Anda di halaman 1dari 41

031003-14-0650

KAJIAN TENTANG AMALAN BERBELANJA BARANG KEPERLUAN


HARIAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI PANGSAPURI SRI
ANGGERIK 2, PUCHONG, SELANGOR

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji amalan berbelanja barang


keperluan harian dalam kalangan masyarakat di Pangsapuri Sri Anggerik 2, Puchong,
Selangor. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti amalan berbelanja bijak ketika
membeli barang keperluan harian dan mengkaji faktor-faktor yang mendorong
penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak. Bagi mengenal pasti
amalan berbelanja bijak dan faktor-faktor yang mendorong penduduk berbelanja
bijak, pelbagai kaedah seperti soal selidik, sesi temubual, dan rujukan digunakan.
Seramai 30 orang penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2 telah terlibat dalam kajian ini
secara langsung. Semua data kajian diperiksa, diberikan dalam bentuk linear bersama-
sama dengan jadual, graf, dan carta, dan kedua-duanya diwakili secara kuantitatif dan
kualitatif. Daripada dapatan kajian, amalan seperti membahagikan pendapatan kepada
tiga komponen utama dan menyediakan bajet bulanan menjadi amalan berbelanja
bijak. Faktor seperti harga barangan berbeza, tingkat harga umum berbeza, dan
menjimatkan wang perbelanjaan menjadi faktor berbelanja bijak. Semoga dengan
adanya kajian ini, masyarakat dapat mengamalkan amalan berbelanja bijak supaya
tidak tertipu tentang hak mereka sebagai pengguna.

1
031003-14-0650

ISI KANDUNGAN

BIL. BUTIRAN MUKA SURAT


Abstrak 1
Isi Kandungan 2
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 4-6
2.0 Objektif Kajian 7
3.0 Lokasi Kajian 8
3.1 Daerah Petaling 8
3.2 Puchong 9 - 10
3.3 Pangsapuri Sri Anggerik 2 11
4.0 Metodologi Kajian 12
4.1 Reka Bentuk Kajian 12
4.2 Instrumen Kajian 12 - 13
4.3 Sampel Kajian 14
4.4 Prosedur Analisis Data 14
5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 15
5.1 Demografi Responden 15 – 18
5.2 Amalan-amalan berbelanja bijak dalam kalangan penduduk
di Pangsapuri Sri Anggerik 2 19 – 22
5.3 Faktor-faktor yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri
Anggerik 2 berbelanja dengan bijak 23 – 30

5.4 Dapatan temu bual bersama informan 31 - 35

6.0 Rumusan dan Kesimpulan 36


6.1 Amalan berbelanja bijak yang diamalkan dalam kalangan
penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2 37
6.2 Faktor-faktor yang mendorong penduduk Pangsapuri Sri
Anggerik 2 berbelanja bijak 37

6.3 Kesimpulan 38

7.0 Rujukan 39

2
031003-14-0650

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya kerana menjadi sokongan utama saya dan membantu
saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4). Tajuk kajian saya ialah
“Amalan Berbelanja Barang Keperluan Harian dalam Kalangan Masyarakat di
Pangsapuri Sri Anggerik 2, Puchong, Selangor”. Tanpa sokongan padu mereka dari
segi kewangan, saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus saya.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Puan Norjah binti Yusop, pengetua Kolej Tingkatan Enam Puchong kerana telah
memberi kebenaran kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus saya. Bukan sahaja
itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing saya, Puan
Rozian binti Zain atas segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan untuk
menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, saya tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan-
kawan saya atas segala bantuan dan nasihat yang diberikan untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua responden yang telah
bekerjasama dan memberi pendapatnya dengan menjawab borang soal selidik yang
disediakan.

Akhirnya, walau sebanyak mana pun cabaran yang saya hadapi semasa
menyiapkan kerja kursus ini, akhirnya saya berjaya menyiapkannya dengan
sempurna. Tanpa bantuan mereka ini, saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus
ini.

3
031003-14-0650

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, pengguna ialah orang yang menggunakan
sesuatu barang dan perkhidmatan. Dengan kata lain, pengguna diistilahkan sebagai
setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk
kegunaan dirinya dan keluarganya. Bijak pula menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,
bermaksud pandai, cerdik atau pintar. Mengikut Utusan Borneo Online, pengguna
bijak ialah pengguna yang bijak berbelanja dalam urusan membeli barang keperluan
rumah dan pandai memanfaatkan hak sebagai pengguna. Ketua Menteri, Datuk Seri
Panglima Musa Aman berkata, pengguna perlu bijak untuk membeli barangan dari
kedai yang menawarkan harga yang lebih murah daripada kedai lain.

Para pengguna mempunyai hak memilih dan membuat keputusan pembelian


berdasarkan kemunasabahan harga, kuantiti, kualiti dan tawaran alternatif sedia ada.
Kerajaan, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP), berhasrat melahirkan pengguna yang bijak dan berdaya upaya serta
peniaga beretika. Pengguna harus bijak dalam membandingkan harga barangan yang
tidak dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) agar tidak ditipu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mencipta sebuah slogan iaitu “PENGGUNA
BIJAK, AKALNYA BANYAK” yang membawa maksud pengguna harus bijak
berbelanja dalam urusan membeli barangan sama ada secara atas talian atau ke kedai
dan harus pandai memanfaatkan hak sebagai pengguna. Menurut Bahagian Analisis
Ekonomi dan Data Strategik, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) menerusi satu kenyataan pada 17 November 2021, pengguna
perlu memainkan peranan dan menggunakan kuasa beli mereka bagi meminimumkan
impak inflasi. Inflasi terjadi akibat kenaikan harga yang berlaku pada barangan dan
perkhidmatan dalam satu tempoh masa. Oleh itu, pengguna perlulah mementingkan
kualiti dari jenama, selalu memeriksa tarikh luput, selalu memeriksa label &
maklumat barangan, dan juga membandingkan harga sebelum membeli.

4
Rasional kajian yang pertama ialah kos sara hidup yang semakin meningkat di
negara kita perlu ditangani dengan bijak. Kos sara hidup merujuk kepada sejumlah
kos

031003-14-0650

yang perlu ditanggung oleh seseorang individu atau keluarga bagi memenuhi
keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman dan sebagainya
demi kelangsungan dan keperluan hidup. Peningkatan kos sara hidup adalah
disebabkan oleh kenaikan pelbagai harga barang terutama sekali barang-barang
keperluan.  Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil
menyifatkan tekanan kos sara hidup semakin meningkat di Malaysia dan impaknya
lebih teruk dalam kalangan rakyat B40. Data Jabatan Perangkaan menunjukkan
isirumah berpendapatan bawah RM3,000 berdepan kenaikan harga telur sebanyak
13.4 peratus, daging lembu (4.5%), sayur-sayuran (4.3%) dan makanan laut (3.7%),
hanya dalam bulan Februari 2022. Seiring dengan perubahan zaman, kos sara hidup
masa kini tidak lagi sama seperti 20 atau 30 tahun yang lepas. Bagi mereka yang
tinggal di bandar contohnya di Pangsapuri Sri Anggerik 2, kos sara hidup semestinya
lebih membebankan kerana secara umumnya, harga barang di bandar biasanya lebih
tinggi berbanding di kawasan luar bandar.  Terdapat beberapa cara yang boleh
dilakukan bagi menghadapi situasi peningkatan kos sara hidup ini, iaitu, pengguna
perlu membeli barang sewaktu jualan murah atau jualan gudang, membawa bekal ke
tempat kerja, membuat perbandingan harga sebelum berbelanja dan sebagainya.

