Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROJEK PASUKAN 1M-YEC 2011

Nama Institusi Bilangan Ahli Pasukan Nama Jawatan Tempoh Laporan/Bulan Tarikh

Universiti Malaya 6 Orang + 1 Penasihat Projek Mohamad Rafiiq Bin Razali Ketua Pasukan 1M-YEC Universiti Malaya Januari 2012 Mac 2012 3 April 2012

Maklumat Program
Matlamat Program, Aktiviti, dan Keputusan
1 Nama Projek

Madu Lebah Kelulut HNS Trigona Bee Enterprise No. 25, Jalan Melur 3, Taman Sri Ramal, 43000 Kajang, Selangor.

Latar Belakang Projek

Syarikat ini menjual produk-produk madu lebah & kelulut (Madu Royal Jelly, Propolis, Pollen, Lilin) Projek ini menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan promosi dan bahan mentah. Oleh itu, kami akan menolong perusahaan mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi seperti mengadakan promosi melalui online. Impak kepada perusahaan adalah seperti pasaran produk akan lebih meluas dan berbentuk global. Manakala impak kepada mahasiswa pula akan melahirkan lebih ramai usahawan graduan dan komuniti dalam bidang madu lebah kelulut ini. Perniagaan ini akan diperkemaskan lagi dengan pembukaan ladang sendiri dan dengan ini akan dapat mengawal kualiti bahan mentah. Harapan kami agar projek ini dapat berkembang ke seluruh negara. 1)Membantu mereka membentuk label produk baru perusahaan yang akan dipasarkan. 2)Mewujudkan laman sesawang (website) bagi mempromosikan produk perusahaan dan memperkenalkan lagi madu kelulut kepada orang ramai. 3)Pasaran madu kelulut semakin berkembang ke seluruh Malaysia terutamanya di Lembah Klang. 4)Mewujudkan peluang kepada penduduk luar Bandar untuk mencari sarang lebah kelulut dan menjualnya kepada syarikat ini. 5)Memberi peluang kepada sesetengah pengusaha madu kelulut untuk menjalankan aktiviti penternakan dan pemprosesan madu yang betul melalui seminar yang disediakan. 1)Pengetahuan orang ramai tentang madu kelulut semakin berkembang. 2)Pasaran semakin berkembang dan permintaan semakin menggalakkan dari orang ramai terutamanya selepas syarikat perusahaan ini memasuki media masa seperti Buletin Utama TV3, TV 9 dan Utusan Harian bagi menerangkan kelebihan madu kelulut. 3)Pengurusan dalam menghasilkan madu kelulut semakin efisien dan perusahaan semakin dikenali. 4)Mencari lebih banyak ladang yang boleh mengeluarkan debunga bagi menghasilkan lebih banyak madu kelulut. 5)Menyediakan laman sesawang (website atau blog ) untuk brand

Ringkasan Projek

Faedah projek kepada enterprise (cth, kemahiran keusahawanan, kemahiran pengurusan kewangan, dll)

