Anda di halaman 1dari 12

Tajuk:

Kegiatan Ekonomi Tradisional: Penanaman Ubi Kayu

Penghargaan Pertama sekali saya ______ dari kelas 3_ ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Stella Maris iaitu Puan ______, kerana beliau telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, kepada guru mata pelajaran Sejarah Cikgu ____, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada kami sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga saya tunjukan kepada ibu saya _______ dan bapa saya ______, kerana mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam meneruskan kajian ini. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sema responden yang telah banyak memberi kerjasama yang baik terhadap saya semasa kajian ini dijalankan. Sesungguhnya dengan bantuan daripada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung maka kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Objektif Kajian Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini, terdapat beberapa objektif yang ingin saya capai. Di antara objektif tersebut adalah seperti untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia. Begitu juga, saya dapat mengetahui tentang kaedah penyediaan dan pemasaran ubi kayu serta perkembangannya. Maklumat yang direkodkan membolehkan saya mengenali kegiatan ekonomi tradisinal tersebut dengan lebih mendalam lagi. Melalui kajian ini juga, saya mendapat pengetahuan dan pengalaman luas tentang cara-cara membuat kajian ilmiah. Saya akan menggunakan kemahiran dan kaedah yang dipelajari untuk melaksanakan sesuatu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Saya akan melalui sendiri pengalaman mencari, mengumpul fakta, merekod, menganalisis dan mensintesis maklumat dari pelbagai sumber yang sahih seperti buku ilmiah, akhbar, majalah, internet dan lain-lain lagi berkaitan dengan kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia. Kajian ini juga secara tidak langsung akan dapat memupuk perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi tradisional yang menjadi warisan dan identiti masyarakat Malaysia. Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang keunikan ekonomi tradisional tersebut. Usaha perlu terus digembeling untuk mengekalkannya agar generasi akan datang berpeluang mewarisinya. Melalui kajian ini juga saya dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan bertoleransi ketika proses mengumpul dan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tugasan akan menjadi lebih mudah apabila ianya dilaksanakan secara berkumpulan dan mendapat bantuan daripada semua pihak terutamanya guru, ibu bapa dan rakan-rakan.

Kaedah Kajian Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut:a) Pemerhatian: Meninjau dan memerhatikan penanaman ubi kayu tersebut. b) Rujukan: Internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan seperti mengenai

Hasil Kajian 1 Maklumat Asas 1.1. Nama/jenis kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanam ubi kayu.

1.2. Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi Penanaman ubi kayu ini telah dimulakan oleh Encik Maidin Muhammad dan Puan Kaishah mulai tahun 1995. Pada masa tersebut beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri terutama untuk makanan seperti masak lemak pucuk ubi, ubi goreng,ubi rebus , kerepek ubi , tapai, getuk ubi dan sebagainya.Beliau menanamnya di depan halaman rumah dengan keluasan kira-kira suku ekar.

1.3 Lokasi/ Tempat Kajian Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Kg Ulu , Jalan Kompimpinan Dabak.

1.4 Pihak yang mengusahakan/individu/kelompok masyarakat yang mengusahakan Penanaman ubi kayu ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampong ini di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Maidin Muhammad. Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Maidin Muhammad kerana beliau merupakan antara orang yang lama terlibat dengan penanaman ubi kayu di kampong itu selain usianya yang telah tua.

2. Latar Belakang 2.1 Tujuan dijalankan Encik Maidin Muhammad pada mulanya menanam ubi kayu untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri. Penanaman ini dilakukan kira-kira 50 pokok sahaja pada awalnya. Beliau menggunakan ubi untuk membuat tapai, kerepek, ubi goreng, ubi rebus

untuk keperluan keluarga sahaja.