Rasional kajian ini adalah kerana melalui pengalaman dan pemerhatian,


pengkaji mendapati peningkatan harga barang memerlukan rakyat melakukan
perbelanjaan bijak. Harga barangan keperluan harian yang sentiasa meningkat kesan
kenaikan harga petrol dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sangat memberi
kesan kepada pengguna. Antara golongan yang paling terkesan adalah golongan
berpendapatan sederhana dan rendah, termasuk kalangan anak muda yang baharu
memulakan kerjaya atau rumah tangga. Dengan disiplin kepenggunaan yang betul
dari segi perbelanjaan, kesan kenaikan harga berkenaan akan dapat ditangani dan
memberikan manfaat kepada kehidupan masyarakat. Pakar Kewangan Pengguna,
Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri mengatakan bahawa sebagai pengguna yang bijak kita

5
tidak harus panik kerana keadaan itu akan seterusnya membawa kepada pembelian
panik yang pastinya akan memburukkan lagi keadaan. Contohnya semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu apabila berlaku pembelian panik, pelbagai
barangan habis di pasar raya sehingga menyukarkan kehidupan pengguna itu sendiri.
Bila permintaan

031003-14-0650

semakin meningkat, penjual akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.


Beliau menasihatkan supaya tidak panik, kawal perbelanjaan kita dengan membuat
perbandingan harga dan sebagainya, sediakan bajet atau senarai perbelanjaan
termasuk rancang perjalanan sebelum keluar rumah.

Rasional yang terakhir ialah kewujudan pelbagai kedai serbaneka yang


menawarkan banyak pilihan. Sebuah kedai serbaneka adalah "kedai runcit kecil yang
dibuka berjam-jam dan biasanya menjual barangan runcit, makanan ringan dan
minuman". Kedai serbaneka biasanya tidak mengeluarkan hasil segar seperti buah-
buahan dan sayur-sayuran. Kedai serbaneka selalunya dibuka selama berjam-jam,
kadang-kadang 24 jam, ini memudahkan masyarakat untuk mendapat barang yang
diperlukan pada bila-bila masa sahaja. Terdapat beberapa kedai serbaneka di kawasan
pengkaji seperti 7-Eleven, KK Mart dan sebagainya. Kedai-kedai tersebut
menawarkan pelbagai pilihan barangan kepada masyarakat.

Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti amalan berbelanja bijak
dalam kalangan penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 ketika membeli barang
keperluan harian. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji faktor-faktor
yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak.
Pengkaji berharap bahawa kajian ini dijadikan panduan kepada masyarakat supaya
menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja membeli barang keperluan harian.

6
031003-14-0650

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berdasarkan kepada objektif yang telah dibuat seperti berikut:

i) Mengenal pasti amalan berbelanja bijak dalam kalangan penduduk di


Pangsapuri Sri Anggerik 2 ketika membeli barang keperluan harian.

ii) Mengkaji faktor-faktor yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri


Anggerik 2 berbelanja dengan bijak.

7
031003-14-0650

3.0 LOKASI KAJIAN

Semasa melakukan sesuatu kajian fizikal, lokasi kajian adalah antara perkara
yang paling penting untuk diambil kira. Kawasan kajian ini berfokus kepada sebuah
kawasan perumahan iaitu Pangsapuri Sri Anggerik 2, Bandar Puchong Jaya, 47100
Puchong yang terletak di Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan.

3.1 DAERAH PETALING

Peta: DAERAH PETALING

Sumber: GOOGLE MAPS MALAYSIA 2022

Daerah Petaling terletak di tengah-tengah Lembah Klang iaitu


bersempadankan Daerah Hulu Selangor di bahagaian Utara, Daerah Klang di
bahagian Barat, Daerah Gombak dibahagian Timur, Wilayah Persekutuan Kuala
8
Lumpur di bahagian Tenggara, serta Daerah sepang dan daerah Hulu Langat di
bahagian Selatan. Daerah Petaling juga merupakan sebuah daerah yang termaju di
Negeri Selangor. Daerah Petaling ini ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Daerah ini
terletak di tengah-tengah Lembah Klang. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah
diisytiharkan status Bandaraya. Daerah Petaling mempunyai keluasan
kawasan sejumlah 484.3 km2. Petaling Jaya yang merupakan

031003-14-0650

bandar utama mempunyai keluasan kawasan 97.2 km² dan merupakan Bandar terbesar
di antara bandar-bandar di Negeri Selangor. Petaling Jaya mempunyai jumlah
penduduk lebih 632,479 orang mengikut statistik tahun 2010. Pada masa kini, daerah
ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali dan keadaan ini menyebabkan
pentadbiran dan pemantauan keperluan awam di daerah ini telah dibahagi dan
diagihkan kepada 3 kawasan Majlis Perbandaran, masing-masing ialah Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis
Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
 

3.2 PUCHONG

Peta: PUCHONG

9
Sumber: GOOGLE MAPS MALAYSIA 2022

Puchong telah wujud sekurang-kurangnya lebih dari 120 tahun dahulu dan
mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi
kawasan tebing sungai dan lombong. Orang Asli pada sekitar tahun 1900 menjadikan
burung Puchong tersebut sebagai makanan kegemaran sehinggalah terdapat seorang
anak watan Melayu memberi nama kawasan itu yang kekal hingga ke hari ini.

031003-14-0650

Puchong sebenarnya dikenali sebagai bandar estet getah, dan permintaan untuk bijih
timah mewujudkan permintaan yang begitu kuat untuk pelombong bijih timah,
sehingga pendatang dari China dan India dibawa masuk. Puchong mempunyai
keluasan kawasan sejumlah 51,71 km2. Perbandaran utama pertama Puchong ialah
Bandar Puchong Jaya, pembangunan seluas 374 hektar yang telah dimulakan pada
tahun 1990. Sebagai perbandaran pertama yang betul dibangunkan di Puchong, adalah
seperti yang dijangkakan bahawa Bandar Puchong Jaya merupakan salah satu
perbandaran yang paling padat penduduknya sehingga hari ini. Dengan populasi lebih
daripada 400,000, Puchong ialah sebuah bandar yang memberikan anda semua faedah
kehidupan bandar, namun juga menawarkan rehat yang tenang, tidak seperti bandar
yang lebih sibuk seperti Kuala Lumpur.

