Anda di halaman 1dari 35

030203-05-0225

AMALAN BERBELANJA SECARA BIJAK DI PASAR RAYA PILIHAN


DALAM KALANGAN PENDUDUK TAMAN SERI REMBAU, NEGERI
SEMBILAN

ABSTRAK

Kajian ini bertajuk “Amalan Berbelanja Secara Bijak di Pasar Raya pilihan
dalam kalangan Taman Seri Rembau, Negeri Sembilan”. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti pasar raya yang menjadi pilihan penduduk Taman Seri Rembau untuk
berbelanjaan dan mengkaji amalan-amalan perbelanjaan secara bijak ketika berbelanja
di pasar raya. Lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah Taman Seri
Rembau yang terletak di Pekan Rembau, Negeri Sembilan. Kajian ini berbentuk
kajian lapangan yang mengunakan soal selidik, temu bual dan kajian perpustakaan
sebagai instrument kajian. Responden seramai 30 orang terdiri daripada penduduk
Taman Seri Rembau. Dapatan kajian menunjukkan 23 orang telah memilih pasar raya
Family Store sebagai tempat mereka berbelanja. Bagi amalan perbelanjaan secara
bijak, amalan memeriksa terma pembelian menjadi amalan utama dalam kalangan
responden. Kesimpulannya, sebagai pengguna bijak, pengguna harus mengatur
perbelanjaan sebaik mungkin agar tidak terbeban dengan pelbagai masalah kewangan
akibat keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar.

1
030203-05-0225

SENARAI ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN
Abstrak 1
Senarai Isi Kandungan 2
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 4-6
2.0 Objektif 7
3.0 Lokasi Kajian
3.1 Peta 8-11
3.2 Lokasi Kajian 8-11
4.0 Metodologi kajian 12
4.1 Reka Bentuk Kajian 12
4.2 Instrumen Kajian 12
4.2.1 Kaedah Pemerhatian 13
4.2.2 Kaedah Soal Selidik 13-14
4.2.3 Kaedah Temu Bual 14
4.2.4 Kaedah Rujukan 15
4.3 Prosedur Kajian 15
4.4 Cara Analisis Data 15
5.0 Dapatan Kajian 16
5.1 Demografi Responden 16
5.1.1 Jantina 17
5.1.2 Bangsa 18
5.2 Jenis pasar raya yang menjadi 19-20
pilihan kepada penduduk Taman Seri
Rembau untuk membuat perbelanjaan
5.3 Amalan-amalan membuat 21-29
perbelanjaan secara bijak ketika
berbelanja di pasar raya
5.4 Laporan Temu Bual 30-32
6.0 Rumusan 33-34

2
030203-05-0225

PENGHARGAAN
Dengan kurniaanya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am
kertas 4 (900/4) penggal 2 tahun 2022 yang bertajuk “Amalan Berbelanja Secara
Bijak di Pasar Raya pilihan dalam kalangan penduduk Taman Seri Rembau, Negeri
Sembilan” dalam masa yang ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Rusmarina
Binti Abu Bakar yang merupakan guru bagi mata pelajaran Pengajian Am Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Forest Height, Seremban, Negeri Sembilan.Ucapan
terima kasih juga kepada tuan pengetua SMK Taman Forest Height iaitu Tuan Haji
Norfaimi Bin Mohamad Nor dan Penolong Kanan Pentadbiran Tingkatan Enam iaitu
Tuan Mohd Saiful Anuar Bin Shariff yang memberikan sokongan dan kelulusan
kepada saya untuk melaksanankan kerja kursusu Pengajian Am.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pengajian Am


saya, iaitu Cikgu Rusmarina binti Abu Bakar. Beliau sentiasa sabar dalam memberi
tunjuk ajar dan cadangan bagi menjayakan dan memperbaiki kerja kursus ini. Selain
itu, beliau juga sering memberi nasihat dan bimbingan yang berkesan dalam
meningkatkan kualiti kerja kursus yang dihasilkan ini. Beliau turut memberi dorongan
dan semangat dengan memberikan kata-kata motivasi kepada para pelajar ketika
melaksanakan kerja kursus ini.

Seterusnya, saya ingin memanjangkan penghargaan kepada ibu bapa saya


kerana mereka sudi menanggung segala perbelanjaan yang diperlukan
semasamenjalankan kerja kursus ini. Mereka juga memberi cadangan yang
berharga dan semangat kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya. Pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada
rakan-rakan yang sedia membantu saya dengan memberikan nasihat dan semangat
semasa berbincang secara berkumpulan.

Akhirnya, saya ingin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada reponden-
responden yang turut menyumbang dan membantu saya dalam menyiapkan
kerja kursus Pengajian Am ini.

3
030203-05-0225

1.0 PENGENALAN

Ekonomi negara Malaysia sekarang dalam keadaan yang stabil selepas


mengalami kemelesetan ekonomi yang disebabkan pademik Covid-19. Ekonomi
sekarang berkembang menjadi stabil berbanding dengan tahun lepas kerana
berkembangan dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer
Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasi-implikasi yang terlibat
sama ada dari aspek positif ataupun negatif.Walaupun ekonomi negara stabil tetapi
pengguna juga hendak membuat berbelanjaan dengan bijak kerana kebanyakan harga
barang masih tinggi disebabkan kekurangan stok.

Tema kajian Pengajian Am kertas 4 (900/4) STPM 2021 ialah pengguna bijak.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ekonomi bermaksud ilmu tentang asas
pengeluaran, pembahagian dan penggunaan barang barang dan perkhidmatan serta
masalah masalah kewangan yang bersangkutan denganya. Ekonomi terbahagi kepada
dua bahagian iaitu mikroekonomi dan makroekonomi. Keprihatinan umum
mikroekonomi adalah peruntukan yang efisien sumber yang terhad antara kegunaan
alternatif tetapi lebih khusus ia melibatkan penentuan harga melalui tingkah laku yang
mengoptimumkan ejen ekonomi, dengan pengguna memaksimumkan utiliti dan firma
memaksimumkan keuntungan. Bagi makroekonomi pula merupakan salah satu
cabang dalam ilmu ekonomi dan bidang pengajian ekonomi secara keseluruhan
dimana ia meliputi pengkajian tentang kegiatan ekonomi sebuah negara secara
keseluruhan.Keadaan ekonomi sesebuah negara yang baik akan menolong
pembangunan negara dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dan menguatkan
ketenteraman negara.

