Anda di halaman 1dari 7

TEMA

NO 4: SEJARAH EKONOMI
NAMA:
ANGKA GILIRAN:
TAJUK:
KEDAI RUNCIT PAK DIN1 DI BATU 5 PEKAN MERU. PENUBUHAN DAN

PERKEMBANGANNYA DARI TAHUN 2009 HINGGA TAHUN 2015.

PENGENALAN

Kedai runcit merupakan institusi ekonomi yang terdapat di kampung-kampung 2.

Kedai Runcit Pak Din yang terletak di Batu 5 Kampung Meru Meru merupakan kedai runcit

yang menjadi nadi penduduk Meru untuk mendapatkan barang-barang keperluan seharian.

Kedai Runcit Pak Din di miliki oleh Mohammad Hafizuddin bin Zailani. Beliau telah

mengusahakan kedai runcit tersebit semenjak tahun 1985 sehingga sekarang. Selain menjual

barangan dapur dan barangan basah seperti lauk pauk mentah kedai runcit ini juga menjual

alat tulis, permainan kanak-kanak yang kecil juga terdapat disini. Kedai ini juga menjual

ubat-ubatan untuk sakit batuk, selsema dan demam untuk keperluan kecemasan penduduk

setempat. Kedai ini beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 malam

dengan dua orang pekerja yang membantu en Hafuzuddin menguruskan kedai tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejarah latar belakang penubuhan

kedai Runcit Pak Din di Batu 5 Pekan Meru.

Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan kedai Runcit Pak

Din dari tahun 2009 sehingga tahun 2015.

Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kepentingan kedai Runcit Pak

Din kepada penduduk di sekitar Pekan Meru.


PERMASALAHAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji apakah sejarah latar belakang

penubuhan kedai Runcit Pak Din di Batu 5 Pekan Meru.

Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bagaimanakah perkembangan

kedai Runcit Pak Din dari tahun 2009 sehingga tahun 2015.

Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji apakah kepentingan kedai

Runcit Pak Din kepada penduduk di sekitar Pekan Meru.

SKOP KAJIAN

Kajian ini akan mengkaji tentang sejarah latar belakang penubuhan Kedai Runcit Pak

Din di Batu 5 Pekan Meru kerana kedai Runcit Pak Din mempunyai sejarah tersendiri

berbanding kedai runcit laian yang terdapat disini.

Selain itu, kajian ini dilaksanakan untuk untuk mengenalpasti bagaimanakah

perkembangan kedai Runcit Pak Din dari tahun 2009 sehingga tahun 2015 kerana banyak

kedai runcit yang dimiliki oleh orang melayu yang wujud di Pekan Meru tidak kekal bertahan

lama seperti kedai runcit Pak Din.

Akhir sekali, kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengkaji apakah kepentingan

kedai Runcit Pak Din kepada penduduk di sekitar Pekan Meru kerana ramai penduduk

sekitar Pekan Meru sering mengunjungi kedai runcit Pak Din samada untuk membeli barang

keperluan harian ataupun untuk tujuan-tujuan lain.

SOROTAN KAJIAN LEPAS.

Mohd Zuri Ghani dan Azman Che Ahmad dalam bukunya “Kedai runcit: satu

pernigaan yang menguntungkan” mengupas tentang cara untuk mendapatkan keuntungan

maksima dalam menguruskan kedai runcit dengan cara yang betul.


Selain itu, Yasmin Hussain dalam bukunya “Kedai runci: keuntungan yang

didambakan” menerangkan tentang teknik-teknik berniaga dan cara mendapatkan

keuntungan dari kedai runcit yang dijalankan.

Mohd Al Bakri dalam bukunya “halal haram dalam perniagaan” mengupas tentang

perkara yanag diharamkan dan diharuskan ketika menjalankan perniagaan dalam Islam.

Walaupun kajian di atas berkaitan dengan tajuk kajian yang pengkaji jalankan, namun

tulisan yang dijalankan oleh penulis tersebut lebih menjurus kepada untuk mendapatkan

keuntungan dalam perniagaan kedai runcit manakala kajian ini mengkhususkan kepada untuk

melihat sejarah dan perkembangan kedai runcit Pak Din di Batu 5 Pekan Meru, Klang.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian ialah kaedah

pepustakaan. Pengkaji akan membuat penyelidikan dalam buku- buku, artikel, majalah dan

suratkhabar, internet dan lain-lain untuk mencari maklumat yang berkaitan.

Selain itu, kaedah temubual juga akan dijalankan iaitu pengkaji akan menemubual

guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Telok Gadong iaitu Pn Siti

Wan Noor.

Di samping itu, kajian ini juga akan menggunakan kaedah pemerhatian dimana

pengkaji akan melawat premis untuk membuat pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan

di premis tersebut untuk memantapkan dapatan kajian.

PEMBAHAGIAN ESEI

Pendahuluan
Dalam bahagian ini, pengkaji mengupas tentang latar belakang penubuhan kedai

runcit Pak Din di Batu 5 Pekan Meru Klang.

Isi-isi esei

Dalm bahagian pertama, pengkaji menjelaskan dapatan tentang tentang latar

belakang penubuhan kedai Runcit Pak Din di Batu 5 Pekan Meru dengan lebih terperinci dan

perkara yang berkaitan dengan penubuhannya.

Dalam bahagian kedua pula, pengkaji akan menerangkan dapatan tentang

perkembangan yang berlaku di kedai Runcit Pak Din sejak penubuhannya pada tahun 2009

hingga tahun 2015. Penulisan ini melihat cabaran dan rintangan yang berlaku dalam

menguruskan kedai run cit tersebut.

Dalam bahagian ketiga pula, pengkaji akan menyatakan daopatan kepentingan kedai

runcit Pak Din kepada penduduk sekitar Pekan Meru dengan memberikan sebab-sebab

penduduk sekitar sentiasa memberikan sokongan kepada kedai runcit Pak Din.

Penutup

Dalam bahagian ini, pengkaji akan merumuskan tentang keseluruhan dapatan kajian

yang telah pengkaji jalankan mengenai kedai Runcit Pak Din di Batu 5 Pekan Meru. Selain

itu, Pengkaji akan memberikan cadangan serta harapan pengkaji terhadap kajian yang telah

dijalankan.

BIBLIOGRAFI (contoh)

1. Wawancara bebas tidak berakam antara penulis dengan guru Program Pendidikan
Khas Integrasi, Pn Siti Wan Nor pada 12 Mac 2020.
2. Yasmin Hussain, Terapi Dalam Pendidikan Khas (Ampang: Pekan Ilmu Publications
Sdn Bhd, 2013)
3. Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, Kaedah Dan Strategi Pengajran Kanak-
Kanak Berkeperluan Khas (USM Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia,
2011)
4. Ramlan Salim, Pengurusan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015)
5. Lee Lay Wah et.al, Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeprluan
Khas (Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2016)
6. KPM, “Bahagian Pendidikan Khas,” https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-
dan-unit/bahagian-pendidikan-khas (diakses pada 29 Jun,2020)
7. KPM, “Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi”
https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pendidikankhas/program-pendidikan-khas-
integrasi/1709-buku-panduan-pengoperasian-program-pendidikan-khas-integrasi/file
(diakses pada 29 Jun,2020)
1

2
Kamus Dewan Edisi ke 4, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur:1986, hlm 3

Anda mungkin juga menyukai