10
031003-14-0650

3.3 PANGSAPURI SRI ANGGERIK 2

Gambar: PANGSAPURI SRI ANGGERIK 2

Sumber: KAJIAN LAPANGAN 2022

Pangsapuri Sri Anggerik 2 terletak di Bandar Puchong Jaya, Puchong,


Selangor bersebelahan dengan Pangsapuri Sri Anggerik 1. Pangsapuri ini telah
ditubuhkan pada tahun 1994 . Pangsapuri Sri Anggerik 2 terdiri dari 6 Blok iaitu Blok
E, Blok F, Blok G, Blok H, Blok I, dan Blok J. Terdapat 610 unit rumah di
Pangsapuri Sri Anggerik 2. Pangsapuri ini mempunyai rumah pengawal yang
mempunyai penghalang keselamatan yang dibuka secara automatik hanya untuk
penduduk yang memiliki kad akses. Terdapat pelbagai kemudahan pusat perniagaan

11
seperti pasar pagi, 99 Speedmart, KK Super Mart, 7-Eleven, dan beberapa kedai
runcit. Penduduk di pangsapuri ini dikatakan berbelanja bijak ketika membeli barang
keperluan harian di tempat perniagaan tersebut di atas.

031003-14-0650

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan kualitatif berbentuk tinjauan


deskriptif. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi bermakna sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.
Sebagai metodologi disebut satu siri kaedah dan teknik ketekunan saintifik yang
digunakan secara sistematik semasa proses penyelidikan untuk mencapai keputusan
yang sah secara teori. Dalam pengertian ini, metodologi berfungsi sebagai sokongan
konseptual yang mengatur cara kita menggunakan prosedur dalam penyelidikan. Bagi
menjawab persoalan kajian yang dikemukakan sebelum ini, bahagian ini
menerangkan reka bentuk kajian, instrumen kajian, sampel kajian, dan prosedur
analisis data.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan, iaitu, satu rangka rujuk mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan dan analisis data. Kajian ini
adalah untuk mengenal pasti amalan berbelanja barang keperluan harian dalam
kalangan masyarakat di Pangsapuri Sri Anggerik 2, Puchong, Selangor.

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen adalah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep


yang berkaitan dengan sikap, persepsi, dan pandangan. Dalam kajian ini, instrumen
12
yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan kaedah temu
bual, borang soal selidik serta rujukan pelbagai sumber.

Kaedah Instrumen
Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temu bual dan rujukan
Jadual 1: Kaedah instrument kajian
Sumber: Kajian Lapangan 2022
031003-14-0650

4.2.1 Borang Soal Selidik

Instrumen soal selidik ialah alat pengukur data yang amat sesuai dalam
kajian tinjauan. Borang soal selidik ini dibina dengan mengemukakan soalan
yang ringkas dan mudah difahami. Terdapat 4 bahagian dalam borang soal
selidik tersebut, iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C, dan bahagian D
dengan 2 bentuk soalan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Borang soal
selidik ini mengandungi 15 soalan tertutup dan hanya 1 soalan terbuka.
Soalan-soalan di bahagian B adalah untuk mengenal pasti amalan berbelanja
bijak dalam kalangan penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 ketika membeli barang
keperluan harian yang dengan menggunakan skala Guttman (Ya, Tidak). Soalan-
soalan di bahagian C pula adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong
penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak yang menggunakan
skala Likert 4 aras.

4.2.2 Temu Bual

Terdapat beberapa kaedah temu bual yang boleh digunakan antaranya ialah
secara bersemuka, tidak bersemuka atau dengan menggunakan komputer. Instrumen
temu bual mempunyai 2 peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Pengkaji akan
menggunakan kaedah tidak formal secara bersemuka dengan informan. Pengkaji akan
menemu bual 3 orang penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2 tentang amalan berbelanja
bijak semasa membeli barang keperluan harian. Pengkaji akan memastikan soalan-

13
soalan yang hendak ditanya dengan jelas kepada informan. Audio sesi temu bual
kajian ini akan dirakam dengan telefon bimbit pengkaji sendiri.

4.2.3 Rujukan

Pengkaji memperolehi data sekunder dengan membuat rujukan daripada


kamus, jurnal-jurnal serta menggunakan sumber internet. Sumber rujukan adalah
penting untuk melihat hasil dapatan terdahulu.

031003-14-0650

4.3 SAMPEL KAJIAN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probabiliti, iaitu strategi untuk


menentukan sama ada objektif penyelidik telah tercapai atau tidak. Seramai 30
responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini iaitu penduduk
Pangsapuri Sri Anggerik 2. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey
(1994), di mana lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian
memerlukan analisis data perangkaan. Responden dipilih berdasarkan keinginan
dan kebolehan mereka untuk mengisi borang soal selidik. Antara ciri-ciri yang
diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka seharusnya adalah
penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2. Hal ini kerana mereka adalah responden
sasaran pengkaji. Dalam penggunaan kaedah secara kualitatif pula, 3 orang
informan akan dipilih untuk ditemu bual.

4.4 PROSEDUR ANALISIS DATA

Pada peringkat akhir kajian ini, pengkaji telah melakukan analisis deskriptif
untuk menganalisis data daripada respons soal selidik dan penilaian untuk
menghasilkan laporan kajian. Data yang telah diperoleh daripada analisis ini
menggunakan kekerapan, peratusan, dan min. Hasil analisis dipersembahkan dalam
bentuk jadual, graf dan carta. Bagi item yang menggunakan peratusan, data akan
dianalisis mengikut tahap persetujuan yang mempunyai peratusan tertinggi dan
terendah.

14
Tahap persetujuan Peratus
Ya %
Tidak %
Pengkaji menganalisis data bagi pernyataan yang menggunakan skala Likert 4 aras
seperti berikut :-

Skala Aras
Sangat Setuju 1
Setuju 2
Tidak Setuju 3
Sangat Tidak setuju 4

15
031003-14-0650

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincang dan menerangkan keputusan analisis data


berdasarkan tindak balas responden melalui Google Form yang dibentuk terhadap
analisis amalan berbelanja bijak dalam kalangan penduduk di Pangsapuri Sri
Anggerik 2 ketika membeli barang keperluan harian dan faktor-faktor yang
mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak.

5.1 Demografi Responden

Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk


Pangsapuri Sri Anggerik 2 berdasarkan 3 kategori, iaitu: jantina, umur, dan
pendapatan sebulan isi rumah.

Jadual 1: Latar Belakang Responden

KATEGORI JUMLAH PERATUSAN


(orang) (%)
Jantina Lelaki 9 30.00
Perempuan 21 70.00
Umur 15 – 24 14 46.70
25 – 34 2 6.70
34 – 44 6 20.00
45 – 54 6 20.00
55 ke atas 2 6.70
Pendapatan Sebulan RM2,500 – RM4,850 20 66.70
Isi rumah RM4,851 – 9 30.00
RM10,970
RM10,971 – 1 3.30
RM15,040

Sumber: Kajian Lapangan 2022

16
031003-14-0650

5.1.1 Jantina

Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.