Bagi istilah pengguna,Kamus Dewan Edisi Ke-4 telah memberikan maksud


pengguna ialah seseorang atau sekelompok orang yang memesan, atau menggunakan
barang dibeli, keluaran, atau perkhidmatan dan satu golongan yang dikumpulankan
sebagai isi rumah dalam ekonomi.Selain itu,pengguna adalah pihak yang terpenting
dalam ekonomi negara.Hal ini kerana pengguna akan membeli barangan yang
dihasilkan oleh firma dan aliran wang dapat dijalankan demikian ekonomi negara
dapat dikembangkan.Bijak ialah orang yang sentiasa menggunakan akal dan otak

4
030203-05-0225

untuk berfikir dan membuat keputusan semasa membuat sesuatu supaya dapat
mengelakkan kesalahan.

Pengguna bijak ialah individu atau keluarga yang menggunakan wang dengan
bijak. pengguna bijak sentias mementingkan dan megutamakan keperluan diri atau
keluarga berbanding dengan keinginan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan.
Bagi menjadi seorang pengguna bijak, kita haruslah membuat perbandingan harga dan
menyokong barang tempatan kerana cukai ke atas barangan tempatan adalah lebih
rendah berbanding dengan produk import. Oleh itu, kita dapat memjimatkan wang
dan menabungkannya supaya mempunyai wang untuk mengatasi masalah yang akan
dihadapi masa depan.

Tajuk bagi kajian ini ialah “Amalan Berbelanja di Pasar Raya Pilihan dalam
kalangan penduduk Taman Seri Rembau untuk berbelanja”. Berbelanja di pasar raya
pilihan akan menjadi sesuatu isu bagi tajuk tersebut. Hal ini kerana terdapat pelbagai
pasar raya yang telah disediakan oleh pihak kerajaan di pasaran yang menjadi pilihan
kepada rakyat untuk membuat berbelanjaan. Bagi menarik pelanggan membuat
perbelanjaan di pasar raya mereka, pasar raya akan menjalankan persaingan seperti
promosi, pengiklanan dan jualan bersemuka. Dengan ini, produk yang sama tetapi
harga yang ditawarkan adalah berbeza menyebabkan pelanggan perlu membuat
keputusan untuk membuat berbelanjaan di pasar raya yang harga tawaran lebih rendah
supaya dapat menjimatkan wang. Selain itu, pelangan juga akan membuat amalan
perbelanjaan di pasar raya pilihan berdasarkan kualiti produk yang disediakan di
pasar raya.

Kajian ini dibuat berkaitan kenaikan harga barang yang menjadi masalah
masyarakat. Peningkatan harga menyebabkan pengguna perlu jimat cermat dalam
berbelanjaan. Oleh itu,pengguna akan mencari alternatif bagi mendapat harga barang
yang lebih murah. Perbelanjaan secara bijak ialah membuat pertimbangan dan
keputusan berdasarkan pendapatan yang ada dan keperluan. Hal ini akan
memudahkan pengguna dan meningkatkan taraf hidup pengguna supaya tidak berlaku
pembaziran. Kita perlu berbelanja secara bijak iaitu mendapatkan barang yang perlu
dibeli pada harga lebih rendah. Pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu kita

5
030203-05-0225

berbelanja dengan bijak. Isu tersebut hendaklah dipandang serius terutamanya pada
masa kini harga produk yang semakin meningkat disebabkan pandemik Covid.

Pada tahun yang terdekat ini, disebabkan pandemik Covid yang menjejaskan
ekonomi dunia harga barang menaik yang turut membebankan rakyat kerana
permintaan rakyat melebihi penawaran yang dikeluar oleh firma. Hal ini kerana
dengan mengikut perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan
pekerja di kilang terpaksa berhentikan pekerjaan mereka untuk memastikan
keselamatan mereka. Oleh itu, barangan di pasaran menjadi terhad dan permintaan
yang semakin meningkat menyebabkan kenaikan harga. Contohnya, pada 7 Januari
2022, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, rakyat perlu bersedia dengan kenaikan
harga siling ayam kerana kekurangan stok dan pekerja. Kesanya, beban pengguna
akan meningkat kerana mereka harus menghadapi kenaikan harga barang mesti.

Dengan pertumbuhan pasar raya yang semakin banyak maka memberi pilihan
kepada pengguna untuk membuat pilihan pasar raya yang mereka akan berbelanja.
Pasar raya yang berlainan menawarkan harga barang yang berbeza, oleh itu pengguna
mungkin akan mendapatkan barangan yang lebih murah pada pasar raya lain. Untuk
menjadikan seorang pengguna bijak, pengguna haruslah membuat berbelanjaan
dengan mengikut amalan berbelanja secara bijak untuk menghadapi masalah kenaikan
harga barangan dan perkhidmatan. Hal ini kerana jika pengguna tidak membuat
tindakan tersebut taraf hidup mereka akan menurun kerana kos hidup pengguna
meningkat menyebabkan mereka tidak dapat menikmati hiburan. Oleh itu, pengkaji
berminat untuk menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti pasar raya yang
menjadi pilihan oleh penduduk setempat dan amalan penduduk membuat berbelanjaan
secara bijak.

Kesimpulannya, pengguna harus bijak merancang, memilih dan menentukan


pasar raya yang menawarkan harga barangan yang dipatutkan. Pengguna harus bijak
mendapatkan barangan yang lebih murah agar kos perbelanjaan yang meningkat
akibat kenaikkan harga barang tidak begitu menjejaskan kuasa beli pengguna.

6
030203-05-0225

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian merupakan elemen yang terpenting dalam menghasilkan
sesuatu kajian. Objektif kajian akan memberi maklumat yang ingin dikaji:

Pengkaji menjalankan kajian berdasarkan dua objektif, iaitu:


1. Mengenal pasti pasar raya yang menjadi pilihan penduduk Taman Seri
Rembau untuk berbelanja.

2. Mengkaji amalan-amalan perbelanjaan yang diamalkan oleh penduduk


Taman Seri Rembau ketika berbelanja di pasar raya.

7
030203-05-0225

3.0 LOKASI KAJIAN


Kajian ini telah dijalankan di Taman Seri Rembau, 71300 Rembau, Negeri
Sembilan. Taman Seri Rembau terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Peta:

Peta 1 :Peta Negeri Sembilan


Sumber; Google Image
Negeri Sembilan merupakan salah satu negeri daripada 14 negeri di Malaysia.
Negeri Sembilan terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan
Selangor di sebelah utara, Pahang di sebelah timur, Johor di sebelah tenggara dan
Melaka di sebelah selatan. Ibu negeri ialah Seremban. Bandar Diraja ialah Seri
Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah di tengah-tengah negeri. Negeri ini
kelima terkecil keluasannya di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga
ke-8), serta mempunyai kependudukan ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia,
serta di Semenanjung (tangga ke-10). Anggaran jumlah penduduk di Negeri Sembilan
pada tahun 2020[7] adalah sebanyak 1,162,644 (1.16 juta) orang. Bilangan lelaki
lebih tinggi daripada perempuan iaitu 605.8 ribu orang dan 556.8 ribu orang.

