Anda di halaman 1dari 17

BIODATA PELAJAR

Nama: Nurul Affinie Bte Che Mohamed Onn

Tingkatan: 3Bakti

No. Kad Pengenalan: 940815-14-6212

Tarikh Lahir: 15 Ogos 1994

Alamat: No.7 Jln Seri Putra 3/R Bandar Seri Putra 43000 Kajang

Hobi: Melukis, membaca, mengumpul setem, memasak, melayari internet

Nama Bapa: Che Mohamed Onn bin Daud

Nama Ibu: Anipah Bte Basri

Cita-cita: (masih belum tetapkan)


PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-
Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2009
dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat
kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa
hadapan.

Saya, Nurul Affinie Bte Che Mohd Onn ingin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua iaitu Puan Paridah
dan guru pembimbing saya iaitu Puan Syafizah dan responden di Bandar Baru Bangi
kerana membantu saya menyelesaikan kerja kursus ini..

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu Che Mohd Onn Bin Daud dan ibu tersayang Anipah Binti Basri yang turut
membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya
tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan
kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada rakan-rakan sekelas saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan
mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan
semangat, serta cadangan.

Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini bersama.
Isi Kandungan
Perkara Muka
Surat
Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

8. Dapatan Kajian

8.1 Jenis dan Pola


petempatan

8.2 Faktor yang


mempengaruhi petempatan

8.3 Fungsi Petempatan

8.4 Masalah petempatan

8.5 Langakh mengatasi


masalah petempatan

Rumusan

Lampiran

Rujukan
Pendahuluan
Saya Nurul Affinie pelajar Sekolah Kebangsaan Menengah Bandar Baru Bangi

murid tingkatan 3 Bakti bersama-sam lain yg lain Nur Izzati, Adilah, Nur Amira, dan

rakan sekelas saya memilih tajuk “Petempatan dan perkembangannya di Bandar

Baru Bangi Daerah hulu Langat Selangor dan membandingkannya dengan

Bangkok Negara Thailand”. Saya dan rakan-rakan memilih Bandar Baru Bangi sebagai

kawasan kajian kerana ia merupakan kawasan petempatan yang maju di kawasan ini.

Negara yang saya pilih untuk dibuat perbandingan ialah Bangkok di Negara Thailand

kerana ia merupakan satu kawasan petempatan yang moden dan juga maju di Negara

tersebut. Dalam kajian ini, tajuk yang dipilih berdasarkan tema kajian yang diberi iaitu

perkembangan petempatan. Saya telah memberi tumpuan kepada aspek menghuraikan

perkembangan petempatan itu sendiri dengan menyatakan jenis dan pola petempatan.

Faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan, masalah petempatan,

langkah mengurangkan masalah petempatan serta menerap nilai dan unsur patriotisme

dalam dapatan kajian. Saya memilih kawasan Bandar Baru Bangi adalah kerana saya

tinggal disini. Jaraknya yang dekat dengan rumah saya iaitu 17 kilometer km,ini kerana

adalah untuk kemudahan kajian dijalankan dengan jayanya. Tempoh saya menjalankan

kerja kursus ini bermula bulan April hingga Jun. Ini telah memberikan banyak masa yang

secukupnya untuk saya menyiapkannya dan menyemak semula.


Objektif Kajian

Objektif Kajian saya ialah saya mengkaji kawasan kajian iaitu Bandar Baru Bangi

dibandingkan dengan negara Bangkok berdasarkan beberapa aspek:

• Jenis dan pola petempatan


• Faktor yang mempengaruhi petempatan
• Fungsi petempatan
• Masalah petempatan
• Langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan
• Menerapkan nilai dan unsur patriotisme
Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya Bandar Baru Bangi terletak di Daerah Hulu Langat Negeri

Selangor. Bentuk muka buminya terdiri daripada tanah pamah, beralun rata dan luas.