DEMOGRAFI RESPONDEN - JANTINA

30%

70%

PEREMPUAN LELAKI

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina


Sumber: Kajian Lapangan 2022

Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam


kalangan penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2. Terdapat 30 orang penduduk
Pangsapuri Sri Anggerik 2 yang telah menjawab Google Form. Daripada 30
responden tersebut, seramai 21 orang responden adalah jantina perempuan bersamaan
dengan 70%, manakala seramai 9 orang responden pula merupakan jantina lelaki iaitu
bersamaan dengan 30%.

Penyelidik mendapati bahawa responden perempuan lebih bersedia untuk


mengambil bahagian dalam melengkapkan soal selidik yang ditawarkan berbanding
responden yang lelaki. Ini disebabkan responden perempuan lebih ramai pergi
membeli-belah barang keperluan harian berbanding responden lelaki yang sibuk
bekerja. Manakala, responden lelaki kurang berminat untuk mengisi borang soal
selidik yang dibina kerana sibuk bekerja dan mereka jarang pergi membeli-belah
barang keperluan harian.

17
031003-14-0650

5.1.2 Umur

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

DEMOGRAFI RESPONDEN - UMUR

6.7%

20%

46.7%

20%

6.7%
15 - 24 25 - 34 35 - 44 45 - 54 55 ke atas

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur


Sumber: Kajian Lapangan 2022

Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan umur penduduk


Pangsapuri Sri Anggerik 2. Daripada 30 orang yang menjawab kaji selidik, 14
responden, atau 46.7% adalah berumur antara 15 dan 24. Manakala, terdapat hanya 2
respons, atau 6.7%, dalam kalangan mereka yang berumur antara 25 dan 34 tahun.
Seterusnya, seramai 6 orang responden yang berumur antara 35 hingga 44 tahun iaitu
bersamaan dengan 20%. Seterusnya, bagi yang berumur antara 45 hingga 54 tahun
adalah seramai 6 orang responden bersamaan dengan 20%. Akhir sekali, terdapat
hanya seramai 2 respons, atau 6.7% bagi yang berumur 55 ke atas.

18
031003-14-0650

5.1.3 Pendapatan Sebulan Isi rumah

Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan pendapatan sebulan


isi rumah.

DEMOGRAFI RESPONDEN - PENDAPATAN SE-


BULAN ISI RUMAH

3.3%
30%

66.7%

RM2,500 – RM4,850 RM4,851 – RM10,970 RM10,971 – RM15,040

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Pendapatan Sebulan Isi rumah


Sumber: Kajian Lapangan 2022

Rajah 3 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan pendapatan


sebulan isi rumah penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2. Daripada 30 responden yang
menjawab Google Form, seramai 20 individu mempunyai pendapatan sebulan isi
rumah sebanyak RM2,500 hingga RM4,850 atau bersamaan dengan 66.7% daripada
jumlah keseluruhan. Seramai 9 orang penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2
mempunyai pendapatan sebulan isi rumah sebanyak RM4,851 hingga RM10,970 yang
bersamaan dengan 30% daripada jumlah keseluruhan. Akhirnya, hanya seorang
penduduk atau 3.3% daripada jumlah keseluruhan didapati mempunyai pendapatan
sebulan isi rumah sebanyak RM10,971 hingga RM15,040.

19
031003-14-0650

5.2 Amalan-amalan berbelanja bijak dalam kalangan penduduk di Pangsapuri


Sri Anggerik 2 ketika membeli barang keperluan harian
Jadual 2 menunjukkan analisis amalan-amalan yang diamalkan oleh penduduk di
Pangsapuri Sri Anggerik 2 semasa membeli barang keperluan harian.
Jadual 2: Analisis amalan-amalan berbelanja bijak dalam kalangan penduduk
di Pangsapuri Sri Anggerik 2 ketika membeli barang keperluan harian.
Bil Butiran Ya Tidak

Jumlah Peratus Jumlah Peratus


(J) (%) (J) (%)
1. Saya akan membahagikan pendapatan 26 86.67 4 13.33
saya kepada tiga komponen utama
iaitu perbelanjaan untuk keperluan
hidup, simpanan, dan hutang.
2. Saya selalu menyediakan bajet 26 86.67 4 13.33
bulanan mengikut keutamaan
keperluan berbanding kehendak diri
3. Saya selalu berbelanja mengikut 27 90.00 3 10.00
kemampuan dengan mengelakkan
berhutang untuk barang yang bukan
menjadi keperluan
4. Saya selalu menyimpan sebuah 24 80.00 6 20.00
amaun daripada pendapatan untuk
kegunaan kecemasan
5. Saya selalu membandingkan harga 27 90.00 3 10.00
barang di beberapa kedai
6. Saya tidak menggunakan kad kredit 21 70.00 9 30.00
untuk pembelian barang keperluan
harian
7. Saya selalu mencatat segala 20 66.67 10 33.33
perbelanjaan yang dilakukan setiap
bulan
Sumber: Kajian Lapangan 2022

20
031003-14-0650

Rajah 4 menunjukkan amalan-amalan yang diamalkan dalam kalangan


penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 ketika membeli barang keperluan
harian.

Amalan-amalan yang diamalkan dalam kalangan penduduk di


Pangsapuri Sri Anggerik 2 ketika membeli barang keperluan harian
30
25
20
15
10
5
0

YA TIDAK

Rajah 4: Amalan-amalan yang diamalkan dalam kalangan penduduk di


Pangsapuri Sri Anggerik 2 ketika membeli barang keperluan harian

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Rajah 4 di atas menunjukkan analisis amalan-amalan yang diamalkan dalam


kalangan penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 ketika membeli barang keperluan
harian. Terdapat 30 penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2 yang telah menjawab
sebuah borang soal selidik dalam bentuk Google Form secara atas talian. Menurut
data di atas, seramai 26 orang iaitu bersamaan dengan 86.67% bersetuju bahawa
mereka akan membahagikan pendapatan saya kepada tiga komponen utama iaitu
perbelanjaan untuk keperluan hidup, simpanan, dan hutang. Manakala, seramai 4
orang atau 13.33% daripada keseluruhannya tidak bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Ini kerana orang ramai pada masa kini berfikir dan percaya bahawa
belanjawan bulanan dapat membantu mewujudkan kestabilan kewangan kerana

21
belanjawan bulanan dapat meletakkan seseorang pada kedudukan kewangan yang
kukuh untuk kedua-dua hari ke hari dan

031003-14-0650

jangka panjang. Namun, juga terdapat segelintir masyarakat yang terlalu sibuk dengan
kerjaya mereka sehingga tidak dapat menyediakan belanjawan bulanan.

Selain itu, terdapat seramai 26 orang iaitu bersamaan dengan 86.67% bersetuju
mereka selalu menyediakan bajet bulanan mengikut keutamaan keperluan berbanding
kehendak diri. Manakala, seramai 4 orang atau 13.33% daripada keseluruhannya tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini kerana mereka ingin memenuhi keperluan
mereka terlebih dahulu supaya tidak perlu berhutang kemudiannya.