8
030203-05-0225

Peta 2:Peta Daerah Rembau


Sumber:Google Maps

Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah


selatan bersempadan dengan Negeri Melaka. Daerah Rembau seluas 402.76 kilometer
persegi atau 41,512 hektar dengan penduduk seramai 43,011 (2010) orang, yang
mendiami 17 mukim mengandungi 204 buah kampung. Penduduk daerah ini
majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan, pekerja kilang di kawasan
perindustrian daerah atau di Seremban. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh
kerajaan seperti hospital, stesen bas, stesen kereta api dan stesen bomba. Selain itu,
dalam daerah Rembau juga mempunyai jenis pasar raya yang banyak seperti Zemart,
Family Store, 99 Speedmart dan Fresco. Perjalanan dari Rembau ke bandar Seremban
memerlukan 30 minit.

9
030203-05-0225

Peta 3:Peta Taman Seri Rembau


Sumber: Google Maps

Foto 1: Taman Seri Rembau


Sumber: Kerja Lapangan 2022

Taman Seri Rembau ialah sebuah taman perumahan yang terletak di daerah
Rembau. Kemudahan asas yang terdapat dalam taman tersebut ialah taman rekreasi,

10
030203-05-0225

stesen bus, stesen kereta api, masjid, pasar raya Family Store dan kedai runcit.
Hospital kerajaan telah disediakan di sekeliling Taman Seri Rembau iaitu sebanyak 9
km jauh daripada taman tersebut. Taman Seri Rembau mempunyai 4 Fasa dan setiap
fasa mempunyai sekurang-kurangnya 100 keluarga. Di kanan lorong masuk ke taman
tersebut terdapat pasar raya Family Store dan di hadapanya pula Petronas. Selain itu,
sebanyak 5 km jauh jarak Taman Seri Rembau dari Bandar Rembau dan 10 km jauh
dari Chembong.

11
030203-05-0225

4.0 METODOLOGI

Metodologi kajian bertujuan untuk menerangkan proses penyediaan reka bentuk


kajian bagi menghubungkaitkan objektif kajian dengan instrument kajian yang
digunakan. Menurut Kerlinger, reka bentuk kajian berfungsi sebagai panduan dalam
suatu pengkajian untuk mencari jawapan yang jelas terhadap persoalan-persoalan
kajian.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan memnggunakan temu
bual dan soal selidik. Makulumat akan di dapat melalui sumber primer iaitu borang
soal selidik dan temu bual terhadap penduduk di Taman Seri Rembau, Rembau.
Sumber sekunder pula merujuk kepada pengumpulan maklumat daripada sumber-
sumber yang telah ada. Pengkaji akan mendapatkan maklumat melalui perhatian di
sekelilingi Taman Seri Rembau. Selain itu, pengkaji juga mendapatkan maklumat
yang berkaitan dengan kerja kursus ini di Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang
berada di Seremban 2 , Negeri Sembilan.Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji
pasar raya yang menjadi pilihan penduduk untuk berbelanja dan mengkaji amalan-
amalan perbelanjaan yang diamalkan oleh penduduk Taman Seri Rembau ketika
berbelanja di pasar raya.

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep


yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang.
Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan
menggunakan borang temubual, borang soal selidik dan pemerhatian.

Kaedah Instrumen Kajian

Kuantitatif Borang soal selidik

Kualitatif Borang temubual, pemerhatian

Jadual 1: Kaedah Instrumen Kajian

12
030203-05-0225

4.2.1 KAEDAH PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang mendapatkan makumat dan


mengumpulkan data selain daripada soal seilidk dan temu bual. Pemerhatian
memerlukan pengkaji memerhatikan perkara dan situasi yang berlaku di tempat kajian
Kaedah tersebut membolehkan pengkaji memahami situasi sebenar dan mempunyai
contoh fizikal yang hendak digambarkan oleh responden. Setiap pemerhatian
dilakukan secara sistematik, mempunyai focus dan betul. Catatan yang dibuat
mestilah tepat, sah dan boleh dipercayai.

4.2.2 KAEDAH SOAL SELIDIK

Kaedah soal selidik merupakan kaedah mengumpulkan data secara fizikal


melalui borang soal selidik.Menurut pandangan Mile dan Huberman (1984) yang
mengatakan bahawa data yang dikumpulkan oleh soal selidik dengan responden
kajian yang dijalankan dalam suausana semula jadi memberikan data berbentuk
deskriptif yang tepat merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data.
Penduduk Taman Seri Rembau telah dipilih oleh pengkaji untuk menjawab borang
soal selidik dalam kajian ini.Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup.
Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang
berbeza dan mudah dibandingkan. Borang soal selidik tersebut telah disediakan
kepada responden dengan mengandungi tiga bahagian iaitu, bahagian A, bahagian B,
dan bahagian C. Semua soalan yang berada dalam borang soal selidik tersebut adalah
dalam Bahasa Melayu. Tindakan ini adalah untuk memastikan semua responden yang
menjawab borang tersebut memahami soalan.Walaubagaimanapun juga mempunyai
segelintir responden tidak memahami perkataan-perkataan dalam borang soal selidik,
oleh itu pengkaji telah menjelaskan maksud dan penerangan kepada mereka.

Borang soal selidik yang dihasilkan oleh pengkaji mempunyai tiga bahagian
iaitu bahagian A dengan bertujuan untuk mengetahui latar belakang dan maklumat
responden tentang jantina dan bangsa. Bahagian B pula pengkaji menanyakan tentang
salah satu objektif kajian ini tentang pasar raya yang menjadi pilihan oleh penduduk
di Taman Seri Rembau. Soal selidik ini telah menyediakan beberapa pilihan kepada
responden untuk membuat pilihan dan mereka hanya perlu menandakan tanda betul
pada ruangan yang disediakan. Bahagian yang terakhir telah menggunakan lima skala

13
030203-05-0225

liket.Antara skala yang digunakan adalah setuju,sangat setuju,kurang pasti,sangat


tidak setuju dan tidak setuju.