Ketinggian muka buminya 60 meter. Di saliri Sungai Langat. Terdapat bekas-bekas

lombong yang ditebus guna dijadikan kawasan perumahan, kedai-kedai perniagaan

perbankan, tempat rekreasi, perhotelan dan sebagainya. Keluasan Bandar Baru Bangi

ialah 1869 hektar dan telah dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor tahun 1974.

Kedudukan Bandar Baru Bangi strategic kerana berdekatan dengan Bandar atau pecan

seperti Kuala Lumpur yang jaraknya 45 km, Kajang 6 km, Putrajaya 15 km, Semenyih

35 km, Serdangb22 km, Seri Kembangan 17 km. Justeru Bandar Baru Bangi menjadi

tumpuan migrasi.
Kaedah Kajian
Saya telah mengunakan pelbagai kaedah untuk menghasilkan kerja kursus ini
antaranya ialah:

• Kaedah Pemerhatian
Saya telah meninjau dan memerhati kawasan kajian iaitu Bandar Baru Bangi untunk
mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri bentuk muka bumi, saliran yang yang
menyaliri kawasan ini dan meninjau jenis dan pola petempatan di Bandar Baru Bangi.

• Kaedah temu bual


Sya telah menemu bual orang sumber untuk mendapat maklumat tentang factor yang
mempengaruhi petempatan di Bandar Baru Bangi, masalah petempatan di Bandar
Baru Bangi dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut.

• Kaedah soal selidik


Saya telah mengedarkan boring soal selidik kepada 20 orang responden untuk
mendapat maklumat tentang jenis pekerjaan penduduk di Bandar Baru Bangi. Dengan
ini saya dapat mengenal pasti fungsi petempatan di Bandar Baru Bangi.

• Kaedah rujukan
Saya telah membuat rujukan melalui internet dan buku-buku teks geografi untuk
mendapat peta daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dan Negar Thailand. Saya
juga mendapat maklumat tentang petempatan di Bangkok Thailand.
Dapatan Kajian
8.1 Jenis dan pola petempatan

Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang saya jalankan, saya dapati Bandar Baru
Bangi merupakan petempatan Bandar yang terletak di pinggir Bandar Kuala Lumpur.
Bandar Baru Bangi ditubuhkan bertujuan mengurangkan kesesakan penduduk di Kuala
Lumpur.

Pola Petempatan

Pola petempatan Bandar Baru Bangi adalah berpusat terancang, sebab


penubuhannya dirancang oleh kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1974 bertujuan
memenuhi keperluan perumahan dan social yang dimajukan secara berperingkat.
Penubuhan Bandar Baru Bangi juga adalah untuk mencapai pertumbuhan Bandar yang
lebih seimbang di Lmebah Klang dilengkapi dengan kelengkapan Bandar moden.
Rumah-rumah kedai didirikan untuk kegiatan ekonomi seperti kedai runcit, restoran,
klinik dan sebagainya, sementara itu tempat-tempat kediaman didirikan di sekitar
bangunan-bangunan tersebut. Susunan rumah-rumah ini membentuk suatu pola berpusat.

Negara Thailand

Bandar Bangkok merupakan petempatan Bandar. Bangkok adalah ibu Negara dan
pusat pentadbiran Thailand. Oleh itu pembangunan berkembang pesat sekaligus
menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan penduduk. Pola
petempatan Bandar Bangkok adalah berpusat. Terdapat banyak pembangunan seperti
kawasan dikeliling pelbagai bangunan sekolah, perpustakaan kedai-kedai dan sebagainya.

Nilai

Saya gembira dan bangga tinggal di Bandar Baru Bangi sebab Bandar Baru Bangi
merupakan petempatan Bandar dan pola berpusat yang pesat membangun.
8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan

Berdasarkan kajian saya, terdapat pelbagai factor yang mempengaruhi Bandar Baru
Bangi menjadi kawasan petempatan.

1. Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi di Bandar Baru Bangi adalah merupakan kawasan tanah pamah
yang rata dan luas. Ketinggian kawasan ini secara purata adalah rendah iaitu 48 meter
dari aras laut menyebabkan ia sesuai sebagai kawasan petempatan penduduk. Keadaan
bentuk muka bumi yang rata dan luas ini sesuai untuk pembinaan bangunan atau rumah
bagi tujuan petempatan. Kawasan ini juga disaliri oleh sebatang sungai iaitu Sungai
Semenyih menyebabkan ia sesuai sebagai kawasan petempatan.

2. Dasar Kerajaan

Dasar kerajaan atau governan turut mempengaruhi kawasan ini sebagai tumpuan
pusat petempatan. Dasar kerajaan menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar satelit
yang kedua terbesar selepas Shah Alam bagi mengatasi kesesakan di Bandar utama iaitu
Kuala Lumpur, telah menyebabkan banyak rumah dibina mulai tahun 1972 hingga 2007.
Proses pembangunannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan
Seksyen 1 hingga Seksyen 16, yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana
dan tinggi. Perancangan bandar satelit ini juga menyediakan aktiviti komersil,
perindustrian, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan secara bersepadu dan mampu
menampung kediaman 60,000 orang penduduk. Berkonsepkan “bandar dalam tamanâ€
, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu, telah mengubah perspektif
masyarakat, dan ekonomi di - 15 Bandar Baru Bangi daripada ekonomi pertanian kepada
kepada ekonomi bersifat perkhidmatan dan perindustrian. Migrasi dari luar juga banyak
berlaku di kawasan ini sehingga ia menjadi sebuah pusat petempatan.

3. Kegiatan Ekonomi

Dari segi kegiatan ekonomi pula, Bandar Baru Bangi menjadi pusat petempatan
kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti perindustrian, perniagaan dan
perkhidmatan. Hal ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sehingga
kawasan ini menjadi tumpuan petempatan. Di antara kawasan yang industri perkilangan
adalah seperti di Zon Kawasan Perindustrian di Seksyen 16 serta menempatkan
kilang seperti Sony, Hitachi, Upha, Sapura, Onkyo, Denso dan sebagainya. Selain itu,
Bandar Baru Bangi juga menjadi pusat perkhidmatan daerah dengan pembinaan Pejabat
Daerah Hulu Langat di Seksyen 16, pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia serta
pusat pengangkutan awam iaitu Perhentian Bas Jalan Reko di Seksyen 5. Pada masa yang
sama, pusat perniagaan seperti kedai dua tingkat juga banyak terdapat di kawasan ini iaitu
di Seksyen 1, Seksyen 4, Seksyen 7 dan seksyen 8. Kegiatan ekonominya yang berbagai-
bagai jenis ini telah menyebabkan migrasi masuk ke Bandar Baru Bangi sehingga
kawasan ini menjadi tumpuan petempatan.
Bangkok Thailand

1. Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka Bangkok tanah rata dan luas. Terletak di tebing Menam Chao Phrya,
kira-kira 40 km dari laut. Bangkok menjadi bandaraya terbesar dan pelabuhan utama.
Ekoran itu banyak pembinaan bangunan dan prasarana yang lain boleh didirikan di
Bangkok, menyebabkan Bangkok menjadi tumpuan penduduk kerana banyak peluang
pekerjaan dan seterusnya maju.

2. Darjah Kesampaian

Tahap darjah ketersampain Bangkok amat tinggi. Hal ini kerana banyak jalan
perhubungan seperti jalan-jalan raya dibina bagi memudahkan perjalanan ke Bangkok.
Terdapat pengangkutan awam seperti bas, kereta, teksi dan sebagainya. Jalan raya utama
berpusat di Bangkok dan menghubungkan Chiengmai di utara, Korat di timur laut dan
Haadyai hingga ke Padang Besar di selatan.