Menurut data yang pengkaji memperolehi, seramai 27 orang iaitu bersamaan


dengan 90% bersetuju bahawa mereka selalu berbelanja mengikut kemampuan
dengan mengelakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan,
manakala, 3 orang atau sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhannya tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ramai penduduk tidak mahu berhutang untuk
barang keperluan kerana akan menyusahkan mereka pada masa depan, mereka hanya
berbelanja mengikut kemampuan mereka setiap bulan. Akan tetapi, terdapat beberapa
orang yang berbelanja melebihi kemampuan mereka untuk memenuhi kehendak diri.

Tambahan pula, terdapat seramai 24 orang atau 80% daripada jumlah


keseluruhannya bersetuju bahawa mereka selalu menyimpan sebuah amaun daripada
pendapatan untuk kegunaan kecemasan. Tetapi, seramai 20% daripada jumlah
keseluruhan atau 6 orang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini kerana orang
ramai tahu bahawa mempunyai sedikit wang dalam simpanan "untuk berjaga-jaga"
bermakna anda boleh mengelak daripada berhutang dan boleh mengikuti
perkembangan bil anda dan kewajipan kewangan lain apabila perkara yang tidak
dijangka berlaku. Dana kecemasan boleh digunakan untuk penjagaan kesihatan,
kehilangan pekerjaan atau sebagainya. Walau bagaimanapun, sesetengah orang tidak
menyimpan sebuah amaun untuk tujuan kecemasan mungkin kerana mereka tidak
mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk mengetepikan sebuah amaun, atau
mereka berfikir bahawa mereka tidak akan mengalami sebarang kecemasan.

22
Selanjutya, data di atas menunjukkan bahawa seramai 27 orang iaitu
bersamaan dengan 90% bersetuju bahawa mereka selalu membandingkan harga
barang di beberapa kedai manakala seramai 3 orang atau 10% daripada jumlah
keseluruhannya tidak membandingkan harga barang di beberapa kedai. Ia
menunjukkan bahawa kebanyakan

031003-14-0650

mereka membandingkan harga barang di kedai yang berbeza kerana ia membantu


pengguna mencari tawaran hebat untuk item yang sama atau mencari item yang
serupa pada harga diskaun.

Di samping itu, pengkaji memperoleh maklumat bahawa seramai 21 orang


iaitu 70% daripada jumlah keseluruhannya bersetuju bahawa mereka tidak
menggunakan kad kredit untuk pembelian barang keperluan harian, tetapi 9 orang
iaitu bersamaan dengan 30% bersetuju bahawa mereka menggunakan kad kredit untuk
pembelian barang keperluan harian. Orang ramai tidak menggunakan kad kredit untuk
membayar keperluan harian kerana sesetengah individu mudah terbawa-bawa dengan
kad kredit mereka, mewujudkan hutang yang di luar kemampuan mereka untuk
membayar. Namun, terdapat sesetengah orang yang menggunakan kad kredit mereka
untuk membuat pembelian kerana kad kredit boleh menjadi jaringan keselamatan
kewangan jika mereka tidak mempunyai wang tunai atau simpanan yang mencukupi
untuk menampung sebarang kos yang tidak dijangka yang timbul.

Akhirnya, daripada 30 orang responden seramai 20 orang iaitu bersamaan


dengan 66.67% bersetuju bahawa mereka selalu mencatat segala perbelanjaan yang
dilakukan setiap bulan. Tetapi, baki 10 orang atau 33.33% daripada jumlah
keseluruhannya tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. 66.67% daripada
keseluruhan responden merekodkan perbelanjaan mereka kerana apabila mereka
mencatat perbelanjaan mereka, mereka tahu ke mana wang mereka pergi dan mereka
dapat memastikan wang mereka digunakan dengan bijak. Walau bagaimanapun,
seramai 10 orang menyatakan bahawa mereka tidak mencatat perbelanjaan mereka,
hal ini berkemungkinan disebabkan oleh mereka tidak bijak mencatat perbelanjaan
mereka.

Kesimpulannya, menurut respons yang diterima, pengkaji dapat mengenal


pasti semua amalan-amalan berbelanja bijak dalam kalangan penduduk Pangsapuri Sri

23
Anggerik 2 ketika membeli barang keperluan harian. Amalan-amalan yang dinyatakan
membolehkan penduduk berbelanja dengan bijak dan berjimat-cermat.

031003-14-0650

5.3 Faktor-faktor yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2


berbelanja dengan bijak
Jadual 3 menunjukkan analisis faktor-faktor yang mendorong penduduk di Pangsapuri
Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak.

Jadual 3: Analisis faktor-faktor yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri


Anggerik 2 berbelanja dengan bijak.
Bil Perkara Sangat Setuju Tidak Sangat Min.
Setuju Setuju Tidak
Setuju
1 2 3 4
J % J % J % J %
1. Harga barangan 16 53.33 8 26.67 3 10.00 3 10.00 1.77
yang berbeza-beza
di tempat/kedai
yang berlainan
2. Tingkat harga 14 46.67 10 33.33 2 6.67 4 13.33 1.87
barang semakin
meningkat dari
semasa ke semasa
3. Sentiasa tertipu 8 26.67 12 40.00 8 26.67 2 6.67 2.13
dengan membeli
barang yang kurang
berkualiti
4. Dapat menjimatkan 9 30.00 12 40.00 6 20.00 3 10.00 2.10
wang perbelanjaan

24
5. Mempunyai 11 36.67 12 40.00 5 16.67 2 6.67 1.93
kesedaran tinggi
tentang pengurusan
kewangan yang
baik
Sumber: Kajian Lapangan 2022

031003-14-0650

Rajah 5 menunjukkan min faktor-faktor yang mendorong penduduk di


Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak

Min faktor-faktor yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri


Anggerik 2 berbelanja dengan bijak
2.5
2
1.5
1
0.5
0

Min faktor-faktor yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak

Rajah 5: Min faktor-faktor yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri


Anggerik 2 berbelanja dengan bijak

Sumber: Kajian Lapangan 2022

25
031003-14-0650

Rajah 6 menunjukkan faktor ‘harga barangan yang berbeza-beza di


tempat/kedai yang berlainan’ yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri
Anggerik 2 berbelanja dengan bijak.

Harga barangan yang berbeza-beza di tempat/kedai yang berlainan


18

16

14

12

10

Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 6: Faktor ‘harga barangan yang berbeza-beza di tempat/kedai yang


berlainan’ yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja
dengan bijak

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan di Pangsapuri Sri Anggerik 2


melalui borang soal selidik yang telah diedarkan secara atas talian pengkaji telah
memperoleh maklumat tentang faktor-faktor yang mendorong penduduk di

26
Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak. Berdasarkan rajah 6 di atas,
didapati seramai 16 orang penduduk Sri Anggerik 2 iaitu bersamaan dengan 53.33%
sangat setuju dengan faktor harga barangan yang berbeza-beza di tempat atau kedai
yang berlainan menyebabkan mereka berbelanja bijak manakala seramai 8 orang iaitu
26.67% setuju dengan pernyataan tersebut. Seramai 3 orang iaitu bersamaan dengan
10% tidak setuju dengan pernyataan tersebut, dan seramai 3 orang juga iaitu
bersamaan dengan 10% sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Oleh itu, min
menunjukkan sebanyak

031003-14-0650

1.77, iaitu kebanyakan penduduk tidak setuju kepada faktor harga barangan yang
berbeza-beza di tempat atau kedai yang berlainan.