Skala liket merupakan skala yang diwujud untuk mengukur prestasi atau
pendapatan seseorang.Jumlah soalan yang ditanya ialah 8 soalan dan semua soalan
yang ditanya telah merangkumi objektif kajian iaitu amalan membuat perbelanjaan
secara bijak Ketika membuat perbelanjaan di pasar raya. Skala liket digunakan kerana
soalan yang ditanya mudah untuk dianalisiskan dan menyenangkan responden untuk
memilih skala kerana mereka dikehendaki memilih satu daripada skala
liket.Responden akan memjawabkan borang selidik dalam beberapa minit selepas
pengkaji memberikan penerangan kepada mereka.

Skala Penerangan

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Kurang Setuju

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Jadual 2 : Skala Liket

4.2.3 KAEDAH TEMU BUAL

Kaedah temu bual merupakan kaedah yang membolehkan pengkaji


mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada responden berbanding dengan
kaedah soal selidik. Pengkaji telah memilih tiga penduduk Taman Seri Rembau untuk
mengadakan temu bual. Responden dapat memberikan keterangan yang jelas tentang
sebab mereka setuju atau tidak setuju dengan amalan perbelanjaan secara bijak.
Pengkaji juga boleh memerhatikan reaksi responden semasa temu bual untuk
mendapatkan maklumat. Terdapat 8 soalan yang sama dengan bahagian c soal selidik
disediakan untuk dijawab oleh tiga responden.

14
030203-05-0225

4.2.4 KAEDAH RUJUKAN

Bagi melengkapkan lagi kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan


dengan menggunakan internet dan bahan rujukan yang disediakan di perpustakaan
Seremban 2. Kebanyakan maklumat yang pengakji dapati terdapat di dalam laman
web. Di samping itu, buku-buku pelajaran di perpustakaan dijadikan rujukan
tambahan untuk melengkapkan lagi hasil kajian pengkaji.

4.3 PROSEDUR KAJIAN

Sebelum melakukan soal selidik, pengkaji akan memberikan keterangan


tentang borang soal selidik. Tujuan kajian tersebut dan keterangan tentang soalan
telah diberitahu kepada responden. Dengan ini, responden juga memberikan
Kerjasama kepada pengkaji dengan memberikan 10 hingga 15 minit untuk menjawab
borang soal selidik dan mereka juga diberitahukan bahawa semua maklumat dan
jawapan yang diisi akan dirashiakan dan tidak akan dibongkarkan.

4.4 CARA ANALISIS DATA

Data yang digunakan telah diproses dengan menggunakan kaedah


deskriptif.Pengkaji turut memaparkan gambar, peratus dan carta-carta serta jadual.
Bagi memudahkan penganalisis data,semua maklumat yang diperolehi daripada hasil
temu duga dan responden akan dilaporkan dalam bentuk deskriptif.

15
030203-05-0225

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini dihasilkan untuk mengenal pasti dapatan kajian. Dapatan kajian
dilakukan untuk mengenal pasti pasar raya yang menjadi pilihan penduduk Taman
Seri Rembau untuk perbelanjaan. Selain itu, berperanan untuk mengkaji amalan-
amalan penduduk Taman Seri Rembau dalam membuat perbelanjaan secara bijak
ketika berbelanja di pasar raya.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Analisis dapatan kajian tentang mengkaji amalan membuat perbelanjaan


secara bijak ketika berbelanja di pasar raya. Berdasarkan data borang soal selidik
yang diperoleh pengkaji telah membuat analisis secara deskriptif bagi mendapatkan
peratus dan kekerapan. Menurut kamus dewan deskriptif ialah memberikan deskripsi

Jadual di bawah menunjukkan pembalasan responden yang terdiri daripada


kalangan penduduk Taman Seri Rembau. Jumlah keseluruhan responden adalah 30
orang dan edaran borang diedarkan secara rawak.

Jadual 3: Latar Belakang Responden

Bilangan Faktor Kategori Kekerapan Peratusan

1. Lelaki 15 50%
Jantina
Perempuan 15 50%

2. Cina 8 26.67%

Melayu 10 33.33%

bangsa India 7 23.33%

Lain-lain 5 16.67%

Sumber:Kajian Lapangan 2022

16
030203-05-0225

5.1.1 JANTINA

JANTINA

Lelaki
Perempuanr
50% 50%

Rajah 1: Latar Belakang Responden Berdasarkan Jantina


Sumber: Kajian Lapangan 2022

Rajah 1 menunjukkan jantina responden iaitu lelaki dan perempuan.Jumlah


bilangan responden dan perempuan adalah sama iaitu 15 orang bersamaan 50%.
Semua 30 0rang responden adalah penduduk Taman Seri Rembau. Bilangan
responden dan peratus telah diwujudkan dalam jadual 1 dan rajah 1.

17
030203-05-0225

5.1.2 BANGSA

Bangsa

17%
27% Cina
Melayu
India
Lain-lain
23%

33%

Rajah 2: Latar Belakang Responden Berdasarkan Bangsa


Sumber: Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan Rajah 2 latar belakang responden berdasarkan bangsa.Disebabkan


Malaysia sebagai negara yang mempunyai kaum yang pelbagai,oleh itu responden
telah dibahagikan kepada empat jenis bangsa iaitu Cina, Melayu, India dan lain-lain.
Bilangan responden Cina ialah lapan orang bersamaan 27%. Responden bangsa
Melayu pula mempunyai sepuluh orang bersamaan 33% iaitu bilangan yang tertinggi
daripada 30 orang responden berbanding dengan responden bangsa lain. Responden
bangsa India pula mempunyai 7 orang bersamaan 23%. Akhirnya, bilangan bangsa
lain ialah lima orang bersamaan 17% dan semuanya adalah Orang Asli.