3. Kegiatan Ekonomi

Bangkok merupakan Bandar pelabuhan yang mengendalikan 80% daripada hasil


perdagangan Thailand dan pusat pelancongan sama ada dalam ataupun luar Negara.
Terdapat kilang-kilang memproses hasil pertanian seperti padi, sayur-sayuran dan buah-
buahan. Keadaan ini menyediakan banyak peluang kerja dan seterusnya menjadi tumpuan
penduduk.

4. Nilai

Saya bersyukur kawasan petempatan saya iaitu Bandar BaRU Bangi merupakan
petempatan yang pesat membangun kerana terdapat banyak projek pembangunan yang
dijalankan sesuai dengan matlamat kerajaan negeri Selangor untuk menjadikan Bandara
Baru Bangi Bandar kedua terbesar selepas Shah Alam
8.3 Fungsi petempatan
Hasil dari soal selidik dan pemerhatian yang saya jalankan, saya dapati petempatan
Bandar Baru Bangi mempunyai pelbagai fungsi, antaranya ialah

i. Pusat perindustrian

ii. Pusat perniagaam

iii. Pusat pendidikan

iv. Pusat perbankan


Daripada jadual dan graf tersebut menunjukkan Bandar Baru Bangi mempunyai pelbagai
fungsi, seperti sebagai pusat perindustrian, pusat pendidikan, pusat perbankan dan
sebagainya.

i. Pusat Perindustrian

Bandar Baru Bangi berfungsi sebagai pusat perindustrian. Terdapat kilang-kilang


perindustrian yang mengeluarkan barangan elektrik seperti Sony, Hitachi, Upha, Sapura,
Onkyo, Denso dan sebagainya yang terletak di seksyen 16. Hal ini terbukti bahawa
kawasan itu dikenali sebagai Zon Perindustrian.

Oleh itu Bandar Baru Bangi menjadi tumpuan penduduk kerana menyediakan peluang
pekerjaan dalam bidang perindustrian.

ii. Perniagaan

Bandar Baru Bangi juga berfungsi sebagai pusat perniagaan kerana terdapat beberapa
jenis perniagaan seperti perniagaan runcit, restoran, pasar basah, pusat membeli belah
yang menjual barangan basah dan kering untuk menampung keperluan penduduk Contoh
Pasaraya Bintang dan Billion.

iii. Pendidikan

Banadar Baru Bangi dikenali sebagai Bandar Ilmu atau Bandar elit kerana diekelilingi
oleh institusi pengajian tinggi seperti universiti, sekolah-sekolah tadika, sekolah rendah,
sekolah menengah, pusat-pusat tuisyen yang memberi ilmu dan pendidikan kepada
penduduk Bandar Baru Bangi. Beberapa sekolah menengah terdapat di Bandar Baru
Bangi iaitu SMK Jalan 2, SMK Jalan 3, SMK Jalan 4 dan sebagainya.

iv. Perbankan

Bagi memudahkan urusan kewangan penduduk Bandar Baru Bangi berfungsu sebagai
pusat perbankan. Terdapat pelbagai bank di Bandar Baru Bangi diantara RHB Bank,
Aliance Bank, dan sebagainya. Dengan ini memudahkan penduduk Bandar Baru Bangi
mengeluar dan menyimpan wang. Di samping itu menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk Bandar Baru Bangi
Fungsi Penempatan Bangkok Thailand

Berdasarkan kajian, saya dapati Bandar Bangkok berfungsi sebagai:

i. Pusat Pentadbiran

Bangkok merupakan salah satu daripada 76 wilayah (changwat) di Thailand. Wilayah


Bangkok dicipta pada tahun 1972 dengan percantuman wilayah Bangkok yang lama,
changwat Phra Nakhon, dengan wilayah Thonburi.