Rajah 7 menunjukkan faktor ‘tingkat harga barang semakin meningkat dari


semasa ke semasa’ yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2
berbelanja dengan bijak.

Tingkat harga barang semakin meningkat dari semasa ke semasa


16

14

12

10

Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 7: Faktor ‘tingkat harga barang semakin meningkat dari semasa ke


semasa’ yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja
dengan bijak

27
Sumber: Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan rajah 7, didapati bahawa seramai 14 orang responden atau


46.67% daripada jumlah keseluruhannya sangat setuju bahawa tingkat harga barang
semakin meningkat dari semasa ke semasa menjadi faktor berbelanja bijak ketika
membeli barang keperluan harian manakala seramai 10 orang responden iaitu
bersamaan dengan 33.33% setuju dengan faktor tersebut. Walau bagaimanapun,
6.67% daripada jumlah keseluruhan iaitu 2 orang responden tidak setuju dengan
faktor tingkat harga barang semakin meningkat dari semasa ke semasa, dan seramai 4
orang iaitu bersamaan dengan 13.33% sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut.
Min bagi pernyataan ini adalah 1.87, iaitu bersamaan dengan tidak setuju. Secara
puratanya, penduduk Pangsapuri Sri

031003-14-0650

Anggerik 2 tidak setuju dengan pernytaan tersebut. Mereka percaya bahawa tingkat
harga barang yang meningkat dari semasa ke semasa tidak mendorong mereka untuk
berbelanja bijak ketika membeli barang keperluan harian.

Rajah 8 menunjukkan faktor ‘sentiasa tertipu dengan membeli barang yang


kurang berkualiti’ yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2
berbelanja dengan bijak.

Sentiasa tertipu dengan membeli barang yang kurang berkualiti


14

12

10

Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

28
Rajah 8: Faktor ‘sentiasa tertipu dengan membeli barang yang kurang
berkualiti’ yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja
dengan bijak

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan rajah 8 di atas, terdapat 8 para responden yang bersamaan dengan


26.67% sangat setuju dengan faktor sentiasa tertipu dengan membeli barang yang
kurang berkualiti menjadi faktor mereka perlu berbelanja bijak ketika membeli barang
harian. Manakala, seramai 12 orang responden iaitu 40% daripada jumlah keseluruhan
hanya setuju kepada pernyataan tersebut. Pengkaji mendapati bahawa 8 orang
responden atau 26.67% daripada 30 responden tidak setuju dengan faktor tersebut
manakala 2 orang iaitu bersamaan dengan 6.67% sangat tidak setuju dengan
pernyataan tersebut. Oleh itu, min bagi faktor tersebut ialah sebanyak 2.13 iaitu tidak
setuju.

031003-14-0650

Penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2 tidak setuju dengan pernyataan tersebut kerana
mungkin mereka tidak sentiasa tertipu dengan membeli barang yang kurang
berkualiti. Pengeluar yang menyediakan barang dan perkhidmatan yang kurang
berkualiti kepada pengguna akan dikenakan hukuman yang setimpal. Jadi, min
tersebut menunjukkan bahawa masyarakat dibekalkan dengan barang dan
perkhidmatan yang berkualiti.

Rajah 9 menunjukkan faktor ‘dapat menjimatkan wang perbelanjaan’ yang


mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak.

29
Dapat menjimatkan wang perbelanjaan
14

12

10

Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 9: Faktor ‘dapat menjimatkan wang perbelanjaan’ yang mendorong


penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan rajah 9 di atas, melalui kajian ini pengkaji mendapat maklumat


bahawa seramai 9 orang responden iaitu bersamaan dengan 30% sangat setuju dengan
faktor dapat menjimatkan wang perbelanjaan mendorong penduduk di Pangsapuri Sri
Anggerik 2 berbelanja dengan bijak. Terdapat bahawa seramai 12 orang responden
atau 40% daripada jumlah keseluruhan setuju dengan pernyataan tersebut. Akan
tetapi, seramai 6 orang responden atau 20% daripada 30 responden tidak setuju
dengan

031003-14-0650

pernyataan tersebut manakala seramai 3 orang atau 10% orang sangat tidak setuju
dengan pernyataan tersebut. Min bagi pernyataan ini ialah 2.10 yang juga bermaksud
penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2 tidak setuju dengan faktor dapat menjimatkan
wang perbelanjaan akan mendorong mereka berbelanja bijak.

Rajah 10 menunjukkan faktor ‘mempunyai kesedaran tinggi tentang


pengurusan kewangan yang baik’ yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri
Anggerik 2 berbelanja dengan bijak.

30
Mempunyai kesedaran tinggi tentang pengurusan kewangan yang baik
14

12

10

Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rajah 10: Faktor ‘mempunyai kesedaran tinggi tentang pengurusan kewangan


yang baik’ yang mendorong penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja
dengan bijak

Sumber: Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan rajah 10 di atas, pengkaji mendapati seramai 11 orang responden


iaitu bersamaan dengan 36.67% sangat setuju bahawa kesedaran yang tinggi tentang
pengurusan kewangan yang baik dapat mendorong mereka berbelanja dengan bijak.
Seramai 40% daripada 30 responden iaitu 12 orang hanya setuju dengan pernyataan
tersebut. Walau bagaimanapun, seramai 5 orang iaitu sebanyak 16.67% tidak setuju,
dan seramai 2 orang iaitu sebanyak 6.67% sangat tidak setuju dengan pernyataan
tersebut. Min bagi pernyataan ini adalah 1.93 iaitu tidak setuju. Secara puratanya,

031003-14-0650

penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2 tidak setuju dengan faktor kesedaran tinggi
tinggi tentang pengurusan kewangan yang baik dapat mendorong mereka berbelanja
dengan bijak. Ini kemungkinan disebabkan mereka tidak tahu menyediakan bajet
bulanan dan menguruskan kewangan mereka.