18
030203-05-0225

5.2 Jenis pasar raya yang menjadi pilihan kepada penduduk Taman Seri
Rembau untuk membuat perbelanjaan
Jadual 4: Analisis jenis-jenis pasar raya yang menjadi pilihan kepada penduduk
Taman Seri Rembau untuk membuat perbelanjaan
YA TIDAK
Bil Pilihan Pasar raya Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus

1. Zemart 17 56.67% 13 43.33%

2. Family Store 23 76.67% 7 23.33%

3. 99 Speedmart 19 63.33% 11 36.67%

4. Fresco 11 36.67% 19 63.33%

5. 7-11 9 30% 21 70%

Sumber:Kerja Lapangan 2022

19
030203-05-0225

76.67
70
63.33 63.33
56.67

43.33
36.67 36.67
30
23.33

Zemart Family Store 99 Speedmart Fresco 7-eleven

YA TIDAK

Rajah 3: Jenis-jenis pasar raya yang menjadi pilihan penduduk Taman Seri Rembau
Sumber: Kerja Lapangan 2022

Berdasarkan Rajah 3 menunjukkan jenis-jenis pasar raya yang menjadi pilihan


kepada penduduk Taman Seri Rembau untuk membuat perbelanjaan dan keputusan
responden atas soalan tersebut. Data graf 1 adalah berdasarkan jadual 2 dan sumber
pendapatan data adalah dari borang soal selidik. Dapatan kajian ini telah
menunjukkan bahawa 17 orang bersamaan 56.67% membuat keputusan untuk
membuat perbelanjaan di pasar raya Zemart dan 13 orang tidak memilih pasar raya
tersebut. Selain itu, terdapat 23 orang bersamaan 76.67% memilih pasar raya Family
Store untuk perbelanjaan iaitu bilangan yang paling banyak berbanding dengan pasar
raya lain manakala terdapat 7 orang tidak memilih pasar raya tersebut. Di samping itu,
19 orang responden bersamaan 63.33% telah memilih pasar raya 99 Speedmart
sebagai pusat membeli belah mereka dan 11 orang responden bersamaan 36.67%
tidak memilihnya. Bagi pasar raya Fresco pula, seramai 11 orang responden
bersamaan 36.67% ingin membuat perbelanjaan di pasar raya tersebut dan 19 orang
responden bersamaan 63.33% tidak membuat keputusan tersebut. Akhirnya,
berdasarkan dapatan kajian tersebut 9 orang responden bersamaan 30% telah memilih
pasar raya 7-Eleven untuk membuat perbelanjaan iaitu bilangan yang paling rendah
dalam kajian tersebut dan 21 orang responden bersamaan 70% tidak membuat
keputusan untuk berbelanja di pasar raya tersebut.

20
030203-05-0225

5.3 Amalan-amalan membuat perbelanjaan secara bijak ketika berbelanja di


pasar raya.

Jadual 5: Jadual amalan-amalan membuat perbelanjaan secara bijak ketika berbelanja


di pasar raya.
Sangat
Tidak Kurang Sangat
tidak Setuju Min
Bil Amalan setuju setuju setuju
setuju (4)
(2) (3) (5)
(1)
K % K % K % K % K %
Membuat
perbandingan
1. harga antara 0 0 0 0 2 6.67 9 30 19 63.33 4.57
produk yang
hampir sama
Berbelanja
ketika
2. 0 0 2 6.67 5 16.67 11 36.67 12 40 4.10
promosi
berlangsung
Merancang
3. pembelian/bu 0 0 0 0 6 20 10 33.33 14 46.67 4.27
get kewangan

Menyenaraik
an barangan
4. 1 3.33 0 0 4 13.33 8 26.67 17 56.67 4.33
yang ingin
dibeli
Beli barangan
keperluan
5. 1 3.33 5 16.67 0 0 14 46.67 10 33.33 3.90
dan bukan
kehendak
Memilih
6. barangan 0 0 0 0 3 10 7 23.33 20 66.67 4.57
berkualiti
Memeriksa
7. 0 0 0 0 0 0 13 43.33 17 56.67 4.57
Tarikh luput
Memeriksa
8. terma 0 0 1 3.33 1 3.33 7 23.33 21 70 4.60
pembelian

21
030203-05-0225

Sumber: Kerja Lapangan 2022

7%

Sangat Tidak Setuju


30% Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
63% Sangat Setuju

Rajah 4: Tindak Balas Responden Terhadap Amalan Tentang Membuat Perbandingan


Harga Antara Produk Yang Hampir Sama
Sumber: Kerja Lapangan 2022

Rajah 4 telah menunjukkan salah satu amalan membuat berbelanja secara bijak
ketika berbelanja di pasar raya iaitu membuat perbandingan harga antara produk yang
hampir sama. Skala liket seperti tidak setuju, sangat tidak setuju, kurang setuju, setuju
dan sangat setuju telah digunakan untuk mendapatkan tindak balas responden. Tidak
mempunyai responden yang memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju. Terdapat 2
orang bersamaan 7% kurang setuju dan 9 orang bersamaan 30% setuju dengan amalan
membuat perbandingan harga antara produk yang hampir sama. Seterusnya, 19 orang
bersamaan 63% telah memilih sangat setuju atas amalan tersebut. Min purata bagi
amalan ini adalah 4.57 dengan kebanyakan responden yang sangat setuju dengan
membuat perbandingan antara dua produk yang hampir sama. Berdasarkan laporan
temu bual , responden A telah memberitahu bahawa sebab dia membuat perbandingan
antara produk yang hampir sama ialah harga produk yang berjenama akan lebih tinggi
berbanding dengan produk yang lain. Seterusnya, responden C mengatakan bahawa
amalan ini dapat menjimatkan wang kerana tidak membazirkan duit atas barang yang
berkualiti sama tetapi harga yang berbeza.

22
030203-05-0225

7%

17%
Sangat Tidak Setuju
40%
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju

37%

Rajah 5 : Tindak Balas Responden Terhadap Amalan Berbelanja Ketika Promosi


Berlangsung
Sumber: Kerja Lapangan 2022

Berdasarkan rajah 5, tiada orang yang sangat tidak setuju dengan amalan ini
iaitu berbelanja ketika promosi berlangsung. Terdapat 2 orang bersamaan 7% tidak
setuju dan 5 orang bersamaan 17% kurang setuju dengan amalan tersebut. Selain itu,
11 orang bersamaan 36% setuju dengan amalan berbelanja ketika promosi
berlangsung dan 12 orang bersamaan 40% pula sangat setuju. Min purata bagi amalan
tersebut adalah sebanyak 4.10 dengan kebanyakan responden sangat setuju berbelanja
ketika promosi berlangsung. Responden A telah memberikan alasan bahawa mereka
dapat membelikan kuantiti barang yang banyak dengan harga yang murah. Selain itu,
responden C tidak membuat perbelanjaan semasa promosi kerana akan membazirkan
masanya untuk beratur semasa membuat pembayaran.