Lambang wilayah Bangkok menunjukkan dewa Indra di langit, menunggangi seekor


gajah mitos yang dipanggil Erawan. Di tangannya, Indra memegang halilintar yang
digunakan untuk menghalau kemarau. Lambang ini direka berdasarkan lukisan oleh
Somdej Chaofa Kromphraya Narisra-nuwattiwong.

Bangkok terbahagi kepada 50 kawasan pentadbiran (khet, dipanggil amphoe di wilayah-


wilayah yang lain).

ii. Pusat Perhubungan dan pengangkutan

Jalan raya utama Thailand berpusat di Bangkok dan menghubungkan Chiengamai di


utara, Korat di timur dan Haadyai ke Padang Besar. Bangkok juga menjadi pusat
tumpuan jalan keretapi, landasan keretapi mengajur ke Chiengmai dan ke Padang Besar.
Bangkok juga merupakan pusat pengangkutan udara dalam dan luar negara. Oleh itu
Bangkok menjadi destinasi pelancongan dalam dan luar negara.

Nilai

Saya gembira dan bersyukur kerana Bandar Baru Bangi mempunyai pelbagai fungsi
seperti pusat perindustrian, pendidikan, perbankan dan perniagaan. Dengan ini penduduk
di Bandar Baru Bangi dapat melibatkan diri dalam pelbagai pekerjaan. Saya juga bangga
kerana Bandar Baru Bangi berkembang maju. Saya juga gembira Bangkok negara jiran
saya mudah dihubungi sebab mempunyai sistem pengangkutan yang baik.
Masalah Petempatan

Sebagai sebuah petempataan yang pesat membangun, Bandar Baru Bangi menghadapi
pelbagai masalah seperti:

Kesesakan lalu lintas Pencemaran alam sekitar

Masalah
Masalah petempatan
petempatan

Rajah masalah petempatan di Bandar Baru Bangi

i. Kesesakan lalu lintas


Bandar Baru Bangi mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu pagi kerana
penduduk keluar ke tempat kerja dan murid-murid pergi ke sekolah. Pada waktu petang
pula pekerja-pekerja dan murid-murid sekolah pulang ke rumah. Kesesakan berlaku di
laluan bulatan pekeliling, bulatan seksyen 4, jalan raya di Seksyen 7 dan Seksyen 8
menuju ke Lebuh Raya Silk dan jalan raya di Seksyen 5 menuju ke Universiti
Kebangsaan Malaysia.

ii. Masalah pencemaran alam sekitar


Masalah pencemaran alam sekitar di kawasan ini juga agak serius akibat asap yang
dikeluarkan oleh kenderaan yang semakin bertambah jumlahnya, juga asap daripada
kilang-kilang yang dibina di Zon Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Hal ini
mengakibatkan berlakunya pencemaran udara dan keadaan udara yang tercemar ini boleh
mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada kesihatan penduduk di Kawasan Bandar
Baru Bangi. Pembinaan kawasan perumahan dan kawasan perniagaan juga
mengakibatkan kadar hakisan tanah semakin meningkat. Tanah yang dihakis akan
disalurkan ke sungai iaitu Sungai Semenyih menyebabkan sungai tersebut menjadi cetek
dan - 23 keruh. Ini ditambah pula dengan sikap pemilik kilang dan kedai yang
membuang sisa buangan dan sisa toksik ke dalam sungai.
Bangkok Thailand

Masalah petempatan di petempatan Bangkok ialah:


1. Pencemaran
Asap kenderaan menibulkan masalasah pencemaran udara seperti menyebabkan berlaku
jerebu. Keadaan ini mengakibtan penyakit kepada penduduk.

