Anda di halaman 1dari 6

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013- SATU PANDUAN

Panduan ini hanyalah untuk calon PMR SMK Agama Kuala Lumpur sahaja. Lain-lain
calon jika sesuai bolehlah dijadikan panduan untuk buat kajian masa cuti.

1. Tajuk kajian umum : Kegiatan ekonomi tradisional

Langkah/Panduan:
i. Kenalpasti aktiviti ekonomi tradisional di tempat anda.

ii. Banyak: Mungkin ada peniaga jual sate tepi jalan, buat kuih tradisional, buat belacan,
jual air cendol, buat tempe, tukang urut, tukang gunting rambut tradisional, pekebun,
pesawah, ternak ikan, buat sagu, nelayan, tukang besi, tukang emas, buat wau, buat labu
sayong, buat batik, buat bakul, peniaga pasar malam atau pelombong emas tradisional.
Sebenarnya banyak lagi.

iii. Pastikan kegiatan ekonomi tidak dilakukan secara besar-besaran atau bersifat
komersial atau tidak mengeluarkan hasil pengeluaran yang berskala besar

iv. Pilih satu kegiatan ekonomi tradisional sahaja. Boleh pilih mana-mana kegiatan
ekonomi tradisional seperti langkah nombor ii.

v. Bila dah pilih, buatlah kajian dengan menggunakan kaedah temuramah.Buat


temurammah dengan pengusaha bukan pekerja atau orang yang bekerja di situ.

vii. Bila nak buat temuramah, bina dahulu soalan- soalan yang berkaitan dengan hasil
kajian supaya anda dapat maklumat tentang kajian.

viii. Bila dah bina soalan, bolehlah buat temuramah pengusaha ekonomi tradisional yang
dipilih. Kemudian tulislah hasilkan dialog temuramah tersebut.

viii. Jika buat temuramah di tempat pengusaha itu bekerja, ambillah gambar anda dan
berlatarbelakangkan kawasan kajian.

viiii. Bila ambil gambar, anda dah ada dua kaedah iaitu Kaedah Temuramah dan Melawat
Tempat Kajian.

x. Simpan gambar dan semua sumber yang diperolehi kemudian bawa ke sekolah bila
buka sekolah nanti.

Bagaimana nak buat temuramah// dialog?


1. Beri salam/ sapaan/ khabar
2. Minta pengusaha ceritakan sejarah kegiatan ekonomi tradisional yg dikaji
3. Bagaimana pengusaha itu boleh terlibat
4. Apakah tujuan kegiatan ekonomi dilakukan
5. Ada tak apa-apa proses kegiatan ekonomi tersebut. Contoh pengusaha membua sate,
mesti ada proses buat sate, jadi boleh tanya. Ekonomi tradisional lain pun tetap ada proses.
6. Tanya juga peralatan yang digunakan
5) dan lain-lain soalan yang boleh dibina berdasarkan urutan hasil kajian (Lihat soalan
kerja kursus yang diberi oleh guru)
6. Penutup/ terimakasih.
7. Tulis ikut format dialog/ atau buat dalam bentuk transkrip/ rumusan. Dicadangkan buat
dialog.

Dapatkan maklumat asas:


Jangan lupa maklumat pengusaha:
1. Nama penuh
2. Umur
3. Alamat
4. No k/pengenalan

KERJA KURSUS SEJARAH 2013- sedikit perubahan maklumat

Ana dah tengok soalan kerja kursus sejarah PMR 2013. Sekali baca macam senang. Dua
kali baca macam susah aje. Tiga kali baca pening juga nak bimbing murid nih. Empat kali
baca memang senang. Tugasan kali ini melibatkan kegiatan ekonomi tradisional dan ada
kaitan dengan melawat tempat kajian. Kalau murid yang tinggal di Kuala Terengganu
bolehlah mereka ke Losong, untuk kajian pengusaha keropok lekor. Kalau yang tinggal di
sekitar Kuala Kangsar, bolehlah membuat kajian pengusaha Labu Sayong yang banyak di
sekitar K.Kangsar. Kicap Tamin bolehke? Jawapannya tak boleh sebab pengeluarannya
berskala besar. Sate Kajang juga tak bolehsebab dah popular dan berskala besar dan ada
cawangan lagi. Apa yang boleh? Sebenarnya banyak yang boleh dikaji dan tempat kajian
ada disekeliling anda. Betul ke?

Jadi ana turunkan sedikit panduan untuk mendapatkan


produk tempatan yang ditetapkan:
1. Hasil keluaran seseorang pengusahabukan berskala besar.
2. Memadai hasil pengeluaran secarakecil-kecilan.
3. Hasil keluaran tidak dieksport keluar negara. Itu berskala besar.
4. Bukan berjenama terkenal. Kalau terkenal, ada kaitan dengan skala besar hasil
pengeluaran.
5. Pengusaha tepi jalan/ pasar malam/ gerai majlis daerah atau kiosk layaksebab berskala
kecil.

6. Kantin sekolah tak dibenarkan.


7. Antara makanan yang berskala kecilseperti pengusaha apam balik, putu mayam,
karipap, roti canai, bahulu, akok, pisang goreng, keropok lekor, putu perak, putu
piring dan sebagainya yang dijual di sekitar kawasan rumah/ taman/ kediaman murid.
8. Jika memilih kraf, pengusaha membuat grill juga boleh dibuat kajian.
10. Jangan lupa ambil gambar anda dengan pengusaha di tempat kajian. Ambil juga
gambar di kawasan sekitar. Gambar penting untuk kaedah melawat tempat kajian.
11. Jangan lupa segala soalan yang anda tanya hendaklah dicatat, kemudian buat dialog
untuk kaedah Temuramah. Dapatkan juga maklumat pengusaha melalui salinan kad
pengenalan atau business card. Makluamat itu penting untuk menulis rujukan.