23
030203-05-0225

20%

Sangat Tidak Setuju


Tidak Setuju
47%
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju
33%

Rajah 6: Tindak Balas Responden Terhadap Amalan Merancang Pembelian Dan


Buget Kewangan
Sumber: Kerja Lapangan 2022

Berdasarkan rajah 6 yang ditunjukkan di atas, tiada responden yang sangat tidak
setuju dan tidak setuju dengan amalan merancang pembelian dan bajet kewangan.
Hanya 6 orang bersamaan 20% yang kurang setuju dengan amalan tersebut tetapi 10
orang bersamaan 33% yang setuju dengan amalan perbelanjaan secara bijak apabila
berbelanja di pasar raya dengan merancang pembelian dan bajet kewangan. Terdapat
14 orang responden bersamaan 47% sangat setuju dengan amalan tersebut.
Kebanyakan responden yang sangat setuju membuat pembelian dan bajet kewangan
semasa membuat perbelanjaan di pasar raya mempunyai min 4.27. Responden A akan
merancangkan pembelian dari segi kualiti, waranti, kegunaan, harga dan tujuan
pembelian sebelum membuat pembayaran dan keputusan akhir. Selain itu, responden
C nersetuju dengan amalan ini kerana beliau membuat bajet kewangan bulanan
supaya dapat memastikan mempunyai tabungan pada setiap bulan untuk mengatasi
masalah yang akan dihadapi pada masa depan. Oleh itu, mereka tidak akan berbelanja
lebih daripada bajet kewangan yang ditetapkan dan wang yang selebihnya akan
ditabung dan dijimatkan.

24
030203-05-0225

3%
13%

Sangat Tidak Setuju


Tidak Setuju
Kurang Setuju
57% Setuju
27%
Sangat Setuju

Rajah 7: Tindak Balas Responden Terhadap Amalan Menyenaraikan Barangan Yang


Ingin Dibeli
Sumber: Kerja Lapangan 2022

Menurut rajah 7 di atas, 1 orang responden bersamaan 3% yang sangat tidak


setuju dan 4 orang responden bersamaan 13% kurang setuju dengan amalan
berbelanjaan secara bijak dengan menyenaraikan barangan yang ingin dibeli. Terdapat
8 orang responden bersamaan 27% telah setuju dengan amalan tersebut dan 17 orang
responden bersamaan 57% pula sangat setuju dengan amalan tersebut. Min bagi
amalan tersebut adalah 4.33 iaitu kebanyakan adalah responden setuju. Bagi
responden A, alasan yang diberkan ialah dengan membuat penyenaraian barangan
yang ingin dibeli sebelum pergi ke pasar raya dapat menjimatkan wang untuk
tabungan. Responden B setuju dengan amalan tersebut kerana tidak akan
membazirkan wang atas barang yang tidak diperlukan. Dengan ini, kecekapan mereka
atas ketika membuat perbelanjaan akan ditingkatkan kerana mereka banyak membeli
barang yang perlu sahaja.

25
030203-05-0225

3%
17%
33% Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju

47%

Rajah 8: Tindak Balas Responden Terhadap Amalan Beli Barangan Keperluan Dan
Bukan Kehendak
Sumber: Kerja Lapangan 2022

Min bagi amalan beli barangan keperluan dan bukan kehendak adalah sebanyak
3.90 iaitu min yang paling rendah berbanding dengan amalan yang lain. Terdapat 1
orang responden bersamaan dengan 3% sangat tidak setuju dan 5 orang responden
bersamaan dengan 17% tidak setuju.Seterusnya,sebanyak 14 orang responden telah
bersamaan 47% telah setuju dengan amalan ini. Terdapat 10 orang responden
bersamaan 33% sangat setuju dengan amalan beli barangan keperluan dan bukan
kehendak. Min bagi amalan tersebut ialah 3.90 kerana bilangan responden yang
memilih setuju dan tidak setuju adalah tinggi. Responden A tidak setuju dengan
amalan tersebut dan meyatakan bahawa barangan kehendak juga penting untuk
memenuhi kehendak mereka dan dapat memberikan kepuasan kepada mereka. Selain
itu, responden B juga memberitahu bahawa beliau akan sentiasa mengutamakan
barangan keperluan dahulu dan hanya akan membelanjankan barangan kehendak
seperti makanan ringan, permainan, barang penghiasan dan sebagainya apabila
mempunyai wang yang berlebihan.

26
030203-05-0225

10%

Sangat Tidak Setuju


23% Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju
67%

Rajah 9: Tindak Balas Responden Terhadap Amalan Memilih Barangan Berkualiti


Sumber: Kerja Lapangan 2022

Berdasarkan rajah 9 dan jadual 5 di atas, didapati tidak mempunyai responden


yang sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan amalan ini. Bagi responden yang
kurang setuju masing-masing ialah 4 orang bersamaan 10% dan bagi skala setuju pula
adalah 7 orang bersamaan 23% bagi amalan memilih barangan berkualiti. Terdapat 20
orang responden bersamaan 67% sangat setuju dengan amalan tersebut. Secara
keseluruhannya, min purata bagi amalan tersebut adalah sebanyak 4.57. Responden C
sangat setuju dengan amalan ini kerana barangan yang berkualiti akan memberikan
perasaan selamat kepadanya walaupun harga barangan lebih mahal. Selain itu,
responden B yang setuju dengan amalan ini juga memberitahukan bahawa barangan
yang berkualiti juga lebih tahan lama oleh itu beliau dapat menjimatkan wang kerana
tidak perlu menukar baru berbanding dengan barangan yang tidak berkualiti dan
mudah rosak.

27
030203-05-0225

Sangat Tidak Setuju


43% Tidak Setuju
Kurang Setuju
57% Setuju
Sangat Setuju

Rajah 10 : Tindak Balas Responden Terhadap Amalan Memeriksa Tarikh Luput


Sumber: Kerja Lapangan 2022

Berdasarkan rajah 10 di atas menunjukkan salah satu amalan membuat


perbelanjaan secara bijak ketika berbelanjaan di pasar raya iaitu memeriksa tarikh
luput
mengikut skala seperti sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan
sangat setuju. Bagi amalan tersebut tidak mempunyai responden yang memilih sangat
tidak setuju, tidak setuju dan kurang setju. Semua tindak balas responden terhadap
amalan ini adalah setuju iaitu 13 orang bersamaan 43% setuju dan 17 orang
bersamaan 57% sangat setuju dengan amalan tersebut. Min purata bagi amalan
tersebut adalah sebanyak 4.57 dimana semua responden adalah setuju dengan amalan
ini. Responden A yang setuju dengan amalan ini memberikan alasan bahawa barangan
atau makanan yang melepasi tarikh luput tidak sesuai dan selamat digunakan. Oleh
itu, sebagai pengguna yang bijak mereka akan sentiasa memeriksa tarikh luput semasa
membuat perbelanjaan supaya kesihatan mereka dijamin.