Matlamat projek sepanjang tempoh penyediaan laporan

LAPORAN PROJEK PASUKAN 1M-YEC 2011


awareness dalam dunia online. 6)Membantu mana-mana ibu tunggal di sekitar kawasan Lembah Klang bagi mengusahakan bisnes penternakan madu kelulut ini. 7)Pasaran madu kelulut boleh menembusi ke semua kedai siswa save di universiti awam Malaysia melalui koperasi siswa mereka. 1)Pihak kami telah berurusan dengan pihak Gabungan Koperasi Siswa Malaysia supaya produk madu ini boleh di pasarkan ke semua kedai siswa save di university awam Malaysia. 2)Kami juga telah melawat tapak penternakan madu kelulut di Lanchang, Pahang untuk melihat secara lebih dekat bagaimana aktiviti ini di jalankan dan mengira anggaran belanjawan projek sekiranya perniagaan ini hendak dibesarkan. 3)Pihak kami telah meminta pengusaha madu kelulut ini untuk memberikan contoh proposal bisnes yang telah dihantar kepada institusi-institusi kewangan bagi tujuan pinjaman atau geran dan membuat penambahbaikan terhadap proposal tersebut dengan meminta nasihat daripada Pengarah Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia. 4)Sepanjang 3 bulan ini, pihak kami juga telah melakukan aktiviti jualan madu kelulut di kolej-kolej kediaman UM melalui program yang mereka anjurkan. 5)Untuk tujuan khidmat masyarakat, pihak MARDI ada menganjurkan kursus penternakan madu kelulut dan pihak kami berjaya mendapatkan beberapa ibu tunggal di kawasan Lembah Kelang untuk menyertai kursus itu secara percuma. 6)Mencari lot kedai dengan sewa yang berpatutan untuk dijadikan premis rasmi kepada perusahaan ini. Premis ini penting untuk tujuan pensijilan halal produk tersebut. 1)Perusahaan ini merupakan pembekal utama bagi produk madu lebah kelulut di kawasan Lembah Klang. 2)Peningkatan hasil jualan meningkat sebanyak 70% melalui promosipromosi yang dijalankan. 3)Lebih ramai yang akan mengetahui tentang kelebihan madu kelulut ini dengan sokongan media massa Malaysia. 4)Semua pelajar di universiti Malaysia boleh mendapatkan produk ini di universiti mereka sendiri melalui kedai siswa save. 5)Proposal bisnes bagi tujuan pinjaman atau geran oleh pengusaha dapat di hantar semula ke institusi-institusi berkenaan dengan penambahbaikan daripada pasukan kami. 6)Syarikat perusahaan ini dapat meningkatkan pengeluaran madu kelulut dengan penambahan bekalan sarang lebah kelulut daripada masyarakat luar bandar terutamanya daripada Bachok, Kelantan dan juga Sabak Bernam, Selangor. 7)Premis rasmi untuk syarikat perusahaan ini dapat dibuka sekiranya ada lot kedai yang berpatutan seterusnya permohonan sijil halal dapat di ajukan kepada pihak JAKIM.

Pencapaian semasa

Jangkaan Pencapaian

Halangan yang ditempuhi

1)Kesukaran untuk menetapkan waktu yang sesuai untuk berjumpa antara dua pihak kerana sibuk dengan hal masing-masing. 2)Jarak antara ladang penternakan iaitu di Lanchang, Pahang dengan UM jauh dan memerlukan masa yang lama untuk menjalankan site visit. 3)Proses untuk menerima maklumbalas daripada pihak koperasi memakan masa yang agak lama. 4)Pengusaha berasa ragu-ragu untuk memberikan contoh proposal bisnes kepada pihak lain selain kami kerana bimbang idea bisnes di tiru. 5)Pencarian premis juga menjadi suatu kepayahan kerana rata-rata lot kedai berada jauh dengan rumah pengusaha dan sewa yang tidak

LAPORAN PROJEK PASUKAN 1M-YEC 2011


berpatutan. 6)Orang ramai masih lagi tidak mengenali madu kelulut dan juga kelebihannya. Setakat pemerhatian kami melalui internet dan yellow pages, kami mendapati hanya terdapat 3 pengusaha sahaja yang menjalankan aktiviti penternakan madu kelulut ini. 7)Untuk meningkatkan jumlah penghasilan madu kelulut, koloni kelulut perlu diternak berdekatan dengan kebun atau pokok buahan yang banyak mengeluarkan bunga seperti buah belimbing. Setakat ini, di Lachang sahaja yang boleh dikenal pasti. 6 orang pelajar, 1 orang penasihat dan 2 orang penasihat perniagaan. 1)Peningkatan jualan sebanyak 20% melalui jualan di UM. 2)Kemahiran perusahaan tentang website dan e-pemasaran semakin meningkat. 3)Medium pasaran baru bagi syarikat perusahaan kerana produk ini bakal di pasarkan ke semua universiti di Malaysia. 4)Semua ahli kumpulan berpeluang untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak ketiga dalam menyelesaikan masalah asas syarikat seperti bekalan sarang kelulut, premis, proposal bisnes dan koperasi siswa universiti Malaysia. 5)Kami berjaya memberi peluang kepada ibu tunggal untuk menjalani kursus madu kelulut selama satu hari seterusnya membuka laluan baru kepada mereka untuk menceburkan diri dalam perniagaan ini dengan menjadikan HNS Trigona Bee sebagai tempat rujukan. 6)Pengusaha syarikat berbesar hati dengan usaha yang telah kami lakukan dan bakal bekerjasama kelak dengan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia untuk menjadikan perusahaan madu kelulut sebagai salah satu industri baru kepada pelajar yang ingin menjalankan latihan industry keusahawanan bersama PUSMAL.