12. Dapatkan juga maklumat di internet, tentang pengusaha yang


dikaji. Jangan save dalam thumb drive. Jangan ditukar kepada word. Ingat.. terus print
dari internet. Jika anda print dari internet, maklumat itu penting untuk kaedah melayari
internet.
13. Dapatkan juga maklumat melalui buku, akhbar, majalah. Maklumat itu penting
untuk kaedah Penyelidikan Perpustakaan.
14. Jika semua itu dilakukan, anda berhak untuk mendapat 4 markah penuh untuk
Elemen 1 sebab anda ada 4 maklumat/sumber yang berbeza. Waktu yang sama anda dah
ada 4 kaedah yang berbeza.
Hadapi masalah sumber dan kaedah kajian?
Jangan bimbang, cuma dapatkan 4 sumber kajian dan 3 kaedah sahaja.
Dari mana sumber kajian yang mudah boleh diperolehi?
1. Orang sumber - pastikan 4 maklumat asas pengusaha diperolehi/ atau salinan kad
pengenalan

2. Melawat tempat kajian - pastikan ada gambar anda bersama pengusaha di tempat
ekonomi tradisional itu berlaku- gambar hendaklah diambil semasa tempoh kajian

3. Photostat lesen perniagaan penjaja atau sijil kursus pengusaha atau sijil kejayaan
pengusaha dalam ekonomi tradisional. Cukuplah satu. Contoh, pengusaha pasar malam
ada permit kebenaran dari majlis daerah. Jadi minta photostat satu. Atau ada petani yang
dapat apa-apa sijil kejayaan yang diikhtiraf juga boleh photostat.

4. Carilah satu lagi sumber tentang ekonomi tradisional yang dikaji sama ada buku,
akhbar, internet dan lain-lain.

Jika anda hanya ada 3 sumber pun tak mengapa. Anda dah ada 3 markah untuk 3 sumber

Apakah kaedah mudah yang boleh diperolehi?


1. Jika ada orang sumber, dan buat dialog anda ada kaedah TEMURAMAH
2. Jika ada gambar tempat kajian, anda dan ada kaedah MELAWAT TEMPAT KAJIAN
3. Jika ada salinan lesen atau sijil, anda ada kaedah ANALISIS DOKUMEN
4. Jika ada cetakan internet, anda ada kaedah MELAYARI INTERNET

Minima kaedah hanyalah 3 sahaja.

Rumusan: Jika anda ada sumber nombor 1,2 dan 3, anda dah ada kaedah 1,2 dan 3.
Kegiatan Ekonomi Tradisional
February 21, Filled under Ekonomi No Comments
2013

Kegiatan Ekonomi Tradisional Pengertian Sistem ekonomi tradisional adalah merupakan


sistem ekonomi yang dijalankan secara bersama untuk kepentingan bersama (demokratis),
Kegiatan Ekonomi Tradisional sesuai dengan tata cara yang biasa ditempuh oleh nenek moyang
sebelumnya.
Dalam sistem Kegiatan Ekonomi Tradisional tugas pemerintah hanya terbatas memberikan
perlindungan dalam bentuk pertahanan, dan menjaga ketertiban umum. Dengan kata lain
kegiatan ekonomi yaitu masalah apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapa barang diproduksi
semuanya diatur oleh masyarakat.
Sistem ekonomi tradisional terdapat pada kehidupan masyarakat sederhana yang
menggantungkan pada hasil alam untuk memenuhi kebutuhan hidupnya. Dalam sistem ekonomi
ini rumah tangga bertindak sebagai produsen sekaligus konsumen sehingga setiap rumah tangga
hanya berusaha memenuhi kebutuhannya sendiri.
Pada umumnya, sistem perekonomian ini berlaku pada negara-negara yang belum maju, dan
mulai ditinggalkan. Misalnya Etiopia. Tapi pada umumnya, sistem ekonomi ini sangatlah primitif
dan hampir tidak ada lagi di dunia.
Ciri-ciri sistem ekonomi tradisional adalah sebagai berikut:
1. Alam merupakan sumber kehidupan dan sumber kemakmuran.
2. Belum ada pembagian kerja dalam masyarakat.
3. Hanya sedikit menggunakan modal.
4. Jenis produksi disesuaikan dengan kebutuhan setiap rumah tangga.
5. Masih menggunakan sistem barter dalam pemenuhan kebutuhan hidupnya.
6. Proses produksi dan sistem distribusinya terbentuk karena kebiasaan atau tradisi yang
berlaku di tengah masyarakat.
7. Terpeliharanya sifat kekeluargaan dalam kehidupan masyarakat.
8. Teknik produksi dipelajari secara turun temurun dan bersifat sederhana.
Kelebihan sistem ekonomi tradisional adalah sebagai berikut:
Tidak terjadi persaingan usaha karena semua kegiatan dilakukan berdasarkan kebiasaan.
Masyarakat merasa sangat aman, karena tidak ada beban berat yang harus dipikul.
Dengan sifat kekeluargaannya, masyarakat hidup dalam kebersamaan.
Kelemahan dari sistem ekonomi tradisional adalah sebagai berikut:
Hasil produksi terbatas sehingga masyarakat tidak berusaha mencari keuntungan atau
laba.
Pola pikir masyarakat tidak berkembang karena diakibatkan oleh pengaruh tradisi.
Tidak memperhitungkan efisiensi dan penggunaan sumber daya.
Kegiatan ekonomi dilakukan untuk memenuhi kebutuhan hidup saja, tidak untuk
meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan.
Teknologi yang digunakan masih sangat sederhana, sehingga produktivitas rendah

Anda mungkin juga menyukai