28
030203-05-0225

3%3%

23% Sangat Tidak Setuju


Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Setuju
70%

Rajah 11 : Tindak Balas Responden Terhadap Amalan Memeriksa Terma Pembelian


Sumeber: Kerja Lapangan 2022

Rajah 11 dan jadual 5 telah menunjukkan tiada orang yang menunjukkan tindak
balas sangat tidak setuju terhadap amalan ini. Terdapat 1 orang responden bersamaan
3% telah memilih tidak setuju dengan amalan yang dinyatakan di atas. Di sebaliknya,
terdapat 1 orang responden bersamaan 3% kurang setuju dan sebanyak 7 orang
bersamaan 24% telah setuju dengan amalan memereksa terma pembelian. Terdapat 21
orang responden bersamaan 70% setuju dengan amalan ini iaitu bilangan yang paling
banyak dalam kajian ini. Min purata bagi amalan tersebut juga adalah paling tinggi
berbanding dengan amalan yang lain iaitu sebanyak 4.60 kerana kebaynkan responden
telah memilih skala sangat setuju. Responden A yang sangat setuju telah
memberitahukan bahawa memeriksa terma pembelian adalah penting kerana untuk
mengelakkan terbeli barangan tiruan. Selain itu, responden C juga akan
mementingkan perjanjian yang diberikan oleh penjual seperti waranti yang diberi dan
pengedaran yang dijanjikan oleh penjual supaya mereka tidak membazirkan kebaikan
yang sepatutnya didapati oleh mereka.

29
030203-05-0225

5.4 LAPORAN TEMU BUAL


Bil Penyataan Soalan Responden A Responden B Responden B
1. Apakah pasaraya Family Store, Family Store, 7-Eleven, kerana
yang akan kerana kerana waktu operasi
menjadi pilihan kedudukan pasar mempunyai pasar raya
anda untuk raya tersebut sekuriti yang tersebut adalah 24
membuat adalah dekat bertanggungjawa jam.
perbelanjaan ? dengan tempat b melaksanakan
Boleh berikan duduknya tugasnya
contoh yang
lain ?

2. Adakah anda Setuju, harga Setuju, barang Setuju, dapat


Membuat produk yang yang hampir sama menjimatkan
perbandingan berjenama akan tetapi kualiti yang wang kerana
harga antara lebih tinggi berbeza. tidak
produk yang berbanding membazirkan duit
hampir sama ? dengan produk atas barang yang
Kenapa? yang lain berkualiti sama
tetapi harga yang
berbeza.
3. Adakah anda Setuju, dapat Setuju, pada hari Tidak, kerana
berbelanja ketika membelikan rayaan oleh itu pelanggan di
promosi kuantiti barang mereka dapat pasar raya akan
berlangsung ? yang banyak menbeli barang menjadi banyak
Kenapa ? dengan harga untuk perayaan dan membazirkan
yang murah dengan kos yang masa untuk
lebih rendah dan beratur semasa
kuantiti yang membayar
banyak

4. Adahkah anda Setuju, saya Tidak, saya Setuju, membuat

30
030203-05-0225

merancang akan membeli mana bajet kewangan


pembelian atau merancangkan mana barang yang bulanan supaya
buget kewangan pembelian dari berminat mereka dapat
sebelum segi kualiti, memastikan
membuat waranti, mempunyai
perbelanjaan di kegunaan, harga tabungan untuk
pasaraya ? dan tujuan mengatasi
berikan hujah pembelian masalah yang
anda ? sebelum akan dihadapi
membuat pada masa depan
pembayaran dan
keputusan akhir
5. Adakah anda Setuju, untuk Setuju, saya akan Tidak, akan
menyenaraikan mengurangkan membuat senarai membazirkan
barangan yang pembaziran barangan yang masa untuk
ingin dibeli, wang yang hendak dibeli membuat senarai
kenapa sepatutnya sebelum pergi ke barangan
ditabungkan pasar raya untuk
mengurangkan
pembaziran wang
6. Adakah anda Tidak, kerana Setuju, saya akan Tidak, kerana
setuju dengan barangan sentiasa barangan
amalan beli kehendak juga mengutamakan kehendak
barangan penting untuk barangan diperlukan untuk
keperluan dan memenuhi keperluan dahulu mengurangkan
bukan kehendak? kehendak dan dan hanya akan stres.
sila berikan dapat membelanjankan
sebab. memberikan barangan
kepuasan kehendak ketika
mempunyai wang
yang lebihan

7. Anda lebih Tidak, barangan Setuju, lebih Setuju, barangan


memilih Brangan yang berkualiti tahan lama dan yang berkualiti

31
030203-05-0225

yang berkualiti adalah mahal dapat akan memberikan


atau barangan menjimatkan perasaan selamat
yang murah? wang kerana tidak kepada mereka
Kenapa? perlu menukar walaupun harga
baru berbanding barangan lebih
dengan barangan mahal.
yang tidak
berkualiti dan
mudah rosak.
8. Adakah anda Setuju, barangan Setuju, jika Setuju, barangan
memeriksa tarikh atau makanan termakan atau makanan
luput sebelum yang melepasi makanan yang yang dibeli
membuat tarikh luput melepasi tarikh perlulah selamat
keputusan tidak sesuai dan luput akan untuk diguna
pembelian? selamat mempunyai
Kenapa ? digunakan masalah kesihatan
9. Adakah anda Setuju, Setuju, saya akan Setuju,
memeriksa terma mengelakkan memeriksa syarat mementingkan
pembelian ? pembelian syarat yang telah perjanjian yang
Kenapa ? barangan tiruan dinyatakan oleh diberikan oleh
pengeluar untuk penjual supaya
mengelakkan diri mereka tidak
dari penipuan dan membazirkan
membahayakan kebaikan yang
kesihatan. sepatutnya
didapati oleh
mereka.

Sumber: Kerja Lapangan 2022

32
030203-05-0225

6.0 RUMUSAN
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah mengumpulkan data-data tentang objektif
kajian dan tindak balas penduduk Taman Seri Rembau. Dua objektif yang dikaji ialah
mengenal pasti pasar raya yang menjadi pilihan penduduk Taman Seri Rembau untuk
berbelanja dan mengkaji amalan-amalan perbelanjaan yang diamalkan oleh penduduk
Taman Seri Rembau ketika berbelanja di pasar raya. penduduk Taman Seri Rembau
mempunyai pandangan yang berbeza terhadap pilihan pasar raya dan amalan
berbelanjaan secara bijak apabila perbelanja di pasar raya.