Bilangan Pelajar, Penasihat Perniagaan yang terlibat

10

Keputusan/Implikasi (pencapaian dalam tempoh penyediaan laporan - FASA 3)

Maklumat Kewangan
Aktiviti dan Hasil
January Mac 2012

Menjual produk madu kelulut di kolej-kolej kediaman UM. 1 botol=RM60 RM60x40= RM2400 (Komisen 20% = RM480)

Akaun Perbelanjaan
A) Perbelanjaan Geran Pertama (RM3,000.00)
Bil
1 2 3

Butiran
Pengangkutan Kereta ( 1 Penasihat Projek + 6 pelajar) Kos Penyediaan Laporan 1M-YEC (Kertas, Binding, Fotostat,Gambar dll) Perbelanjaan makan dan minum sepanjang site visit ke Trigona Bee (1 Penasihat Projek + 6 Pelajar)

Kos (RM)
500.00 200.00 350.00

Jumlah

1050.00

LAPORAN PROJEK PASUKAN 1M-YEC 2011

B) Perbelanjaan Geran Kedua (RM3,000.00)


Bil
1

Butiran
Pengangkutan Kereta ( 1 Penasihat Projek + 6 pelajar) termasuk pengangkutan ke ladang penternakan di Lanchang, Pahang. Penginapan penginapan semasa menjalankan tinjauan dan cara pengurusan sarang kelulut di ladang penternakan di Lanchang, Pahang. Kos Penyediaan Laporan 1M-YEC (Kertas, Binding, Fotostat,Gambar dll) Perbelanjaan makan dan minum sepanjang site visit ke Trigona Bee (1 Penasihat Projek + 6 Pelajar) termasuk makan dan minum semasa praktikal di ladang penternakan di Lanchang, Pahang.

Kos (RM)
700.00

1400.00

3 4

200.00 700.00

Jumlah

3000.00

C) Perancangan Perbelanjaan Geran Ketiga (RM4,000.00)


Bil
1 2 3 4

Butiran
Pengangkutan kereta ( 1 Penasihat Projek + 6 pelajar) Kos Penyediaan Laporan 1M-YEC (Kertas, Binding, Fotostat,Gambar dll) Dekorasi booth pameran Perbelanjaan makan dan minum sepanjang site visit ke Trigona Bee (1 Penasihat Projek + 6 Pelajar) Bayaran Video Korporat dan Flash Slide Service

Kos (RM)
500.00 500.00 1500.00 500.00

1000.00

Jumlah

4000.00

Pelan Tindakan
Pelan Tindakan untuk Bulan Seterusnya: <BULAN> 2011/2012 April hingga Jun 2012

Operasi Pasukan
Laporan Pasukan (Ahli pasukan, Penasihat Projek) 1)Mencari maklumat tentang madu lebah kelulut. 2)Menjalankan kajian tentang debunga untuk pengeluaran madu lebah. Laporan tentang aktiviti pasukan 3)Menemu ramah pensyarah UM yang membuat kajian tentang madu lebah.

Dokumentasi dan Promosi


Media dan Pemasaran
Laporan berkenaan liputan media mengenai kemajuan projek pasukan 1M-YEC masing-masing. Tarikh: Akan diterbitkan Jan 2012 Jan 2012 Medium: Majalah Minda Niaga Website Pasukan 1M-YEC Universiti Malaya Jumlah pembaca: 3,000 1,200

LAPORAN PROJEK PASUKAN 1M-YEC 2011

Statistik Projek 1M-YEC


Statistik Laporan
Enterpris
Jumlah tenaga kerja 3 Jantina Umur Lelaki 25-50 2 Perempuan 1 Jumlah pelajar yang terlibat 6

Pasukan 1M-YEC
Lelaki Perempuan

Perhatian: 1) Sila sertakan lampiran sekiranya ruang yang disediakan tidak mencukupi. 2) Setiap pasukan dikehendaki memberikan: a) Laporan Projek 1M-YEC (hardcopy dan softcopy di dalam bentuk CD). b) Gambar dan video sehingga kini (didalam bentuk CD) sepanjang menjalankan program ini untuk tujuan dokumentasi dan promosi yang akan dijalankan. 3) Semua maklumat berkaitan perkara 2(a) dan 2(b) hendaklah dihantar melalui pos sebelum atau pada 26 DISEMBER 2011 di alamat berikut:

Yayasan SIFE Malaysia A505, Block A, Kelana Square, 17, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. (U/P: Cik Noor Syarwana Zakaria; No. Tel: 0179399362) 4) Penyaluran Geran Kedua hanya akan dibuat setelah Yayasan SIFE Malaysia menerima semua maklumat ( Perkara 2(a) dan 2(b) ) seperti yang dinyatakan diatas.

Anda mungkin juga menyukai