggunaka

n bahan-bahan yang berkualiti dan bermutu. Ini dapat menjamin kesedapan dan kela zatan asli produk yang dihasilkan menepati citarasa pelanggan tanpa penggunaan b ahan awet. Selain itu, yang menjadi kekuatan kami adalah kemahiran pekerja-peker ja yang mahir dalam pembuatan makanan berasaskan kuih-muih. Dengan bantuan 4 ora ng pekerja mahir dalam menggoreng rempeyek dan 4 orang dalam bidang pembungkusan kerja-kerja yang dijalankan bertambah lancar dan menyenangkan pelanggan yang da tang ke premis Wak Tunot Enterprise. Manakala dalam bidang pembuatan kek, bahulu dan biskut, seramai 4 orang pekerja mahir mencurahkan pengalaman dan tenaga mer eka bagi memenuhi kehendak pelanggan dengan dibantu oleh seorang pekerja dalam b idang pembungkusan.Dengan pengeluaran pelbagai jenis produk seperti makanan ring an (rempeyek, tumpi, kapit, kuih ros, maruku dan kerepek) pelbagai jenis kek (pi sang, pandan, coklat, marble, buah dan oren) biskut dan pelbagai jenis bahulu ia nya pasti menjadi pilihan pelanggan yang menyukai produk-produk tradisional tanp a mengira musim. Melalui industri ini Wak Tunot telah memasarkan produk beliau k etahap yang boleh dibanggakan oleh orang bumiputera. Produk kami juga telah mene mbusi pasaran Singapura, New Zealand, sekitar Kuala Lumpur dan seluruh negeri Jo hor dengan bantuan pihak kerajaan (PERTANIAN, FAMA, RISDA dan MARDI) orang perse orangan (pengedar), jualan di pasar-pasar tani atau pasar malam serta jualan di premis Wak Tunot sendiri. Dengan berkat ketekunan, kegigihan dan kesabaran, beliau telah dianugerahk an sebagai usahawan terbaik peringkat daerah Kluang bagi kategori Usahawan Cemer lang Industri Kecil Sederhana oleh UMNO Daerah Kluang pada tahun 2005.

Anda mungkin juga menyukai