Borang soal yang telah diedarkan kepada 30 orang responden dan 3 orang
responden untuk borang temu bual untuk nendapatkan maklumat. Dengan disebabkan
musim raya kebanyakan orang yang dijumpai oleh pengkaji di pasar raya ialah
penduduk Melayu. Untuk memastikan keadilan pengkaji telah memilih bilangan yang
sama antara lelaki dan perempuan. Maklumat yang didapat telah dianalisiskan oleh
pengkaji sendiri dan telah dilaporkan dalam bentuk deskriptif.

Daripada dapatan kajian bahagian B borang soal selidik, Pasaraya yang menjadi
pilihan utama kepada penduduk Taman Seri Rembau adalah pasar raya Family Store.
Hal ini kerana persekitaran pasar raya Family Store adalah lebih bersih dan selesa
untuk meraka membuat perbelanjaan. Contohnya, pasar raya tersebut telah
menyediakan penghawa dingin, sekuriti yang bertanggungjawab dan pekerja
pembersihan yang sangat rajin. Perkara-perkara tersebut menyebabkan penduduk
berasa selamat dan selesa untuk berbelanja di sini. Selain itu, kedudukan yang
strategik juga menjadi salah satu sebab penduduk Taman Seri Rembau membuat
pilihan tersebut. Kedudukan pasar raya Family Store adalah berada di hadapan Taman
Seri Rembau sahaja iaitu sebanyak 2 km jauh daripadanya. Oleh itu, membuat
perbelanjaan di pasar raya tersebut dapat menjimatkan masa penduduk.

Berdasarkan dapatan kajian bahagian B juga, pasar raya yang kurang menjadi
pilihan oleh penduduk Taman Seri Rembau ialah pasar raya 7-Eleven. Dengan kajian
yang telah dibuat mendapati bahawa, tujuan utama penduduk tidak memilih pasar
raya tersebut sebagai tempat perbelanjaan mereka ialah penetapan harga produknya
adalah lebih tinggi berbanding dengan pasaran. Hal ini telah menyebabkan penduduk

33
030203-05-0225

tidak mahu membazirkan wang atas barang boleh mendapatkan dalam harga yang
lebih murah dari tempat lain. Walaupun begitu, responden yang membuat keputusan
membuat perbelanjaan di pasar raya tersebut telah mengata bahawa waktu operasi
pasar raya tersebut adalah 24 jam. Oleh itu, mereka dapat membeli barang keperluan
di pasar raya tersebut walaupun pada tengah malam.Dengan ini, untuk mengatasi
kekurangan pelanggan di pasar raya 7-Eleven, pengurus pasar raya tersebut telah
menyediakan perkhidmatan seperti air panas, ketuhar gelombang mikro dan tempat
makan kepada pelanggan.

Menurut analisis kajian pengkaji, amalan perbelanjaan secara bijak ketika


berbelanja di pasar raya yang paling disetujui oleh. Hal ini kerana pembeli tidak mahu
berlaku sebarang penipuan. Cobtohnya, jika berlaku masalah kualiti produk pembeli
dapat memulangkan barangan tersebut untuk membuat pertukaran atau pembaiki.
Mereka mahu mengekalkan hak pengguna mereka. Selain itu, penduduk juga akan
memeriksa kualiti produk, cara penggunaa dan waranti yang diberi kepada produk.
Oleh itu, hak pengguna mereka dapat dijamin dan mereka dapat membeli barangan
yang mempunayi nilai yang sama dengan perjanjian yang dijanjikan oleh penjual.

Seterusnya, amalan perbelanjaan secara bijak ketika berbelanja di pasar raya


yang pmempunyai paling ramai orang tidak setuju ialah beli barangan keperluan dan
bukan. Responden yang membuat keputusan tersebut telah memberikan sebab
bahawa, mereka rasa barangan kehendak juga penting untuk kehidupan mereka. Hal
ini kerana barangan kehendak dapat membawa perasaan gembira kepada pembeli dan
memberikan kepuasan kepada mereka. Dengan ini, mereka dapat melegakan tekanan
mereka terhadap pekerjaan atau perbelajaran supaya mereka dapat hidup dengan lebih
selesa dan gembilah. Oleh itu, mereka membuat keputusan bahawa membeli barangan
juga satu amalan perbelanjaan yang bijak.

Secara kesimpulanya, pilihan pasar raya sebelum membuat perbelanjaan adalah


penting kepada masyarakat untuk mendapatkan kemudahan yang baik dan
menjimatkan masa. Akhirnya, penduduk Taman Seri Rembau perlulah mengamalkan
amalan membuat perbelanjaan secara bijak ketika membuat berbelanjaan di pasar raya
supaya dapat menabungkan wang yang dijimatkan untuk mengatasi masalah yang
akan dihadapi pada masa depan

34
030203-05-0225

RUJUKAN
1. Hajah Noeresh bt. Baharam, BSC (UM), MA, 2015, Kamus Dewan Edisi
Keempat

2. TN. HJ .MD Lasa Bin Yahya, 2022, Hajah Nora Binti Sarmat, Buku Pengajian
Am Semester 2, Local Publications (M) Sdn Bhd

3. Ivon Tee Yee Wen, 2018, “Masalah Gangguan Bekalan Air Di Jalan Thamby
Kechil”. Kertas Kerja dalam Pengajian Am 2018. Seberang Perai Utara, Pulau
Pinang.

4. Teo Ling Heng, “Masalah Penglihatan Dalam Kalangan Penduduk Blok 12,
Kampung Felda Bukit Batu, Kulai, Johor”. Kertas Kerja dalam Pengajian Am
2019. Kulai,Johor.

5. Razman, “Lapor KPDNHEP jika harga ayam naik”. Dicapai pada April 7,
2022, dari https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=245160

6. Lai Mooi Chang, 2021, Teks Pra-U Ekonomi Makroekonomi semester 2,


Sasbadi Sdn Bhd.

7. Mahanum Abd Aziz dan Hazwan Faisal Mohamad, “Ekonomi Malaysia


berkembang 5 peratus suku pertama 2022”. Dicapai pada Mei 13, 2022. Dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/05/954967/ekonomi-
malaysia-berkembang-5-peratus-suku-pertama-2022

8. Ipendididkan.my. “ Ciri-Ciri Untuk Menjadi Pengguna Yang Bijak”. Dicapai


pada Mei 8, 2022. Dari https://www.ipendidikan.my/ciri-ciri-pengguna-yang-
bijak.html

35

Anda mungkin juga menyukai