2.2 Proses/cara pelaksanaan Penanaman ubi kayu sangatlah mudah kerana iana tidak memerlukan perbelanjaan yang besar, keluasan tanah, modal , pekerja dan peruntukan masa bekerja yang banyak. Hal ini demikian kerana proses awal penanaman ubi kayu ialah penyediaan tapak. Pada awalnya Encik Maidin Muhammad akan menyediakan tapak dengan menajak rumput/lalang semak yang ada di tapak tersebut. Segala bahan itu kemudiannya akan dibakar. Proses seterusnya ialah membuat batas. Batas ini dibuat bagi mengelakan ubi ditanam di kawasan keras kerana mengikut beliau tanaman ubi ini memerlukan keadaan tanah yang gembur dan tidak terlalu kering. Setelah tanah digemburkan atau dibuat batas beliau akan menyediakan batang ubi kayu untuk dijadikan benih. Beliau selalu menggunakan batang ubi yang lama dan dipotong kira-kira empat atau lima hari sebelum menanam. Setiap batang benih kayu ini berukur lilit kira-kira 7 10 cm. Beliau menyatakan bahawa batang ubi yang dijadikan benih mestilah sedikit besar agar dapat hidup dengan cepat dan menghasilkan ubi kayu yang baik. Kemudian batang ubi kayu yang dijadikan benih itu akan dicucukkan pada tanah yang telah digemburkan itu. Jarak yang sesuai bagi setiap benih ialah kira-kira 3 4 kaki setiap batang. Penanaman ubi tidak memerlukan baja kimia seperti mana tanaman yang lain . Oleh yang demikian beliau hanya menggunakan air hujan yang ditadah di kawasan kebunnya untuk membasahkan tapak benih. Beliau menyatakan bahawa hujan amat diperlukan bagi tumbesaran awal benih daripada batang ubi ini. Oleh yang demikian beliau memilih waktu tertentu bagi menanam benih baru. Tanaman ubi kayu ini boleh dijalankan pada bila-bila masa selepas itu kerana ia tidak memiliki suatu jangkamasa tetap untuk ditanam. Contohnya apabila pokok ubi dicabut bagi mendapatkan hasil , batang ubi tersebut akan digunakan semula sebagai benih yang baru.

1. Cara yg selalu di amalkan oleh usahawan, menanam keratan ubi kayu pada kedudukan seperti dalam gambar di atas.Bukan di atas BATAS atau di bawah batas tetapi DI TEPI BATAS

2. Cara ini pula diamalkan oleh orang kampong, menanam dua keratan pada setiap "poit" di atas batas.

2.3. Peralatan/kaedah yang digunakan Peringkat awal penanaman ubi kayu menggunakan cangkul dan tajak sahaja .Ia digunakan bagi proses merumput dan membersihkan kawasan tanaman. Selepas itu peralatan yang digunakan bagi peringkat penjagaan ialah tajak manakala bagi peringkat mengeluarkan hasil peralatan cangkul sahaja dan tenaga manusia sahaja digunakan. Beliau tidak menggunakan racun rumpai bagi menghapuskan rumpai seperti rumput dan lalang bagi mengelakkan tanah menjadi tidak subur . Penanaman ubi juga tidak

menggunakan baja kimia kerana menurut beliau ia akan menyebabkan hasil yang dikeluarkan akan berubah rasa. Penjagaan ubi kayu juga agak minima kerana tanaman ubi kayu jarang diserang penyakit seperti mana buah betik . Oleh yang demikian tumbesaran pokok ubi akan mencapai tahap matang dan boleh mengeluarkan hasil sekitar selepas 6 bulan penanaman dilakukan.

2.4 Produk yang dihasilkan Produk yang dihasilkan ialah kerepek ubi. Kerepek ini boleh dijadikan kerepek ubi berperisa sambal, berperisa gula/manis dan tapai ubi.