31
031003-14-0650

5.4 Dapatan Temu Bual bersama informan

LAMPIRAN 1 (Transkrip Perbualan Terpilih)

Tema Ekonomi: Pengguna Bijak


Tajuk Amalan Berbelanja Barang Keperluan Harian dalam
Kalangan Masyarakat di Pangsapuri Sri Anggerik 2,
Puchong, Selangor

32
Objektif 1 Mengenal pasti amalan berbelanja bijak dalam
kalangan penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2
ketika membeli barang keperluan harian
Objektif 2 Mengkaji faktor-faktor yang mendorong penduduk di
Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak

Nama Informan 1 Santhy Ponusamy


Tarikh temu bual 12 Julai 2022
Soalan 1 - Saya selalunya sediakan senarai barang yang
Apakah amalan bijak yang hendak dibeli.
anda amalkan semasa - Saya akan catat segala perbelanjaan untuk
membeli barang keperluan membuat semakan pada hujung bulan nanti.
harian
Soalan 2 - Faktor kesedaran tentang corak perbelanjaan
Apakah faktor-faktor yang saya.
mendorong anda untuk - Saya berusaha untuk berjimat-cermat semasa
berbelanja bijak semasa saya membeli barangan harian supaya
membeli barang keperluan barangan tersebut sentiasa cukup.
Soalan 3 - Ya
Pada pandangan anda, - Sebab dapat menjimatkan wang perbelanjaan
adakah patut masyarakat dan meningkatkan taraf hidup.
sekarang perlu berbelanja
dengan bijak semasa
membeli barang keperluan
harian? Berikan alasan
anda
Soalan 4 - Pernah
Adakah anda pernah - Saya sentiasa gagal mengasingkan sejumlah
menghadapi sebarang daripada pendapatan sebagai satu amaun
masalah apabila untuk kecemasan sebab pendapatan tidak
menguruskan kewangan mencukupi.
untuk membeli barang
keperluan harian, jika ada,

33
sila nyatakan

Nama Informan 2 Ashwini A/P Kumar


Tarikh temu bual 12 Julai 2022
Soalan 1 - Saya selalunya sediakan senarai barang yang
Apakah amalan bijak yang perlu dibeli terlebih dahulu agar tidak
anda amalkan semasa berbelanja secara berlebihan
membeli barang keperluan - Setiap bulan saya akan simpan sebuah amaun
harian untuk kegunaan kecemasan
- Saya juga membandingkan harga di beberapa
kedai dulu sebelum beli
Soalan 2 - Harga sesebuah barang mungkin berbeza di
Apakah faktor-faktor yang kedai yang berlainan, oleh itu, saya selalu
mendorong anda untuk membandingkan harga sebelum membeli
berbelanja bijak semasa
membeli barang keperluan
Soalan 3 - Ya
Pada pandangan anda, - Sebab tingkat harga umum semakin
adakah patut masyarakat meningkat, oleh itu, kita perlu sentiasa
sekarang perlu berbelanja membelanjakan duit dengan bijak.
dengan bijak semasa
membeli barang keperluan
harian? Berikan alasan
anda
Soalan 4 - Ada
Adakah anda pernah - Kadang-kadang saya berbelanja tidak
menghadapi sebarang mengikut keutamaan, saya belanja sahaja apa
masalah apabila yang dihendak oleh keluarga, maka pada
menguruskan kewangan hujung bulan duit perbelanjaan tidak
untuk membeli barang mencukupi.
keperluan harian, jika ada,
sila nyatakan

34
Nama Informan 3 Dev A/L Ananda
Tarikh temu bual 12 Julai 2022
Soalan 1 - Saya sentiasa selesaikan segala bayaran
Apakah amalan bijak yang komitmen seperti sewa rumah, bayaran
anda amalkan semasa kereta, dan bil utiliti rumah sebelum
membeli barang keperluan berbelanja untuk perkara lain.
harian
Soalan 2 - Saya berbelanja bijak sebab saya percaya ia
Apakah faktor-faktor yang dapat menjimatkan perbelanjaan saya.
mendorong anda untuk
berbelanja bijak semasa
membeli barang keperluan
Soalan 3 - Sangat patut
Pada pandangan anda, - Harga barangan naik sebab pengguna beli
adakah patut masyarakat berlebihan, oleh itu, kita perlu merancang dan
sekarang perlu berbelanja beli barang yang diperlukan sahaja.
dengan bijak semasa
membeli barang keperluan
harian? Berikan alasan anda
Soalan 4 - Biasanya tiada masalah
Adakah anda pernah
menghadapi sebarang
masalah apabila
menguruskan kewangan
untuk membeli barang
keperluan harian, jika ada,
sila nyatakan

LAMPIRAN 2 (Matriks Perbualan)

Nama Informan 1 Informan 2 Informan 3

35
(Santhy Ponusamy) (Ashwini A/P Kumar) (Dev A/L Ananda)
Tarikh temu bual 12.7.2022 12.7.2022 12.7.2022
Soalan 1 - Saya selalunya - Saya selalunya Saya sentiasa
Apakah amalan sediakan senarai sediakan senarai selesaikan segala
bijak yang anda barang yang hendak barang yang perlu bayaran komitmen
amalkan semasa dibeli. dibeli terlebih dahulu seperti sewa
membeli barang - Saya akan catat agar tidak berbelanja rumah, bayaran
keperluan harian segala perbelanjaan secara berlebihan kereta, dan bil
untuk membuat - Setiap bulan saya utiliti rumah
semakan pada akan simpan sebuah sebelum
hujung bulan nanti. amaun untuk berbelanja untuk
kegunaan kecemasan perkara lain.
- Saya juga
membandingkan harga
di beberapa kedai dulu
sebelum beli
Soalan 2 - Faktor kesedaran Harga sesebuah Saya berbelanja
Apakah faktor- tentang corak barang mungkin bijak sebab saya
faktor yang perbelanjaan saya. berbeza di kedai yang percaya ia dapat
mendorong anda - Saya berusaha berlainan, oleh itu, menjimatkan
untuk berbelanja untuk berjimat- saya selalu perbelanjaan saya.
bijak semasa cermat semasa saya membandingkan harga
membeli barang membeli barangan sebelum membeli
keperluan harian supaya
barangan tersebut
sentiasa cukup.
Soalan 3 - Ya - Ya - Sangat patut
Pada pandangan - Sebab dapat - Sebab tingkat harga - Harga barangan
anda, adakah menjimatkan wang umum semakin naik sebab
patut masyarakat perbelanjaan dan meningkat, oleh itu, pengguna beli
sekarang perlu meningkatkan taraf kita perlu sentiasa berlebihan, oleh
berbelanja hidup. membelanjakan duit itu, kita perlu
dengan bijak dengan bijak. merancang dan

36
semasa membeli beli barang yang
barang keperluan diperlukan sahaja.
harian? Berikan
alasan anda
Soalan 4 - Pernah - Ada Biasanya tiada
Adakah anda - Saya sentiasa - Kadang-kadang saya masalah
pernah gagal berbelanja tidak
menghadapi mengasingkan mengikut keutamaan,
sebarang sejumlah daripapda saya belanja sahaja
masalah apabila pendapatan sebagai apa yang dihendak
menguruskan satu amaun untuk oleh keluarga, maka
kewangan untuk kecemasan sebab pada hujung bulan duit
membeli barang pendapatan tidak perbelanjaan tidak
keperluan harian, mencukupi. mencukupi.
jika ada, sila
nyatakan

031003-14-0650

6.0 RUMUSAN DAN KESMIPULAN

Kesimpulannya, terdapat 2 objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian


yang dijalankan. Antara objektif kajian ialah mengenal pasti amalan berbelanja bijak
dalam kalangan penduduk di Pangsapuri Sri Anggerik 2 ketika membeli barang
keperluan harian dan mengkaji faktor-faktor yang mendorong penduduk di
Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja dengan bijak.