2. Peningkatan suhu (Pulau Haba)


Pembangunan yang pesat seperti pembinaan bangunan yang banyak, bangunan-bangunan
pencakar alngit, jalan-jalan raya bertar menyebabkan berlaku pulau haba, iaitu
peningkatan suhu. Keadaan ini menyebabkan kehidupan tidak selesa

Nilai

Saya berharap penduduk Bandar Baru Bangi prihatin terhadap masalah yang terdapat di
Bandar Baru Bangi. Oleh itu diharap penduduk bekerjasama menangani masalah
petempatan di Bandar Baru Bangi agar kehidupan di sini terus aman, selesa dan
harmonis.

Langkah Mengurangkan masalah Petempatn di Bandar Baru Bangi


1. Menambah kemudahan awam
Pihak berkuasa perlu menyediakan banyak pengangkutan awam seperti bas supaya
pekerja-pekerja mengunakan pengangkutan untuk ke tempat kerja. Dengan ini mereka
tidak mengunakan kenderaan sendiri.

2. Melebarkan jalan raya


Pihak berkuasa perlu melebarkan jalan raya atau membina jalan sehala agar kesesakan
lalu lintas dapat di kurangkan terutama jalan-jalan menunju ke kawasan sekolah.
Menyediakan tempat-tempat bas sekolah berhenti menurunkan murid-murid. Dengan ini
bas sekolah tidak berhenti sewenang-wenangnya yang menggangu pergerakan kenderaan
lain.

3. Penguatkusaan undang-undang
Mengenakan denda kepada pemilik kenderaan yang mengeluarkan asap. Menyediakan
lebih banyak tong-tong sampah di taman-taman reareasi, kawasan pasar malam.
Mengenakan denda kepada sesiapa yang membuang sampah merata-rata. Menangani
jenayah seperti perompak, peragut dan pencuri. Pihak polis perlu sentiasa membuat
rondaan terutamanya waktu malam dan musim perayaan.
4. Kempen
Kempen-kempen melalui media cetak dan elektronik. Menampal poster-poster,
mengedarkan risalah-risalah memberi ceramah bertujuan memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Langkah Mengatasi Masalah Petempatan di Bangkok Thailand


1. Kempen
Melancarkan kempen kesedaran agar masyarakat mengetahui bahayanya pencemaran
udara seperti jerebu.

2. Penanaman pokok hijau


Menggalakkan penduduk Bandar Bangkok menanam pokok-pokok hijau agar dapat
mengimbangi peningkatan suhu, agar udara lebih nyaman.

Nilai
Penduduk dan pihak berkuasa perlu bekerjasama dan berganding bahu melaksanakan
semua program yang dirancang agar kesejahteraan penduduk terjamin. Pembangunan
petempatan mestilah seimbang dengan keselamatan dan keselesaan penduduk.
Rumusan

Hasil daripada kajian dijalankan, saya dapati Bandar Baru Bangi merupakan jenis
petempatan Bandar yang terletak di pinggir Bandar Kuala Lumpur dan pola berpusat
kerana penubunhannya dirancang oleh Kerajaan Negri Selangor. Terdapat beberapa factor
yang mempengaruhi petempatan Bandar Baru Bangi, antaranya iala bentuk muka bumi
terdiri daripada tanah pamah, rata dan beralun menyebabkan sesuai didirikan bangunan
kediaman, perniagaan dan pelbagai emudahan awam. Faktor seterusnya ialah dasar
Kerajaan Negri Selangor yang telah merancang penubuhannya sebagai petempatan
kedua terbesar selepas Shah Alam dan mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi seperti
perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan. Dengan ini Bandar Baru Bangi telah
menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan sekaligus menjadi tumpuan penduduk.
Justeru Bandar Baru Bangi berfungsi sebagai pusat kegiatan ekonomi seperti pusat
perniagaan, perindustrian, perbankan dan pendidikan. Oleh kerana Bandar Baru Bangi
menjadi tumpuan migrasi dan pesat membangun, tidak hairanlah di Bandar Baru Bangi
terdapat pelbagai masalah petampatn antaranya ialah, masalah jenayah, alam sekitar dan
alu lintas

Anda mungkin juga menyukai