Encik Maidin Muhammad mengeluarkan tapai ubi sebagai pengeluaran sampingan. Proses pembuatan tapai dimulakan dengan mengambil ubi daripada pokoknya. Beliau menyatakan bahawa ubi jenis kapas kerana ubi jenis ini sesuai kerana warnaya yang putih dan dapat menghasilkan tapai bewarna putih. Setelah ubi diambil dan dikerat sekitar 3-4 inci setiap satu maka ubi ini akan dibersihkan dengan air bagi mengelakkan kekotoran melekat pada bahagian ubi tersebut. Setelah itu ubi direbus beberapa ketika sehingga ia separuh masak. Kemudian ubi ini dituskan airnya agar tidak lembik. Selepas ubi ini direbus, ragi digunakan bagi proses penapaian dengan cara menjadikan ragi tersebut hancur dan digaulkan bersama ubi tersebut. Sukatan ragi ialah satu biji bagi setiap kilogram ubi kayu. Bekas berisi ubi ini hendaklah ditutup rapat bagi mendapatkan hasil tapai yang memuaskan terutama daripada rasa dan warna yang menarik. Proses penapaian akan berlaku selama 2 hingga 3 hari. Maka ia dapat menghasilkan tapai ubi. Biasanya pelanggan yang menggemari tapai ubi akan memilih tapai ubi yang manis, berwarna putih bersih dan sedikit lembut. Oleh yang demikian Encik Maidin

Muhammad amat menitikberatkan hal ini. Biasanya untuk jualan tapai ubi diisikan di dalam bungkusan daun pisang yang menjadi identiti yang mudah dikenali. Pada masa sekarang cara membungkusnya menjadi lebih mudah iaitu dengan menggunakan bekas plastik.

3. Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat 3.1. Sumber pendapatan

Dengan mengusahakan penanaman ubi Encik Maidin Bin Muhammad dapat menambah pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar 100 bekas sebulan. Setiap bekas beliau menjualnya dengan harga RM 120. Jadi pendapatan kasar daripada jualan ubi ini ialah sebanyak RM 1200 sebulan .

3.2. Memenuhi permintaan

Encik Maidin Muhammad juga memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk jamuan tertentu, kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Beliau menyatakan bahawa tempatah dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum majlis tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan tapai ubi untuk majlis di atas ialah sekitar 250 ke 350 bekas.

3.3. Pembangunan kawasan setempat

Penglibatan penduduk kampung ini dalam penanaman ubi dan lain-lainnya telah menyebabkan kawasan ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana.

3.4. Peluang pekerjaan

Penanaman ubi oleh Encik Maidin Muhammad tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana dilakukan oleh beliau dan isterinya sahaja. Ianya pula dilakukan pada waktu lapang dan mengikut masa tertentu sahaja.

4. Prospek 4.1. Cabaran/kekangan yang dihadapi

Encik Maidin Muhammad menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah berkaitan dengan keluasan tapak tanaman. Beliau tidak memiliki kawasan tanah lapang yang sesuai dijadikan tapak menanam ubi bagi proses pembesaran. Beliau juga kadang-kadang gagal menyediakan tempahan apabila jumlah ubi yang berjaya dikutip hasilnya tidak mencapai berat yang dikehendaki. Apabila tempahan yang banyak diperlukan beliau terpaksa mengambil ubi daripada pokok yang kurang matang. Jangka masa pokok ubi untuk matang selama 7 hingga 8 bulan mungkin menyebabkan bekalan ubi kayu tidak dapat dikekalkan di pasaran pada sepanjang masa seperti mana bahan/ barangan lain. Oleh yang demikian pengeluaran tapai ubi akan terganggu atau pengguna akan beralih kepada pengusaha tapai yang lain untuk mendapatkan bekalan.

4.2. Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta

Proses penanaman ubi yang tidak luas ini tidak banyak memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak jabatan atau agensi berkaitan dengan pemasaran seperti Mardi. Oleh yang demikian usaha penanaman ubi dan pengeluaran tapai ubi dilakukan oleh beliau mengikut pengalaman dan kemahiran yang dimiliki olehnya.

4.3. Reaksi/penerimaan masyarakat

Masyarakat di kampung ini menanam ubi untuk keperluan sendiri terutama untuk masalah harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja.

4.4. Saranan dan harapan

Encik Maidin Muhammad mengharapkan agar beliau dibantu daripada segi pajakan tanah untuk meluaskan penanaman benih / pokok ubi .

Anda mungkin juga menyukai