Untuk mencapai objektif kajian di atas, seramai 30 orang responden dan 3


orang informan telah dipilih dalam kalangan penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2
untuk menjalankan aktivit soal selidik melalui Google Form serta temu bual secara

37
bersemuka. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian atas data yang telah
dikumpulkan dan dianalisis.

Kaedah Kajian dan Demografi Responden

Tiga jenis kaedah digunakan untuk menjalankan kajian ini iaitu, kaedah soal
selidik, kaedah temu bual, dan kaedah rujukan. Melalui kaedah soal selidik, seramai
30 orang responden telah dipilih secara rawak mudah daripada penduduk Pangsapuri
Sri Anggerik 2. Dapatan kajian menunujukkan bahawa seramai 21 orang penduduk
yang berjantina perempuan dan seramai 9 orang penduduk yang berjantina lelaki telah
memberi kerjasama dalam pengisisan borang soal selidik dalam bentuk Google Form.

Daripada 30 orang responden yang telah menjawab borang soal selidik


tersebut, sebanyak 14 responden adalah berumur antara 15 hingga 24 tahun.
Manakala, terdapat hanya 2 respons dalam kalangan mereka yang berumur antara 25
hingga 34 tahun. Seterusnya, seramai 6 orang responden yang berumur antara 35
hingga 44 tahun. Seterusnya, bagi yang berumur antara 45 hingga 54 tahun adalah
seramai 6 orang responden. Akhir sekali, terdapat hanya seramai 2 respons bagi yang
berumur 55 ke atas. Dapat dilihat bahawa sebahagian besar responden merupakan
golongan penduduk yang berusia antara 15 tahun hingga 24 tahun. Pengkaji
mendapati bahawa golongan ini merupakan golongan yang mudah mencapai kerana
penghantaran Google Form dilakukan melalui media sosial seperti Whatsapp,
Instagram, dan Telegram dan golongan ini merupakan golongan majoriti yang
menggunakan aplikasi-aplikasi media

031003-14-0650

sosial tersebut. Pengkaji juga telah menemu bual 3 orang penduduk Pangsapuri Sri
Anggerik 2 yang dikatakan berbelanja bijak ketika membeli barang keperluan harian.

6.1 Amalan berbelanja bijak yang diamalkan dalam kalangan penduduk


Pangsapuri Sri Anggerik 2 ketika membeli barang keperluan harian

Berdasarkan borang soal selidik yang disediakan, terdapat 7 amalan berbelanja


bijak yang diamalkan oleh Pangsapuri Sri Anggerik 2. Antara amalan yang
disenaraikan dalam borang soal selidik tersebut ialah, membahagikan pendapatan saya
kepada tiga komponen utama iaitu perbelanjaan untuk keperluan hidup, simpanan,
38
dan hutang, selalu menyediakan bajet bulanan mengikut keutamaan keperluan
berbanding kehendak diri, selalu berbelanja mengikut kemampuan dengan
mengelakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan, selalu
menyimpan sebuah amaun daripada pendapatan untuk kegunaan kecemasan, selalu
membandingkan harga barang di beberapa kedai, tidak menggunakan kad kredit untuk
pembelian barang keperluan harian, dan selalu mencatat segala perbelanjaan yang
dilakukan setiap bulan. Pengkaji mendapati bahawa sebahagian besar daripada 30
responden telah menjawab “YA” bagi setiap amalan yang dinyatakan dan hanya
sebilangan kecil yang telah menjawab “TIDAK” bagi setiap amalan tersebut.

6.2 Faktor-faktor yang mendorong penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2


berbelanja bijak ketika membeli barang keperluan harian

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat 5 faktor yang mendorong penduduk


Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja bijak ketika membeli barang keperluan harian.
Antara faktor-faktor yang disenaraikan ialah harga barangan yang berbeza-beza di
tempat/kedai yang berlainan, tingkat harga barang semakin meningkat dari semasa ke
semasa, sentiasa tertipu dengan membeli barang yang kurang berkualiti, dapat
menjimatkan wang perbelanjaan, dan mempunyai kesedaran tinggi tentang
pengurusan kewangan yang baik. Namun, didapati setiap faktor yang dinyatakan
tersebut mempunyai min antara 1.75 – 2.49 yang bermaksud responden secara
puratanya tidak setuju dengan semua faktor yang dinyatakan.

031003-14-0650

6.3 Kesimpulan

Hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dilaksanakan adalah
terdapat pelbagai amalan berbelanja bijak yang diamalkan dalam kalangan penduduk
Pangsapuri Sri Anggerik 2. Selain itu, pelbagai faktor juga disenaraikan sebagai
faktor yang mendorong penduduk Pangsapuri Sri Anggerik 2 berbelanja bijak ketika
membeli barang keperluan harian. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat dijadikan
sebagai panduan kepada masyarakat agar sentiasa mengamalkan amalan berbelanja
bijak ketika membeli barang keperluan harian untuk mendapatkan barang yang

39
berkualiti yang dapat memberikan kepuasan yang tinggi kepada pengguna. Bukan itu
sahaja, pengkaji juga berharap bahawa kajian ini dapat dijadikan kajian lanjutan
kepada pengkaji yang ingin mengkaji tentang isu kajian ini daripada pelbagai aspek
yang berbeza seperti cadangan cara atau langkah bagi memupuk kesedaran
masyarakat tentang perbelanjaan bijak.

031003-14-0650

7.0 RUJUKAN

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/05/691702/peniaga-beretika-
pengguna-bijak-mantapkan-urus-niaga

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/09/79499/bijak-berbelanja-banyak-
berjimat

40
https://www.propsocial.my/topic/2233/history-of-puchong-posted-by-propsocial-
editor

https://www.selangor.gov.my/petaling.php/pages/view/27?mid=114

https://www.theedgemarkets.com/article/puchong-town-keeps-
expanding#:~:text=Said%20to%20be%20named%20after,British%20after
%20indepenence%20in%201957.

Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2017. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsul Azahari Zainal Badari, Laily Paim, Sharifah Azizah Haron, Husniyah Abdul
Rahim @ Abdul Wahab, Afida Mastura Muhammad Arif, Norzalina Zainuddin, Irwan
Syah Md Yusof, dan Norhafifah Samsudin, “FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PILIHAN PEMBELIAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN PENGGUNA:
SATU KAJIAN KES DALAM ERA PANDEMIK COVID-19”. Dlm. Jurnal
Pengguna Malaysia, Jilid 37, Dis 2021. Jun 2022

Temubual secara bebas antara Pengkaji dengan Puan Ashwini A/P Kumar, penduduk
Pangsapuri Sri Anggerik 2 secara bersemuka, pada 11.30 pagi, 12.7.2022.

Temubual secara bebas antara Pengkaji dengan Encik Dev A/L Ananda, penduduk
Pangsapuri Sri Anggerik 2 secara bersemuka, pada 9.45 pagi, 12.7.2022.

Temubual secara bebas antara Pengkaji dengan Puan Santhy Ponusamy, penduduk
Pangsapuri Sri Anggerik 2 secara bersemuka, pada 2 petang, 12.7.2022.

41

Anda mungkin juga menyukai